Total Pageviews

Tuesday, September 27, 2011

PANDANGAN TAN SERI HARUSSANI TENTANG HASRAT MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD

Amat menarik juga bila membaca ulasan ulasan Tan Seri Harussani mufti negeri Perak diutusan Malaysia hari ini  >baca disini<.

Sememangnya perlaksanaan hukum hudud harus diperincikan. Juga pihak yang mahu melaksanakannya tidak hanya beritorik. Dan sudah tentunya umat Islam wajib menyokong apabila undang-undang Allah mahu dilaksanakan.

Di sebalik itu semua ada sedikit kemusykilan. Apakah kita sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama perlu ada lebih dari satu undang-undang jenayah?. Satu undang-undang untuk rakyat Islam dan satu lagi undang-undang untuk rakyat bukan Islam.

Bukankah ini nampak ganjil di mata dunia?. Setiap hari umat Islam dan bukan Islam berselisih bahu bercampur gaul dan bersosial dalam satu masyarakat majmuk.

Mengambil contoh sebagai satu pandangan. Tiba-tiba tejadi kekecuhan dimana seorang pemuda bukan Islam ditangkap disebuah rumah kosong sedang melakukan persetubuhan haram dengan seorang perempuan Islam oleh 4 orang pencegah maksiat. Perempuan itu menerangkan bahawa dia telah diculik dan dipaksa dibawa ke situ oleh empat lelaki bukan Islam iaitu kawan kepada yang bersetubuh dengannya. Dia diugut akan dibunuh jika tidak mahu melayan lelaki tersebut. Manakala lelaki bukan Islam itu pula berkata bahawa perempuan itu mengikutnya secara sukarela dan tidak ada sesiapa yang memaksanya.

Dalam situasi macam ini, mahkamah mana yang akan digunakan untuk mengadili kes ini. Lelaki bukan Islam sudah tentu tidak mahu dibicarakan di mahkamah syariah kerana dia bukan Islam dan tidak tertakluk dalam undang-undang Islam.

Manakala perempuan Islam tadi pula tiada saksi untuk menjelaskan situasi sebenar sehingga ditangkap bersetubuh dengan lelaki bukan Islam. Tiba-tiba beberapa lelaki bukan Islam secara sukarela mahu memberi keterangan untuk memaklumkan bahawa perempuan Islam tersebut memang di culik dan dipaksa ke lokasi dimana dia ditangkap bersetubuh dengan lelaki bukan Islam.

Manakala 4 lelaki bukan Islam kawan kepada lelaki yang bersetubuh dengan perempuan itu tampil menjadi saksi bahawa memang permepuan tersebut bersetuju secara sukarela mengikut lelaki tersebut.

Dalam kes sebegini, beberapa persoalan akan timbul.

- Mahkamah mana mahu digunakan untuk membicarakan semacam ini?
- Apakah dakwaan wanita tersebut boleh diterima pakai atau terus menuduhnya di mahkama syariah.
- Apakah lelaki bukan Islam tersebut terlepas dari dakwaan merogol dan menculik?
- Jika mahu menuduhnya merogol dan mencolek dia ada 4 saksi bukan Islam yang menjadi saksi bahawa lelaki tersebut tidak bersalah.
- Jika mahu menuduh perempuan tersebut berzina di mahkamah syariah maka ada 4 saksi iaitu pegawai pencegah maksiat yang menyaksikan persetubuhan tersebut.

Saya membawa bayangan situasi seperti ini agar kita berfikir balik bahawa tidak mustahil iainya akan berlaku di negeri yang berbilang kaum dan agama ini.

Apa juga hukuman dan undang-undang yang mahu dilaksanakan perlulah adil kepada semua pihak samada Islam atau kepada bukan Islam. Jika dalam kes persetubuhan haram antara lelaki dan wanita berlainan agama, jika orang Islam kena 100 rotan maka orang kafir juga kena 100 rotan. Dan ianya perlu juga meliputi orang bukan Islam yang melakukan persetubuhan haram diantara mereka. Inilah baru dikatakan keadilan. Tidak ada diskriminasi dan juga untuk mengelakkan konspirasi dan sebagainya.

Tidak begitu mudah untuk melaksanakannya. Ianya tidak seperti kita membaca buku undang-undang dan terus mahu melaksanakan undang-undang tersebut. Tidak semestinya apa yang tertulis diatas kertas sama dengan situasi di dunia nyata. Banyak benda yang perlu diambil kira.

Berbalik kepada persoalan Tan Seri Harunsani bahawa "bila masanya" untuk melaksanakan hukum hudud. Saya rasa persolan tersebut patut dijawab oleh Tan Seri Harussani sendiri.

Pada saya selagi umat Islam masih mencari pekerjaan di bawah ketiak orang kafir, selagi orang kafir memandang rendah orang Islam, selagi Islam mudah ditipu dan dipermainkan, selagi Islam bercakaran sesama sendiri, selagi Islam tidak menunjukkan bahawa Islam itu adalah kemakmuran, selagi ekonomi tidak didominan Islam, selagi Islam tertinggal kebelakang dari segi sains dan teknologi dan pelajaran, maka selagi itulah orang kafir tidak dapat menerima bahawa Islam itu baik untuk mereka. Jika mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa Islam itu baik untuk mereka maka selagi itulah mereka tidak dapat menerima undang-undang Islam. Dan jika mereka tidak dapat menerima undang-undang Islam macam mana mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini.

Maka sebab itulah beberapa pemimpin Islam yang luas pandangannya, yang lebih rasional dan berpijak dibumi nyata, membuat rumusan bahawa mereka tidak menolak hukum Allah tetapi tentang hukum hudud, mereka memberi pandangan ianya belum sesuai untuk dilaksanakan dinegara ini pada masa ini kerana negara ini terdiri dari berbilang kaum dan agama. Semua warga negara Malaysia berhak mendapat keadilan yang sama rata.

BILA TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI BARU SEDAR ADA HAK PERLEMBAGAAN

BILA TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI
BARU SEDAR ADA HAK PERLEMBAGAAN

Lapuran dari Sinar Harian  > baca disini <

Bila kekecuhan belaku berpunca dari beberapa individu/NGO yang cuba menyampaikan memorandum membantah MAT Sabu, mereka cepat-cepat menuduh pihak tertentu melanggar hak asasi mereka dari segi perlembagaan.

Apa pula justifikasi mereka bila mereka sokong BERSIH yang diharamkan membuat perhimpunan haram hingga menyusahkan rakyat jelata. Bukankah perbuatan tersebut melanggar hak asasi warga negara Malaysia yang lain?.

Penyokong PR dan ahli PAS baring atas jalan menyekat kenderaan Diraja Perak pada satu waktu dahulu. Bukankah perbuatan tersebut juga melanggar perlembagaan negara kerana menderhaka kepada Sultan dan Yang Dipertuan Agong?. 

Klip video perbuatan kurang ajar dan melanggar perlembagaan oleh 
penyokong PR dan ahli PAS menahan kereja Raja di Bukit Candan 
Kuala Kangsar. Apakah perbuatan ini tidak melanggar perlembagaan 

Keutuhan Agama Islam di Malaysia adalah terletak ditangan Raja-Raja. Tetapi penyokong PR yang sebahagian besarnya penyokong PAS, telah bertindak kurang ajar kepada Raja yang menjaga kedaulatan Agama Islam.  Mereka menyertai penunjuk perasaan anjuran PR dan berbaring diatas jalan dengan memegang bendera negara lain dengan tujuan menderhaka kepada Raja dan menghalang kenderaan di Raja. Apa maksud mereka sebenarnya. Bukankah ini juga melanggar Perlembagaan Malaysia dan malah lebih teruk lagi mereka menderhaka kepada Raja. Bagaimana?

Monday, September 26, 2011

DATUK NIK AZIZ DAN PAS BARU NAK TERSEDAR MEREKA SELAMA INI DIGUNAKAN OLEH DAP

DATUK! MEREKA TU KAFIR, MANAKAN MAHU MENERIMA 
HUKUM ISLAM! BERBAIK SANGKALAH DENGAN UMNO 
KERANA UMNO JUGA MEMPERJUANGKAN ISLAM.
 
 TELUNJUK LURUS, KELINKING BERKAIT. SELAGI 
MEREKA ADA KEUNTUNGAN POLITK SELAGI 
ITULAH MEREKA BERBAIK DENGAN ISLAM. 
MENERIMA ISLAM?, JAUH PANGGANG DARI API
 
Utusan hari ini melapurkan datuk Nik Aziz merungut terhadap DAP yang mengugut mahu meletakkan jawatan beramai-ramai andainya Datuk Nik Aziz teruskan dengan agenda hudud baca di sini

Nah! bukankah itu satu petunjuk yang amat nyata bahawa jika PAS lari dari agenda DAP, maka PAS tidak lagi berguna kepada mereka.

Selama ini DAP menggunakan setaikawan PAS hanya untuk mencapai agenda mereka sahaja iaitu mahu menjatuhkan UMNO dan BN agar mereka dapat memegang tampuk pemerintahan Malaysia. Akhirnya jika PR berjaya seperti yang di rancang, nampaknya PAS akan menjilat jari sahaja.

Contohnya sudah terpampang didepan mata. Ahli PAS digula-gulakann oleh PAS bahawa perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam di negara ini termasuklah melaksanakan hukum hudud. Alih-alih kerana mahun menjaga DAP, PAS sanggup mengenepikan slogan perjuangan Islam dan menukarkannya kepada negara berkebajikan.

Maka sekarang para pemimpin dan ahli-ahli PAS sepatutnya sudah sedar sepenuhnya siapakah DAP yang sebenarnya. Apakah PAS tidak sedar bahawa selama ini mereka sedang berkawan dengan kafir harbi.Mereka sebenarnya berkawan dengan musuh Islam. Jika benar mereka bukan memusuhi Islam mengapa mereka mengugut PAS sedemikian rupa?.

UMNO mendokong Islam sepenuhnya. Cuma pada masa ini UMNO hanya membuat pendiriant bahawa belum sampai masanya melaksanakan hukum hudud kerana terdapat beberapa masalah. Sebaliknya dilebelkan kafir oleh PAS walaupun UMNO sebenarnya sama sekali tidak menolak hudud sebagai hukum Allah. 

PAS masih belum dapat keluar dari kepompong pemikiran sempit mereka. PAS masih belum sedar bahawa mereka kini sebenarnya sedang dipergunakan untuk memecah belahkan kuasa politik orag Melayu.

Sebahagian kuasa politk orang Melayu kini berada dalam UMNO/BN. Sebahagian lagi berada dalam PAS dan manakala sebahagaian lagi sedang memperjuangkan pemimpin yang tidak bermoral dalam PKR. Secara kasarnya 63% kuasa politik Melayu berpecah tiga tetapi 37% kuasa politik etnik dan agama lain nampaknya dalam senyap bergabung menjadi satu kuasa politik. Jika ini tidak benar masakan MCA juga mengugut dengan nada yang sama dengan DAP walaupun UMNO bertegas menyatakan bahawa hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di Malaysia pada masa ini. Latah MCA ini menggambarkan bahawa mereka akan menyokong etnik mereka sahaja atau sekurang-kurangnya bukan calon dari etnik Melayu.

Etnik Melayu dalam Islam seperti sekumpulan manusia berebut sesikat pisang. Oleh kerana susah untuk menentukan siapa yang berhak lalu melantik beruk menjadi hakim. Sambil berbicara, beruk terus memakan pisang hinggan habis. Lalu beruk pun membuat keputusan seperti berikut "Untuk keadilan semua, aku terpaksa memakan semua pisang tersebut. Lagipun ianya memang makanan kegemaran aku. Kerana pisang sudah habis aku makan, maka kamu bertiga telah mendapat keadilan kerana tidak seorangpun dari kamu mendapat pisang tersebut". Inilah yang dikatakan berhakimkan beruk.

Apakah Pemimpin dan Ahli PAS merasakan bahawa entik Melayu Islam akan mendapat keadilan yang sebenar apabila semuanya telah terlepas dari Melayu/Islam dan bertukar ketangan DAP/kafir harbi?.

Sunday, September 25, 2011

HUKUM HUDUD - SEDARKAH DATUK NIK AZIZ BAHAWA PERBALAHAN UMNO DAN PAS HANYA MEMENANGKAN KAFIR DI PRU

DATUK NIK AZIZ LEBIH MESRA DENGAN ORANG KAFIR 
BERBANDING DENGAN SAUDARA SESAMA ISLAM

SEBAGAI ORANG ISLAM KITA WAJIB MENERIMA 
HUKUMAN SEPERTI INI. TETAPI APAKAH ORANG
BUKAN ISLAM MAHU MENERIMANYA SEBAGAI 
UNDANG-UNDANG NEGARA MALAYSIA?.

Apakah Datuk Nik Aziz, MB Kelantan benar-benar tegas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Amat mustahil sekali seorang MB tidak dinasihatkan oleh Penasihat undang-undang negeri atau sebagainya akan rintangan yang akan dihadapai bagi melaksanakan hukum hudud tersebut.

Walaupun kerajaan negeri ada kuasa sendiri dalam menggubal undang-undang dalam bidang syariah, namun sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia, undang-undang negeri yag digubal mestilah tidak melangkaui undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Masih ada cara untuk melaksanakannya iaitu dengan kuasa undi 2/3 sokongan Ahli Dewan Rakyat apabila usul mengubah Perlembagaan Persekutuan mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam (Hudud) di bentangkan di Parlimen.

Namun kerajaan Persekutuan juga perlu mengambil kira aspek keselamatan andainya undang-undang tersebut dilaksanakan.

Apakah tujuan sebenar hudud mahu dilaksanakan?. Tentulah untuk menjadikan manusia lebih baik dan dengan demikian Negara menjadi bertambah aman dan maju.

Tetapi apakah tercapai tujuan tersebut andainya ianya hanya diterima atau dipatuhi oleh umat Islam sahaja. Sudah barang tentu rakyat Malaysia beragama lain membantahnya. Sedangkan bila  sudah menjadi undang-undang negara, semua lapisan rakyat perlu patuh dan akan menjalani hukum yang sama bila melakukan kesalahan.

Risikonya adalah kekacauan, perbalahan atau pemberontakan yang akan melanda negara. Masa itu hudud entah kemana, undang-undang yang sedia adapun entah kemana. Jika berlaku huruhara, undang-undang sudah tidak dihormati lagi. Masing-masing akan melepaskan tembakan dan berbununah.

Negara tidak akan selamat dengan hanya beretorik dan bercakap ikut sedap sendiri. Kita perlu melihat nya dalam skop yang lebih besar iaitu kepentingan negara. Islam tidak diiniaya dan dizalimi di negara ini. Malah kerajaan pusat masih ditangan pemimpin Islam dan Perlembagaan Malaysia masih menetapkan bahawa Agama Islam adalah agama rasmi di Negara ini. Maknyanya Agama Islam mempunyai  hak dan peruntukan dari segi perlembagaan untuk pembangunan Islam dinegara ini.

Perlu juga ditegaskan, walaupun tidak melaksanakan hukum hudud pun, undang-undang negara tidak memberi peluang penjenayah, perogol, penzina, pengedar dadah, perasuah dan lain-lain terlepas begitu sahaja sesuai dengan peritah Islam iaitu menghukum individu yang melakukan kesalahan.

Masalah yang timbul ialah pihak pembangkang terlalu mempolitikkan hal-hal keagamaan ke tahap melampau hingga meresahkan rakyat pelbagai etnik dan agama dinegara ini.
Dahulunya PAS bermasalah dengan semua parti yang tidak mahu melaksanakan hukum hudud iaitu BN dan DAP dan lain-lain. BN yang memerintah menjadi musuh utama manakala parti DAP pula bukan dalam menu persahabatan malah juga merupakan seteru mereka kerana sememangnya menolak Islam.

Tetapi kini PAS menjadi pak turut DAP. PAS juga kini bersekongkol  dengan PKR  yang bukan merupakan sebuah parti yang memperjuangkan Islam malah jika dari segi agama, sebenarnya ia menjatuhkan imej Islam kerana mempertahankan seorang pemimpinnya yang mempunyai masalah moral.

Tolong kemukakan satu negara Islam contoh didunia ini yang benar-benar menjalankan hudud 100% dan benar-benar aman. Hanya Arab Saudi sahaja yang belum huruhara. Itupun dengan jaminan Amerika Syarikat yang memberi sokongan senjata dan ketenteraan dengan bersyarat. Sebagai balasannya Arab Saudi menutp mulut dan mengilas siku ke belakang akan kezaliman Yahudi di Palastine, sebuah negara proksi Amerika di semenanjung Arab (Timur Tengah). Arab Saudi juga tidak melaksanakan hukum hudud sepenuhnya tetapi hanya yang terpilih sahaja. Lebih kurang dengan undang-undang jenayah biasa juga.

Sebenarnya niat Datuk Nik Aziz lebih kepada menjadi medium kepada kesinambungan dendam kasumat PAS terhadap UMNO sejak dahulu. Ianya berpunca dari seorang pemimpinnya yang kalah dalam pemilihan jawatan UMNO kemudian keluar dari UMNO dan menubuhkan PAS (Pergolakan dari tahun 1951 hingga 1952).

Kerana perbuatan PAS bersekonogkol dengan parti kafir (DAP), maka semangat setiakawan dan menghormati Islam semakin luntur dikalangan etnik dan agama lain dinegara ini. Malah ke mata dunia sekalipun. Satu masa dahulu Karpal Singh sudah tentu gugup untuk berkata “LANGKAH MAYAT KAMI DAHULU JIKA MAHU MENJADIKAN NEGARA INI NEGARA ISLAM” tetpi kini dia telah berani memberi amaran kepada PAS agar tidak melaksanakan hukum hudud. Siapakah yang membuatkan Karpal begitu berani menyanggah Islam?. Datuk Nik Aziz dan parti PAS lah. Punyalah takut mereka kepada DAP hingga sampai sekarang terus menerus menyalahkan UMNO.

Datu Seri Najib, PM Malaysia menjelaskan bahawa sebagai orang Islam dan UMNO sebagai parti yang mendokong Islam, mengakui bahawa hukum hudud adalah hukum tuhan yang perlu umat Islam patuhinya. Cuma diperjelaskan bahawa perlaksanakannya. Pada masa ini dan dengan situasi negara ini, ianya belum sesuai atau belum sampai masanyan untuk dilaksanakan. Tetapi sebaliknya dengan rakusnya PAS mengkafirkan UMNO yang dianggap tidak mahu melaksanakan hukum hudud.

PAS sepatutnya mengembeling tenaga bersama UMNO bagi mempromosikan akan kebaikan Islam dimata masyarakat majmuk dinegara ini. Bukannya memaksa orang menerima hukum hudud. Adakah Islam itu hanya hukum hudud semata-mata?. Sebaliknya UMNO yang menerajui kerajaan persekutuan sentiasa meletakkan perjuangan Islam secara lebih sistematik dan bertamaddun. Kita mengambil contoh iaitu langkah kerajaan memperkenalkan 'perbankan Islam'. Kini ramai dikalangan bukan Islam menggunakan perbankan Islam kerana ianya tidak berlandaskan riba sebaliknya berasaskan keuntungan perniagaan dan konsep menang-menang.

Jika kita mengambil kira perjuangan PAS menegakkan Islam, sudah tentu etnik bukan Islam tidak akan merasa kagum dan selesa dengan Islam. Petamanya kita lihat negeri yang dibawah kerajaan PAS mundur, tidak cekap pengurusan, kurang kemudahan asas, tidak banyak peluang pekerjaan dan perniagaan, lebih tinggi nisbah jenayah berbanding dengan negeri lain dan berbagai lagi. Berapa buah masjid yang PAS telah bangunkan sepanjang 21 tahun PAS memerintah Kelantan. Jika ada sedikit sebanyak pembangunan pun adalah hasil usaha dan bantuan kerajaan pusat tetapi kreditnya pergi kepada PAS.

Perbuatan Datuk Nik Aziz memperbesar-besarkan isu hudud ini hanya mengundang risiko yang tidak baik bagi umat Islam di Malaysia. Mungkin di Kelantan, oleh kerana majoritinya rakyatnya etik Melayu/Islam, menggula-gulakan Islam ini boleh diterima oleh rakyat Kelantan. Itupun jika rakyat Kelantan masih mahu terus menerus tertinggal dibelakang pembangunan. Bagi di negeri lain, sokongan etnik bukan melayu bukan menjurus ke arah PAS atau UMNO sebaliknya akan menguntungkan parti politik bukan Malyu/Islam.

Seterusnya jika UMNO kehilangan pengaruh, bukan parti UMNO dan PAS sahaja yang merana tetapi umat Melayu Islam di malaysialah yang akan kehilangan kuasa mentadbir. Apa yang Kelantan boleh lakukan?.

Ingatlah wahai saudara Melayu/Islam sekelian. Jika kita mahu Islam kuat dinegara ini, Melayu/Islam mesti mempunyai 148 kerusi daripada 222 (2/3) kerusi Ahli Dewan Rakyat di Parlimen. Kita bukan mahu merampas hak etnik/agama lain. Kita hanya mahu mereka mengiktiraf dan menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini. Kita tidak mahu mereka sewenang-wenangnya memurtadkan orang Melayu/Islam kerana itu bercanggah dengan perlembagaan.

Tetapi jika PAS bersekongkol dengan mereka, dimanakah matlamat sebenar perjuangan dan keutamaan PAS. Hendak melaksanakan hukum hudud yang belum tentu lagi dapat dilakasanakan atau mahu mengekalkan dominan Islam di negara ini terlebih dahulu?.

Wednesday, September 21, 2011

BERASASKAH PENOLAKAN NIK AZIZ TERHADAP PANDANGAN DR MOHD ASRI

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
situasi di negara ini termasuk di Kelantan masih 
belum kondusif untuk melaksanakan hukum hudud.

Bukan Tun Dr Mahathir atau Datuk Seri Najib yang berkata
"LANGKAH MAYAT KAMI DULU JIKA MAHU 
MENJADIKAN NEGARA INI NEGARA ISLAM". 
Tetapi Karpal Singh yang berkata

Nik Aziz tolak pandangan Asri

KOTA BHARU 21 Sept. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak pandangan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bahawa situasi di negara ini termasuk di Kelantan masih belum kondusif untuk melaksanakan hukum hudud. 

Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan Pas Kelantan sudah menyiapkan asas kukuh untuk pelaksanaan hukum hudud berlandaskan konsep ubudiyah (kepatuhan), itqan (tekun) dan masuliyah (bertanggungjawab) dalam pentadbirannya. klik disini untuk seterusnya  

Sebagai seorang yang bukan pakar dalam bidang agama penulis tidak berhajat untuk mengulas isu ini dari sudut keagamaan tentang perlaksanaan hukum hudud. 

Penulis berpendapat bahawa hujah Datuk Dr Asri bukanlah menolak hukum hudud dari dilaksanakan di Kelantan malah di Malaysia sekalipun. Dr Asri sebenarnya bermaksud bahawa asas untuk melaksanakan hukum hudud belum lagi sempurna.

Sebagai contoh, bukankah menjadi satu kezaliman bila kita menjatuhkan hukum potong tangan kepada pencuri sedang perbuatan mencuri tersebut dilakukan kerana terdesak dimana dia  atau keluarganya sedang kelaparan?.

Dakwaan Datuk Nik Aziz bahawa kerajaan Pas Kelantan sudah menyiapkan asas kukuh untuk pelaksanaan hukum hudud berlandaskan konsep ubudiyah (kepatuhan), itqan (tekun) dan masuliyah (bertanggungjawab) dalam pentadbirannya hanya dakwaan sebelah pihak sahaja. Ianya tidak merangkumi atau belum lagi menjadi budaya masyarakat negeri kelantan. Sebagai contoh adakah umat Islam di kelantan sudah begitu patuh dan taat kepada agama Islam sehingga jika mereka terlanjur berzina denga isteri orang, maka silelaki tadi sanggup membawa pedang dan menyerah diri kepada suami wanita tersebut minta ampun kerana telah berzina dengan isterinya?.

Berhubung denga kuliah agama, bantuan kebajikan dan sebagainya, ini bukan satu justifikasi bagi mengukur kesedaran rakyat terhadap kepatuhan kepada agama Islam.  

Apakah dakwaan Datuk Nik Aziz bahawa "Kami buat bermacam-macam projek, Al-It'am (kupon beras percuma), Az-Ziwaj (bantuan perkahwinan), Ladang Rakyat, bantuan armalah (ibu tunggal) dan sebagainya sudah berjaya membasmi kemiskinan, kemelesetan, kemelaratan atau sudah memenuhi impian rakyat keseluruhan untuk mengecapi kemewahan. Jika benar mengapa beratus-ratus ribu rakyat Kelantan berhijrah keluar dari Kelantan untuk mendapatkan ilmu, pekerjaan, peluang perniagaan dan sebagainya sehingga sekarang?. 

Bagaimanakah jika beratus ribu rakyat Kelantan tersebut menyerbu balik tinggal di Kelantan. Apakah Kelantan mampu menyediakan kemudahan asas, pekerjaan dan pendidikan sempurna kepada semuanya. 

Bahkah adakah langkah-langkah penerapan nilai-nilai keislaman selama 21 tahun PAS memerintah di Kelantan telah berjaya mendidik masyrakat menjadi lebih berdisiplin dan berwibawa dalam agama berbanding dengan dari rakyat negeri lain?. 

Kila lihat sahaja statistik terbaru menunjukkan bahawa  Kelantan mencatatkan nisbah pengidap AIDS dan HIV paling tinggi sekali di Malaysia. Apakah ini mahu disalahkan kerana tidak dilaksanakan hukum hudud.

Datuk Nik Aziz hanya bercakap syok sendiri. Memang diketahui beliau merupaka seorang yang warak tetapi kita juga jangan lupa bahawa beliau dan keluarga beliau tidak termasuk dalam golongan yang dikatakan miskin tegar, yang melarat dan tidak pendidikan sempurna. Beliau hanya nampak tetapi tidak merasai bagaimana jika menjadi terlalu miskin dan terdesak.

Langkah kerajaan pusat menjatuhkan hukuman mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah sekalipun tidak dapat menyekat manusia dari terus melakukannya.  

Walaupun majoriti rakyak Kelantan adalah orang Melayu beragama islam, tetapi kita juga jangan lupa bahawa terdapat beberapa peratus darinya adalah keturunan Cina/Thai yang beragama Buddha, India beragama Hindu dan lain-lain etnik yang bukan beragama Islam.

Pertanyaannya disini adakah hukum hudud yang dirancang tersebut akan dikuatkuasakan kepada keseluruhan lapisan agama/etnik?. Pernah satu ketika dahulu Datuk Nik Aziz berkata ianya hanya akan dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja. Apakah di zaman nabi Muhammad SAW dahulu, hukum hudud hanya dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja?. 

Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa Orang Melayu adalah beragama Islam manakala lain-lain etnik bebas menganuti agama masing-masing selagi tidak menyebarkannya kepada penganut Islam.

Jika kita memperkatakan keadilan, maka sesuatu hukuman yang dijatuhkan perlulah adil kepada semua pihak samada terhadap orang Islam atau bukan Islam.  Mengambil contoh seorang perempuan Islam yang berzina dengan lelaki bukan Islam, apakah lelaki bukan Islam tersebut juga akan dibicarakan mengikut hukum Islam dan dijatuhkan hukum hudud?.

Dari segi perlembagaan persekutuan, mana-mana orang bukan islam tidak boleh dibicarakan di mahkamah syariah (mahkamah Islam) kerana mereka bukan Islam. Tetapi dinegara berakyat majmuk seperti di Melaysia ini, pertembungan budaya, agama dan sosial tidak dapat dielakkan. Ianya seperti cuba memisahkan sekam dengan padi. Sudah tentu ada masanya orang Islam dan bukan Islam melakukan kesalahan secara bersama. Apakah kita hanya mahu orang Islam sahaja menerima hukum hudud dan orang bukan Islam terlepas begitu sahaja?. Adilkah hukuman yang sedemikian itu?.

Akhirnya penulis berharap semua pemimpin PAS terutamanya Datuk Nik Aziz supaya dapat membuat keputusan yang berpijak di bumi nyata. Semua orang Islam di Malaysia termasuk PM Datuk Seri Mohd Najib sedar bahawa menolak hukum hudud bermakna jatuh hukum kafir kepada orang Islam. Kita bukan mempertikaikan atau menolak hukum tersebut.

Bagi situasi semasa mungkin Datuk Mohd Asri dan sebahagian yang lain termasuk penulis berpendapat, untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia, kita juga "terpaksa" mengambil kira status perlembagaan Malaysia yang memberikan hak dan pilihan kepada bukan Melayu/Islam yang merupakan lebih kurang 37% warga negara Malaysia.

Bolehkah kuasa Melayu/Islam di Malaysia atau dengan sokongan sebahagian suara bukan Islam memperolehi majoriti 2/3 kerusi di parlimen bagi menggubal perlembagaan untuk menjadikan negara ini melaksanakan hukum Islam sepenuhnya. Bahkan kerana disregah oleh Karpal Singh (DAP), semangat berkobar-kobar PAS yang mahu melaksanakan hukum Islam sepenuhnya pun terbantut dan terpaksa menukar slogan kepada "negara berkebajikan".  Inikan pula mahu melaksanakan hukum hudud.

Nampaknya PAS hanya berani menegur sesama Melayu sahaja tetapi kecut perut bila berhadapan dengan parti Kafir.  Jika betul-betul mahu memperjuangkan Islam dan benar-benar mahu melaksanakan hukum hudud, PAS sepatutnya menyanggah kata-kata ugutan Karpal Singh terlebih dahulu "LANGKAH MAYAT KAMI DULU JIKA MAHU MENJADIKAN NEGARA INI NEGARA ISLAM". Bukan hanya beretorik dan berslogan bagi memancing undi di PRU ke 13 dengan tujuan mengekal kuasa PAS di Kelantan. Maksud yang lain habuk pun tarak.

Tuesday, September 20, 2011

GEJALA KANAK-KANAK DAN REMAJA BAWAH UMUR MENUNGGANG M/SIKAL- JIKA BERLAKU KEMALANGAN, GANTI RUGI SIAPA MAHU TANGGUNG

GEJALA KANAK-KANAK DAN REMAJA BAWAH UMUR MENUNGGANG M/SIKAL- JIKA BERLAKU KEMALANGAN, GANTI RUGI SIAPA MAHU TANGGUNG


ADIK MOHD FATHUDDIN BIN MOHD AMIN
BERSAMA IBUNYA NURZALIDA BT AHMAD
DATANG KE KLINIK UNTUK RAWATAN SUSULAN
DARI KG HULU KENDERONG GERIK PERAK.
SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBAYAR
GANTIRUGI KECERAAN DAN KERUGIAN KELUARGA
UNTUK RAWATAN DAN PERBELANJAAN SAMPINGAN

Sedang aku menunggu giliran untuk berjumpa doctor di sebuah klinik, terpandang aku seorang ibu muda memimpin anaknya yang berumur lebih kurang 5 tahun. Aku bertanya mengapa lengan kananya memakai anduh dan terdapat kesan luka dikepala. Dengan perasaan agak kesal dia memaklumkan bahawa anaknya dilanggar dihadapan rumah oleh sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang remaja berumur 14 tahun pada petang hariraya pertama baru-baru ini.  Orang lain bergembira dengan suasana hariraya, dia sekeluarga cemas menghadapai anaknya yang bertarung dengan maut di ICU hospital Ipoh. Rumahnya terletak dalam sebuah perkampungan tradisional Melayu dipinggir bandar Gerik, Perak.

Dia datang ke klinik tersebut untuk membersihkan luka dan kesan jahitan di lengan kanannya yang patah dua. Tanpa ditanya dia yang agak geram menerangkan selepas dilanggar, anaknya terpaksa di masukkan ICU hospital Ipoh selama 2 hari kerana koma dan disyaki berlaku pendarahan dalam kepala. Selama dua hari yang mencemaskan hingga mereka begitu tertekan kerana merasakan akan kehilangan terus anak kesayangan mereka. Berat mata memandang berat lagi nahu memikul.

Seterusnya dia menerangkan bahawa pihaknya tidak dapat membuat urusan meminta ganti rugi insuran pihak ke tiga kerana remaja yang melanggar anaknya bawah umur. Manakala keluarga remaja tersebut pula hanya merupakan seorang pekebun kecil. Dia mendapat tahu keluarga (ibubapa) remaja tersebut telah disaman dengan pelbagai tuduhan oleh pihak polis kerana membenarkan seorang ramaja bawah umur menunggang motosikal yang sudah tentunya tidak ada perlindungan insuran, lesen memandu dan lain-lain.

Aku hanya berdaya menunjukkan simpati sahaja dan kemudiannya aku bersandar dikerusi sambil menunggu giliran dipanggil menemui doktor.

Dalam pada itu aku terfikir betapa perbuatan ibubapa di kampong aku yang berdekatan juga tidak mengambil berat hal ini dengan membenarkan anak-anak  mereka yang dibawah umur memandu motosikal. Ada yang berusia 8 tahun yang mana kaki pun belum dapat memijak tanah semasa motosikal berhenti. Jika mahu menghidupkan enjik tongkat dulu baru menerjah enconya. Terpaksa cari ketulan kayu atau tanah sedikit tinggi di sebelahnya untuk mula menunggang atau berhenti. Bagaimana agaknya jika berlaku kecemasan.

Bukan setakat bawah umur sahaja, malah dibawa pula pembonceng sesama usia atau yang lebih kecil lagi hingga tiga orang sekali. Walaupun kelajuan tidak mencecah 60/70kmj tetapi dalam keadaan jalan yang sempit, sangat hampir dengan rumah kediaman dan sering kedapatan kanak-kanak kecil berkeliaran, cara mereka menunggang adalah amat bahaya. Remaja dan kanak-kanak ini biasanya menunggang agak laju berbanding dengan orang dewasa .

Kita tahu bahawa remaja dan kanak-kanak yang menunggang tersebut hanya berseronok tanpa dapat berfikit betapa ancaman kemalangan yang mungkin akan mencederakan dirinya atau orang lain terutamanya kanak-kanak kecil. Juga besar kemungkinan akan berlaku perlanggaran dengan motosikal dan kereta yang lain.

Sering juga kedapatan dimana remaja bawah umur ini turut terlibat dengan perlumbaan haram secara kecilan atau untuk seronok-seronok di jalan-jalan dalam kampung. Perbuatan mereka ini memberi ancaman bahaya kepada orang lain kerana mereka melakukannya didalam kampong yang jalannya adalah sempit.

Tanpa memikirkan risikonya, kebanyakan ibubapa remaja berkenaan mengambil jalan mudah dengan membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal. Mereka tidak  memikirkan bahaya ancaman terhadap orang lain dan terhadap anak mereka juga. Jika kita menegur atau memberi nasihat, maka kita pula akan menjadi musuh dan dianggap tidak boleh berlebih kurang sesama sekampung.

Contoh kemalangan yang telah menimpa kanak-kanak seperti diatas adalah satu insiden dimana sesuatu patut dilakukan. Apakah ibubapa remaja berkenaan mampu membayar ganti rugi jika jumlahnya mencapai puluhan ribu atau ratusan ribu ringgit. Ini memandangkan perlindungan insuran sudah tentu tidak ada untuk tuntutan pihak ketiga.

Apakah tidak ada sesautu tindakan yang patut dilakukan?. Jika mengharapkan kerjasama ibubapa jauh sekali. Malah ada yang merasa bangga dengan kebolehan anak mereka menunggang motosikal walaupun baru berumur 8 tahun. Ada pula yang memberi alasan memudahkan mereka meminta anak-anak ke kedai runcit membeli keperluan dapur dan rokok. Malah ada juga memberikan alasan bila anak dah masuk sekolah menengah nanti, mereka telah mahir menunggang motosikal sendiri ke sekolah. 

Yang menjadi mangsanya adalah mereka yang dilanggar (ibubapa dan anak-anak) oleh penunggang bawah umur. Jika kemalangan tersebut hingga membawa maut satu hal. Mahu membuat tuntutan ganti rugi kepada siapa?. Ibubapa remaja yang terlibat pula adalah orang yang tidak kaya atau orang yang tidak berapa ada harta kalau pun tidak miskin. Jika kita membawa perkara tersebut agar diketengahkan kita pula akan jadi musuh walupun kita dan ahli keluarga adalah sebenarnya mangsa. Mereka hanya sedar jika keluarga mereka yang terlibat sebagai mangsa.

Sunday, September 18, 2011

MB SEDIH AIDS DAN HIV MENINGKAT DIKELANTAN

Ada unsur lain selain dari masalah agama yang menyebabkan 
anak muda terlibat dengan dadah hingga menyebabkan 
AIDS dan HIV meningkat di Kelantan

Mudahnya hujah seorang Menteri Besar yang mengulas tentang fenomena peningkatan jumlah pesakit AIDS dan HIV di negeri Kelantan. Apa juga masalah yang wujud di Kelantan adalah disebabkan pihak lain. Bukannya disebabkan kelemahan kerajaan pimpinan PAS yang memerintah Kelantan. Hinggakan sekolah pondok pun dipersalah. Beliau membuat rumusan bahawa sepatutnya Kelantan tidak menghadapi masalah ini kerana Kelantan penuh dengan pondok-pondok (pusat pengajian agama) sehingga menjadi terkenal dengan serambi Mekah. klik disini 

Selama ini beliau hanya tahu membuat tuduhan terhadap kerajaan UMNO/BN sahaja bahawa penigkatan masalah sosial di negara ini adalah berpunca dari polisi UMNO yang tidak mengutamakan pendidikan dan agama Islam yang sebenar. Malah UMNO difatwakan kafir. Mana-mana orang Islam yang menyokong UMNO adalah kafir dan darah orang UMNO adala halal dan mati kerana memerangi UMNO adalah Sayhid (Amanah Haji Hadi).

Jika pihak pemimpin dan penyokong PAS membuka mata dan minda mereka keluar sedikit dari kepompong mereka selama ini, tentu mereka dapat melihat betapa besarnya sumbangan dan pengorbanan UMNO dalam menegakkan Islan di negara ini. Malah kekuatan Islam di negeri-negeri yang di bawah kekuasaan PAS pun adalah hasil dari lindungan/perihatin kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO. Buatlah bancian sendiri. Berapa banyak masjid yang telah didirikan oleh kerajaan PAS selama 21 tahun lebih memerintah Kelantan?.

Berpuluh ribu anak Kelantan, sebuah negeri yang dikuasai PAS kini samada bekerja di agensi kerajaan pusat seperi Jakim, Pusat Islam, Tabung Haji, Bank Islam Pajak Gadai Islam dan di beberapa lagi agensi kerajaan pusat yang ada sangkut paut dengan Islam. Beribu-ribu lagi penuntut dari Kelantan sedang belajar dipusat-pusat pengajian tinggi Islam seperti UIA, Kolej Islam, pusat Tahfiz dan beberapa pusat pengajian tinggai lain yang dibawah pentadbiran kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO.

Jika mahu dibandingkan sumbangan kerajaan negeri Kelantan dengan kerajaan pusat (BN/UMNO) dalam sumbangan terhadap pembangunan Islam adalah seperti langit dengan bumi. Kelantan hanya tahu beretorik dengan slogan, "membangun bersama Islam", "Pangkah PAS masuk syurga" dan berbagai lagi yang kosong dan tidak bermakna. Hanya merupakan slogan yang terletak dibibir mulut sahaja. Ianya tak lebih dari satu cara untuk menarik pengundi yang rata-ratanya telah termakan dengan dakwaan bahawa hanya parti PAS yang  Islam dan UMNO adalah parti kafir.

PAS sepatutnya sedar bahawa membentuk perangai manusia bukan seperti membentuk atau mengajar beruk memetik kelapa. Jika engkar di cemetikan dan jika patuh diberi minum dan makan secukupnya. Tetapi lehernya tetap dirantaikan. Apa maknanya di sini?. Bahawa jika sesuatu perwatakan itu dibentuk dalam paksaan maka kepatuhan tersebut tidak mengambarkan tingah laku yang sebenar.

Kehendak dan pemikiran manusia terutamanya golongan muda tidak statik dan pegun. Jiwa mereka sentiasa berkobar-kobar, agresif dan mencabar. Memberi pelajaran agama atau pendidikan agama sehingga ke Universiti Azhar sekalipun tidak menjanjikan semuanya akan menjadi baik. Bahawa semua perkara buruk tidak akan dilakukan oleh individu yang mendapat didikan tinggi dalam pelajaran dan agama Islam adalah karut.  Ianya hanya satu retorik semata-mata.

Para pemimpin PAS sepatutnya tidak merasa syok sendiri kononnya negeri yang majoriti rakyatnya adalah penyokong sebuah parti yang menggunakan nama Islam akan terlepas dari ancaman masalah sosial. Satu andaian yang cukup lemah dan tidak realiti. Jika kita merenung kemabali, sudah berapa banyak insiden dimana anak-anak yang menunutut di sekolah agama atau pusat pengajian tinggi agama dapati berzina hingga yang peprempuannya melahirkan anak. Terdapat juga ada pelajar mati, tercedera dan cacat seumur hidup kerana perbuatan ganas dan deraan dikalangan rakan sebaya di sekolah agama tersebut. 

Jika hanya pelajaran agama semata-mata yang dapat membentuk peribadi yang baik, mengapa masih terdapat juga yang murid-muridnya yang tidak patuh kepada ajaran Islam yang sebenar. Apakah pusat pengajian yang berasaskan agama tersebut umpamanya "SEKOLAH MENENGAH AGAMA" atau sebagainya tidak mengajar anak muridnya yang ganas-ganas tersebut tentang ajaran Islam yang sebenar?.

Manusia yang dilahirkan di muka bumi ini adalah manusia yang tidak memakan agama Islam tetapi menggunakan agama Islam sebagai satu cara untuk hidup yang diredai ASW. Walaupun seseorang individu Islam tersebut taat kepada ajaran Islam, tetapi sebagai manusia yang lemah kerana bernafsu, menusia tetap memerlukan pembangunan fizikal, pendapatan, tempat perlindungan dan keperluan untuk hidup yang lebih selesa agar terhindar dari terjebak dalam jenayah atau perbuatan mugkar yang lain. Malah kehidupan sempurna itulah yang dapat memberikan suasana aman dan tenteram bagi membolehkan umat Islam melaksanakan ibadah mereka dengan dengan lebih baik termasuk berkeupayaan membayar zakat yang tinggi dan menunaikan haji .

Jika negerinya kurang mampu membangun, maka negeri tersebut tidak akan dapat memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Walau sebanyak manapun pelajaran agama Islam diterapkan kepada seseorang individu, namun kehendak atau kerperluan individu yang terdesak kerana dihimpit kemiskinan akhirnya boleh mengatasi ajaran agama yang diterimanya.  Itulah sebabnya dalam Islam, jika mahu menjalankan hukum hudud sekalipun, jika seseorang pencuri itu mencuri kerana kelaparan maka dia tidak akan dijatuhkan hukum potong tangan sebaliknya perlu dibantu mengatasi kelaparan dirinya atau keluarganya.

Rumusannya, PAS sepatutnya tidak melebelkan UMNO sebagai sebuah parti kafir dengan tuduhan tidak mahu melaksanakan hukum  Islam. Mereka sendiri iaitu parti PAS yang medakwa lebih Islam pun tidak mampu untuk mecegah peningkatan jumlah pesakit AIDS dan HIV di negeri Kelantan. Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa PAS disebalik slogan penyedap mulutnya, PAS telah gagal  membuktikan bahawa jika menyokong PAS semuanya selamat.

Kepada UMNO, pembangunan modal insan dalam Islam bukan hanya tertumpu kepada fardhu 'ain sahaja. Malahan ianya merangkumi fardhu kifayah iaitu memajukan negara/negeri agar rakyat tidak terjebak dalam masalah sosial kerana tidak ada kerja, persekitaran yang pasif, tempat tinggal yang tidak sempurna dan kemudahan asas yang tidak cekap. 

Yang lebih malangnya, ramai ibubapa hanya asyik dengan berpolitik dan aktiviti agama terlampau untuk diri sendiri sahaja. Kebanyakan ibubapa juga terbawa-bawa dengan sindrom politik menyalahkan orang lain sehingga terlupa bahawa mereka sendiri ada keluarga dan anak-anak dirumah yang perlu diberi perhatian. Mereka bertanggungjawab menentukan agar anak-anak dan keluarga mereka tidak terjebak dengan masalah sosial yang menjurus kepada peningkatan jumlah pesakit AIDS dan HIV di negeri Kelantan.
 





Saturday, September 17, 2011

BERBAHASLAH ATAS FAKTA BUKAN ATAS DASAR MAKI HAMUN ATAU ANDAIAN SEMATA-MATA

ANWAR DAN DATO' ESKAY KELIHATAN TIBA NAIK LIF

ANWAR DAN DATO' ESKAY KELIHATAN KELUAR DARI LIF 
video urutan pergerakan Anwar yang dirakam oleh cctv
disebuah appartment di Ampang  tempat dimana ada kaitan
dengan rakaman video sek Anwar dengan pelacur Cina
pada 21 Februari 2011

Apa lagi modal yang boleh dipertikaikan oleh penyokongnya secara membabibuta kononnya Anwar  tidak melanggan pelacur Cina doll.

Bermacam-macam analisa, post mortem berunsur negatif oleh pihak penyokong Anwar/PR yang telah keluar di blog berikutan dengan keluarnya video tersebut. Tetapi tiada satupun yang boleh dianggap berwibawa yang boleh diguna pakai untuk meragukannya video tersebut. Rupa paras dalam video tersebut adalah rupa paras Anwar Ibrahim. Waktunya juga relevan dengan masa Anwar melanggan Cina Doll.

Pertamanya boleh dikatakan semua komen/ulasan pembangkang atau penyokong Anwar hanya berdasarkan andaian semata-mata. Tidak ada alasan logik dan saintifik malah ada yang tidak dapat membezakan format waktu yang disebut waktu 24 jam dengan waktu 12 jam. Ada juga yang keliru dengan format haribulan secara penulisan biasa dengan format video atau format komputer. Tidak kurang juga hanya bermodalkan perkataan memperbodohkan orang lain yang tidak sehaluan dan terhadap penyokong UMNO/BN/Kerajaan. Ada juga yang tak berapa pandai mengira walau dalam matematik mudah seperti jarak masa semasa Anwar masuk lif dengan masa Anwar keluar dari lif.

Terdapat juga penyokong yang tidak dapat membezakan hasil kualiti video jika dirakam secara cukup cahaya dengan kamera night vision. Juga ada yang langsung tidak ada asas penggunaan lens-lens kamera. Apa yang dikatakan wide angle, infinity, bukaan, kelajuan dan berbagai lagi. Ada juga yang tak tahu asas video/photo editing, pun mahu mengulas hal-hal bersangkutan video/photo editing.

Ada juga yang mempertikaikan pakaian Anwar dan Eskay. Masa di pintu lif terserlah warna sebenar baju Anwar dan Eskay. malah rupa Anwar dan Eskay juga menjadi lebih jelas. Mereka mempertikaikan mengapa video semasa adigan sek berlaku dalam hitam putih. Dan pakaian Eskay pula dalam warna kelabu. Inilah yang aku katakan bahawa terdapat penyokong Anwar ini hanya tahu komplen sahaja tetapi tak tahu asas kamera dan asas mengambil gambar.

Namapun ambil gambar yang tak cukup cahaya atau cahaya samar-samar, Kamera adigan sek dirakam oleh kamera night vision. Bila tak ada cahaya atau tak cukup cahaya maknanya tak ada warnalah. Sebab itu ianya hanya dirakam dalam hitam putih atau warna antara keduanya iaitu kelabu (gray). Didalam bilik yang sempit macamtu, lens biasa tidak dapat digunakan kerana ada objek yang tidak dapat dirakamkan kerana terkeluar dari sudut view kamera. Jadi juruteknik kamera atau jurukamera rakaman menggunakan lens wide angle yang statik. Lens wide angle jika dirakam dalam jarak dekat pandangan videonya akan ada sedikit lengkung kerana pengaruh lens.

Oleh kerana lensnya telah disetkan secara statik, maka mana-mana objek yang agak dekat dengan dengan kamera akan menjadi besar dan sedikit melengkung manakala objek yang jauh sedikit akan nampak jauh lebih kecil walaupun perbezaannya hanya beberapa kaki. Tidak ada jururakam kamera video untuk melaraskan lens kamera video kerana pada masa itu kamera di letak dalam perlindungan khas yang diluar pandangan Anwar dan Cina doll. Jika tidak sudah tentulah penataannya akan dapat diubah-ubah mengikut jarak dan appaturenya oleh pengendali kamera (videoman).

Ada juga yang tidak dapat membezakan waktu buka tutup pintu lif semasa Anwar dan Eskay masuk dan semasa mereka keluar. Bagi pengguna internet pula ramai yang tak sedar ada perbezaan waktu sebenar tempatan dengan waktu maya dimana server pencarian berasal. Dalam hal ini aku juga kurang mahir tetapi bila diterangkan oleh yang pakar seperti Bloger MIM dan beberapa yang lain, maka kita akan dapat memahaminya walaupun bukan menjadi diantara yang mahir. Tetapi bagi penyokong tegar Anwar, mereka bermatian-matian mempersoalkan perbezaan waktu tersebut (seperti perbezaan waktu tweeter dengan facebook) seolah-olam mereka faham isu tersebut. Sebaliknya mereka hanya pandai mempertikai sahaja tetapi tidak tahu perkara yang sebenar.

Dalam hal ini, jika kita sebagai seorang manusia yang rational, hal-hal rentetan kejadian serta rakaman video seperti ini sepatutnya menjadi ukuran kepada kita untuk mencari kebenarannya. Bukannya terus menerus mengutuk, mencerca, menghina dan sebagainya. 

Memang banyak juga tuduhan terhadap PM kita berhubung dengan scandall dengan Al-Tantuya dan pembelian kapal selam scorpeon. Malah terdapat beberapa tuduhan lain yang melibatkan scandall beberapa pemimpin UMNO oleh penyokong pembangkang. Bagi penyokong UMNO/BN dan kerajaan, kita tidak menolak akan sebarang kemungkinan kerana semua manusia ada keupayaan untuk melakukannya. Tetapi adakah semua tuduhan tersebut mempunyai backup atau keterangan untuk menyokongnya. 

Jikalau hanya setakat khabar angin, andaian atau fitnah tanpa diiringi dengan keterangan untuk menyokong seperti dokumen, gambar atau video atau sebagainya, maka adakah tuduhan tersebut mahu disamakan dengan tuduhan terhadap Anwar?. Penyokong UMNO/BN dan PM telah memberikan maklumat dan bukti video dan gambar serta beberapa dokumen yang boleh membuktikan tuduhan terhadap Anwar adalah betul melainkan ada pembuktian lain yang menolaknya. Bukannya semata-mata menyanggah dengan perkataan dan maki hamun sahaja. Zaman sekarang orang mahu bukti. Bukan seperti dalam cerita Seri Mersing. Anak Penghulu reka cerita bohong pun tok Penghulu percaya walhal anaknya sendiri yang membuat angkara tersebut (mencolek).

Inilah perbezaannya antara tuduhan terhadap Anwar dengan tuduhan penyokong pembangkang terhadap PM, wakil rakyat serta penyokong kerajaan. Jika kita terus berantakan seperti ini, tiada kesudahannya. Jadi kita tunggu satu lagi sesi perbicaraan mahkamah kerana ada yang dah buat laporan polis yang mendakwa Anwar telah membuat laporan palsu tentang penglibatannya melanggan pelacur. 

Aku juga mencabar sesiapa juga yang merasakan bahawa ada bukti bahawa PM kita ada kaitannya dengan scandal Al-Tantuya atau pembelian kapal selam scorpeon, buatlah laporan polis agar boleh dibicarakan di mahkamah. Bukan lagi terlalak terlolong maki hamun orang dengan perkataan bodoh dan sebagainya yang langsung tidak membantu menyelesaikan kemelot yang ada.






Friday, September 16, 2011

BUATLAH APAPUN SELAGI KERAJAAN INI KERAJAAN UMNO/BN PEMBANGKANG TETAP MEMBANGKANG

Guan Eng fears Najib simply rebranding ISA






By Clara Chooi

GEORGE TOWN, Sept 16 — Lim Guan Eng today expressed disappointment that the government plans to replace the Internal Security Act (ISA) with two new security laws, and argued that the reforms announced by Datuk Seri Najib Razak last night fell short of being meaningful.
Saying he welcomed the prime minister’s move to repeal the ISA, the Penang chief minister was still concerned the introduction of two new laws in its place meant the exercise may be a repackaging of the controversial Act.baca petikannya seterusnya di sini

Panglimalembahbelum
Jikalau dah benci sampai ke tulang hitam, buat apa pun tetap tak baik juga. Jikalau gagaktu dah hitam, mandikan dengan susu setiap haripun akan tetap hitam juga.

Nah! lihatlah sendiri apa pembuka kata Lim Guang Eng terhadap keputusan PM kita Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak memansuhkan ISA. Buatlah apapun, dalam kepala mereka selagi UMNO/BN memerintah Malaysia, selagi itulah tidak ada yang baik bagi mereka.

Mereka yang beria-ia minta hapuskan Isa tetapi bila ISA mahu dihapuskan, buat pula cerita baru kononnya PM akan memperkenalkan undang-undang keselamatan baru menggantikan ISA. Apa yang kerajaan UMNO/BN buat tetap tidak akan memenuhi selera ketamakan mereka ini. Mereka hanya akan berpuas hati jika Melayu/Islam serah kerajaan ini kepada mereka untuk ditukar menjadi negara Cina atau negara India yang agama rasminya adalah Buddha/Hindu/Kristian.

Kepada sebahagian rakyat yang menyokong ISA yang juga merupakan penyokong setia kerajaan, agak terkejut dengan pengumuman PM tersebut. Yalah baru beberapa bulan dulu, malah terngiang-ngiang ditelinga dan terbayang-bayang dimata betapa kerajaan memberikan penjelasan betapa pri mustahaknya mustahaknya ISA dikekalkan.

Berbagai pihak sama NGO yang pro kerajaan seperti PERKASA dan lain-lain pertubuhan yang pro kerajaan ada yang sehingga sanggup membuat perhimpunan dan tunjuk perasaan sebagai membantah desakan pembangkaan yang mahu ISA dimansuhkan dan sebagai tanda menyokong kerajaan yang mahu mengekalkan ISA.

Disebalik itu semua, tiba-tiba akta yang selama ini digunapakai untuk menjaga keselamatan Malaysia dari ancaman ideologo komunis, ancaman terhadap keselamatan persekutuan dan perlembagaan Malaysia dan Yang Di Pertuann Agong dan Raja-Raja Melayu dan agama Islam mahu dimansuhkan begitu sahaja.

Kita tidak nafikan bahawa undang-undang dibawah kanun keseksaan dan beberapa undang-undang sedia ada yang lain masih berkesan untuk dilaksanakan. Namun kita juga harus ingat bahawa hukuman mati mandatori keatas kesalahan dadah sekalipun tidak dapat menyekat dari nafsu manusia untuk melakukannya.

Bukan seperti di Amerika atau di Eropah, kaum yang berhijrah ke negara ini (Tanah Melayu / Malaysia) bukan sahaja mahu menjadi rakyat di negara ini malah lebih jauh dari itu mereka mahu menjadikan atau membentuk negara ini berpangsikan etnik dan agama dan kefahaman mereka.

Kita tidak nafikan adanya kebebasan beragama dan kebebasan berbudaya etnik masing-masing di Amerika atau di Eropah. Tetapi kita juga sedia maklum bahawa di sana mereka telah ada garis panduan tertentu. Jika mahu menjadi rakyat disana mereka perlulah patuh kepada peraturan yang sedia ada. Rakyat bebas beragama tetapi amalan beragamanya dihadkan lebih-lebih lagi terhadap agama Islam. Dalam ertikata lain hanya agama Kristian dan Yahudi sahaja yang mendapat keistimewaan.

Apakah umat Islam dinegara ini boleh menerima kebebasan beragama sepenuhnya. Apakah orang Islam boleh menerima situasi dimana dalam sebuah rumah, suaminya beragama Kristian atau Hindu atau Buddha manakala isterinya beragama Islam?. Budaya ini berlaku di Indonesia iaitu sebuah negara rakyat beragama islam terbesar didunia. Bolehkah orang Melayu/Islam di Malaysia menerimanya?. Adakah orang Melayu/Islam mahu menerima bahawa bahasa rasmi dinegara ini adalah bahasa Inggeris. Adakah orang Melayu/Islam dinegara ini boleh menerima larangan laungan azan, bacaan qur'an, takzirah subuh mengguna pembesar suara?. Adakah orang melayu boleh menerima larangan atau sekatan terhadap tulisan jawi?.

Dengan sikap pasif sebahagian besar rang Melayu/Islam dalam bidang ekonomi seprti perniagaan, perusahaan, perladangan dan terkebelakang dalam pencapaian kecemerlangan akedemik, adakah kita boleh bersaing secara terbuka dengan etnik berbudaya/beragama lain dinegara ini?.

Di Malaysia, masalah perpaduan etnik terutamanya di antara etnik Melayu/Islam dan etnik pendatang, adalah seperti bom jangka yang akan meletup bila-bila masa.  Kita tidak boleh menafikannya. Peristiwa berdarah tahun 1969 di KL, peristiwan rusuhan Natrah di Singapura dan pergaduhan India dan Melayu di Jalan Klang Lama adalah diantara contohnya. Bila menyentuh tentang hak etnik masing-masing maka sudah tentu  hal keagamaan, budaya dan sosial akan menjadi keutamaan. Manusia sanggup mati kerana mempertahankan agama dan bangsa masing-masing.

Perkara-perkara inilah yang patut kita hubungkaitkan dengan ISA kerana ianya merupakan satu masalah sosial yang mungkin boleh membawa kearah mengancam keselamatan perpaduan dikalangan rakyat dan boleh memusnahkan negara Malaysia. Ancaman yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati dalam hal sosial dan keagamaan ini tidak boleh dibuktikan dimahkamah biasa melalui pendakwaan namun ancamannya tetap ada. Mereka gunakan platfom kebebasan beragama dan budaya dan hak asasi manusia untuk mencapai objektif  jahat mereka tersebut.

Disinilah letaknya peri mustahaknya ISA atau undang-undang yang seakan-akan dengannya dikekalkan dan bukannya dimansuhkan terus. Kita telah disogokkan dengan berita kononnya Britain dan Amerika telah melaksanakan undang-undang yang seakan-akan dengan ISA dalam memerangi keganasan di negara mereka. Kita pula terbalik kuang dengan memansuhkan ISA. Kerajaan seolah-olah terpaksa memansuhkannya kerana menerima tekanan dari pembangkang. Sudahlah kerajaan sedia meneliti 8 tuntutan perhimpunan pertubuhan haram BERSIH, kini kerajaan seolah-olah meluluskan pula tuntutan pembangkang memansuhkan ISA.

Sampai bila kita mahu menuruti kehendak pembangkang ini?. Sebagai rakyat Malaysia dan penyokong kerajaan, penulis sentiasa berperasangka baik atas semua tindakan kerajaan. Jika tidak, dari mula lagi penulis tidak akan mengundi menyokong kerajaan. Tetapi dalam hal ISA ini, penulis merasakan kerajaan terlalu terburu-buru kononnya bagi memberikan tekanan agar pembangkang kehabisan isu untuk diputarbelitkan. Tetapi kita lihatlah sendiri apa reaksi Lim Guang Eng seperti diatas.

Wednesday, September 14, 2011

KERAJAAN UMUMKAN "BERSIH" PERTUBUHAN HARAM TETAPI MEMBERI LAYANAN PULA


Jikalau semua orang mahu kerajaan menurut karenah mereka dijalanan, apa gunanya demokrasi, parlimen, wakil rakyat, undang-undang, mahkamah dan hak mengundi. Adil kepada seseorang individu tertentu belum tentu adil kepada pihak lain. Mahu bercakap soal keadilan untuk negara, apakah kamu telah berlaku adil kepada keluarga kamu. anak-anak dan kamu, ibubapa kamu, jiran kamu dan tanggungjawab kamu kepada agama bangsa dan negara.

Aku kekadangtu amat keliru dengan keputusan kerajaan ni. "BERSIH" adalah sebuah pertubuhan atau kumpulan haram. Tetapi kerajaan masih tetap mengambil kira 8 tuntutan yang dibuat oleh mereka. Jikalau dah haramtu maka tetap haramlah. Apa yang mereka tuntut atau perbuatan mereka adalah semuanya melalui proses haram.

Jika terdapat mana-mana pihak yang ingin membuat saranan, tuntutan atau sebagainya mestilah disalurkan melalui pertubuhan yang sah. Parti politik kan ada. Mereka boleh menyalurkannya melalui parti politik yang menyokong kerajaan atau parti politik pembangkang. Kedua-duannya boleh membawa usul ke Dewan Parliman untuk dibahaskan. "BERSIH" bukan sebuah pertubuhan berdaftar dan telah diharamkan oleh kerajaan. Dalam polimik pertubuhan haram "BERSIH" diantara 8 tuntutan bagi pilihanraya yang lebih bersih, mereka menuntut agar menggunakan dakwat kekal sebagai tanda untuk mengelakkan pengundi mengundi lebih dari sekali.

Permohonan bodoh dan kebudak-budakan ini pun kerajaan layan sehingga kini. Di zaman sains dan teknologi di alaf baru inipun masih ada manusia yang membawa usul macamni. Usulnya pula dikemukakan  juga dalam keadaan tidak bertamadun dan ganas. Jikalau semua yang diputuskan melalui demokrasi mahu dipertikaikan, apa gunanya demokrasi itu lagi.

Dalam bahasa mudah, "INI SUDAH BANYAK LEMAK". Mungkin boleh dipertikaikan jika setiap kali PRU atau PRK pihak kerajaan yang memerintah mendapat kemenangan mutlak 100% sehingga satu kerusipun tidak dimenangi pihak pembangkang. Tetapi kita lihat sahaja realitinya. Kelantan telah dikuasai PAS melebehi 21 tahun. UMNO (BN) adalah sebuah parti kerajaan pusat yang melawan PAS ( asebuah parti pembangkang di kerajaan pusat). Jika BN/UMNO (kerajaan pusat) "main kotor" mengapa PAS masih kekal memerintah Kelantan hingga kini?. Dan di PRU ke 12 yang lalu, Selangor, P.Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan pembangkang. Tak bersihkah lagikah itu?.

Dan pembangkang juga perlu menerima hakikat bahawa Perak ditawan kembali oleh BN juga memlalui proses demokrasi apabila 3 ADUN pembangkang berpaling menyokong BN menyebabkan BN memperolehi majoriti kembali untuk menubuhkan kerajaan BN di Perak. Pun ini juga dipertikaikan oleh pembangkang. Kejadian macamni bukan tak pernah berlaku di negara demokrasi yang lain didunia ini. Di India, negara yang diiktiraf sebagai sebuah negara demokrasi yang paling demokratik dan terbesar didunia, parti politik yang menang pilihanraya dan telah menubuh kerajaan tumbang beberapa bulan kemudian apabila parti-parti kecil bergabung menubuhkan kerajaan.

Kerajaan juga bukan tidak pernah melalui pengalaman betapa buruknya perangai pembangkang bila menang PRU berasakan perkauman. Pada tahun 1969, sebaik sahaja menang di KL, DAP terus memainkan isu perkauman dengan membuat perarakan simbolik di Kampung Baru iaitu membawa replika penyabu bagi maksud mengenyahkan orang Melayu dari bandar KL yang mereka menang. Mereka mahu menyapu orang keluar dari KL dan menghalau mereka balik ke kampung. Apakah itu demokrasi?. Bila menang, halau yang kalah kelaur dari kawasan. UMNO/BN tidak pernah buat perkara macamni tetapi pembangkang dah pernah praktikkannya.

Jadi layanan kerajaan terhadap "BERSIH" yang didalangi parti pembangkang adalah tidak adil kepada rakyat yang mengharapkan demokrasi sebagai satu medium kepada mereka memilih kerajaan. Sepatutnya kerajaan langsung tidak melayan karenah "BERSIH" ini. Jika ada pemimpinnya masih terus mendesak, maka kerajaan hanya perlu menanahan mereka kerana bergerak dalam satu pertubuhan haram. Bukannya mengumumkan bahawa " KERAJAAN MENIMBANG TUNTUTAN "BERSIH" UNTUK MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL DAN MENAMBAH BAIK SISTEM PILIHANRAYA DINEGARA INI".

Kerajan telah mengharamkan pertubuhan "BERSIH" tetapi menerima pakai pula usul pertubuhan haram ini. Secara tidak langsung kerajaan menghalalkan yang haram. Kita mengharapkan kerajaan lebih tegas dan berwibawa. Kelembutan kerajaan ini hanya akan menggalakkan "orang berperangai buruk" lebih naik toncang dan ini amat merbahaya kepada sistem demokrasi di negara ini.

Tuesday, September 13, 2011

MAT SABU PATUT DI USIR

   
Mat Sabu kononnya melawat Kubur Mat Indera 
dan sedang menunjukkan simpati dan kesedihan
 LAKUNAN MAT SABU INI UMPAMA MENYAPU 
GARAM PADA LUKA BEKAS PASOKAN KESELAMATAN 
DAN PEJUANG KEMERDEKAAN SERTA WARIS-WARIS MEREKA.


Inilah akibatnya jika tidak dibendung dari awal. 
Inilah apa yang DAP lakukan sebaik sahaja 
DAP menang PRU di KL pada tahu 1969. 
Inikah yang mahu diulang oleh DAP?

Inikah para pejuang Melayu yang dilebelkan 
oleh Mat Sabu sebagai talibarut penjajah 


Mat Sabu wajar diusir - Ezam
Ahli Dewan Negara, Senator Mohamed Ezam Mohd. Noor (gambar) berkata, ini kerana tiada tempat di negara ini bagi mana-mana rakyat yang sanggup mengangkat komunis sebagai hero seperti mana yang dilakukan Mat Sabu. 

Malah, katanya, Mat Sabu juga melanggar garisan sebagai seorang rakyat yang beradab apabila menghina Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman. klik disini

panglimalembahbelum
Kini Mat Sabu saban hari menjadi topik perbincangan samada dalam media mahupun di khalayak umum. Sekali imbas, kesimpulannya bahawa orang ramai terutamanya etnik Melayu/Islam amat marah dan rasa terhina dengan perbuatan Mat Sabu mengangkat pengganas komunis sebagai wira kemerdekaan dan melabelkan pasokan keselamatan sebagai talibarut penjajah. Lebih dari itu dia turut menghina Allahyarhan Dato’ Onn Jaafar dan Allahyarham Tuntku Abdulrahman sebagai bukan seorangan negarawan yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu (Malaysia).

Kita jangan lupa bahawa bila orang Melayu memperkatakan pengganas komunis, maka mereka terus merujuk kepada pengganas komunis Cina walaupun terdapat pengganas komunis dikalangan orang Melayu. Presepsi ini tidak dapat dilunturkan dari pemikiran orang Melayu kerana yang membawa fahaman komunisme ke Tanah Melayu ini adalah etnik Cina.

Penyebaran fahaman komunisne di kalangan etnik Cina di Tanah Melayu lebih berkesan berbanding etnik lain adalah disebabkan buku-buku fahaman komunisme adalah dalam bahasa Manderin iaitu bahasa resmi Cina. Kader-kader komunisme berhijrah ke Tanah Melayu bersama kedatangan etnik Cina lain yang dibawa masuk oleh British. Mereka telah mewujudkan system pembelajaran mereka sendiri yang mana inya mudah diresapi oleh kader-kader ideologi komunisme.

Lebih dari itu, semasa permulaan kedatangan fahaman komunisme ke semenanjung Tanah Melayu dalam tahun 1930 dahulu, majoriti etnik Cina celik membaca (tulisan mandarin) berbanding etnik Melayu walaupun dalam penulisan dan pembacaan Bahasa Melayu (Tulisan jawi masa itu). Selain dari faktor fahaman dan anutan Islam, factor buta huruf dikalangan majoriti orang Melayu telah membantu menyekat fahaman komunisme berkembang dikalangan orang Melayu.

Mungkin sebahagian rakyat Malaysia tidak sedar bahawa dikalangan etnik Cina sendiri, mereka tergolong dalam dua ideologi berbeza. Satu kelompok yang berfahaman kebangsaan dan satu golongan lagi yang berfahaman komunisme. Perbezaan fahaman ini bukan sahaja berlaku dalam masyarakat tetapi berlaku dalam perpecahan Negara Cina. Kini tanah besar Cina yang beideologi komunime hampir berperang dengan negara Taiwan yang berideologi kebangsaan. Perpecahan ini mula tercetus dalam tahun-tahun 40’an lagi bila Mao Tze Tong yang berideologi komunisme dapat mengalahkan Chiang Kai Sek yang berideologi kebangsaan yang memaksa Chiang Kai Sek melarikan diri ke Taiwan dan menubuhkan kerajaan Cina Kebangsaan di sana.

Di Malaysia, pergerakan bersenjata komunis telah dapat dilumpuhkan dengan pengistiharan perletakan pergerakan bersenjata pengganas komunis yang diketuai oleh Chin Peng pada tahu 1989. Namun demikian, perletakan senjata tersebut tidak menjanjikan bahawa ideologi komunisme di Malaysia turut berhenti. Pengharaman Parti Komunis Malaya (PKM) hanya di pihak kerajaan. Bukan di pihak yang berideologi komunis.

Kita berbalik kepada isu Mat Sabu me “wirakan” pengganas komunis. Bila orang Melayu marah terhadap isu yang dibangkitkan, secara tidak disedari majoriti etnik Melayu/Islam tidak dapat tidak akan berpaling dan merujuk kepada etnik Cina. Dalam hal kita tidak boleh menyalahkan etnik Melayu. Tetapi hendak tak hendak ianya tetap telah menyemai bibit/benih dan tunas perkauman di kalangan etnik Cina dan etnik Melayu/Islam. Dengan perbuatan yang dicetus oleh Mat Sabu ini juga isu perkauman sentiasa meniti di bibir rakyat. Apakah ini bukan merupakan satu ancaman serius terhadap usaha kerajaan yang bertungkus lumus bagi mewujudkan penyatuan/perpaduan kaum di Malaysia?.

Dari segi individu, memang Mat Sabu tidak mendatangkan apa-apa ancaman terhadap keselamatan Malaysia. Tetapi sebagai seorang ahli politik (Timbalan Preseiden PAS), beliau mempunyai pengaruh dan pengikut yang ramai. Dengan pengalamannya berpidato dan berpolitik selama hampir 37 tahun (bermula tahun 1974 di ITM), sudah tentu di mempunyai cukup berpengalaman untuk mengambil kesempatan atas sesuatu isu bagi kepentingan dirinya.

Mat Sabu seolah-olah sengaja mencari isu yang boleh mencetuskan kemarahan etnik Melayu/Islam terhadap etnik Cina. Kekejaman pangganas komunis Cina membunuh beribu-ribu entik Melayu semasa 14 hari komunis bintang tiga memerintah Tanah melayu selepas Jepun menyerah kalah masih menjadi duri dalam daging kepada etnik Melayu terutamanya bekas pasokan keselamatan dan waris-waris mangsa kekejaman pengganas komunis Cina.

Dalam pada pemimpin Melayu, Cina dan India serta lain-lain etnik bertungkis lumus mencari jalan mengekalkan perpaduan, sebilangan pelampau dan ahli  politik mengguna demokrasi bagi mencetuskan kegelisahan rakyat. Kita jangan lupa bahawa kegelisahan rakyat, jika tidak di bendung diperingkat awal, ianya mudah menjurus kearah keadaan huru hara seperti berlakunya peristiwa 13 mei 1969 dahulu. Kini seperi biasa parti DAP masih meneruskan dengan doktrin lamanya iaitu memainkan isu perkauman. Parti PAS pula telah mengikut jejak langkah DAP dengan memainkan isu agama Islam pula. Walaupn nampak PAS dan DAP bersatu dalam politik, tetapi haluan mereka berbeza. Perbuatan PAS berjinak dengan DAP hanya memberi ruang yang lebih kepada DAP untuk mengekploitasikan sokongan orang Melayu terhadap pembangkang yang mendukung politik perkauman.

Dalam isu perkauman, DAP tidak mengharapkan perpaduan dan perdamaian malah terhadap sekutu politiknya sekarang sekalipun. Nyata sekali DAP bermain api agar berlaku huru hara dinegara ini. Dengan itu mereka boleh mengambil kesempatan daripadanya dengan pertolongan pihak luar. Dengan kedamaian yang ada, dimana etnik Melayu/Islam mendominasikan politik dan pemerintahan di Malaysia, DAP yang bermentaliti perkauman etnik Cina merasakan peluang mereka untuk membentuk Negara ini mengikut acuan Cina tidak akan tercapai.

Oleh yang demikian, peranan Mat Sabu membangkitkan isu mengherokan komunis dan menghina pejuang kebangsaan adalah atu gerakan yang amat disukai oleh DAP tetapi pemimpin DAP tidak menampakkan penglibatan mereka. Mereka mengambil sikap “biarkan Luncai terjun denagn labunya”. Pada padangan DAP perbuatan Mat Sabu hanya akan mendatang kegelisahan awam yang mana akan menguntungkan DAP. Ianya telah mewujudkan perbuatan caci mencaci dan hina menghina antara kaum seperti yang terjadi sekarang. Bukankah ini merupakan satu ancaman yang amat serius terhadap keselamatan Malaysia. Ini bukan lagi isu politik. Ini isu keselamatan Negara Malaysia. Mulut Mat Sabu dan mereka-mereka yang membawa isu yang sama patut ditutup jika kita tidak mahu kudis menjadi pekong. Kita juga tidak mahu melukakan hati mereka-mereka yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik yang majoritinya masih waras dan rasional.

Tetapi dengan perbuatan Mat Sabu, etnik Melayu dan bekas pasokan kesalamatan yang majoritinya etnik Melayu dan Bumiputera, akan berteruan mengungkit kezaliman pengganas Cina. Ianya tidak secara langsung akan mengaitkan rakyat etnik Cina generasi baru yang tidak ada sangkut paut dengan zaman darurat dahulu. Oleh kerana Isu etnik ini diulang-ulang, maka sudah tentu akan menjejaskan perasaan perpaduan kaum yang hanya akan mendatangkan masalah kepada Negara.

Kita berharap agar pihak KDN menggunakan sepenuhnya peruntukan ISA terhadap sesiapa juga jika didapati ada perbuatan atau ketinggalan yang boleh menjejaskan keselamatan Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Kita tidak mahu bila nasi telah menjadi bubur baru mahu bertindak.