Total Pageviews

Sunday, December 18, 2011

MENGAPA ANWAR TAKUT BERSUMPAH?


 > klik di sini <

Tersangatlah hairannya dengan telatah Anwar Ibrahim ni. Ada-ada sahaja tuduhannya kepada pihak lain. Sedangkan jika dia ada bukti mengapa tidak dipanjangkan terus kepada SPRM atau sekurang-kurangnya memberikan bukti melalui dokumen dan saksi. Apa lagi yang boleh Tun Dr mahathit lakukan menafikan tuduhan Anwar tersebut melainkan mencabar Anwar bersumpah terlebih dahulu.

Kehidupan kita sebagai menusia di dunia ini tidak dapat lari dari bersumpah. Akad kita dalam Rukun Islam adalah merupakan sumpah kita sebagai seorang Islam. Niat kita dalam melakukan inbadat kita juga merupakan sumpah kita.

Manakala dalam kehidupan duniawipun kita sentiasa dikehendaki mengangkat sumpah samada dihadapan majestrit, pesuruhjaya sumpah dan sebagainya. Jadi apa masalahnya jika Tun Dr Mahathir mencabar Anwar bersumpah bagi membuktikan dakwaannya adalah benar. Mengapa spin ke tajuk lain.

Jika ada berlaku rasuah atau penelewengan, maka sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, Anwar perlu melapurkan kepada SPRM. Mengapa di war-war sahaja. Nampak benar yang tuduhannya kepada Tun Dr Mahathir tidak berasas melainkan untuk memburuk-burukkan peribadi orang. Nak dikatakan fitnah, Tun Dr Mahatihr ada peluang untuk menjelaskan dan mempertahankan diri. Jadi langkah pertama Tun Dr mahthir adalah mencabar Anwar bersumpah sambil menjunjung Al Quran. Apakah Anwar berani menyahut cabaran Tun Dr Mahathir tersebut bagi memperkukuhkan asas tuduhannya?.

Jika spin ke tajuk dan alasan lain, itu menunjukkan bahawa Anwar hanya berbohong. Seingat saya, masa krisis kewangan dulu Tun Dr Mahathir beria-ia menolak pinjaman IMF. Beliau juga yang menetapkan kadar pertukaran wang asing RM3.80 bagi setiap dollar Amerika bagi menggagalkan perbuatan penyangak wang antara bangsa (george soros) untuk menjatuhkan nilai mata wang Malaysia yang boleh menyebabkan Malaysia jadi muflis dan jadi hamba IMF. JikaTun Dr Mahathir menolak dengan terang dan jelas, masakan dia menulis surat untuk memohon pula. Tuduhan Anwar tu tak logik langsung. Hanya orang yg fanatik dan tak berdaya berfikir dengan waras sahaja yang akan percaya tuduhan Anwar tersebut.