Total Pageviews

Tuesday, August 14, 2012

Majlis Ceramah / Dialog / Jamuan GAP Dan Majlis Berbuka Puasa RISDA Bersama YB Dan Kariah Kg Belum Baru

Pada 14 Ogos 2012, satu program aktiviti kemasyarakan:-
Majlis Ceramah / Dialog / Jamuan GAP Dan Majlis Berbuka Puasa RISDA Bersama YB Dan Kariah Kg Belum Baru
sempena bulan Ramadan anjuran RISDA Daerah Gerik telah diadakan di Masjid Nur Al-Huda, Kampung Belum Baru, Gerik Perak yang bermula dari jam 06.00 petang.

Aturcara program adalah seperti berikut:-


-  Penyampaian sumbangan kepada dua orang fakir miskin

-  Tazkirah Oleh Ustaz Mohd Fazli Bin Hj Mohamed

-  Ucapan Pegawai RISDA Daerah

-  Ucapan ADUN Kenering

-  Majlis berbuka puasa

-  Sembahyang Maghrib berjemaah

-  Majlis dialog

-  Sembahyang Isyak dan Tarawikh berjemaah

-  Moreh



     Antara yang hadir dalam program ini ialah:-

  
-  YB Dato’ Hj Mohd Tarmizi Bin Hj Idris - ADUN Kenering

-  En Abdul Rashid Bin Nafis             - Pegawai Risda Daerah

-  En Badrul Bin  Abd Wahab            - Ketua Stesyen RISDA Gerik Selatan

-  Tn Hj Mat Narun Bin Hj Mohamed - Pengerusi JKKK/Ketua Kg Belum Baru
-  Pegawai-pegawai dan kakitangan RISDA Gerik, AJK Masjid, Pegawai Masjid dan penduduk Kampung Belum Baru. 
                                                                                                                                     
Penyampaian sumbangan kepada dua orang warga emas

Pegawai Risda Daerah menyampaikan sendiri sumbangan wang dan bungkusan makanan di rumah dua  orang penerima seperti berikut:-

1.     Pn Jeriah Bt Awang Prang

 
 Rumah Jariah Bt Awang Prang
 
 
Penyampaian sumbangan oleh Pegawai 
Risda Daerah kepada Pn Jariah  

      2.     Pn Miah Bt Haron

 
Rumah Pn Miah Bt Haron yg didiami bersama
dengan anak, menantu dan 2 orang cucunya
 
Penyampaian sumbangan oleh Pegawai 
Risda Daerah kepada Pn Miah

Tazkirah Oleh Ustaz Mohd Fazli Bin Hj Mohamed 
Menyeru agar semua ahli kariah mengambil kesempatan melipat gandakan amalan di beberapa hari terakhir bulan Ramadham ini bagi mendapatkan keredaan dan paha berganda yang dianugerahkan oleh Allah di bulan yang mulia ini.

Ucapan Pegawai RISDA Daerah
-       Pegawai Risda Daerah (PRD) En Abdul Rashid Bin Nafis Menerangkan bahawa sumbangan bantuan kepada orang miskin dan perbelanjaan majlis berbuka puasa dan more di masjid Nur Al Huda Kg Belum Baru ini adalah hasil dari kutipan wang peribadi dari pegawai dan kakitangan RISDA Daerah dengan hasrat untuk mendapat pahala di bulan yang mulia ini. Mengucap ribuan terima kasih kerana memberikan kerjasama memasak untuk jamuan berbuka puasa dan moreh di Masjid Nur Al Huda Kg Belum Baru. Mengalu-alukan kehadiran YB Dato’ ADUN Kenering dan lain-lain jemputan. Demi untuk menambah baik khidmat RISDA, beliau sanggup menerima sebarang kritikan dari pekebun kecil kerana itulah sahaja salah satu cara terbaik mendapatkan maklumbalas menilai kejayaan atau kelemahan perkhimatan RISDA terhadap Pekebun Kecil.

     Ucapan YDH Toh Shahbandar Hulu YB Dato’ Hj Mohd Tarmizi Bin Hj Idris 
     Menyeru agar mempraktikkan amalan seperti yang disampaikan dalam Takzirah oleh Ustaz Fadzli. Kagum dengan cara pendekatan PRD (Pegawai Risda Daerah) dalam usaha menambah baik perkhidmatan pihak RISDA untuk membantu pekebun kecil menambahkan hasil keluaran getah pekebun kecil. 

      Majlis dialog 
      Selepas solat Maghrib dan sementara menunggu waktu solat Isyak dan Tarawikh, satu majlis dialog telah diadakan antara pekebun kecil yang hadir dengan pihak RISDA dan YB Dato’ ADUN Kenering. Antara soalan dan masalah yang dikemuka oleh pekebun kecil kepada PRD dan ADUN Kenering adalah seperti berikut:- 

      -   Kelewatan penyampaian bantuan  anak benih setelah kebun untuk tanam semula sudah dibersihkan yang menyebabkan pekebun kecil terpaksa melakukan kerja berganda kerana kebun dinaiki semak semula disebabkan kelewatan anak benih tersebut. 

      -  Terdapat anak benih klon yang tidak bermutu bercampur aduk dengan benih yang disampai kepada pekebun kecil untuk di tanam semula.
  
      -  Meminta YB Dato’ ADUN Kenering dan pihak berkuasa RISDA memberikan perhatian serius mengatasi masalah kejatuhan harga getah yang begitu mendadak sehingga ke tahap  RM3.90 sekilo. Kejatuhan harga getah ini boleh menimbulkah kegelisahan rakyat (pekebun kecil)

      -  Meminta pihak RISDA membaik pulih jalan TSB di Hulu Bertam yang kini mengalami kerosakn yang serius.

Rumusan dan penyelesaian dari majlis dialog tersut adalah seperti berikut:- 

      PRD memohon bantuan sokongan dari YB Dato’ ADUN Kenering bagi mendapatkan satu tapak semaian RISDA di Jalan Gerik Kupang bagi menampung keperluan jutaan anak benih getah di Hulu Perak. Tapak benih semaian ini juga membantu memberi kemudahan untuk pihak RISDA menentukan anak benih yang bermutu sahaja yang disemai dan disampaikan kepada pekebun kecil.- 

        YB Dato’ ADUN Kenering member sokongan penuh dan meminta PRD segera membuat perbincangan dan membuat permohonan di pejabat Tanah Gerik.

      PRD mengesyorkan agar diusahakan dibuat iaitu pihak RISDA membuat pembelian getah sendiri bagi membantu menstabilkan harga getah.

      PRD meminta kakitangannya segera membuat kertas kerja untuk membaik pulih jalan yang rosak untuk di kemukakan kepada pihak atasan dengan kadar segera. 

      Ulasan:

Sesungguhnya program yang dijalankan amat berguna sekali kepada penduduk kampong Belum Baru yang 95% adalah merupakan pekebun kecil. Penduduk Kampung Belum Baru mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato’ ADUN Kenering, PRD, Pegawai dan kakitangan RISDA, Pemaju Masyarakat RISDA dari kawasan Gerik Selatan dan semua jemputan yang hadir.