Total Pageviews

Tuesday, April 30, 2013

BERUK PUN GELAK SAKAN DENGAN DOLAK DALIH PEMBANGAKNG

https://www.facebook.com/photo.php?v=4526243408026&set=vb.1649154198&type=2&theater

BANTUAN SUBSIDI PEKEBUN KECIL - PEJABAT RISDA DISERBU

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=482809408452722&set=a.482809378452725.1073741833.260062347394097&type=1&theater

Berikutan pengumuman Pihak berkuasa RISDA memberikan subsidi RM500.00 kepada Pekebun Kecil, pejabat RISDA Daerah Gerik telah diserbu oleh pekebun kecil bagi membuat tuntutan dan mengemukakan pelbagai masalah yang berkaitan dengannya.

Dengan berkat kesabaran dan ketenangan Pegawai yang bertugas, hampir semua masalah yang dikemukakan dapat diselesaikan.

Bagi memastikan semuanya dapat diselesaikan mengikut waktu yang telah ditetapkan, pegawai RISDA berkenaan terpaksa bertugas di hujung minggu dan di hari kelepasan Am.

Terima kasih kepada Pegawai disemua peringkat dan kakitang pejabat RISDA Gerik atas dedikasi anda semua dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepda masyarakat pekebun kecil.

LAWATAN DATO' HJ MOHD TARMIZI BIN HJ IDRIS KE PEKAN SEHARI SELASA KG BELUM BARU

Pada 30 April 2013, lebih kurang jam 5.00 petang, Calon BN bagi DUN Kenering Toh Shahbandar Hulu Dato Hj Mohd Tarmizi Bin Idris turun padang melawat Pekan Hari Selasa Kampung Belum Baru bagi beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di Pekan Hari tersebut.

Beliau diringi oleh Tn Hj Abdul Latif yang merupakan Ketua PDM Belum Baru. Pak Tok (Panggilan mesra kepada beliau) adalah tidak asing lagi bagi rakyat di DUN Kenering beliau adalah bekas ADUN Kenering yang lalu yang memang terkenal dikalangan rakyat atas sifat beliau yang sangat perihatin dengan kehendak rakyat. Beliau telah disambut mesra oleh semua golongan peniaga dan pengunjung di Pekan Sehari tersebut.

Seterusnya beliau berhenti minum petang dan beramah mesra dengan petugas jentera parti di Bilik Gerakan yang kebetulan terletak dalam kawasan Pekan sehari. Minum petang disediakan oleh wanita "jalinan Rakyat".
 
Beliau seterunya membuat lawatan menziarah isteri kepada Tn Hj Mohd Najib - Ketua Cawangan Kg Belum. Pn Hjh Melah Bt Hj Mohamed sakit akibat komplikasi kencing manis yang serius sejak beberapa tahun yang lalu.

Beliau beredar dari tapak Pekan sehari lebih kurang jam 6 petang.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan semasa lawatan beliau:-
 
 
 
Menziarahi isteri kepada Tn Hj Mohd Najib - Ketua Cawangan Kg Belum. 
Pn Hjh Melah Bt Hj Mohamed yang sakit akibat komplikasi kencing manis 
yang serius sejak beberapa tahun yang lalu.

DATUK NIK AZIZ PUN MEMERLUKAN KEMEWAHAN HIDUP JUGA


Zuhudnya Tuan Guru Nik Aziz. Dia sering melebelkan pemimpin UMNO/BN semuanya rasuah, zalim kepada rakyat, menolak Islam, mengumpul harta, duniawi dan suka buat fitnah. Memang diakui bahawa tiada pemimpin dalam UMNO lebih-lebih lagi BN yang begitu zuhud hingga melupakan kemewahan dunia. Tetapi taklah semuanya berkepentingan diri. Jika semua mereka bersikap sedemikian, maka negara kita dah lama lingkup. Maklumlah semua pemimpin UMNO/BN rasuah, zalim kepada rakyat, menolak Islam, mengumpul harta, duniawi dan suka buat fitnah. Tetapi UMNO/BN tahu bahawa setiap manusia tidak kira dalam politik apa atau status agama tetap  tidak dapat lari dari bernafsu. Hanya undang-undang sahaja yang boleh mengawal. Itupun bukan semuanya dapat dibendung.

Tetapi rupa-rupanya, Datuk Nik Aziz sendiri pun bukan seperti yang digambarkan. Dia juga manusia biasa yang mempunyai kepentingan dan memerlukan kemewahan.

Maknanya apa yang dikhabarkan tidaklah serupa dengan yang nyata:-

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130429/dn_12/Nik-Aziz-milik-tanah-bernilai-lebih-RM10-juta



 

Jika demikianlah "zuhudnya" Datuk Nik Aziz hanya kerana makan dengan tangan dan nasi bungkus, apakah Datuk Pa (seperti dalam gambar dibawah ini) yang merupakan calon BN di Jeli juga tidak "sezuhud" Datuk Nik Aziz?. Tetapi Datuk Pa tak terdengar pula memiliki harta sebanyak kepunyaan Datuk Nik Aziz. Walaupun Datuk Pa bukan guru agama tetapi dia masih tahu membezakan yang hak dengan yang bathil.