Total Pageviews

Wednesday, May 28, 2014

RINGKASAN SEJARAH KG BELUM BARU DAN KAITANNYA DENGAN LEMBAH BELUM



KETERANGAN RINGKAS KAMPUNG BELUM BARU DAN KAITANNYA DENGAN LEMBAH BELUM (KAMPUNG BELUM LAMA)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepda semua rakyat Malaysia dan juga kepada semua pelancung samada dari dalam atau luar Negara Malaysia.

Walaupun saya telah memuatkan sedikit penerangan perihal latar belakang kampung Belum Baru dalam posting saya yang lalu, namun saya dapati masih ramai lagi yang masih kabur tentang asal usul Kampung Belum Baru dan kaitannya dengan Lembah Belum.

Saya tidak menafikan memang wujud kekeliruan sebahagian besar rakyat Malaysia lebih-lebih lagi pelancung tentang Kampung Belum Baru dan kaitannya dengan Lembah Belum. Ramai yang bertanya saya jarak antara Banding dengan Kampung Belum Baru. Juga lokasi Kampung Belum Baru dan lokasi Lembah Belum. Jauhnya Kampung Belum Baru ke Lembah Belum. Bagaimana mahu ke Kampung Belum Baru dan berbagai soalan lagi.

Oleh itu secara ringkas sekali lagi saya paparkan disini sedikit penerangan tentang asal usul kampung Belum Baru dan kaitannya dengan Lembah Belum. 

LOKASI LEMBAH BELUM
Lembah Belum terletak dalam satu kawasan hutan belantara yang bersempadan dengan Thailang di sebelah Utara, bersempadan dengan Kelantan disebelah timur dan timur lalut manakala jambatan  Banding di Tasik Empangan Temengor di Selatan dan jalanraya timur barat di tenggara. Itulah lebih kurang kedudukan Lembah Belum mengikut kefahaman saya.



Lembah Belum ini dipetakan oleh pihak British dahulu bersempena dengan nama sebuah anak sungai berhampiran sempadan Perak, Thailand dan Kelantan iaitu iaitu “Sungai Belum”. Nama “Belum” pula diambil dari nama sejenis spesisi belalang besar yang kuat suaranya yang dipercayai hanya wujud di Lembah Belum sahaja iaitu belalang “Belom”. Kononnya belalang ini dinamakan “Belom” kerana jeritan suaranyanya yang kuat berbunyi “belom!! belom!! belom!!’ tinggi ditas pokok rotan manau dan pokok yang tinggi di Lembah Belum. Saya sendiri tidak pernah melihat belalang ini.

Jauhnya antara Bandar Gerik (Bandar terdekat)  ke “Banding” iaitu kawasan yang di wartakan sebagai Taman Negeri Perak - Royal Belum bagi kawasan Lembah Belum lebih kurang 50 km. Kita boleh memandu kesana dengan selesa melalui jalanraya berturap tetapi perlu berhati-hati kerana jalannya mempunya beberapa selekoh tajam dan pendakian bukit yang agak curam. Jalan raya ini dikenali dengan nama JRTB (Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan pantai barat (Ipoh, Pulau Pinang ke pantai Timur). 

ASAL USUL LEMBAH BELUM
Seperti yang saya nyatakan diatas bahawa Lembah Belum adalah satu kawasan yang diambil sempena dengan nama sebuah sungai di Hulu Sungai Perak atau bolehlah dikatakan salah satu punca air sungai Perak.

Sebenarnya walaupun Lembah Belum terletak dalam hutan belantara, namun telah wujud satu penempatan orang Melayu keturunan Patani disana. Tidak dapat dipastikan bila orang Patani membuka penempatan “Belum” ini. Tetapi dalam pengembaraan EW Birch ke Lembah Belum pada tahun 1909, beliau ada menceritakan bahawa seorang pengembara Balgium yang bernama Bagelo telah sampai ke lembah Belum berpuluh tahun lebih dahulu dari beliau. Mengikut bancian EW Birch bahawa pada tahun 1909 sudah ada 205 orang penduduk di penempatan Belum ini.

Dalam kata lain bolehlah dibuat kesimpulan bahawa penempatan Belum telah wujud sekurang-kurang  pada tahun 1850’an lagi. Wallahua’alam. 

LOKASI KAMPUNG BELUM BARU
Kampung Belum Baru adalah sebuah penempatan yang dibuka oleh British pada tahun 1953. Terletak betul-betul dipetengahan perjalanan antara pekan Lenggong dan Gerik. Kampung Belum Baru terletak dalam Mukim Kenering berhampirang pekan kecil Lawin atau Kampung Lawin.


Tidak timbul langsung bahawa Kampun Belum Baru terletak dalam hutan di Lembah Belum. Jika seseorang itu mahu ke Lembah Belum dari Kampung Belum Baru, mereka hendaklah berkenderaaan dari Kampung Belum Baru lebih kurang 27 km ke Bandar Gerik terlebih dahulu dan serusnya menyambung perjalanan dari pekan Gerik ke Banding lebih kurang 50 km lagi. Dari Banding menaiki bot lebih kurang 45 minit ke 1jam 30 ke Sungai Kejar. Untuk masuk ke kawasan ini pelawat atau pelancung dikehendaki memohon pas lawatan dari Perbadanan Pelancungan Negeri Perak kerana kawasan tersebut adalah kawasan terkawal. Malahan orang Kampung Belum Baru sendiri yang merupakan waris asal Kampung  atau penempatan di Belum Lama dalam Lembah Belum pun tidak terkecuali dari memenuhi syarat-syarat ini. 

ASAL USUL KAMPUNG BELUM BARU.
Seperti yang diterangkan diatas tadi, kampung Belum Baru dibuka oleh British pada tahun 1953 sebagai satu penempatan semula penduduk “penempatan Belum” (selepas ini akan disebut Kampung Belum Lama).

Pihak pentadbir British yang memerintah Malaya atau Tanah Melayu pada masa itu terpaksa memindahkan penduduk “Kampung Belum Lama” ke penempatan baru di Kampung Belum Baru disebabkan ancaman pengganas kominis di Lembah Belum bermula dari tahun 1948 apabila darurat disitiharkan di Tanah Melayu.

Pihak tentera British dengan lain-lain pasukan bersenjata telah menawan Kampung Belum Lama dari cengkaman pengganas komunis pada bulan March 1952. Seterusnya, bagi mengelakkan komunis kembali bertapat dan memaksa penduduk mengikut telunjuk mereka,  maka kerajaan Britis membuat keputusan memindah penduduk kampung ini ke satu penempatan baru yang bebas dari angkara pengganas komunis.

Dalam keadaaan kelamkabut, British hanya bejaya mengumpulkan 250 orang dari penduduk Kampung Belum Lama berjalan kaki selama seminggu melalui hutan negeri perak, sedikit kawasan Thailand dan seterusnya ke Jeli di Kelantan. Penduduk yang lain ada yang lari ke Thailand atau lari terlebih dahulu ke Gerik dan Kelantan sebelum British “menawan Kampung Belum Lama”.

Penduduk Kg Belum Lama yang dibawa pindah oleh British berhenti di Jeli selama seminggu. Kemudiannya mereka diangkut dengan truck ke Pengkalan Cepa Kelantan. Di pengkalan Cepa mereka tinggal selama sebulan sebelum diangkut denga kapalterbang ke Taipin Perak. Dari Taiping Perak mereka sekali lagi diangkut dengan Truck ke penempatan sementara Kg Gerik di Gerik Perak.

Semasa di Gerik Perak inilah pihak British baru mula mencari kawasan untuk penempatan semula penduduk Kampung Belum Lama.

Setelah membuat tinjauan dibeberapa kawasan diseluruh negeri Perak, akhirnya ketua penduduk Kg Belum Lama bersetuju untuk ditempatkan di Kampung Belum Baru sekarang. Sebahagian dari kawasan kampung ini dahulunya adalah kepunyaan beberapa penduduk disekitar Kg Malau, Lawin, Kg Sawa dan Lenggong. Pihak British menebus guna kawasan ini untuk dijadikan penempatan bekas penduduk Kg Belum Lama.

NAMA ASAL TAPAK ATAU KAWASAN  KAMPUNG BELUM BARU INI ADALAH PADANG PURU ATAU BENDANG PURU. OLEH KERANA KETUA PEMINDAHAN DAN BEKAS PENDUDUK KAMPUNG BELUM LAMA MAHU KEKALKAN NAMA “BELUM” IAITU KAMPUNG ASAL MEREKA YANG DITINGGALKAN DI PENDALAMAN HUTAN BELUM MAKA MEREKA MEMILIH NAMA “KAMPUNG BELUM BARU” BAGI PENEMPATAN BARU MEREKA INI DAN IANYA KEKAL HINGGA SEKARANG.

Sejak dipindahkan di penempatan baru ini, budaya, sosial dan cara hidup penduduk Kampung Belum Baru adalah sama dengan masyarakat setempat.  Tidak timbul langsung bahawa ada orang asli tinggal di kampung Belum Baru seperti yang disangkakan oleh ramai pelancung dan pelawat yang mahu ke Lembah Belum. Ianya adalah 100% orang melayu yang pada asalnya adalah keturunan Patani. Namun kini bagi generasi kedua dan ketiga, tidak timbul lagi perihal keturunan Patani in kerana ramai yang telah berkahwin campur dengan seluruh penduduk Malaysia bahkan ada yang dari Sabah dan Sarawak.

 MAJLIS PERKAHWINAN

 MARHABAN

MENYAMBUT KEMERDEKAAN 

ULASAN
Mungkin penerangan saya ini tidak berapa lengkap atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Sebarang kelemahan adalah tidak disengajakan dan saya memohon maaf. Niat saya tidak lain dan tidak bukan hanya semata-mata menerangkan perkara yang sebenar  tentang Lembah Belum (Taman Negeri Perak “Royal Belum”) dan kaitannya dengan Kampung Belum Baru.

Ramai penduduk kampung Belum Baru mempunyai tanah bergeran yang sah di Kampung Belum Lama. Juga terdapat 11 tanah perkuburan tempat ibubapa dan waris-waris penduduk kampung Belum Baru dikebumikan di Kampung Belum Lama.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut bolehlah hubungi:-
Zahari Mat Taib : Tel -  012-3765406 atau
Hj Mat Narun (Ketua Kampung @ Pengerusi JKKKK) :  Tel – 0135398838

Assalamualaikum

ZAHARI MATA TAIB - ADMIN

Sunday, August 18, 2013

DISCRIMINASI ASTRO TERHADAP BAHASA MELAYU

Saya adalah pelanggan tetap ASTRO family pacage yang termasuk channel rencana dan channel sport. Antara saluran yang saya amat minati adalah saluran rencana iaitu dari channel 511 hingga rencana 575 dan saluran sukan dari channel 801 hingga 834.

Saya dapati bahawa dalam channel 571 (Discovery Channel HD), pihak penyiaran ASTRO telah tidak berlaku adil dan telah mendiskriminasikan BAHASA MELAYU dalam subtitlenya. Setahu saya perkara ini sudah lama berlaku semenjak saya melanggan ATRO BYON beberapa bulan yang lalu. Puda mulanya saya menyangkakan ianya tidak disengajakan atau menghadapi masalah teknikal. Tetapi nampaknya ASTRO sengaja membiarkan perkara itu berterusan dan sengaja menganak tirikan Bahasa Melayu dengan hanya mengadakan satu sahaja pilihan subtitle iaitu yang berbahasa Cina. Buktinya sila lihat gambar yang saya sertakan yang saya rakamkan semasa  channel 571 (Discovery Channel HD) disiarkan antara jama 2100 hingga jam 2200 pada 18 Ogos 2013.

ASTRO perlu ingat bahawa ASTRO adalah produk Malaysia dan diberi kuasa monopoli TV satelite oleh kerajaan Malaysia yang bahasa kebangsannya adalah Bahasa Melayu. Di Thailand, semua film atau rencana dialih bahasakan ke bahasa Thai sebagai mengagungkan bahasa Thai di negara orang Thai. Tetapi di Malaysia nampaknya pengendali ASTRO lupa bahawa lesen monopoli mereka diberikan dengan ehsan kerajaan Malaysia sebaliknya besar kepala dengan tidak mengutamakan Bahasa Melayu.

Saya bukanlah anti bahasa Inggeri dan saya juga boleh berbahasa Inggeris walaupun tidaklah sebijak pakar bahasa Inggeris. Tetapi di Malaysia, setiap rakyat Malaysia mesti menghormati Bahasa Melayu yang menjadi tunjang Bahasa Kebangsaan Malaysia. Lebih-lebih lagi media letronik "TV Satelite" yang diberi lesen oleh kerajaan sehingga mendapat taraf "monopoli" kerana ianya boleh mempengaruhi orang ramai.

Semoga kerajaan memberi perhatian serius atas perkara ini kerana setiap perkara besar bermula dari perkara yang kecil.

Tuesday, July 30, 2013

INILAH AKIBATNYA KERAJAAN TERLALU MENGIKUT TELUNJUK PEMBANGKANG HAPUSKAN ISA


Insiden seperti inikah yang kita sebagai rakyat Malaysia inginkan?

 Perbuatan menghina dan mempersendakan agama islam ini sudah melampau. Jika orang Melayu bangkit bertindak balas samada dengan penulisan menghasut atau menunjukkan keganasan dengan menjadikan isu ini sebagai satu sebab untuk mempertahankan diri, sudah tentu ianya akan menghuru-harakan negara. Tetapi samapai bila orang melayu Islam boleh bersabar?.

Orang Cina dan etnik bukan islam yang lain harus faham bahawa, mereka dapat menikmati kekayaan dan hidup senang lenang sekarang adalah hasil dari sikap teloransi orang melayu/Islam. Tetapi budak-budak Cina ini tidak faham. Mereka ingat  segala kemewahan dan keamanan yang wujud sekarang diperolehi dengan mudah dan percuma.

Mereka tambah besar kepala kerana terdapat kalangan orang Melayu/Islam dalam pembangkang yang terlalu kemarukkan kuasa politik sampai tidak sedar akan risiko yang dihadapi oleh melayu/Islam dinegara ini dengan perbuatan mereka mengeksploitasikan politk keagamaan hingga menyebabkan bukan islam tidak lagi menghormati agama islam dan hak orang melayu lagi.

ISA tidak akan dimansuhkan dengan hanya desakan dari Cina dan India rasis. Tetapi ahli politik Melayu/Islam dalam pembangkang sendiri yang menyokong ISA dihapuskan kononnya menyekat hak kebebasan rakyat. Tetapi mereka lupa bahawa perbuatan mereka itu umpama bersubahat dengan orang kafir melepaskan harimau dalam kurungan untuk membaham orang Melayu/Islam sendiri.

Ingatan TPM Kita  >BACA DISINI<  umpama "menyiram air di daun keladi". Jika penghina ini ditangkap dan dihukum sekalipun, ianya sudah pasti bukan hukuman bunuh atau penjara yang lama. Itu tidak jadi hal. Akan wujud pula penghina yang lain. Ianya kan berterusan hingga akhirnya akan memusnahkan keharmonian dan keamanan negara.

Telah terbukti sejak sejak sekian lama bahawa hanya ISA sahaja yang dapat membendungnya.


Sunday, July 14, 2013

DELIMA PEKEBUN KECIL GETAH

GAMBAR DALAM SATU MAJLIS ANJURAN RISDA SEMASA MENYAMPAIKAN BANTUAN KERANA KEJATUHAN HARGA GETAH SECARA ONE OFF RM500.00 KEPADA PEKEBUN KECIL YANG DIADAKAN DI PERKARANGAN PEJABAT RISDA DAERAH GERIK, PERAK.

Jika tidak ada program bantuan tanam semula oleh pihak berkuasa RISDA, sebahagian besar dari pekebun kecil tidak mampu menanam semula dengan pelbagai input pertanian seperti yang diberi bantuan oleh pihak bekuasa RISDA. Terima kasih atas dedikasi semua pegawai RISDA Gerik semua peringkat (khasnya) dan kepada seluruh Pihak Berkuasa RISDA Malaysia (Amnya).


DELIMA PEKEBUN KECIL GETAH

Tertarik juga bila mendengar perbahasan di Parlimen pagi ini – 15 Julai 2013.

Sebagai seorang pekebun kecil, saya amat tertarik dengan isu yang dibawa oleh YB dari Sik Kedah. Beliau mahu kepastian mengapa hanya tuan punya kebun sahaja diberi bantuan RM500.00 secara one off sedangkan pekerja penoreh yang tidak ada kebun tidak diberikan bantuan.

Pada pendapat saya perkara pertama yang diambil kira oleh kerajaan dalam memberikan bantuan ini adalah keluasan kebun 2 ½ Hektar atau lebih kurang 6 ekar ke bawah.

Kerajaan adalah tepat bila mengandaikan bahawa tuan punya kebun yang keluasan kebunnya 2 ½ hektar (6 ekar) adalah pekebun yang berpendapatan rendah dan terjejas teruk dengan kejatuhan harga getah sekarang. Purata yang memiliki keluasan kebun sebegini adalah pekebun bumiputera.

Sebagai tuan punya kebun getah, banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa ditanggung. Antaranya adalah seperti berikut:-

1.     Mengusaha membersihkan hutan, mengadakan infrastruktu mana yang terdaya dan menanam getah yang memakan masa 4 ½  hingga ke 8 tahun sebelum pokok itu matang boleh ditoreh dan menerima hasil.
2.     Tempoh penjagaan yang lama dan kerja-kerja/kos menggantikan pokok yang mati akibat penyakit dan serangan binatang liar seperti babi, gajah, monyet dll.
3.    Membaja, meracun dan mencuci kebun. Jika tuan punya kebun adalah individu yang telah berumur atau tidak berdaya terpaksa keluar belanja tambahan mengupah pekerja melaksanaka kerja-kerja tersebut.
4.    Pada asasnya  jika tanaman tersebut mendapat bantuan RISDA bantuan yang diberikan  agak mencukupi secara asasnya dengan 6 kali bayaran bantuan dan bantuan baja, racun dll dalam tempoh jangkaan 3 ke 4 tahun.  Tetapi ini hanya untuk bantuan tanaman sahaja. Bukan bantuan sara diri sepanjang tempoh penjagaan kebun sehingga boleh ditoreh.
5.       Bila pokok getah sudah matang dan di toreh, tuan punya kebun perlu juga mengeluarkan perbelanjaan membeli baja dan racun rumpai dalam jarak masa 3 atau 4 bulan sekali. Jika menerima bantuan tanam semula RISDA, ada sedikit bantuan kewangan yang diberikan baki dari input pertanian yang diberikan setiap 6 bulan itu tetapi ianya jauh dari cukup untuk sara hidup sepanjang tempoh pembesaran getah hingga matang untuk ditoreh.
6.    Pengeluaran hasil pula tidak konsisten kerana dalam tempoh setahun itu, pelbagai rintangan alam semulajadi datang melanda. Musim tengkujuh, musim pokok meluruh daun, musim pokok berpucuk, kepanasan atau kemarau yang melampau, ancaman binatang liar ke atas kulit pokok dan gangguan jalan dalam kebun yang rosak atau licin.

Jika saya diberi peluang untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh YB dari Sik di perbahasan dalam parlimen, maka jawapannya adalah seperti berikut:-

1.    Tuan punya kebun getahlah yang berhak keatas kebunnya. Bukannya penoreh.
2.    Tuan punya Kebun getah seluar 2 ½ hektar (6 ekar) kebawah adalah dikira berpendapatan rendah lebih-lebih lagi bila harga getah rendah dan kerja-kerja menorah dan mengeluarkan hasil tidak berjalan dengan lancar.
3.     Jika tuan punya kebun getah tidak berdaya menoreh sendiri maka terpaksa mengupah (bukan menggaji) penoreh getah yang rela melakukan kerja-kerja tersebut.
4.     Jika mengupah pekerja penoreh getah, hasilnya di bahagi 2 secara purata. Contohnya jika harga jualan untuk 6 hari kerja menoreh adalah RM600.00, maka tuan punya kebun dapat RM300.00 dan penoreh dapat RM300.00 juga. Tetapi tuan punya kebun perlu mengenepikan sebahagian dari  pendapatan tersebut sebagai simpanan untuk membeli baja, racun, penggalak susu dll input pertanian dan mengupah  pekerja apabila sampai masanya nanti. Manakala pekerja penoreh getah boleh enjoy 100% atas hasil jualan getah tanpa memikirkan apa-apa risiko mendatang.

Itulah sebahagian dari senario yang dihadapi oleh tuan punya kebun getah. Banyak lagi yang boleh diperincikan disini tetapi akan memakan banyak ruang penulisan.

Jika diambil kira seperti apa yang saya terangkan diatas, tuan punya kebun getah lebih miskin dari penoreh kebun getahnya.

JIKA ADA CADANGAN UNTUK MEMBERIKAN BANTUAN KEPADA PENOREH YANG TIDAK MEMPUNYAI KEBUN, SAYA JUGA BERSETUJU DAN MEMBERI SOKONGAN SEPENUHNYA DENGAN ALASAN MEMBERI BANTUAN KEPADA "RAKYAT MISKIN". TETAPI BUKAN MERAMPAS ATAU MENGECILKAN HAK TUAN PUNYA KEBUN GETAH ATAU MENJADIKAN KEBUN GETAH TEMPAT PENOREH ITU BEKERJA SEBAGAI CAGARAN UNTUK PENOREH MENDAPAT BANTUAN.

Manakala penoreh getah sepatutnya perlu berterima kasih kepada tuan punya kebun getah kerana dengan membawa sebilah pisau menoreh getah sahaja mereka sudah ada punca pendapatan yang melebihi dari tuan punya kebun getah itu sendiri. Manaka tuan punya kebun getah menghadapi bermacam risiko selagi kebun getah itu menjadi miliknya.

Tidak seperti pengurusan estet, pengurusan pekebun kecil hanya semata-mata atas dasar kerelaan hati dan saling bekerjasama antara tuan punya kebun dan penoreh. Hasil dibahagi dua dan segala perbelanjaan pengurusan kebun ditanggung oleh tuan punya kebun.

Pada pendapat saya, selain dari Bantuan Tanam Semula dan Bantuan Insentif lain oleh pihak berkuasa RISDA, perkara yang paling berkesan membantu pekebun kecil dan penoreh yang tidak mempunyai kebun adalah berusaha menaikkan harga getah. Dengan harga getah yang ada sekarang, kesan keatas penurunan pendapatan pekebun kecil amat ketara sekali. Ini telah menjejaskan kesejahteraan penduduk.

Hanya sebagai pandangan untuk dikongsi bersama. Terima kasih.


Thursday, July 4, 2013

QOMAT DAN SEMBAHYANG MENGIKUT AJARAN SYIAH

BERJAGA-JAGA UMAT SIALAM DI MALAYSIA

Qomat dan sembahyang mengikut ajaran syiah

Di petik dari fb yang di upload oleh seorang admin. Tatacara sembahyang seperti ini adalah sembahyang mengikut ajaran Syiah yeng bertentangan dengan Ahli Sunnah Waljamaah dari mazhab Syafie yang kita amalkan.

Ajaran ini diharamkan di Malaysia kerana ia boleh mendatangkan perpecahan ummah.

Berhati-hatilah jika ada yang mengajak kita mengikut ajaran ini. Cukuplah kita berpecah sesama islam dalam UMNO dan PAS. Tak payahlah menambah kecelaruan lagi.


Friday, May 3, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AKIBAT KEJATUHAN HARGA GETAH DAN KEMPEN AMALAN PERTANIAN BAIK (GAP) RISDA HULU PERAK, GERIK, PERINGKAT STESEN GERIK UTARA DAN GERIK SELATAN.



MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AKIBAT KEJATUHAN HARGA GETAH DAN KEMPEN AMALAN PERTANIAN BAIK (GAP) RISDA HULU PERAK, GERIK, PERINGKAT STESEN GERIK UTARA DAN GERIK  SELATAN.

Berikut adalah sedikit keterangan berhubung dengan program dan rakaman gambar yang sempat dirakamkam di majlis berkenaan.

> baca disini < 


Thursday, May 2, 2013

ADAKAH UMAT ISLAM BERANI BERSUMPAH LAKNAT DEPAN KAABAH JIKA TIDAK BENAR?


Sebagai seorang Islam yang patuh dan taat dan memegang teguh 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman, adakah individu berkenaan berani berumpah laknat didepah kaabah?. Inilah yang dilakukan oleh Mohd Saful Bukhari yang mendawa dirinya di liwat oleh Anwar Ibrahim. Samada mahu mempercayainya atau menganggapnya ianya adalah pembohongan Mohd Saiful itu terpulang kepada presepsi masing-masing.

Tonton video tersebut di sini

Tuesday, April 30, 2013

BERUK PUN GELAK SAKAN DENGAN DOLAK DALIH PEMBANGAKNG

https://www.facebook.com/photo.php?v=4526243408026&set=vb.1649154198&type=2&theater

BANTUAN SUBSIDI PEKEBUN KECIL - PEJABAT RISDA DISERBU

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=482809408452722&set=a.482809378452725.1073741833.260062347394097&type=1&theater

Berikutan pengumuman Pihak berkuasa RISDA memberikan subsidi RM500.00 kepada Pekebun Kecil, pejabat RISDA Daerah Gerik telah diserbu oleh pekebun kecil bagi membuat tuntutan dan mengemukakan pelbagai masalah yang berkaitan dengannya.

Dengan berkat kesabaran dan ketenangan Pegawai yang bertugas, hampir semua masalah yang dikemukakan dapat diselesaikan.

Bagi memastikan semuanya dapat diselesaikan mengikut waktu yang telah ditetapkan, pegawai RISDA berkenaan terpaksa bertugas di hujung minggu dan di hari kelepasan Am.

Terima kasih kepada Pegawai disemua peringkat dan kakitang pejabat RISDA Gerik atas dedikasi anda semua dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepda masyarakat pekebun kecil.

LAWATAN DATO' HJ MOHD TARMIZI BIN HJ IDRIS KE PEKAN SEHARI SELASA KG BELUM BARU

Pada 30 April 2013, lebih kurang jam 5.00 petang, Calon BN bagi DUN Kenering Toh Shahbandar Hulu Dato Hj Mohd Tarmizi Bin Idris turun padang melawat Pekan Hari Selasa Kampung Belum Baru bagi beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di Pekan Hari tersebut.

Beliau diringi oleh Tn Hj Abdul Latif yang merupakan Ketua PDM Belum Baru. Pak Tok (Panggilan mesra kepada beliau) adalah tidak asing lagi bagi rakyat di DUN Kenering beliau adalah bekas ADUN Kenering yang lalu yang memang terkenal dikalangan rakyat atas sifat beliau yang sangat perihatin dengan kehendak rakyat. Beliau telah disambut mesra oleh semua golongan peniaga dan pengunjung di Pekan Sehari tersebut.

Seterusnya beliau berhenti minum petang dan beramah mesra dengan petugas jentera parti di Bilik Gerakan yang kebetulan terletak dalam kawasan Pekan sehari. Minum petang disediakan oleh wanita "jalinan Rakyat".
 
Beliau seterunya membuat lawatan menziarah isteri kepada Tn Hj Mohd Najib - Ketua Cawangan Kg Belum. Pn Hjh Melah Bt Hj Mohamed sakit akibat komplikasi kencing manis yang serius sejak beberapa tahun yang lalu.

Beliau beredar dari tapak Pekan sehari lebih kurang jam 6 petang.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan semasa lawatan beliau:-
 
 
 
Menziarahi isteri kepada Tn Hj Mohd Najib - Ketua Cawangan Kg Belum. 
Pn Hjh Melah Bt Hj Mohamed yang sakit akibat komplikasi kencing manis 
yang serius sejak beberapa tahun yang lalu.

DATUK NIK AZIZ PUN MEMERLUKAN KEMEWAHAN HIDUP JUGA


Zuhudnya Tuan Guru Nik Aziz. Dia sering melebelkan pemimpin UMNO/BN semuanya rasuah, zalim kepada rakyat, menolak Islam, mengumpul harta, duniawi dan suka buat fitnah. Memang diakui bahawa tiada pemimpin dalam UMNO lebih-lebih lagi BN yang begitu zuhud hingga melupakan kemewahan dunia. Tetapi taklah semuanya berkepentingan diri. Jika semua mereka bersikap sedemikian, maka negara kita dah lama lingkup. Maklumlah semua pemimpin UMNO/BN rasuah, zalim kepada rakyat, menolak Islam, mengumpul harta, duniawi dan suka buat fitnah. Tetapi UMNO/BN tahu bahawa setiap manusia tidak kira dalam politik apa atau status agama tetap  tidak dapat lari dari bernafsu. Hanya undang-undang sahaja yang boleh mengawal. Itupun bukan semuanya dapat dibendung.

Tetapi rupa-rupanya, Datuk Nik Aziz sendiri pun bukan seperti yang digambarkan. Dia juga manusia biasa yang mempunyai kepentingan dan memerlukan kemewahan.

Maknanya apa yang dikhabarkan tidaklah serupa dengan yang nyata:-

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130429/dn_12/Nik-Aziz-milik-tanah-bernilai-lebih-RM10-juta



 

Jika demikianlah "zuhudnya" Datuk Nik Aziz hanya kerana makan dengan tangan dan nasi bungkus, apakah Datuk Pa (seperti dalam gambar dibawah ini) yang merupakan calon BN di Jeli juga tidak "sezuhud" Datuk Nik Aziz?. Tetapi Datuk Pa tak terdengar pula memiliki harta sebanyak kepunyaan Datuk Nik Aziz. Walaupun Datuk Pa bukan guru agama tetapi dia masih tahu membezakan yang hak dengan yang bathil.




Saturday, October 27, 2012

APALAH MALANGNYA NASIB MELAYU.. KAYA PUN TAK BOLEH KERANA AKAN DIMARAHI OLEH ORANG MELAYU

 
Masjid A-Bukhari Alor Star Kedah
 


Semalam Panglima  ke Alor Star melawat saudara sakit. Sebelum samaai ke rumahnya rombongan Panglima tersesat jalan. Rupa-rupanya Allah mahu menunjukkan sesuatu. Kami berhenti di sebuah kompleks yang amat mengkagumkan. Dimana sebuah masjid yang dinamakam " MASJID AL-BUKHARI  " tersergam indah dalam satu kawasan dengan Al-Bukhari International University - AIU.

Benarlah seperti yang disuarakan oleh Dato' Ibrahim Ali dalam Utusan Malaysia > BACA DI SINI< yang mempersoalkan seorang Ahli Parlimen penyokong kerajaan yang mempertikaikan kekayaan Syed Mohkhtar Al Bukhari.

Apalah salahnya Melayu seperti Syed Mokhtar ini kaya. Dengan kekayaannya, beliau tidak membazirkan begitu sahaja. Renungkan juga "YAYASAN AL BUKHARI".  Juga masjid-masjid yang di binanya. Beliau banyak menyumbang kepada perkara-perkara yang baik dan bagus untuk bumiputera/Melayu/Islam. Semuanya adalah bagi meninggiklan lagi syiar Islam di negara ini. Beliau juga merupakan sebagai salah seorang Melayu yang memegang sebahagian ekuiti kekayaan Melayu/Bumiputera di negara ini. Itu pun tidak sampai 10% dari pemilikan bukan bumiputera.

Apakah Robert Kuok dan Ananda Krishnan yang memiliki berkali ganda kekayaan Syed Mokhtar sanggup membuat kebajikan yang sama dengan apa yang Syed Mokhtar telah lakukan terhadap Islam?. Apakah mahu menafikan hak orang Melayu untuk turut menikmati kekayaan di negara Melayu/Islam di Malaysia ini?.

Sudahlah bangsa lain mendiskirminasikan kaum Melayu dalam perniagaan/ekonomi, malah Melayu sendiri turut juga didengki dan diririhati kaumnya sendiri.