Total Pageviews

Sunday, May 15, 2011

TANAH MELAYU DI LANGGAR TODAK


Saya berharap Kaum Melayu/Islam totonlah video ini sampai habis. Saya juga berharap agar penonton atau pelawat Blog ini tidak meletakkannya setaraf dengan video atau dokumentari berunsurkan perkauman. Bila kita bercakap mengenai hak, hendak tak hendak kita akan bercakap soal kepentingan dan kehendak dan mempertahankan apa yang sedia ada. Jika ada pihak yang tak membenarkan kita bercakap menuntut hak maka lebih baik kerat lidah dan jahit mulut kita, butakan mata, keratkan kaki dan tangan sehingga kita tidak boleh bercakap dengan memberi isyarat mata atau guna kaki dan tangan untuk bercakap mempertahankan hak bangsa kita.

Namun jika itu semua dilaksanakan juga, maka kita masih boleh guna otak kita untuk berfikir. Otak tak boleh diusik kerana kalau tercedera makhluk bertulang belakang akan mati atau cacat seumur hidup.

Lihatlah betapa kafir harbi membuat persiapan yang begitu terancang sejak dari dulu lagi untuk merampas hak Melayu@Bumiputera Islam di bumi kita sendiri. Apa yang kita sudah buat dan telah laksanakan untuk mempertahankan hak. Hanya berantakan sesama sendiri dan dicaturkan oleh orang lain. Jika nasi dah jadi bubur, masa itu penyesalan dah tak berguna lagi. Janganlah hendaknya Malaysia menjadi Negara Asia Tenggara kedua  selepas Singapura jatuh ke tangan puak-puak kafir harbi ni.

Video clip diatas saya download dari Blog panglima-harimau.

Saturday, May 14, 2011

LAGI REMAJA DI TEMBAK POLIS







Gambar hanya sekadar hiasan




PETIKAN DARI HARIAN METRO ON LINE 15 MEI 2011

 (Sila baca ulasan di bawah)


KUALA LUMPUR: “Walaupun anak saya bersalah atau terbabit dalam jenayah, tidak perlu sampai ditembak mati kerana dia masih remaja. Lebih menghairankan, kenapa ada kesan luka dan lebam pada muka serta badannya selain tangan kanan patah,” kata Sa ........................................... 42, ibu kepada Mohd ............................... yang ditembak mati polis dalam kejadian berbalas tembakan di Cyber Valley, Dengkil, malam kelmarin.
Menurutnya, keluarga turut tidak dimaklumkan polis mengenai kejadian Johari ditembak dan hanya diberitahu oleh rakannya melalui anak sulung, jam 3.30 pagi semalam.
“Susulan berita yang kami dapat, anak terus bergegas ke Hospital Serdang untuk mengesahkannya dan ternyata Mohd................ mati ditembak.
“Pada siangnya, saya ke hospital untuk membuat pengecaman dan terperanjat mendapati ada kesan lebam pada muka dan badan anak, selain tangan kanannya terkulai dipercayai patah.
“Bagaimana perkara ini boleh berlaku... jika polis berjaya menahan Mohd..............., kenapa perlu menembaknya... saya harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini lebih lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
S........... berkata, dia tidak berpuas hati dengan cara polis menangani kes berkenaan menyebabkan mereka kehilangan seorang lagi ahli keluarga.
Katanya, Mohd................ anak ketiga daripada tujuh beradik serta tidak bersekolah sejak kematian ayahnya pada 2009.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

ULASAN

Innalillah hiwainna ilaihirrajiun..

Dengan sedihnya saya sampaikan ucapan takziah simpati saya di atas kematian anak Pn  S....................... ................... Apa lagi perkataan yang baik untuk saya sampaikan simpati saya melainkan hanya dengan do’a agar puan bersabar sepenuhnya.

Saya tidak menafikan bahawa saya juga akan marah kepada polis jikalau mereka  menembak anak saya tanpa sebab atau bersebab sekalipun. Wang tidak akan  mampu untuk menandingi betapa berharga seorang insan lebih-lebih lagi yang dilahirkan oleh kita.

Disebalik itu saya juga amat bersedih kerana pihak polis telah dipersalahkan sebelum siasatan dijalankan sepenuhnya. Apakah ianya mengulangi sejarah yang berlaku di Shah Alam dimana seorang remaja ditembak polis ditengah malam kerana disyaki penjenayah berat apabila tidak berhenti bila dicabar oleh polis. Satu negara di canangkan oleh pembangkang. Seolah-olah segerombolan polis sedang lepas bebas menembak sesuka hati  kepada orang ramai.

Apa bezanya antara di hebohkan di akhbar mengadu hal atau membawa seorang peguam berjumpa dengan pihak polis meminta meminta keterangan penuh mengapa tragedy sedemikian menimpa anaknya. Jika ada sesuatu yang tak kena, buat laporan polis dan peguam yang mengiringi boleh membantu dari segi perundangan.  Jika di hebohkan diakhbar sekalipun, yang untungnya pendakyah pembangkang. Mereka tidak akan memberi bantuan selain mesansasikan insiden ini demi untuk “political milage” mereka sahaja.

Apakah sebelum menyalahkan pihak polis, tidak adakah tanda-tanda awal yang menunjukkan bahawa anaknya sedang menghadapi masalah social, akhlak dan penjagaan. Jika terdapat sedemikian, mengapa di peringkat awal tidak berurusan dengan pihak polis dan JKM atau jika terlibat dengan dadah pihak AADK (Agensi Anti dadah kebangsaan). Kita ada bermacam agensi yang ditubuhkan untuk mengawal selia sebarang masalah yang berpunca dari salah laku juvana, belia dan remaja.

Telah terbukti bahawa ramai remaja yang bermasalah, bila di kawal selia oleh agensi berkenaan, remaja berkenaan menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat, agama dan negara. Kita sememangnya memerlukan remaja dan belia yang hidup demi untuk warisan masa depan negara dan agama. Bukan dengan perbuatan membunuh mereka. Tetapi jika mereka mati dijalanan siapa yang hendak dipersalahkan. Budak seawal umur 12 tahun pun boleh menembak, menikam atau menggunakan objek untuk membunuh. Tetapi kita juga kena ingat bahawa mereka tetap remaja yang sepatutnya masih dalam perlindungan keluarga.

Ada undang-undang khas untuk melindungi mereka. Dalam undang-undang negara kita, tidak ada hukuman bunuh kepada remaja. Kitalah sebagai ibubapa menyebabkan mereka terbunuh di luar sana. Bukan polis atau pihak keselamatan yang lain. Pihak polis dan agensi yang lain ada tugas dan hanya melaksanakan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan. Ancaman tersebut boleh datang dari remaja yang mungkin hanya baru berusia 12 tahun.

Saya berharap dan berdo’a  agar kes ini di beri perhatian penuh termasuk mendakwa mereka-mereka yang cuai atau terlebih kuasa agar ianya tidak menjadi satu isu nasional terutamanya menjadi modal pembangkang.

Assalamualaikum

TVS BANGKITKAN ISU PANDI KUTTI MEMBELA ANWAR


Cakap sahaja tak guna. Nanti dikatakan penyebar khabar angin yang punca beritanya entah dari mana. Macam mana lagi nak pegang punca. Video sek, berjuta mata telah melihatnya dan telah diketahui siapa "pelakunnya" dikatakan fitnah. Dah terpancul dari mulut sendiri perkataan "pandi kutti" dikatakan ditujukan kepada orang lain. Selain  dari PM manusia lain kat malaysia dan didunia ini anak babi ke (Pandi Kutti)?. Jikalau dia menuduh orang lain anak babi dia pula bolehlah di samakan dengan "Papa Pandi Kutti". Kerana anak babi tak pandai lagi nak melakukan kerja-kerja "Papa Pandi Kutti". Lelaki Islam jikalau dia perlukan sek dia kahwin dulu. Jikalau melakukan sek dengan tak berkahwin maka samalah dengan "Papa Pandi Kutti". Dah terang dan nyata beginipun masih tak mengaku, bagaimanalah nak mengaku jikalau berbuatan tersebut terlindung dari mata manusia. Fikirlah sendiri. Budak kecilpun tahu siapa dia maksudkan dalam kata-kata menghinanya itu iaitu "pandi kutti" (anak babi). Yang aku tahu Dato' Seri Mohd Najib itu adalah anak Allahyarhan "Tun Abd Razak dengan Tun Puan Rahah". Anak kepada Perdana Menteri Malaysia ke dua. Diantara yang pernah merasa kemakmuran di bawah pentadbiran Tun Abd razak di zaman muda duhulu adalah adalah Anwar sendiri.

Friday, May 13, 2011

BLOG DAN FB TERGANGGU ADAKAH DISEBABKAN SABOTAJ?

Saya telah mengalami masalah blog saya yang tak boleh di login sejak 2 hari lalu. Manakala posting  dan link saya di fb menjadi celaru bila satu freind's posting membawa satu mesej yang bila di click ikut arahannya, fb kita akan dipenuhi dengan posting tersebut dan berjangkit kpd seluruh fb freind kita. Bila saya padamkan satu persatu, rupa-rupanya saya memadamkan seluruh older posts saya. Tetapi ianya tidak menganggu dan memadam apa posting yg di safekan di wall saya. Saya telah membuat aduan ke 100 tmnet tetapi tidak dijawab dengan jelas. Kononnya mungkin ada penyelenggaraan. Jika hari ini masih tak berfungsi pihak pengendali internet di Tmnet meminta saya membuat aduan semula. Hari ini alhamdulillah… blog saya dan mungkin juga mungkin blog para pejuang sekelian telah pulih.

Andaian saya ada kemungkinan pakar IT pembangkang cuba mensabotaj posting-posting bloger penyokong UMNO/BN/kerajaan. Bukti-bukti yang saban hari didedahkan menyebabkan "boss" mereka terus tertekan. Dari pendedahan video sek, mencarut pandi kutti oleh Anwar serta lain-lain isu, nampaknya pro pembangkang ketandusan idea untuk counter isu-isu yang diketengahkan oleh bloger pro UMNO/BN/ Kerajaan yang semakin nyata dan diterima masyarakat serta sukar dibendung.

Kemungkinan juga pihak kerajaan cuba membendung sementara “Perbicaraan” di internet kerana bimbang 13 Mei 1969 akan berulang sempena dengan tarikh 13 Mei 2011. Sebagai bloger dan perayau internet penyokong kerajaan, saya bersetuju dengan tindakan kerajaan tersebut. Di harapkan Suruhanjaya komunikasi multi media (SKMM) bersikap adil dan memandang serius dalam hal ini. Bertepuk sebelah tanngan tak akan berbunyi. Berkelahi mesti lah ada regunya.

Diperhatikan bahawa hanya kerana Utusan Malaysia (UM) membawa berita "Pihak Kristian akan berjuang untuk jadikan Agama Kristian dijadika agama resmi dan bukan Islam boleh jadi perdana menteri, UM telah diberi amaran agar tidak memperbesarkan isu tersebut. Tetapi apakah rationalnya tindakan tidak diambil terhadap media pembangkang dan penganjur pihak kristian yang menganjurkan pertemuan tersebut. Mereka  seolah-olah dibela dan seterusnya diberi peluang membuat penjelasan kononnya mereka tidak pernah berikrar sedemikian. Tetapi saksi dah mula timbul. Bagaimana?. UM masih bersalah?. Apakah Malaysian Insider, harakah, roket, akhbar berbahasa Cina dan Tamil yang membawa isu sensitif dan perkauman yang lebih serius lagi telah memiliki imuniti dari tindakan SKMM dan KDN. Kalau nak tutup mulut, tutuplah mulut semua orang. Raja/Datuk tukang fitnah, Anwar Ibrahim perlu terlebih dahulu didiamkan sebelum para bloger pro UMNO/BN/Kerajaan di kehendaki mendiamkan diri.

Anwar masih dalam perbicaraan kes terdahulu bermula 2008 hingga kini telah masuk tahun ke tiga dengan 55 kali tangguh. Kini dia terlibat pula dengan siasatan kes terbarunya berhubung video sek yang dikatakan "bermiripkan dia". Apakah dia juga ada memiliki imuniti tindakan undang-undang yang lain. Tidakkah cacian, celaan, hinaan, fitnah diceramah jalanan serta di internet oleh Anwar Ibrahim yang mengaitkan PM, pemimpim-pemimpin, kerajaan, parti komponan BN/UMNO dan yang bersangkutan kes perbicaraannya itu adalah subjudis (menghina mahkamah)?.

Wednesday, May 11, 2011

PERJUANGKAN ISLAM TAPI BERSEKONGKOL DENGAN DAP

PAS maintains Islam Malaysia’s official religion

The Malaysian Insider – Wed, May 11, 2011

PAS maintains Islam Malaysia’s official religion

By Asrul Hadi Abdullah Sani
KUALA LUMPUR, May 11 — PAS has maintained Islam is Malaysia’s official religion, in a brewing debate that began about constitutional guarantees to ensure the country’s prime minister is a Muslim.
The country’s dominant Malay-Muslim majority have always led the government under Umno since independence in 1957, but Bar Council constitutional law committee chief Syahredzan Johan told The Malaysian Insider yesterday that the Federal Constitution has never described Islam as the country’s “official religion”, fuelling the debate.
PAS vice president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man told The Malaysian Insider that as Islam is the religion of the Federation, it becomes the country’s official religion by default.
“Federation means the states that form the federation, and when Islam is the religion of the Federation then it means that Islam is the official religion for the states that form the Federation.
“In other words, since Islam is the religion of the Federation then automatically it becomes the country’s official religion including Sabah and Sarawak,” he said.
Opinion is divided on Syahredzan’s comments where he said, “In terms of the Federal Constitution, there’s only one religion for the federation, no official or unofficial. The Constitution is clear on this. Islam is not the official religion.”

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
  
 

Gambar di rakamkan pada 6 Mei 2011
(PAS CAWANGAN KG GELOK LENGGONG)
Betapa pengikut bawahan begitu bersunguh-sunguh menyokong perjuangan Parti untuk mempertahankan Islam. Mereka menentang UMNO habis-habisan walaupun saudara sesama Islam yang mereka dakwa kononnya menolak Islam. Pemimpin mereka pula bersekongkol dengan DAP yang memang kafir Syari'e. 






Apalah "bengap"nya PAS ni. Apakah dah jadi macamni pun masih tidak mendapat pengajaran lagi?. Apakah masih tidak sedar bahawa "RASIS DAP" sekarang ini sedang mengepalai propaganda untuk menghaspuskan dominan Melayu/Islam di Malaysia. PAS yang dilamun angan-angan berandaian bahawa komplot pembangkang yang mana PAS juga ikut serta sekarang hanya ditujukan untuk menjatuhkan kuasa UMNO sahaja. PAS beranggapan kononnya apabila BN yang dikepalai UMNO tumbang, mereka boleh menggantikan UMNO. Jika itulah perjuangan PAS untuk menegakkan Islam di Malaysia, betapa malangnya nasib Melayu/Islam di Malaysia akan datang.

Melayu/Islam berantakan sesama  Melayu/Islam. Parti rasis DAP sedang mengumpul kekuatan dengan mengembeling tenaga mengumpulkan semua suara bukan Melayu bagi menyebelahi mereka memadu tenaga dalam pilihanraya. Dengan mengapi-apikan kononnya UMNO mendiskriminasikan Agama dan etnik lain, maka sudah tentu penyokong Cina dalam MCA dan penyokong pembangkang bukan Islam dalam parti pembangkang lain akan menganggap parti rasid DAP hero mereka. Parti Rasis DAP juga bijak mengekploitasikan suara majoriti Melayu agar berpecah. Bagi menunjukkan mereka amat berteloransi, mereka sanggup membaca ayat suci Al-Qur'an, memuji pemerintahan Islam, menunjukkan bahawa hati mereka sudah tertarik dengan Islam hingga sanggup memasuki masjid berceramah, menjemput wakil rakyat PAS masuk berceramah di gereja. Apakah PAS masih tidak sedar mereka sedang di "brain wash" dan ditipu sebegitu rupa?.  Jika mereka benar-benar sudah tertarik dengan Islam, mengapa beria-ia supaya  Injil (Al-Kitab) di terjemahkan ke Bahasa Melayu. Mengapa mereka membuat perjumpaan bagi mendesak agar agama Christian dijadikan Agama rasmi di Malaysia. Jikalau mereka (kafir) mengatakan Islam tu baik. mengapa tidak mahu menganut agama Islam sahaja. Keturunan asal mereka pun bukan beragama Christian tetapi kebanyakannya Budha, Hindu dan golongan yang tidak beragama. Perkara asas macamni pun masih tidak dapat membuka minda  pemimpin dan penyokong PAS dan Melayu/Islam dalam pembangkang betapa bahayanya kedudukan Melayu/Islam di Malaysia sekarang.

Sedang  mereka kononnya memuji kebaikan Islam, mereka juga dengan secara halus menafikan keagongan Islam di negara ini. Burung kakatua (parrot belaan DAP) seorang peguam Melayu/Islam ahli Bar Counsel telah mengeluarkan kenyataan bodoh bahawa agama Islam bukan agama rasmi Malaysia. Apakan ini semua masih tidak dapat menyedarkan PAS lagi  bahawa mereka sekarang sedang berpelukan dengan musuh yang akan membunuh mereka.

Dengan himpunan sokongan suara majoriti bukan Melayu dan dengan mencampurkan sebahagian dari sekumpulan serpihan suara Melayu, sudah tentu mereka mempunyai kekuatan yang mampat untuk memerintah Malaysia. Jika sudah sampai ketahap ini, bahawa sanya "Nasib Melayu ibarat nasi sudah menjadi bubur".

Dengan hanya satu calitan pen di kertas undi, Malaysia boleh bertukar menjadi neraka bagi orang Islam dalam sekelip mata. Buktinya?..kita lihat dan perhatikan apa yang sudah terjadi dengan Melayu di Pulau Pinang, di Selangor bahkan dikawasan yang dimenangi oleh wakil Parlimen atau ADUN pembangkang kafir. Itu baru sahaja mereka memerintah negeri yang tidak berkuasa menggubal perlembagaan. Jika mereka memegang tampuk pemerintahan persekutuan, mana-mana undang-undang negeri yang bertentangan dengan kerjaan persekutuan akan dipinda. Sudah tentu ianya menjadi mudah kerana pada masa itu semua tampuk pemerintahan persekutuan dan negeri adalah dari kelompok yang sama. Adakah anda yakin bahawa penggubalan undang-undang tersebut akan memberi kelebihan kepada Melayu/Islam/Bumiputera?.

Penyokong-penyokong PAS di peringkat bawahan saban hari di gembar gemburkan dengan perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Islam sepenuhnya. Mereka tidak sedar bahawa mereka  sedang diseret oleh pemimpin mereka membantu kafir menghapuskan dominan Melayu/Islam di Malaysia yang mana akhirnya mereka sendiri juga akan menjadi mangsa. Penceramah PAS masuk ke kampung-kampung Melayu dan memaki hamun UMNO/BN kononnya kafir dan tidak memperjuangkan Islam. Beranikah penceramah PAS ini memaki hamun dan melaknat Cina di Tambun, Di Ipoh, di Pulau Pinang, di Chow Kit atau di Bukit Bintang yang memang sahih kafir dan tak pernah mengucap dua kalimah syahadah.

PAS masuk kekampung-kampung dimana majoritinya orang Melayu yang sudahpun beragama Islam, menyeru orang Islam berjuang ke jalan Allah dengan mengikut PAS. Selama ini pun, tanpa PAS menjadi jaguh, masjid tetap juga penuh dengan makmum. Apakah perbuatan YDP PAS di satu kasawan di Hulu Perak yang menghantar penyokong/pekerja "mensedekahkan" kain pelikat dan batik murahan disertai kertas propaganda semasa makmum bersembahyang Tarawikh di bula Ramadhan yang lalu menunjukkan ianya perjuangan berlandaskan Islam?. Penduduk yang dikatakan kurang Iman dan Islamnya sedang bersembahyang Tarawikh. Manakala wira Islam PAS yang kononnya sangat lah Islamnya sedang bertebaran diatas jalanraya dan lorong-long masjid menyampaikan "sedekah" yang diselitkan dengan dakyah. Tak sembahyang Tarawikhkah wahai pejuang islam?. Jangan persoal sunat ke tak sunat. Ini soal prinsip perjuangan mana yang lebih Islamnya?.

AMARAN DATUK IBRAHIM ALI KEPADA PEGUAM YANG MENGANCAM ISLAM

The Malaysian Insider – Tue, May 10, 2011

Related Content











Ibrahim Ali tells Syahredzan Johan not to be Muslim traitor

By Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, May 10 — Perkasa chief Datuk Ibrahim Ali has called lawyer Syahredzan Johan a traitor for saying that the Federal Constitution has never stated Islam is the country’s “official religion”.

Syahredzan, who is the Bar Council’s constitutional law committee chief, said Utusan’s reading of the law was wrong and warned the Malay-language daily was pushing what he described as a “dangerous misconception” that could plunge the country into religious and social unrest.

“In terms of the Federal Constitution, there’s only one religion for the federation, no official or unofficial. The Constitution is clear on this. Islam is not the official religion,” he said to The Malaysian Insider when contacted yesterday.

“The constitutional lawyer has a narrow brain or is he making the statement for the sake of wanting to be popular among the Bar Council lawyers which are mainly non-Muslims. Please don’t be a traitor to Islam,” he told the Malaysian Insider.

Ibrahim explained that since Islam is the only religion recognised by the Federal Constitution and it was therefore implied that it is the official religion.

“Even though the Constitution only mentions Islam as the federal religion, therefore in terms of definition when other religions are not the federal religion then Islam itself becomes the official religion.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Syabas Datuk Ibrahim Ali. Sudah sahih si Syahredzan Johan ni murtad. Orang yang mengakui agama lain adalah benar atau setaraf Islam adalah murtad. Hanya agama Islam yang benar disisi Allah. Tak payah mengaku kafir  atau mengaku diri telah keluar Islam. Berpuluh peguam terdahulu dari sibangsat ni tak pernahpun berkata orang ramai terkeliru tentang Agama Rasmi dengan Agama Persekutuan. Karpal Singh pun tidak menafikan bahawa Agama Islam adalah agama rasmi Negara Malaysia mengikut perlembagaan. Tetapi dia pusing ayat lain iaitu “LANGKAH MAYAT DIA DULU JIKA NAK JADIKAN MALASIA NEGARA ISLAM”. Siapa yang tersalah faham dan siapa yang menghasut menggunakan Isu agama ni. Sebagai peguam tentu dia tahu bahawa isu agama adalah isu sensitive. Andaikata berlaku hururaya dan pergaduhan kaum berpunca dari perselisihan agama, peguam ini lah yang patut di tahan di bawa ISA kerana menghasut. Sudah 54 tahun agama Islam menjadi agama rasmi di Negara Merdeka ini , adakah  sesiapa yang berani mengungkitnya di parlimen?. Apakah perbuatannya ini adalah sengaja untuk membangkitkan perasaan perkauman dan agama mengulangi terjadinya peristiwa 13 Mei 2011 pula?. Diharapkan inilah salah seorang calon untuk ISA.

Tuesday, May 10, 2011

PEGUAM MELAYU ISLAM NAFIKAN ISLAM AGAMA RASMI MALAYSIA

Amat Mengejutkan Apabila Peguam Melayu Kata Islam Bukan Agama Rasmi..!!


KUALA LUMPUR, 10 Mei — Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.
 
Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama “rasmi” dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai “tanggapan salah yang bahaya”, yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.

Beliau merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan” dan menekankan bahawa perkataan “rasmi” tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

Syahredzan berkata, seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

Pakar: Malaysia tiada agama rasmi, Islam cuma agama persekutuan

May 10, 2011
Penganut agama Islam bersolat di Shah Alam
dalam gambar fail ini March 26, 2011.
Peguam mudani (Gambar di atas) mungkin lulus jadi peguan tetapi tak faham bahasa Melayu. Atau dia adalah burung kakaktua (Parrot) kepada DAP dan pembangkang. Jikalau dah ditakrifkan agama bagi persekutuan, itu bermakna agama Islam menjadi “Teraju Agama” di Malaysialah. Agama rasmilahtu. Nak dikatakan bangang nanti marah pula. Apa perlunya disebut “Agama Persekutuan” jika tidak mempunyai apa-apa makna atau ianya sama taraf dengan agama lain?. Rasmi itu hanya satu perkataan. Huraiannya itu yang membawa maksud yang sebenar. Takkan seorang peguam pun tak boleh nak tafsirkan ayat semudah itu.
 
Saya bagi satu contoh:      
_______________________________________________________________

Dalam satu ucapan perasmian PM membuat pengistiharan seperti berikut “DENGAN INI SAYA MENGISTIHARKAN HARI IBU SEBAGAI CUTI UMUM DI MALAYSIA”. Apakah PM ada menyebut perkataan rasmi. Tetapi pengistiharan itu telah menjadi rasmi kerana di istiharkan oleh seorang PM.
_______________________________________________________________

Semasa perbahasan di Parlimen ada terdapatke mana-mana wakil pembangkang berani mempertikaikan peruntukan pembangunan masjid dan aktiviti Islam yang lain?. Tentulah tidak kerana mereka tahu bahawa segala peruntukan untuk pembangunan Agama Islam adalah rasmi kerana tertakluk dibawah perlembagaan Persekutuan.

Walaupun hati mereka tak mahu atau amat benci dengan klausa perlembagaan yang sedia ada itu tetapi apa yang mereka boleh buat?. Itulah yang sedang dirancangkan oleh DAP dan pembangkang lain sekarang. Mereka tahu untuk menghapuskannya, mereka perlukan mengekploitkan bangsa Melayu itu sendiri kerana mereka adalah suara majoriti rakyat Malaysia. Dengan menunggang dan mengkaldaikan PAS dan Melayu dalam PKR, mereka berharap dapat menggunakan suara Melayu menukar kerajaan kepada mereka dengan majority melebihi 2/3. Seterusnya dengan kuasa majority yang ada, mereka berharap untuk menukarkan klausa-klausa tertentu dalam perlembagaan mengikut cita rasa mereka:  Menghapuskan Hak Istimewa Bumiputra, menghapuskan Agama Islam sebagai Agama Rasmi, menghadkan atau menghapuskan kuasa Raja-Raja adalah perkara utama yang perlu dilaksanakan sebaik sahaja mereka memegang pemerintahan.  Bahkan beberapa insiden di Selangor , Perak dan P.Pinang telah membuktikannya.

Kesinambungan keamanan di Malaysia hanya wujud jika Melayu sebagai penduduk majority negara ini memegang tampuk pemerintahan. Ini telah terbukti sejak lebih 6 dekad Malaysia merdeka. Islam Agama rasmi, hak keistimewaan Bumiputera, Kuasa Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rezab Melayu telah menjadi pemangkin kesetabilan politik, sosial dan ekonomi Negara Malaysia sehingga sekarang. Sebarang perubahan dalam klausa perlembagaan yang menghakis kepentingan Melayu/Bumiputera, ianya adalah seperti cuba merobohkan rumah yang sedia ada. Buruk akibatnya.