Total Pageviews

Wednesday, June 15, 2011

APAKAH PEMBANGKANG CUKUP BERSIH ?

Kononnya Mat Sabu akan melaancarkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada  July 2011 nanti. Apa yang hendak dibersihkan?. Pertamanya sudahkah dirinya dibersihkan dari dosa dengan hukum hudud kerana berkhalwat di bilik no 121 Hotel Perdana di Kota Baru dengan isteri orang?. Apakah ceramah maki hamun dan mencerca itu bersih dan tidak berdosa.
HARAKAH SIARKAN BERITA KONONNYA MAT SABU DAN NORMA HANYA BERKHALWAT. TETAPI DENGAN STATEMENT YANG SEDEMIKAIN MAKA HARAKAH TELAH MENGESAHKAN MAT SABU DAN NORMA TELAH BERKHALWAT. DAN PADA MASA DITANGKAP OLEH 7 PENGUATKUASA PULA,  NORMA ADALAH MERUPAKAN BINI ORANG. TAK BERDOSAKAH?.. "BERSIHKAH" DEMIKIAN?
BILA DIBEBASKAN DENGAN CAMPURTANGAN NIK AZIZ, MAT SABU DAN NORMA BERNIKAH.... MACAMTU SAHAJA?. BUKANKAH KESALAHAN BERKHALWAT TU KESALAHAN BESAR. TAKKAN TERSILAP CAM. 7 ORANG PEGAWAI PENGUATKUASA YANG TANGKAP "MAT SABU DAN NORMAH BERKHALWAT". MAT SABU DAN NORMAH PATUT BERSUMPAH MUBAHALAH BAHAWA MEREKA TIDAK BERKHALWAT TETAPI HANYA BERDUAAN DIDALAM BILIK HOTEL SAHAJA. DENGAN DEMIKIAN BARULAH MEREKA BOLEH LEBIH "BERSIH" SETELAH DIBERSIHKAN OLEH NIK AZIZ.

Nah ini dia ulasan kes Khalwat Mat Sabu dan Normah yang dari satu blog ....

Kes Mat Sabu

Apa yang diperkatakan bahawa pemimpin PAS seolah-olah pelakon filem yang sedang beraksi mencari pengaruh, kini menjadi kenyataan.  Sebagai  contoh didalam kes khalwat Mat Sabu - Norma misalnya.  Walau dalam apa  jua bentuk sekali pun apabila lelaki  dan perempuan yang tidak muhrim berdua-duaan di dalam sebuah bilik tanpa mahramnya atau tidak kerana darurat, Islam tetap menghukumnya salah.  Mahkamah Syariah Kelantan telah menghukum tidak bersalah adalah disebabkan fakta-fakta perundangan yang tidak cukup untuk dihukum bersalah, kerana perbicaraan tersebut melalui proses undang-undang dunia, sedangkan Mat Sabu tidak boleh terlepas daripada dosa terhadap Allah s.wt.  Yang anehnya dalam kes tersebut, YA.B. Dato' Nik Ab.  Aziz telah hilang pedoman dan melakukan kesilapan besar terhadap Islam yang dipelajari dan diajarinya.  Atas dasar hukum Islam manakah yang menyebabkan beliau memberi kenyataan kepada pemberita di hari penangkapan bahawa: "Mat Sabu diperangkap" sedangkan pada masa itu beliau belum membuat siasatan rapi, sepatutnya seorang Tok Guru tidak boleh meletakkan politik lebih atas daripada hukum Islam.  Adakah Islam mengharuskan wanita yang ajnabi berdua-duaan di dalam satu bilik ?  Mereka berdua-duaan di dalam bilik Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan sehingga sempat pegawai pencegah maksiat dan pemberita datang.  Sepatutnya dalam kes ini, Dato' Nik Ab.Aziz merujuk kepada peristiwa yang berlaku kepada Siti 'Aisyah isteri Rasulullah, bagaimana cara Rasulullah s.a.w. menyelesaikan kes tersebut sewaktu Saidatina 'Aisyah r. a. difitnah berkhalwat dengan Safuan bin Muatal dulu.  Sebelum Nabi memanggil isterinya maka baginda tidak melabel terlalu awal dengan mengatakan bahawa isteri baginda telah diperangkap atau isterinya seorang yang baik-baik, pada hal jikalau Rasulullah hendak membela isterinya pun memang layak kerana isteri Nabi memang orang baik-baik dan telah diakui Allah s.w.t masuk Syurga pula.

Betapalah bersihnya Mat Sabu yang kononnya untuk menganjur satu perhimpunan bagi menuntut satu pilihanraya yang bersih. Wal hal dia sendiripun tidak bersih.
Parti PAS dimana Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden, telah  bersekongkol dengan PKR dan DAP. Didalam pemilihan PKR baru-baru ini, terbukti bahawa PKR tidak bersih dari kroni dan diskriminasi. Jika tidak takkan beberapa pemimpin PKR keluar atau meninggalkan parti tersebut. Bersihkah Pakatan Pembangkang.

Sila semak senarai keputusan PRU 12 lalu yang dimenangi BN dan bandingkannya dengan kemenangan pembangkang.

Apakah pilihanraya masih tidak bersih?. Jikalau tidak bersih dan telus cuba jawab ini..
-         Mengapa PAS (PR) menang di Kelantan dan Kedah.
-         Mengapa DAP (PR) menang di Pulau Pinang
-         Mengapa PKR (PR) menang di Selangor
-         Mengapa di Perak DAP (PR) menang 18 kerusi, di PAS 6 kerusi dan PKR 7 kerusi (tetapi 2 ADUN PKR Melayu) keluar dari PR dan jadi ADUN Bebas menyokong BN)

 DUN DAN AHLI DEWAN RAKYAT MENGIKUT KOMPOSISI PARTI DARI KEPUTUSAN PRU KE12 YANG LALU:-

KEDUDUKAN KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI 
YANG DIMENANGI OLEH PARTI YANG BERTANDING

NEGERI
JUMLAH KERUSI
BN
PAS
DAP
BEBAS
PKR
JUMLAH

CLN
MTB
CLN
MTB
CLN
MTB
CLN
MTB
CLN
MTB


PERLIS
15
13
0
2
0
0
0
0
0
0
0
15

KEDAH
36
14
0
16
0
1
0
1
0
4
0
36

KELANTAN
45
6
0
37
1
0
0
0
0
1
0
45

TERENGGANU
32
24
0
8
0
0
0
0
0
0
0
32

PULAU PINANG
40
11
0
1
0
19
0
0
0
9
0
40

PERAK
59
28
0
6
0
18
0
0
0
7
0
59

PAHANG
42
37
0
2
0
2
0
1
0
0
0
42

SELANGOR
56
19
1
8
0
13
0
0
0
15
0
56

KUALA LUMPUR
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0

W.P. PUTRAJAYA
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0

N. SEMBILAN
36
21
0
1
0
10
0
0
0
4
0
36

MELAKA
28
23
0
0
0
5
0
0
0
0
0
28

JOHOR
56
50
0
2
0
4
0
0
0
0
0
56

W.P. LABUAN
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0

SABAH
60
57
2
0
0
1
0
0
0
0
0
60

SARAWAK
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0

JUMLAH
505
303
3
83
1
73
0
2
0
40
0
505


CLN
- Calon Yang Menang
MTB
- Menang tanpa bertanding





































































KEDUDUKAN KERUSI DEWAN RAKYAT YANG DIMENANGI OLEH PARTI YANG 
BERTANDING






































 Perlis

Barisan Nasional3 | Parti Tindakan Demokratik0 | Parti KeADILan Rakyat0 | Parti Islam Se-Malaysia0

Kedah

Barisan Nasional4 | Parti Tindakan Demokratik0 | Parti KeADILan Rakyat3 | Parti Islam Se-Malaysia6 | BEBAS 2

Kelantan

Barisan Nasional2 | Parti Tindakan Demokratik0 | Parti KeADILan Rakyat3 | Parti Islam Se-Malaysia8 | Bebas 1

Terengganu

Barisan Nasional6 | Parti Tindakan Demokratik0 | Parti KeADILan Rakyat0 | Parti Islam Se-Malaysia2

Pulau Pinang

Barisan Nasional2 | Parti Tindakan Demokratik7 | Parti KeADILan Rakyat4 | Parti Islam Se-Malaysia0 | KITA 1 | BEBAS 1

Perak

Barisan Nasional13 | Parti Tindakan Demokratik6 | Parti KeADILan Rakyat1 | Parti Islam Se-Malaysia2 | PSM 1 | Bebas 1

Pahang

Barisan Nasional12 | Parti Tindakan Demokratik0 | Parti KeADILan Rakyat2 | Parti Islam Se-Malaysia0

Selangor

Barisan Nasional5 | Parti Tindakan Demokratik4 | Parti KeADILan Rakyat9 | Parti Islam Se-Malaysia4

Kuala Lumpur

Barisan Nasional1 | Parti Tindakan Demokratik5 | Parti KeADILan Rakyat4 | Parti Islam Se-Malaysia1

WP Putrajaya

Barisan Nasional1 | Parti Tindakan Demokratik0 | Parti KeADILan Rakyat0 | Parti Islam Se-Malaysia0



Adakah semuannya Kerusi Parlimen dan DUN di menangi oleh BN?. Jika benar PRU tidak bersih dan SPR tidak telus, masakan  pembangkang boleh menang begitu banyak kerusi. Cuma pembangkang tidak dapat mengatasi BN untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan. Tetapi 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang (PR). Apakah itu tidak menunjukkan SPR telah mengendalikan dengan bersih?. Nampaknya pembangkang hanya akan mengakui pilihanraya yang dilaksanakan oleh SPR "BERSIH" JIKA MEREKA YANG MENYAPU BERSIH SEMUA KERUSI YANG DIPERTANDINGKAN. ITULAH MATLAMAT MEREKA.

PKR yang diketuai oleh presidennya Wan Azizah juga tak bersih dari mengamalkan kroni dan kepentingan diri. Dalam PKR undang-undang tubuh PKR tidak terdapat peruntukan jawatan Ketua Umum. Tetapi kerana Wan Azizah Presiden, dia bersetuju dan mengesahkan perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum. Bersihkah Parti PKR Sri kroni dan kepentingan diri? – KRONI - Apakah pembangkang “BERSIH”?.

Anwar Ibrahim?. Pernah dihukum kerana salah guna kuasa. Dan walaupun terlepas dari kes Liwat yang pertama, mahkamah hanya melepaskannya atas kesilapan teknik bukannya didapati tidak bersalah melakukan Liwat. Kini sedang dibicarakan pula dengan kes Liwat sekali lagi. Kes Liwat kedua yang di hadapi oleh Anwar Ibrahim – MORAL - Apakah pembangkang “BERSIH”?.

Tidak cukup dengan itu,  kini tersebar pula video seks yang didakwa bahawa pelakun yang melakukan hubungan seks dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim bersama pelacur Cina. Video selama 21 minit lebih itu menjadi cukup bukti bahawa pelakunnya adalah bermirip dan berfizikal badan Anwar Ibrahim. Ini disahkan oleh kawan baiknya Datuk Eskay - MORAL - Apakah pembangkang “BERSIH”?.

Anwar Ibrahim juga berbohong kononnya dia telah cukup kerusi Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan pada 16 Sept 2010 hingga sekarang bohong tinggal bohong. BERBOHONG - Apakah pembangkang “BERSIH”?.

Anwar Ibrahim juga mendakwa kononnya di ada menyimpan berkotak-kotak dokumen tetntang penyelewengan kerajaan BN. Tetapi sampai hari ini dakwaannya itu hanya retorik semata-mata. PEMBOHONG!! - Apakah pembangkang “BERSIH”?.

Anwar juga pernah berjanji bahawa bila PR berkuasa di Pulau Pinang, dia akan menyelesaikan masalah pemilikan tanah dan rumah kampong Buah Pala. Tetapi apa akhir nya terjadi. Janji tidak ditepati bahkan Kampung Buah pala di robohkan dan di rampas - PEMBOHONG DAN ZALIM - Apakah pembangkang “BERSIH”?.


Perbuatan Anwar mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib – PM dengan Altantuya adalah merupakan satu fitnah yang cukup dahsyat tanpa sebarang bukti Apakah pembangkang “BERSIH”?. Manakala Tian Chua pula memomok dan menghina PM dengan membuat suntingan superimpose bodoh sekeping gambar kononnya Datuk Seri Najib sedang bersantai dengan Altantuya dan Razak Baginda walaupun dia tahu gambar tersebut adalah satu pembohongan dan penipuan, Adakah BERSIH.

Menteri Besar Kelatan terang-terangang memberi rasuah Pada Pilihanraya Kecil di DUN Galas. Apakah itu tidak menujukkan pembangkang mengamalkan rasuah pilihanraya?. Apakah pembangkang “BERSIH”?.
UMNO SELALU DITUDUH MENGAMALKAN RASUAH. TETAPI APAKAH PERBUATAN NIK AZIZ MEBERI WANG KEPADA ORANG ASLI  SEMASA BERKEMPEN DI PRK GALAS  SEPERTI DALAM GAMBAR DIATAS BUKAN RASUAH?.. "BERSIHKAH" PAS.

Tian Chua dan Anwar Ibrahim yang berkonvoy dalam perjalanannya untuk berceramah di Johor telah melanggar hingga mati seorang anggota tentera yang masih muda. Namun tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelamatkan mangsa hingga mangsa meninggal dunia. Dan beberapa jam selepas itu Tian Chua (PKR) bercakap soal menyelamatkan anak cucu dan Negara  Malaysia. Apakah ini menunjukkan pemimpin pembangkang “BERSIH”?.


Banyak lagi bukti-bukti yang boleh diketengah bagi mendedahkan bahawa PR (DAP, PKR dan PAS) sebenarnya tidak bersih samada dari segi moral peribadi, pembobongan, penipuan dan kezaliman. Di tangan kiri mereka kelihatan macam bersih tetapi di tangan kanan mereka terpalit kekotoran dan kezaliman. Tetapi sememangnya mereka tidak ada perasaan malu dan bertimbang rasa. Merekalah sebenarnya patut dibersihkan.. bukannya orang lain.


Apakah semua ini sudah dibersihkan?.

Seluruh rakyat sepatutnya menentang rancangan pembangkang hendak melancarkan perarakan "BERSIH"  ini. Mereka tahu perhimpunan tersebut tidak akan memberi apa-apa makna yang membina melainkan akan menyusahkan rakyat terutamanya peniaga, pekerja, perkhidmatan pengangkutan awam, pemandu kendraaan, pengguna/pejalan kaki dan orang-orang yang tidak bersalah akan menjadi mangsa. Dalam kata lain mereka ini adalah sebenarnya musuh negara nasyarakat. Semoga Pasokan keselamatan mengambil tindakan tegas agar perhimpunan ini tidak menjadi kenyataan.

Monday, June 13, 2011

TUN DR MAHATHIR TIDAK MELARANG HUKUM HUDUD DIKELANTAN


PAS mendakwa bahawa mereka tidak dapat laksanakan hukuman Hudud di Kelantan kerana di beri amaran oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi dari apa yang difahami dari surat daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Nik Aziz bertarikh 15 July 1994 jelas menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir bukan melarang Datuk Nik Aziz dari melaksanakan Hukum Hudud tetapi menegaskan bahawa hukuman yang hendak dilaksanakan bukan Hukum Hudud Islam yang sebenar mengikut syariat Islam  tetapi Hukum Hudud yang diolah oleh PAS. Hukum Hudud tersebut didapati tidak ada keadilan antara penguatkuasaannya terhadap orang Islam dan terhadap bukan Islam. Ketidakadilan inilah yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir yang dipandang serius oleh kerajaan pusat. Pada pendapat beliau jika Hukum Hudud PAS terus dilaksanakan, maka akan terjadi huru hara. Huru hara inilah yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir yang menjadi tanggungjawab kerajaan pusat.

Dimana keadilannya jika seorang lelaki kafir dan seorang perempuan Islam berzina, hanya perempuan Islam sahaja yang di hukum. Manakala lelaki bukan Islam di lepaskan. Begitu juga perempuan yang menjadi mangsa rogol bila mengandung akan dihukum kerana berzina manakala perogol tidak dapat di hukum kerana tidak ada 4 saksi lelaki yang tidak fasik.


*********************************************************************


Sila baca kandungan penuh surat tersebut yang dipetik dari blog :-

http://panglima-harimau.blogspot.com/2011/06/wajib-baca-surat-tun-m-kepada-nik-aziz.html


PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Wednesday, June 8, 2011

KURANG PERUMAHAN MAMPU MILIK MENYUMBANG KE ARAH PENINGKATAN JENAYAH - KP PULAU PINANG


GEORGE TOWN: The lack of affordable and low cost housing in Penang contributes to crime in the state, said Penang police chief Datuk Wira Ayub Yaakob.
He said land was being reclaimed and hills being cut only to build more luxury houses and condominiums with no affordable house schemes for the lower income earners.
He said that the current low cost flats were too small with no proper playing areas for children and youth.
 Untuk berita sepenuhnya click di sini

******************************************************************************
Sebagai seorang Ketua Polis negeri, Datuk Wira Ayub Yaakob bertanggungjawab mengekang segala ancaman keselamatan di negeri di bawah tanggungjawabnya. Beliau bukan orang politik dan sudah tentu apa yang diluahkannya adalah berasaskan analisa keselamatan. Jika indek jenayah naik di negeri dimana beliau menjadi ketua polis, sedikit sebanyak akan mencabar kewibawaannya sebagai Ketua Keselamatan tertinggi negeri. Dan komennya tentang kurangnya pembinaan rumah mampu milik kepada golongan berpedapatan rendah oleh kerajaan pulau pinang perlu dianggap satu nasihat berguna kepada kerajaan yang memerintah. Di Pulau Pinang tentulah terhadap kerajaan negeri pemerintahan DAP yang di ketuai oleh Ketua Menteri rasis Lim Guang Eng.

Apakah ucapan seperti ini di anggap berbaur politik?. Bagi sebuah kerajaan yang bersikap liberal dan rasional, tentulah maklumat sedemikian dapat membantu kerajaan membuat polisi dan mengubah dasar pembangunan untuk rakyat secara keseluruhan. Bukankah pilihanraya itu sendiri adalah untuk memilh kerajaan untuk memerintah bagi kepentingan rakyat dan negara/negeri?.

Sebagai rakyat yang memerhati, nampaknya Lim Guang Eng tidak memikirkan rakyat yang berpendapatan  rendah dan kurang mampu. Dia tahu rakyat yang sedemikian adalah majoritinya orang Melayu. Lim Guang Eng tidak memerlukan Melayu di Pulau Pinang. Dia sedang merancang satu bentuk operasi menghalau Melayu dari Pulau Pinang.

Dengan membina rumah teres mewah,banglow mewah dan kondo mewah, tidak mungkin majoriti rakyat Melayu di Pulau Pinang malah majoriti Melayu di Malaysia mampu membelinya. Lim Guang Eng tidak menghalau Melayu keluar dari Pulau Pinang secara nyata. Tetapi perancangan dengan teliti berkat dari nasihat PAP Singapura yang merupakan abang politik kepada DAP di Malaysia

Jika adapun rumah yang golongan Melayu mampu beli adalah rumah flat seperti sarang merpati yang sempit dan kurang kemudahan rekreasi. Dibina sebagai agenda penghapusan etnik iaitu memberikan satu tekanan sosial terhadap golongan Melayu yang kurang mampu membeli rumah yang selesa dan mahal. Dimanakah keselesaannya rumah yang dibina dengan bilik yang sempit dan tidak cukup untuk menampung keluarga besar. Akhirnya anak-anak muda yang menjadi generasi pelapis mula mencari jalan keluar dengan menyumbang kepada peningkatan indek jenayah yang memeningkan kepala Datuk Ketua Polis. Dan bila sesudah tidak tertahan lagi dengan tekanan kehidupan dan sosial yang menjerihkan, akhirnya orang Melayu akan beransur keluar dari Pulau Pinang seperti mana penghijrahan Melayu kelaur dari Singapura.

Apakah dengan menebus guna hak milik Melayu di Pulau Pinang atas nama keperluan pembangunan dan kemudiannya membina komplek perniagaan dan kediaman mahal yang tidak mampu dibeli dan dimiliki oleh orang Melayu, maka itu tidak dianggap menghalau orang melayu secara sitematik?. Kemudiannya rumah-rumah mewah dan komplek perniagaan akan dipenuhi oleh orang kaya keturunan Cina samada Cina tempatan atau Cina dari luar negeri Pulau pinang dan juga Cina dari luar negara. Akhirnya mereka ini akan mendapat kerakyatan dan menjadi majoriti di Pulau Pinang. Maka jadilah Pulau Pinang "Singapore The 2nd" di semenanjung Tanah Melayu.

Inilah dia sebuah kerajaan negeri dan sebuah parti politik rasis Cina yang berniat menghancurkan Bangsa Melayu dan Agama Islam. Yang anihnya DAP ini mendapat sokongan dan kerjasama erat dari Parti PAS. Parti yang kononnya memperjuangkan Agama Islam di mana di malaysia ini orang melayu adalah 100% penganut agama Islam.

INI BUKTINYA BAHAWA PEMBUKTIAN LAIN BOLEH DIGUNA UNTUK PEMBUKTIAN KES ZINA (ROGOL DAN LIWAT) DALAM ISLAM


 
Nah ini dia penjelasan yang munasabah. Penjelasan yang tidak mempunyai agenda politik tetapi semata-mata menerangkan bahawa Islam tidak zalim. Islam itu adil. Islam sentiasa meletakkan yang hak ditempatnya. Tontonlah video ini dan dengar huraian Ustaz Kazim dalam bab zina, hudud, liwat, saksi, Qarinah-pembuktian DNA, sumpah. gambar/video dan lain-lain.

Kepada yang masih membuta tuli membela Anwar, sila sangkal hujah Ustaz Kazim ini. Jangan nanti anda bersubahat menyembunyikan dan menyokong perbuatan zina dan liwat. Berdosa besar sesiapa yang berzina dan meliwat serta yang menolong dan bersubahat membantu atau melindungi penzina dan peliwat juga kepada mereka yang berbohong bagi menutupi perbuatan zina dan liwat.

Tuesday, June 7, 2011

PEMANDANGAN DI JETI AWAM PULAU BANDING

Jeti Awam di Pulau Banding. Di ufuk sanalah terletaknya Kg Belum Lama di Lembah Belum. Di sanalah tempat kelahiran keturunan Panglima Lembah Belum. Kini Penglima Lembah Belum generasi baru berdiri gagah berjuang untuk mempertahan hak Melayu/Islam di Bumi Melayu ini.
                                      
                                      Malam Itu Gerhana Gangsa Itu Waja
                                                  Laksamana Satria Panglima Besi
                                      Islam Itu Agama Melayu Itu Bangsa
                                                  Panglima Pertahan Sampai Mati


Ikrar dari Panglima Lembah Belum


Monday, June 6, 2011

PEMILIHAN AJK QARI'AH MASJID SECARA PENGUNDIAN BOLEH MEMECAH BELAHKAN PERPADUAN UMAT ISLAM

Masjid, adalah rumah Allah tempat umat Islam beribadah, bukannya tempat berpolitik


Exco Agama di Pulau Pinang yang menghadiri majlis yang menu utamanya adalah babi. Wakil Islam macam inikah yang kita harapkan untuk mempertahankan Islam di Pulau Pinang.

********************************************************************

Kerajaan DAP P. Pinang tetap teruskan p/raya masjid

Utusan On Line

06/06/2011 6:54pm

GEORGETOWN 6 Jun - Kerajaan negeri pimpinan DAP telah memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim berkata, kaedah pemilihan yang diperkenalkan itu adalah persetujuan bersama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Tidak dapat tanduk, telinga di pulas. Begitulah andaian yang boleh diberikan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap kempen Cina Rasis untuk menghapuskan identity dan syi’ar Islam. Seperti doktorin komunis dan juga penjajah barat, untuk mengawal atau memusnahkan kuasa dan perpaduan Melayu, mereka perlu membuat pendekatan melalui agama Islam. Selagi Islam kukuh dikalangan umat Melayu di Negara ini, maka selagi itulah kuasa dominan Melayu tetap kuat dan utuh di tangan Melayu. Dan selagi itulah kafir harbi tidak dapat dapat menukarkan negara ini menjadi negara mereka (Kafir harbi).

Hanya Melayu dalam PAS dan PKR sahaja yang tidak menyedari kempen perang saraf yang dilancarkan oleh musuh Islam ini selama ini. Jika mereka sedar terhadap ancaman terhadap Islam ini, sudah tentu mereka tidak akan berpelukan dengan DAP Cina rasisyang memang memerangi dan memusuhi Islam.

Apakah DAP telah menyama tarafkan Islam yang suci dengan pertubuhan politik. Tahukah mereka (DAP Cina rasis) bahawa Islam yang wujud lebih 1400 tahun yang lalu adalah sebuah agama yang diturunkan oleh Allah untuk semua umat manusia secara total. Bermakna tidak ada pilihan lain selain dari wajib mematuhinya.
Dengan mengadakan pemilihan AJK Qari’an masjid menggunakan kaedah pengundian ini ianya telah meletakkan agam Islam seperti sebuah pertubuhan atau organisasi plotik dan social yang lain. Juga meletakkannya kedudukan agama Islam sama tarafnya dengan pertubuhan agama Buddha, Hindu dan Kristian dan lain-lain agama ciptaan manusia.

Bencana awal yang bakal menimpa terhadap umat Islam jika sistem ini di teruskan adalah perpecahan dikalangan umat Islam bermula diperingkat Qari’ah nasjid lagi. Bila di sebut sahaja pilihan melalui pengundian, bermakna mesti ada sekurang-kurangnya dua pihak/puak yang bertanding. Ini adalah peringkat pertama perpecahan.  Bagi memastikan diri mereka dikenali dan di pilih, calon akan berkempen dengan batuan dari kem penyokong masing-masing. Dalam kempen ini tentu sahaja akan timbul perbuatan riak iaitu menonjolkan kebaikan dan jasa diri masing-masing. Juga akan diiringi perbuatan memfitnah dan memburuk-burukkan pihak lawan bagi melemahkan kredibaliti pihak lawan di mata jemaah (pengundi).

Berkhidmat untuk perjuangan meninggikan syi’ar Islam yang pada asasnya adalah sukarela bagi mendapat keredaan dari kerana Allah semata-mata kini telah menjadi hal duniawi dan berkepintangan diri. Adakah ini baik untuk islam?.

Pengundian ini akhirnya akan menyebabkan Qari’ah berpecah dan menjadi berpuak-puak dan bermusuhan sepanjang masa. Dengan hasutan dan hujah-hujah semasa berkempan, tentu sahaja akan timbul perasaan sakit hati, dengki dan perasaan tidak puas hati terhadap lawan. Maka ini akan dituruti dengan perasaan tidak dapat menerima keputusan kekalahan dari pihak yang kalah terhadap yang menang. Begitu juga akan timbul perasaan ingin membalas dendam serta perbuatan diskriminasi dari pihak yang menang terhadap yang kalah. Bukankah ini malapetaka terhadap perpaduan Islam?.

Memang diakui mengikut sejarah bahawa cara pemilihan melalui undian ini pernah dilaksanakan di zaman sahabat nabi dahulu. Tetapi ianya dilaksanakan dalam suasana yang berbeza. Pada masa tersebut tidak ada perebutan politik antara pihak Islam dengan bukan Islam. Tidak ada menteri atau ketua menteri bukan Islam yang tak tahu hukum Islam yang mencaturkan pemerintahan Islam. Pada masa tersebut juga tidak ada pemimpin kafir mengaku dirinya setaraf dengan Khalifah Omar Abdul Aziz melainkan telah memeluk islam terlebih dahulu.

Kepada Malik Kassim sebagai seorang Exco Agama yang berkhidmat di negeri yang ditadbir oleh kafir harbi, jika benar dirinya adalah pihak yang metadbir kepentingan Islam negeri, maka beliau perlu memberi nasihat kepada kerajaan negeri tersebut. Bukannya ikut serta menghina dan menjatuhkan maruah hingga sanggup menghadiri majlis yang mengutamakan menu daging babi. Inikah contoh kelonggaran dan pembaharuan yang ingin diterapkan dalam Islam hingga terdorong untuk mempraktikkan pemilihan AJK Qari’ah masjid dijalankan secara undian di Pulau Pinang?.