Total Pageviews

Thursday, July 21, 2011

PEMBANGKANG SANGGUP MENGGUNAKAN ORANG MATI UNTUK MEMFITNAH DAN MENIPU

Video taklimat polis bagi menyangkal dakwaan bodoh dan bohong  pembangkang berhubung kematian Allahyarham Baharuddin semasa polis meleraikan perhimpinan haram BERSIH pada 9 Julai yang lalu.



Mungkin dia pengsan atau sesak nafas akibat terhidu asap gas pemedih mata. Jika tak tahan dugaan macamni, ingatlah! lain kali jangan menyertai perhimpunan haram bila polis telah memberi amaran supaya jangan menyertai perhimpunan haram atau besurai secara aman. Jika engkar, salah satu risikonya adalah seperti gambar diatas. Malah jika perhimpunan yang sah disisi undang-undang sekalipun, jika bertukar menjadi ganas, itulah akibatnya.

Gambar pegun jika dikatakan orang yang hidup sudah matipun boleh dipercayai kerana gambar tidak bergerak dan berkata-kata. Hanya tukang pembawa khabar fitanah atau pembawa khabar baik sahaja yang boleh menghuraikannya. Mengikut berita hanya seorang sahaja yang dilapurkan meninggal semasa perhimpunan bersih yang telah disahkan oleh polis. Itu pun kerana serangan jantung. Ni gambar siapa yang mati yang dikaitkan dengan Allahyarham Baharuddin?. Adakah dua individu yang bernama Baharudin yang berlainan rupa, yang telah meninggal dunia pada hari perhimpunan haram BERSIH??.


Jangan mempermain dan membuat fitnah menggunakan orang yang telah mati. Kita orang Islam sepatutnya berdoa dan mensedekahkan ayat-ayat qur'an dan membantu keluarganya. Bab kesalahan dan dosa itu adalah kerja Allah. Islam tetap bersaudara.

Kita berharap kepada semua terutamanya penyokong pembangkang yang menyertai BERSIH tempoh hari agar buka minda dan jadilah orang yang siuman kembali.

Dalam posting RBF menyatakan seorang pelajar mendakwa telah melihat sekumpulan polis melanyak Allahyarham Baharuddin sambil berlari hingga tak sempat rakam gambar. Tetapi perlajar tersebut sempat pula menyebarkan berita secara terperinci bagaimana Polis melanyak Allahyarham. Bentuk berita macam inikah yang di terapkan dikalangan pelajar dan penyokong pembangkang sekelian. Jikalau orang kebanyakan yang tidak berpelajaran tinggi membuat cerita macam ni bolehlah dianggap mereka tidak cukup ilmu. Tetapi jikalau seorang pelajar IPT, subhanallah!.. macam manalah kredebaliti seorang perlajar macamni. Dia tak nampak dengan jelas tetapi menceritakan dengan jelas. Orang percaya pulaktu. Jangankan nak melanyak, anggota polis pun tak berada disana. Yang ada hanya anggota polis bantuan yang seragamnya hampir sama dengan anggota polis biasa iaitu berunifom biru gelap. Dalam keadaan kelam kabut dan pintu keluarmasuk tertutup, mereka (polis bantuan) juga tidak dapat mendekati Allahyarhan Baharuddin.

Polis mempunyai rakaman CCTV di KLCC yang menunjukkan bahawa Allahyarham berlari bersama orang ramai masuk ke KLCC. Dengan umur 59 tahun, sudah tentulah keadaan fizikal, jasmani dan staminanya tidak sekuat berbanding dengan orang muda. Malah tahap umur semacam ini adalah amat merbahaya jika menggunakan tenaga luarbiasa. Serangan jantung akan menyerang bila-bila masa jika badan terlalu penat, panik atau susah hati.

Inikah puak yang mempertikaikan pemerintahan kerajaan BN yang diterajui UMNO. Apa akan jadi agaknya jika mereka memerintah dan pergaduhan kaum berlaku?. Mereka mengajar rakyat berbohong dan membuat memfitnah. Khabar angin dan fitnah melampau macamni boleh menghancurkan negera.

Dalam keadaan dimana sepatutnya kita sama-sama menghormati orang yang telah mati, sebaliknya sebahagian dari puak pembangkang mengambil peluang untuk kepentingan diri dengan mengekploitasikan kematian tersebut untuk memungut derma. Lain orang yang meninggal, gambar orang lain pula yang diedarkan di internet bagi memburuk-burukkan polis dan menarik simpati orang ramai. Hinanya manusia macamni. Sangat bangsat dan terkeluar dari norma-norma manusia biasa. Tak usah cakap bab agama Islamlah.

Fitnah melampau tanpa bukti nak minta ampun kepada siapa?. Jikalau tohmahan dihalakan kepada PDRM iaitu sekumpulan manusia yang ramai, macammana nak minta maaf?. Pergi haji pun tak guna jika dosa kita sesama manusia tidak diampunkan oleh yang teriniaya.

Terima kasih kepada minaq-jinggo kerana uploadkan video taklimat polis dalm youtube.

MAT SABU JUAL KEPALA LUTUT MENIPU RAKYAT DAN MEMFITNAH PDRM

  

Video diuploadkan oleh minaqjinggo

Raja maki hamun ini kini dia dah masuk bab raja putar alam pula. Selepas perhimpunan HARAM BERSIH tempoh hari sehingga ke hari ini Mat Sabu jaja kepala lututnya kononnya cedera teruk dirempuh oleh polis. Dia membuat dakwaan tanpa bukti dan menyangka polis begitu bodoh buat sesuatu tanpa mengikut peraturan. Jika mana-mana orang berhimpun  secara haram maka Polis berhak di sisi undang-undang menyuraikannya dengan apa cara sekali pun. Mana-mana orang yang mengambil bahagian berhimpun secara haram dan bila telah diberi amaran bersurai tetapi ingkar maka mengikut undang-undang maka boleh ditahan tanpa waran. Itulah yang dilakukan oleh polis iaitu mengekori Mat Sabu untuk menahannya kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram tetapi Mat Sabu melarikan diri dengan membuat pusingan 'U' lalu terlanggar bahu jalan dan jatuh. Polis tidak lanyak dengan Pajero sebaliknya membantu membawanya ke hospital. 
Beginikah sahaja rupa seorang yang dikatakan dirempuh oleh L/Rover Polis? Mana kesan parut, mana lutut bersimen dan laporan doktor serta gambar x-ray yang membuktikan dirinya dah patah riuk kerana dilanyak oleh L/Rover polis Malaysia yang dijajakan di seluruh dunia?

Jikalau polis lanyak dengan L/Rover, jangankan hendak duduk atas wheelchair, bergerakpun tak boleh kerana satu badan kena POP (simen) dan termasuk mulut pun kena balut. Sekurang-kurangnya 6 minggu baru boleh buka POP dan kena fisiotrafi pula selama dua tiga minggu lagi. Tapi itulah perangai kaki kelentong. Baru beberapa hari dah muncul dikhalayak ramai jaja kepala lutut. Buat muka sedih. Mengapa tak tunjuk kepala lutut yang bersimen tu. 

Jatuh sendiri kerana tergopoh gapah melarikan diri dari polis dan tercedera, dituduhnya polis rempuh dengan L/Rover. Mengikut lapuran doktor pula bahawa tidak ada retak atau patah melalui imbasan x-ray. Mungkin melecet dan salah urat sahaja. Tapi lakunan nglahkan patah seribu.

Tak tahulah apa hukumnya jika berbohong sehingga ke tahap ini. Sebagai seorang Islam, berpada-padalah. Jangan terlampau berbohong, mencaci hamun, memfirtnah dan menghina orang kerana itu termasuk dalam dosa besar. Ini bukan perkara kecil. Ini hal negara.

Terima kasih minaqjinggo

Sunday, July 17, 2011

JIKA TAK TAHU UNDANG-UNDANG JANGAN CAKAP BANYAK - MALUNYA

TONTONLAH VIDEO NI HINGGA SELESAI
PUNYALAH NAK BODEK ANWAR!!!


CUBA BUAT BANDINGAN CERAMAH UMI HAFILDA INI 
DENGAN PRESS STATEMENT KPMM DIATAS. 
CERAMAH MACAMNI NAK DIKATAN MENGANCAM 
KESELAMATAN. MENGANCAM POLITIK 
ANWAR/AZIZAH/AZMIN ADALAH

Apa punya press statement. Dahlah baca statementpun macam orang gagap. Tahu ke apa dia cakap?. Yang nak ditalkinkan Umi Hafilda bukanya mayat. Tetapi simbolik kepada menamatkan perjuangan politik kotor Anwar, Azizah dan Azmin pada tahun ini. Umi Hafilda tidak mengancam keselamatan negara, agama, bangsa dan kedaulatan undang-undang atau mengancam untuk membunuh sesiapa. Jika nak dikatakan pencerobohan peribaditu mungkinlah. Tetapi dia menyerang peribadi Anwar, Azizah dan Azmin Ali. Jikalau nak ambil tindakan saman malu, bukan orang lain tetapi individu yang peribadinya diserang itulah. Jika tuan punya badan tak mahu buat laporan polis dan tak mahu ambil tindakan, apa yang kamu sibukkan. Oh! bila pembangkang gelar Tun Mahathir Maha Firaun dsbnya boleh pula. pEMBANGKANG fitnahkan Datuk Seri Najib dengan Al-Tantuya tanpa buktitu macammana. Pembangkang fitnahkan isteri PM beli cincin 24 juta macammana? Tapi bila kena tang tiga 'A 'tu kelamkabut minta pihak PDRM ambil tindakan. Aku cabar supaya Anwar/Azizah/Azmin dan KPMM buat lapuran polis atas serangan peribadi Umi Hafilda ke atas 'AAA'. Masukkan juga dalam lapuran tersebut yang Umi Hafilda nak talkinkan "AAA' pada tahun ini. Mengapa tidak buat laporan polis. Hanya menggesa pihak keselamatan bertindak. Bodoh punya statement.

RAKYAT MAHU TENGOK BILA ANWAR ATAU AZIZAH ATAU AZMIN SAMAN UMI HAFILDA. BANYAK KALI DAN DIMERATA TEMPAT DIMALAYSIA UMI HAFILDA 'FITNAHKAN' MEREKA BERTIGA. MALAH SETIAP CERAMAH UMI HAFILDA HANYA MEMBONGKARKAN KEBURUKAN TIGA 'A' SERTA PEMBANGKANG YANG MENYOKONG MEREKA. TAPI SAMPAI SEKARANG TAK SAMAN..KENAPA YA?. 

DATUK ESKAY JUGA DAH 'FINAHKAN' ANWAR DENGAN VIDEO LUCAH TAPI SAMPAI SEKARANG ANWAR TAK SAMAN DATUK ESKAY. MENGAPA YA?.

DATUK NALA KURAPAN JUGA TELAH 'MEMFITNAHKAN' ANWAR TETAPI SEHINGGA INI ANWAR TAK SAMAN DATUK NALA KURAPAN. KERANA APA YA?.

Saturday, July 9, 2011

PEMIMPIN POLIS PERLU BERLATIH DI AMERIKA, ENGLAND?

 
Petikan video dari 1peluru.blogspot.com

Apakah polis Malaysia terlalu kejam dan tidak bertimbangrasa? Badingkan dengan yang berlaku di England ini

Jadi apa perlunya polis Malaysia pergi berlatih di Amerika dan England.

 

Polis Malaysia telah berjaya mencegah rusuhan mengikut acuan kita tanpa sebarang jiwa melayang.

 

Satu soalan: Adakah polis di Amerika dan Englan lebih baik dari polis Malaysia semasa mencegah rusuhan?.

=========================================== 

Pemimpin polis perlu berlatih di Amerika, England?

The Malaysian Insider 

10 JULAI — Polemik antara polis dan pejuang pro demokrasi di Malaysia sekarang ialah apakah unjur rasa aman seperti yang dianjurkan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini akan menimbulkan kekacauan atau tidak?
Polis percaya unjur rasa itu akan menimbulkan kekacauan dan huruhara, menjadikan politik negara tidak stabil, akan menjejaskan ekonomi dan sebagainya. Kerajaan dan penyokongnya menyokong pendapat polis itu.
Pejuang pro demokrasi dan pro pilihan raya bersih yakin demonstrasi aman sehari itu jika mendapat kerjasama polis sepenuhnya tidak akan menjejaskan kemanan dan ia akan aman. Mungkin lalu lintas di kawasan berkaitan akan berlaku kesesakan, tetapi trafik boleh berjalan perlahan jika polis cekap menyusun stategi.
Oleh kerana polis yakin dengan teorinya, maka ia tidak sanggup menerima risiko lalu mengharamkan perarakan itu. Ia sudah pun mengambil langkah mencegah dan mengumumkan akan bertindak lebih kira kiranya ia diteruskan.
(Dipetik dari The Malaysian Insider – 10 Jul 2011)

==========================================
Penulis diatas menulis hanya berandaian “MUNGKIN”. Saya juga ingin menyelitkan perkataan “MUNGKIN”. Jika polis tidak mengendalikan sedemikian rupa, “MUNGKIN” huruhara yang lebih besar akan berlaku. Jika kekakcauan besar  berlaku, apa agaknya komen penulis yang bijak pandai diatas?. Mencari kesalahan orang memang senang. Bila kita tidak dibebankan dengan sebarang tanggungjawab, mudah bagi kita mempersoalkan sesuatu kerana kita tahu bahawa tidak ada apa yang kita perlu bertanggungjawab dikemudian hari.

Jika kita memperkatakan bahawa apa yang berlaku diAmerika atau Britain boleh di implimentasikan di Malaysia, maka kita kena juga mengambil kira bagaimana pemikiran orang barat dengan pemikiran orang Malaysia.

Di Amerika mereka tidak menggunakan budak-budak atau kanak-kanak untuk memburuk-burukkan kerajaan. Mereka tidak masuk ke sekolah agama mengasuh kanak-kanak tadika membenci pemimpin. Mereka tidak membawa kanak-kanak kecil ikut tunjuk perasaan.

Di Amerika dan Britain mereka tidak mengkafirkan orang ikut sedap mulut. Di Amerika dan di Britain, hanya segelintir sahaja manusia yang menentang perbuatan hubungan sesama sejenis. Di Amerika dan Britain tidak ada dosa pahala dalam bab hubungan seks atau berzina atau perbuatan liwat. Ianya hanya menjadi pandangan serong atau bersalah pada pandangan masyarakat sahaja jika dipaksa, rogol atau skandal.

Di Amerika hanya wujud satu system persekolahan kebangsaan berlatar belakangkan bahasa Inggeris. Bukan seperti di Malaysia di mana kanak-kanak diasingkan mengikut kaum. Walaupun ini Tanah Melayu, tetapi masing-masing bangsa terutamanya Cina dan India bermati-matian mahukan sekolah untuk keturunan masing-masing.

Soal himpunan Bersih, kononnya untuk mendesak SPR agar melaksanakan Pilihanraya lebih telus dan adil. Ianya akan menjadi telus adil dimata pembangkang hanya sekiranya pembangkang dapat menukarkan kerajaan. Sebelum ini, pada setiap PRU/PRK mereka mendakwa  tidak pernah telus dan adil walaupun pembangkang menang 5 buah negeri dan BN hilang majority 2/3 di parlimen.

Apa sudah jadi apabila agenda perhimpunan Bersih yang pada mulanya untuk medesak SPR mengendalikan PRU secara lebih telus tetapi bertukar kepada tuntutan refomasi bagi memperjuang kepentingan peribadi seorang pemimpin yang menghadapi tuduhan meliwat.

Apakah insiden sedemikian tidak menunjukkan bahawa sebahagian besar penyokong pembangkang tidak rasional dalam menggunakan kebebasan berdemontrasi. Kita juga perlu ingat bahawa isu perkauman dinegara kita adalah ibarat bom jangka yang perlu di kendalikan dengan sebaik mungkin.

Pengalaman lampau tunjuk perasaan dan perbalahan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dan Bersih 2007 telah memberikan pengalaman yang mendalam kepada pasokan keselamatan bagaimana mengendalikan perhimpunan tunjuk perasaan versi Malaysia.

Janganlah berlagak pandai sebaik sahaja sesuatu perkara telah di siapkan dan disempurnakan oleh orang lain. Seperti kata pepatah “RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI”.

Jika semua yang ada di Britain dan Amerika itu amat baik, mengapa semua negara yang pernah dijajah oleh Amerika dan Britain menuntut kemerdekaan masing-masing termasuk negara kita?. Itu menunjukkan bahawa system pemerintahan negara mereka tidak sama dengan kepentingan rakyat negara ini.

Ada benda yang perlu kita pelajari dari Amerika dan Britain seperti sains dan teknologi mereka tetapi bukan dalam budaya mereka yang tidak ada dosa pahala. Kita juga bukan seperti bangsa Eropah dimana bila seseorang pemimpinya di dapati terlibat dalam skandal seks atau berlakun video lucah maka mereka ada harga diri dengan meletakkan jawatan terlebih dahulu sebelum mengambil langkah selanjutnya seperti membela diri atau untuk kerjaya dimasa depan. Dinegara kita, videonya telah tersebar diseluruh dunia dan disahkan tulin samada rakaman dan juga  pengesahan pelakunnya tetapi masih menafikanya dan masih enggan meletakkan jawatan. Perangai macam inikah yang dikatakan sesuai dilaksakana bersama dengan cara Eropah dan Amerika?.

Yang pentingnya kemajuan negara kita tidak mengundur ke belakang disebabkan huru hara dan pergaduhan kaum. Polis kita tidak perlu belajar dari Britain atau Amerika bagaimana mahu mengendalikan keselamatan negara kita. PDRM telah melaksanakan tugas mereka dengan cukup baik dimana huruhara dapat dielakkan, keamanan dapat dikekalkan dan tiada kematian atau kecedraan serius terjadi.

Ianya juga merupakan satu pengajaran kepada penganjur perhimpunan haram BERSIH bahawa “ANDALAH SEBENARNYA YANG MENYUSAHKAN RAKYAT. Bahawa ANDA BUKAN PEMBELA TETAPI MENJADI PENCETUS DAN PUNCA KEPADA KESUSAHAN RAKYAT”.

Thursday, July 7, 2011

UMI HAFILDA TELANJANGKAN ANWAR DI LENGGONG PERAK

Nah! sila nafikan apa yang dikatakan oleh Umi Hafilda kepada Anwar Ibrahim, kepada Azmin Ali, kepada Wan Azizah, kepada Karpal Singh dan kepada Mat Sabu. Jikalau Umi Hafilda bercakap bohong kenapa tak saman sahaja Umi Hafilda tu... Saya sanggup jadi saksi apa yang Umi Hafilda katakan kepada Anwar Ibrahim pada malam 3 Julai 2011 jam 1000 malam hingga jam 1200 t.malam di Lenggong Perak. Jika kata-kata Umi Hafilda itu benar, mengapa penyokong pembangkang mahu BERSIH kan kerajaan yang telah memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Mengapa tak BERSIHkan Anwar? mengapa!!!!!!!!             
Tonton video berikut:-            




Pada 3 Julai 2011 jam 1000 malam hingga jam 1200 malam Umi Hafilda telah dijemput berceramah di Lenggong. Beliau telah mendedahkan segala keburukan Anwar Ibrahim yang mana telah menipu rakyat Malaysia. Umi Hafilda mesifatkan Anwar Ibrahin dan Wan Azizah adalah manusia munafik kerana pembohongannya kepada rakyat Malaysia.

Oleh yang demikian kepada mereka yang bercadang untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 dan yang seumpamanya di masa depan supaya berfikir dahulu apa faedahnya. Apakah menyokong orang munafik itu di redhai Allah?. Apakah bersubahat dengan orang yang menyokong orang murtad di redhai Allah.

Anwar bercakap tentang keburukan orang lain sedangkan buruk sendiri lebih teruk lagi.

JANGAN HADIRI PERHIMPUNAN BERSIH KERANA JIKA ANDA HADIR BERMAKNA ANDA BERSUBAHAT  DAN TOLONG MENOLONG DENGAN ORANG-ORANG YANG MUNAFIK, PENZINA, PELIWAT, PEMBOHONG, PENIPU, PERASUAH, KRONI, KONSPIRASI, PENDERHAKA.

Tuesday, July 5, 2011

PERLUMBAAN MOTORCROSS DI KG BELUM BARU ANJURAN PEMUDA UMNO LENGGONG


Dari 1 Julai hingga 3 Julai 2011, litar motorcross Kg Belum Baru yang baru dibina beberapa bulan bergegar dengan ngauman enjin motosikal cross. Ini berikutan satu penganjuran perlumbaan motocross anjuran Pemuda UMNO Bahagian Lenggong. Walaupun ianya anjuran Pemuda UMNO Lenggong, namun penyertaannya tidak mengambil kira fahaman politik atau sebagainya. Ianya adalah sukan semata-mata.

Penyertaan sungguh menggalakkan dimana telah dapat menarik penyertaan dari seluruh Malaysia bahkan dari luar negara seperti peserta dari Thailand.

Jika anda seorang peminat, atau pelumba, atau penyokong perlumbaan motorcross, sila ke halaman Facebook “Pemuda UMNO Lenggong” untuk mengetahui aktiviti perlumbaan yang dijadualkan.

Seperti yang diterangkan oleh En Irwan, Ketua Pemuda UMNO Lenggong merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia, aktiviti motorcross ini adalah untuk menarik golongan muda dan belia bagi memenuhi masa mereka ke arah yang lebih positif.

Litar motorcross Kg Belum Baru ini mula dikenali ramai diseluruh Malaysia malah hingga keluar negara. Sehingga ini telah enam kali perlumbaan dianjurkan. Penyertaan begitu menggalakkan hingga menarik peserta dari luar negara iaitu Thailand. Manakala penonton pula mencecah 3,000 orang setiap kali perlumbaah diadakan. Pada perlumbaan akan datang, dijangkakan penyertaan dan penonton akan bertambah. Ini memerlukan tambahan tempat penonton dan kemudahan asas yang lain seperti tandas dan tempat duduk penonton.

Sesungguhnya perlumbaan ini adalah merupakan penyumbang kepada pelancungan dan aktiviti belia serta perniagaan di kawasan ini.

Syabas Pemuda UMNO Lenggong.