Total Pageviews

Tuesday, August 2, 2011

NUKILAN WAN MOTOR: PMRAM TELAH DIHARAMKAN DI MESIR

Senario sebenar pergolakan penuntut Malaysia di Mesir hingga menyebabkan PMRAM diharamkan di Mesir. Mak Bapak hantar suruh belajar tetapi buat perangai yang tak sangkut paut dengan pelajaran. Dah jadi kalut macamni baru kelamkabut. Yang jadi dalangnya PAS dan Pembangkang. Sibuk dengan BERSIH dan sebagainya. Tak habis-habis buat kerja yang merugikan orang Melayu dan Islam. Semua perkara dipolitikkan. Sampaikan budak nak belajarpun dipolitikkan. Sekarang siapa yang rugi?.Ambiga yang mendalangi BERSIH tak rugi apa-apa. Anak Melayu/Islamlah yang rugi. Nak tahu lebih lanjut sila klik ke link berikut:- Nukilan Wan Motor: PMRAM telah diharamkan di MESIR

Friday, July 29, 2011

JIKALAU DAH BEBAL TU MAKA TETAP BEBAL LAH WALAUPUN KEBAIKAN DIDEPAN MATA

YAB DATO' SERI ZAMBRI BIN ABDUL KADIR - MB PERAK

YDH TOH SHAHBANDAR ULU
YB DATO' HAJI MOHD TARMIZI BIN HAJI IDRIS
ADUN KENERING

Tak faham sungguh aku dengan  perjuangan orang-orang PAS terutamanya diperingkat Mukim dan kampong/desa. Jika nak dikatakan perjuangan untuk menegakkan Negara Islam, jangan haraplah kerana pemimpin mereka ditas sana telah berpelukan dan bekerjaama dengan DAP, parti rasis yang menjadi musuh nombor satu dalam perjuangan Islam di Negara ini. Malah kin dah jadi pak turut DAP.

PAS JADI HAMBA KEPADA DAP
(MELAYU JADI PAK TURUT KAFIR)

Hilang cerita nak menegakkan negara islam, beralih pula kepada memburuk-burukkan kerajaan yang memang dipimpin oleh Melayu/Islam. Dalam hal ini pun PAS mengikut telunjuk DAP. Pas bersekongkol dengan DAP memburukkan kerajaan yang dipimpin oleh Melayu/Islam. Kerajaan yang membela hak Melayu dan Islam. Tidak ada satu pun program dan pembangunan kerajaan yang menjadi “molek” kepada mereka. Bahkan jika yang paling baik sekalipun masih juga mencari-cari jika terdapat sebarang kecacatan.  Walau pun sekecil mana sekalipun  iannya akan dibesar-besarkan. Wal hal perbuatan dan ancaman DAP terhadap hak Melayu dan Islam lebih beratus kali ganda bahayanya terhadap Islam tetapi tidak pula di ktritik malah dibela pula.

Pada 26 Julai yg lalu satu program penyerahan geran milik kepada peneroka oleh MB Perak kepada lebih 400 orang dari 3 buah rancangan Felda iaitu Felda Lawin Utara, Felda Lawin Selatan dan Felda PAPULUT di Daerah Hulu Perak (Gerik/Lenggong). Turut berucap dalam majlis tersebut adalah YB ADUN Kenering iaitu YB Dato' Mohd Tarmizi. Sebagai orang politik dan wakil rakyat UMNO/BN tentulah ucapannya menyentuh tentang tohmahan pembangkang terhadap kerajaan dengan menggunakan isu FELDA dalam siri pembohongan dan tohmahan pembangkang. MB Perak juga turut membelasah pembangkang dalam majlis tersebut.

Yang nak jadi ceritanya, memang ramai peneroka yang bakal menerima geran milik pada hari tersebut adalah dari kalangan penyokong pembangkang terutamanya PAS yang begitu aktif membuat tuduhan dan tohmahan terhadap Felda, Felcra dan Kerajaan di kawasan Mukim Kenering dan di daerah ini. Tinggal dalam Felda. Jadi peneroka Felada. Senang lenang kerana Felda tetapi menyokong pembangkang memburuk-burukkan felda.

Sudah tentu telinga mereka menjadi panas dek malu kerana kena belasah atas batang hidung didepan khalayak dalam majlis kerajaan UMNO/BN. Nak tinggalkan saja majlis takut terlepas menerima Geran milik. Takut nanti diapa-apakan pula hak milik tersebut. Jadi terpaksalah tebalkan muka terima kaw-kaw punya hentaman MB Perak dan ADUN Kenering. Mahu pula menerima pemberian kerajaan yang diburuk dan dikafirkan oleh mereka.

Kata orang jikalau dah bebaltu bebal jugalah. Dah macamtu jasa kerajaan UMNO/BN buat pada rakyat masih tak dapat diterima dengan minda yang terbuka. Selepas majlis itu dikatakan juak-juak PAS (yang telah menerima geran) nak buat laporan polis kononnya kerajaan UMNO/BN dan YB ADUN Kenering telah politikkan majlis dengan ucapan berunsur politik mengecam pembangkang. Bukannya nak berterima kasih. Betul-betul seperti perumpamaan “memberi makan beruk liar. Kita berikan makanan kemudian tangan kita pula nak digigitnya”.

Tangan mereka menerima geran milik tetapi dalam masa yang sama mulut mereka mengugut orang yang menyampaikan geran tersebut. Tak mengenang budi langsung. Saya syorkan batalkan sahaja atau gantung sahaja geran milik ahli pembangkang tersebut dengan alasan disiplin peneroka yang membuat sabotaj terhadap FELDA. Bukankah kerajaan ada kuasa mengambil balik tanah milik rakyat dibawah “Kanun Tanah Negara” atas sebab-sebab tertentu seperti yang telah dilakukan dan dipraktikkan oleh Lim Gung Eng di Pulau Pinang dan kerajaan Nik Aziz di Kelantan.

HARGAI TUGAS POLIS - TITAH DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK


"Hargai tugas polis" titah DYMM Paduka seri Sultan Perak klik disini untuk ke link. Sebagai seorang sultan, Baginda memang sedia maklum bahawa sesebuah negara memerlukan Pasukan Polis untuk menguatkuasakan undang-undang, ketenteraman dan keselamatan awam.

Tetapi sayangnya, ada pula pihak yang berfahaman politik melampau di sebuah Daerah dalam negeri Perak mengarahkan ahlinya iaitu jika ada kematian dikalangan anggota polis, tak payah terlibat dalam sebarang aktiviti keagamaan seperti pengurusan jenazah, tahlil dan do'a melainkan anggota tersebut anak orang PAS dan PKR. Hanya cukup sekadar pergi melawat jenazah dan balik. Yang mengeluarkan arahan tersebut adalah dari parti PAS klik disini untuk ke link.

Semua umat Islam faham bahawa mengurus dan mengkebumikan jenazah adalah fardhu kipayah. "Jika ada orang dah buat maka kita tak payah". Itukah falsafah yang PAS telah sematkan dalam diri penyokong mereka. Bukankah orang Islam itu bersaudara?.

Melawat orang mati bukan wajib kepada semua tetapi hanya sunat. Tetapi dalam budaya bangsa Melayu dan Islam, jika ada sebarang kematian, maka ianya menjadi amalan budaya kita melawat jenazah, mengholorkan bantuan, menguruskannya dan mengada majlis tahlil arwah secara beramai-ramai. Tetapi jika sampai ke tahap memberikan arahan sedemikian, apakah makna ini semua. Busuknya hati sampai ke tulang hitam. Itu bukan lagi perjuangan suci tetapi perjuangan setan.

Kerana tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH pada 9 Julai yang lalu, kebodohan perangai mereka terbawa-bawa hingga aktivitri keagamaan. Bukan semua anggota polis terlibat pun. Yang lebih penting adalah polis hanya menjalankan tugas mencegah rusuhan. Bukannya mengistiharkan perang dengan rakyat.

Ahli PAS mesti ingat bahawa bukan semua yang menjadi anggota polis adalah penyokong UMNO dan BN. Tidak semestinya jika ibubapa bagi anggota polis berkenaan penyokong PAS maka anaknya yang menjadi anggota polis juga menyokong PAS dan begitulah sebaliknya. Dalam kata lain mereka bukan bekerja dengan UMNO dan BN dengan tujuan menindas PAS dan PEMBANGKANG, tetapi sebliknya mereka berkhidmat  menjaga keselamatan NEGARA MALAYSIA. Jika PEMBANGKANG atau UMNO/BN atau mana-mana orang tidak melanggar undang-undang, tidak ada sebab mengapa polis perlu bertindak ke atas orang awam.

Thursday, July 28, 2011

PELACUR PUN MAHU BERSIH?...

Jikalau pelacur pun mengambil cuti untuk perhimpunan BERSIH itu memberi erti bahawa semua yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram BERSIH pada 9 Julai 2011 yang lalu adalah dari kalangan mereka yang rendah moral, keagamaan dan maruah diri "SETARAF DENGAN PELACUR". Seperti pelacur keturunan Cina, mereka ada tempat sembahyang walaupun tempat melacur. Kononnya untuk sembahyang memohon kepada tuhan mereka agar lebih banyak pelanggan jantan datang melanggani mereka. Sila klik ke link (Klik disini)

Bagi pelacur, desakan membersihkan diri bukan ditujukan kepada orang lain tetapi kepada diri pelacur itu sendiri kerana memilih kemaksiatan untuk jalan kehidupannya. Maka fahamlah kita bahawa pembangkang terutamanya PAS dan PKR samalah seperti pelacur dan DAP seumpama pelanggan mereka. Merekalah sepatutnya BERSIH kan diri dari perbuatan terkutuk dan mungkar.

Monday, July 25, 2011

NIAT SEBENAR PENAJA HIMPUNAN HARAM BERSIH HANYA MENGHURUHARAKAN NEGARA



Video diatas yang diuploadkan ke youtube mendedahkan lagi bukti bahawa pemimpin pembangkang amat terdesak untuk menghuruharakan negara bagi mengalihkan perhatian kepada kes liwat dan kononnya untuk menrealisasikan tuduhan pembangkang bahawa kerajaan memang kejam, zalim dan menindas rakyat. Dalam situasi sebenar, negara adalah aman dan tenteram. Namun demikian beberapa pihak tertentu tidak puashati dengan perlembagaan yang sedia ada dimana Hak Bumiputera dan agama Islam adalah teras kepimpinan negara. Jadi tidak ada cara lain selain dari memunipulasikan kes-kes tertentu bagi menghuruharakan negara dengan harapan akan menarik kuasa luar untuk campurtangan seperti yang terjadi di Tunisia, Mesir dam Libya. Malangnya setakat ini mereka gagal kerana keadaan di Malaysia tidak sama dengan apa yang dirasai oleh rakyat negara berkenaan.

Perjuangan PAS yang menentang UMNO pada mulanya atas tajuk UMNO tidak mahu melaksanakan hukum Islam kini telah bertukar kepada PAS mengikut telunjuk DAP bagi memusnahkan Islam serta keteguhan kuasa Melayu. Tugas DAP menjadi bertambah mudah bila Anwar Ibrahim dikeluarkan dari jawatan nombor dua dalam kerajaan UMNO/BN kerana salah laku sex. Anwar yang petah berpidato dan pakar manipulasi serta pembohongan terpaksa patuh kepada DAP bagi mendapat bantuan hayat perjuangan politiknya. Jika tidak disokong DAP dan PAS, tentu Anwar sudah lingkup sekarang. Maka jadilah dua pertubuhan politik yang diketuai oleh Melayu/Islam (PAS dan PKR) kuda tunggangan DAP untuk memerintah atau menjadi tuan kepada orang Melayu/Islam.

Melayu masih ada masa membetulkan keadaan. Namun jika PAS dan PKR berterusan seperti sekarang maka jangan mimpi Melayu/Islam menjadi dominan di Malaysia. Seperti kata pepatah:-
"KALAH JADI ABU..MENANG JADI ARANG".  
Yang betul-betul akan menang pada akhirnya adalah musuh-musuh Islam yang akan menindas Melayu/Islam dinegara yang didominasikan oleh orang Melayu/Islam..

Alangkah malangnya dan hinanya nasib orang Melayu Islam di Malaysia kerana dicaturkan oleh pemimpin pembangkang Melayu (PAS/PKR) yang singkat akal dan berkepentingan diri. Manakala pengikutnya yang buta hati, kerana dengan sedikit upah sanggup berlakun mati bagi berjuang untuk orang kafir, penzina, peliwat, pembohong dan penipu. Tidak terfikirkah apa akan jadi kepada anak cucunya dimasa akan datang. Apakah orang Melayu/Islam di Malaysia dapatkah menerima apa yang berlaku kepada orang Melayu/Islam di Singapura sekarang?.

Sunday, July 24, 2011

ADA YANG SANGGUP MATI KERANA ORANG MACAM NI?

Saya mengakui memang ada orang yang sanggup mati mempertahankan individu yang menjadi idola perjuangannya. Tetapi sangat menghairankan jika seseorang itu sanggup berjuang dan sanggup mati mempertahan seorang walaupun dia tahu bahawa orang yang diperjuangkannya adalah seorang yang begitu teruk sekali moralnya samada dari segi agama atau budaya atau adat resam kita. Allahyarhan Baharuddin telah meninggal dunia dalam usahanya untuk merealisasikan perhimpunan bersih yang didalangi oleh Anwar Ibrahim. Apakah mungkin Baharuddin akan terus menyokong Anwar Ibrahim jika dia benar-benar tahu bahawa idolanya adalah seperti yang ditayangkan dalam video clip papagomo dibawah ini!!!


Jikalau tohmahan terhadap Anwar hanya berupa khabar angin sahaja atau nampak semacam satu dua rekaan kejadian sahaja, maka bolehlah dikatakan bahawa tohmahan tersebut adalah satu fitnah. Namun kini telah nyata bahawa tohmahan tersebut diiringi dengan saksi manusia, saksi video, mangsa sodomi, pendapat pakar, cabaran sumpah laknat, cabaran poligraf, bukti jam tangan dan reaksi Anwar yang menggelabah dan tak rasional. Adakah ini belum lagi mencukupi bagi manusia biasa yang waras agar meminta Anwar memberi respon, jawapan serta alibi yang munasabah supaya tohmahan yang dibuat terhadap Anwar hanya merupakan fitnah semata-mata. Itu belum lagi masuk bab bukti DNA. Apakah urutan ini semua masih belum dapat membuka minda penyokong tegarnya bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan Anwar. Adakah dia benar-benar bersih hingga memainkan peranan dalam perhimpunan haram BERSIH?. Siapa yang perlu dibersihkan?. Adakah pihak kerajaan atau Anwar sendiri yang perlu dibersihkan?.

Saya boleh besetuju jika dikalangan kita ada presepsi masing-masing bila memilih dan menyokong individu sebagai pemimpin mereka. Tetapi saya tidak dapat menerima akan rasionalnya apabila ada sebahagian kita dengan membabibuta  memilih individu yang begitu rendah moralnya menjadi pemimpin. Jika nak dikatakan mereka tidak tahu adalah amat mustahil sekali. Sekurang-kurangnya mereka ada mendengar khabarnya dari kawan-kawan atau pihak ketiga. Jika sudah mendengar khabar demikian, tidak adakah sedetik dihati untuk mengetahui dan menyisat kebenarannya?. 

Nah! hujah dan bukti untuk mendapat kebenaran tertera di video clip yang diuploadkan oleh papagomo dalam youtube seperti diatas.

Terima kasih kerana uploadkan suntingan video clip seperti diatas.
 

Saturday, July 23, 2011

YANG TERSIRAT DISEBALIK PERHIMPUNAN BERSIH PADA 9 JULAI 2011

Berikut adalah sebuah rencana tulisan Roslan Latif yang merupakan bekas rakan seperjuangan Anwar Ibrahim semasa rusuhan pelajar pada era tahun 1973-1974.
Adakah mereka ini tahu matlamat sebenar perjuangan mereka melalui perhimpunan BERSIH?. Atau mereka hanya sekadar diupah, dibohongi atau ditipu oleh pihak yang berkepentingan........


Pada minggu lepas penulis amat tertarik dengan dua artikel tulisan anak muda, satu di The Edge mempersoalkan tentang apa salahnya rakyat hendak berhimpun dan kenapa perlu takut pada komunis. Satu lagi artikel tentang hak rakyat untuk berhimpun, dibenarkan undang-undang negara dan beliau yang kebetulan lahir di negeri yang tidak beraja mempersoalkan tentang peranan Yang di-Pertuan Agong yang dianggap mencampuri urusan politik.
Kedua-dua pemuda ini tak dapat dinafikan memang cerdik, cuma kurang pandai membaca yang tersirat.
Kali pertama penulis ikut berdemonstrasi pada tahun 1973 di hadapan Bangunan AIA , di Kedutaan Amerika Jalan Ampang sempena lawatan Thanom Kittikarchorn. Pertama kali juga penulis dengar pidato Anwar dengan perkataan "imperialis," "Yahudi" disorak oleh pelajar-pelajar berambut panjang termasuk Hishamudin Rais, Kamaruzaman Yaakub, tak ketinggalan Mat Sabu, wakil Persatuan Siswa Utara.
Beberapa bulan selepas itu, kami dikerah lagi untuk demonstrasi kelaparan di Baling. Selang beberapa bulan selepas Demonstrasi Baling, sekali lagi kami dipaksa berarak ke Parlimen menuntut taraf Institut Teknologi Mara (ITM) ke taraf universiti yang disertai majoriti penuntut ITM.
Yang jelas, selepas 38 tahun orang yang sama kembali ke jalan raya, tunjuk perasaan - Anwar Ibrahim, Hishamudin Rais, Mat Sabu, Syed Husin Ali, Malik Husin dan beberapa muka lama yang nampak masih belum berubah dengan hobi lama mereka. Sebahagian besar mereka ini pun tidaklah 'bersih' sangat.
Kalaulah orang Pas ingat apa yang telah dikhianati oleh orang berkenaan pada pilihan raya 1982 setelah beria-ia berpakat dengan Pas dan CCC kemudian lari meninggalkan pakatan tersebut setelah nampak yang mereka akan kalah teruk, tak mungkin mereka boleh bersekongkol dengan beliau.
Namun bila matlamat sudah menghalalkan cara dan agama dijadikan barang dagangan, halal dan haram sudah tidak menjadi persoalan. Tambahan pula Pas sekarang dikuasai oleh golongan yang dikatakan profesional.
Anehnya beberapa pemimpin - ulama bukan, profesional pun bukan yang terpilih menerajui parti yang bercita besar menjadi alternatif, lupa bahawa mereka hanya bertanding 65 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.
Sememangnya berhimpun dan berarak untuk kebaikan tidak ada salah. Malah semasa 16 tahun dalam kerajaan pun Anwar sering berarak semasa Maulidur Rasul, bersalawat, pasti pahala yang melimpah ruah hinggakan dalam masa singkat mampu naik hingga menjadi Timbalan Presiden UMNO.
Semasa berkuasa, Anwar begitu rapat dengan ramai lagi tauke besar. Penulis masih ingat semasa orang tersebut berkunjung ke Gerik merasmikan Persidangan Pemuda Bahagian tahun 1985, dia datang dengan helikopter Genting Highland, bukti betapa rapatnya hubungan pemimpin Islam itu dengan tauke-tauke besar.
Mungkin juga Anwar terlalu sibuk dengan politik hendak menjatuhkan Tun Ghafar Baba dan Dr. Mahathir Mohamad di samping menjaga kuncu-kuncunya yang terlibat dengan pelbagai bisnes, mungkin wakil-wakil rakyat pembangkang terlupa tentang bos mereka pernah terlibat meluluskan IPP. Sekarang melalak di Parlimen, menyalahkan orang lain.
Begitu juga dengan projek-projek penswastaan yang lain termasuk hingga terlupa tentang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sewajibnya sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, Anwar atas sikap keperihatinannya sebagai pejuang kebebasan, dengan kuasa yang ada mampu memperbaiki sistem pilihan raya ke taraf yang paling baik seperti yang beliau perjuangkan sekarang, tapi dia lebih banyak berpolitik daripada bekerja.
Berdasarkan rekod, tak nampak cacat cela sistem pilihan raya yang ada. Sistem inilah yang memenangkan Dato' Onn Jaafar bertanding sebagai calon Parti Negara di Kuala Terengganu Selatan pada tahun 1959, memenangkan Khadijah Sidek sebagai calon Pas di Dungun di mana kemudiannya Pas haramkan calon wanita bertanding.
Sistem yang sama yang telah mengekalkan keluarga Anwar di Permatang Pauh bermula dari ayahnya, Ibrahim Abdul Rahman yang memenangi kerusi Seberang Tengah pada tahun 1959 dan 1964 kemudiannya dimenangi oleh Mustafa Husin atas Parti Gerakan pada tahun 1969, Ariffin Daud (BN ) tahun 1974 dan Haji Zabidi Ali (Pas) tahun 1978.
Bermula dari 1982 selepas Anwar melompat masuk UMNO, Permatang Pauh sekali lagi dikuasai oleh keluarga Anwar dan isterinya Wan Azizah. Sistem yang sama juga telah memenangkan V. David sebagai calon Bebas di Bangsar, Yeo Tat Beng di Bruas pada tahun 1959, begitu juga Quek Kai Dong di Seremban Barat dan Chin See Yin di Seremban Timur juga sebagai calon Bebas.
Sistem SPR yang sama jugalah Nik Aziz dan Lim Kit Siang sudah 42 tahun menjadi wakil rakyat walau pun tak ada apa sangat yang dibuat selain mengkritik dan mencari kesalahan orang.
Sistem yang sama juga membolehkan keluarga Karpal Singh dan keluarga Kit Siang mampu menang dan menjadi wakil rakyat. Malah Dr. Mahathir pernah kalah kepada Yusuf Rawa di Kota Setar Selatan pada tahun 1969 juga atas sistem sama yang kini dipertikaikan.
Pilihan raya bergantung kepada faktor 'persepsi dan populariti.' Pada pilihan raya 1990, Angkatan Perpaduan Ummah menang hampir 90 peratus di Kelantan kerana rakyat ketika itu yakin dengan kombinasi Pas dan S46, samalah pada tahun 1999 Pas hampir menang semua di Terengganu kerana rakyat negeri itu mahu merasa duduk di bawah kerajaan Islam.
Tetapi persepsi rakyat bahawa Pas terlalu rakus, merampas tanah, menutup tadika akhirnya tahun 2004 Pas pula yang bungkus. Jelas rakyat lebih cerdik dan rakyatlah yang membuat keputusan siapa yang mereka suka.
Sebenarnya tidak ada apa yang kurang dengan sistem yang ada jika dibanding dengan sistem pilihan raya di Amerika Syarikat apabila kemenangan George W Bush di Florida semasa menentang Al Gore terus dipertikaikan.
Apa yang tersirat sebenarnya bukanlah soal pilihan raya yang tidak adil atau tidak, sebaliknya kumpulan ini cuba bersiap sedia untuk menjadikan SPR sebagai kambing hitam sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU 13 akan datang dan ini adalah ekoran kekalahan dalam beberapa pilihan raya kecil yang lalu termasuk pilihan raya Negeri Sarawak.
Persepsi pengundi juga nampaknya memihak kepada BN ekoran pendekatan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sering mendekati rakyat serta kejayaan program NKRA dari segi membendung jenayah, membenteras rasuah, mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah dengan program Kedai 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, mempertingkatkan pencapaian pendidikan, mempertingkatkan infrastruktur luar bandar serta memperbaiki pengangkutan awam bandar.
Program-program seperti Rumah Pertamaku, penubuhan Parlimen Belia serta Himpunan Sejuta Belia membuktikan golongan muda menerima program transformasi kerajaan dan inilah yang sebenarnya menjadikan pembangkang menggelabah.
Jadi sebelum kalah di padang atas kelemahan mereka sendiri, pengadillah yang menjadi sasaran walaupun mereka sedar pasukan mereka sememangnya lemah dan tidak punya semangat berpasukan.
Apa yang lebih menakutkan, kalau dilihat dari apa yang berlaku di Algeria, Mesir, Yemen, Syria dan beberapa negara Arab yang lain punya kaitan rapat dengan apa yang ingin dilakukan di Malaysia.
Dalam satu Forum "US and Muslim World" di Doha pada Mac 2009, Anwar duduk semeja dengan Madeline Albright. Dalam ucapannya, Anwar bukan saja memuji melambung-lambung Presiden Barack Obama tetapi menggesa rakyat di Asia Barat bangkit menentang kezaliman dan menggesa Obama supaya menumpu usaha mempercepatkan proses demokrasi di Asia Barat dan di Asia Tenggara khususnya di Malaysia dan secara sukarela menawarkan diri untuk melaksanakan proses tersebut.
Mungkin juga ini hanyalah secara kebetulan tapi kalau dilihat dari rangkaian mereka ini, kita patut berfikir dua kali kaitan puak-puak ini.
Yang ditakuti bukanlah Pengerusi Bersih 2.0 S.Ambiga, tetapi siapa di belakang Ambiga dan Bersih?