Total Pageviews

Tuesday, August 16, 2011

TAKUTNYA PEMIMPIN MELAYU/ISLAM KEPADA KAFIR SEHINGGA ISLAM NAMPAK HINA

  TUNJUK PERASAAN ANTI MURTAD DI HADAPAN MASJID SHAH ALAM

Malunya aku sebagai orang Islam bila melihat pemimpin-pemimpin Islam yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi terpaksa menagih sokongan dari kafir untuk mendapatkan kuasa politik. Jikalau setakat merayu sokongan sahaja aku boleh terima kerana negara ini negara demokrasi iaitu parti yang menang majoriti barulah boleh memerintah. Satu soalan bodoh. Adakah kafir akan menolong atau bekerjasama dengan Islam secara sukarela jika Islam menyekat mereka dari berdakwah kepada umat Islam?.


Sila baca tentatif lapuran gerakan pemeriksaan ke atas sebuah gereja (DUMC) yang dikatakan sedang memurtadkan orang Islam dalam satu majlis Thanksgiving di dalam dewannya.  Sila ke Link berikut
 http://rmf7.wordpress.com/2011/08/16/mesti-bacapas-pkr-sokong-murtad-rupanya-dumc/

Aku memohon maaf kepada rmf7 kerana meminjam linknya disini. Aku sangat geram dengan pebuatan pemimpin Melayu/Islam yang memalukan umat Islam ini. Jadi aku sebagai umat Islam rasa bertanggungjawab menyebarkan ini sebagai sumbangan aku kepada syiar Islam. Terima kasih kepada rmf7 kerana usahanya yang mulia ini.

Yang aku tak tahantu, pemimpin Islam sanggup menggadaikan maruah agama Islam. Sanggup menafikan perkara yang benar. Sanggup menolak lapuran dari penguatkuasa Jabatan Agama Islam negeri sendiri yang mereka upah untuk laksanakan penguatkuasaan semata-mata untuk mengambil hati orang kafir. Begitu takutnya mereka kepada kafir sehingga melutut meminta maaf walaupun kafir tersebut telah menghina Islam.

Nak jumpa JAIS apa lagi jika itu adalah lapuran dari JAIS sendiri. Adakah maksud nak jumpa itu bermaksud meminta atau memaksa JAIS ubah lapuran tentang tentatif operasi yang telah dilaksanakan?. Jikalau itulah niat mereka, maka mereka telah terlambat dan terpaksa berhadapan dengan Tuanku Sultan yang telahpun mendapat lapuran dari JAIS tersebut.

Tuanku Sultan adalah ketua tertinggi dalam hal ehwal Agama Islam negeri. Umum diketahui bahawa Menteri Besar adalah penasihat kepada DYMM Sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Tetapi jika nasihat yang diberikan akan memusnahkan “Bangsa dan Agama”, maka Tuanku Sultan bukannya puppet MB Besar. Tiada sesiapapun yang terlepas dari undang-undang lebih-lebih lagi jika ianya menderhaka kepada DYMM Yang Dipertuan Agong, Sultan dan Raja-Raja. Tuanku Sultan boleh meminta MB ditukarkan kepada individu lain yang dipilih dari kalangan parti yang menang dalam PRU selagi ianya selari dengan undang-undang tubuh negeri iaitu mestilah Melayu/Islam.

Friday, August 12, 2011

PERHIMPUNAN MEMPERTAHANKAN JAIS DI MASJID SHAH ALAM


VIDEO UCAPAN YB ZULKIFLI NORDN DAN SNATOR EZAM MOHD NOR
PADA 11 OGOS 2011 DI MASJID SHAH ALAM SELEPAS SEMBAHYANG JUMAAT

Trascript dibawah ini pula aku copy dari Blog Taiping Mali. Walaupun Blog aku blog kecil tapi aku rasa aku patut kuatkan diri menyumbangkang tenaga melawan perbuatan durjana gerakan memurtadkan orang Islam dengan menyebarkan posting "Taiping Mali" sebagai sumbangan daya usaha aku mempertahankan Islam. Sila baca dan renungkan. Dan kepada mubaligh Kristian dan penganutnya di Malaysia "Kamu sebenarnya telah mengasak kesabaran umat Islam hingga ke satu sudut dimana sudah tiba masanya umat Islam akan membaham kamu kembali". Dan kepada pemimpin politik Melayu/Islam yang menyokong perbuatan kafir ini, kamu adalah musuh Islam. Kamu patut diperangi.

Transkrip sedutan ucapan tiga tokoh ketika perhimpunan mempertahankan JAIS di perkarangan masjid Negeri Shah Alam  selepas sembayang Jumaat tadi. Exco Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam:

Hari ini kita lihat sudah muncul puak-puak pelampau yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan tidak boleh menyebarkan agama lain kepada umat Islam.Selama hari ini kita berdiam diri, kita biar, tengok dan lihat, tetapi masa untuk berdiam diri dan membiarkan musah menyebarkan agama lain kepada umat Islam sudah tamat.
Kita perlu tentang sekeras-kerasnya tidak kira siapa juga yang menyebarkan agama lain kepada umat Islam.
Punca yang menyebabkan sudah ada pelampau-pelampau yang berani menyebarkan agama lain kepada umat Islam kerana ada pengkhianat.
Ada di antara bangsa Melayu sendiri yang cuba untuk meraih undi dengan mendapatkan sokongan daripada mereka ini. Sebelum ini kita tidak pernah lihat ada mana-mana pihak yang berani untuk mempertahankan Lina Joy.
Selama hari ini kita tidak pernah lihat ada peguam yang berani beri khiamat guaman percuma kepada umat Islam yang hendak murtad.
Tapi kerana ada satu dua kerat umat Islam yang jadi kuda tunggangan orang bukan Islam.
Ada Yayasan Kristian dari Jerman yang dibawa masuk dan menjadi penaja utama kepada IFC (Suruhanjaya antara Agama) yang mengemukakan 14 tuntutan yang jelas bercanggah dan tidak menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan.
Sebab itu kita berkumpul, untuk menyatakan pendirian kita bahawa mulai hari ini, kita tidak akan membiarkan agama kita terus dinodai.
Kita menuntut kerajaan (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim supaya jangan cuba untuk mempertikaikan tindakan JAIS kerana tindakan JAIS ke DUMC adalah tepat dan mereka tidak serbu, mereka menunggu lebih 20 minit, mereka masuk dan menyiasat dan mendapati ada 12 orang umat Islam di situ.
Senator Ezam Mohd Nor:
Kita berhimpun sebagai hamba Allah, kita berhimpun sebagai hamba Allah yang mencintai Allah lebih dari segala-galanya.
Kita berhimpun untuk mengatakan komitmen kita, sikap kita, yang jelas bahawa Allah mengatasi segalanya. Kita berhimpun untuk mempertahankan agama Allah.
Kita bukan jenis manusia yang sanggup menggadaikan agama Allah untuk kepentingan pangkat dan kedudukan juga untuk kepentingan undi.
Kita bukan jenis manusia yang mengucap dua kalimah syahadah, tetapi ada illah-illah (sembahan) yang lain, illah mereka jawatan menteri besar, illah mereka adalah undi, kita ingin mempertegaskan bahawa illah kita adalah Allah dan kita rela mati untuk mempertahankannya.
Kita ingin nyatakan kita tiada masalah dengan mana-mana menteri besar dari mana-mana negeri atau parti, tapi kita ada masalah dengan mana-mana menteri besar yang menggadai agama Islam demi undi, kita juga tiada masalah dengan mana-mana pemimpin parti politik dari mana-mana parti, tapi kita ada masalah dengan mereka yang menggadai Islam.
Kita tidak ada masalah dengan ahli parlimen manapun, tetapi kita ada masalah dengan ahli parlimen, khususnya ahli parlimen Shah Alam ini, sekiranya dia menggadaikan agama Islam hanya untuk kuasa dan kedudukan.
Kita juga tidak ada masalah dengan orang bukan Islam, selagi mana mereka menghormati agama kita. Selama puluhan tahun sejak merdeka, apakah kita sebagai umat Islam pernah menzalimi mereka yang bukan Islam hanya kerana mereka bukan Islam?
Bahkan ada peristiwa, beberapa kerat dari kita, kerana emosinya mereka, membakar gereja, kita ambil tindakan untuk mempertahankan dan menjaga kemurniaan beragama di negara ini.
Dari sepuluh orang paling kaya di Malaysia ini, sembilan adalah bukan Islam, hanya satu sahaja orang Islam, apakah itu makna kita zalim pada orang bukan Islam?
Apakah itu bermakna kita biadap kepada mereka? Apakah kita pernah protes, berdemontrasi hanya kerana mereka kaya?
Tidak, kita biarkan tetapi jangan sampai pijak kepala kita.
Jangan sampai biadap terhadap agama kita, jangan sampai hina maruah negara.
Kepada orang-orang bukan Islam, kita tidak ada masalah dengan kamu, malah kita menjaga kepentingan mereka, melindungi dan mempertahankan mereka hingga orang kita sendiri ditangkap dan dipenjara.
Tapi kita nak jelaskan, kita ada masalah besar dengan orang bukan Islam yang kurang ajar... dengan orang bukan Islam yang biadab, dengan orang bukan Islam yang tarik orang Islam untuk keluar dan murtad.
Kita ada masalah dengan mereka, apatah lagi jika mereka pemimpin besar, exco kerajaan negeri, Ronnie Liu, Teresa Kok, Xavier, Elizebert Wong, dengar baik-baik.
Kamu patut hentikannya, sebelum kami bertekad untuk berperang.
Kita diajar oleh Rasullah SAW untuk mempertahankan orang bukan Islam selagi mana mereka sanggup untuk menghormati kita, tapi dalam masa yang sama, Rasullah mengajar kita kepada mereka yang kurang ajar, yang biadap, tidak ada cara lain melainkan perang terhadap mereka.
Sebab itu kita ingin nyatakan di sini, kita akan melancarkan perang habis-habisan demi untuk mempertahankan akidah umat sekiranya mereka tidak berhenti.
Amaran ini bukan hanya kepada pemimpin, tetapi agen-agen mereka malaysiakini, Malaysian insider, yang bersikap biadap kepada Jabatan Agama Islam, fitnah Jabatan Agama Islam, kononnya kita ceroboh, kononnya kita tidak beradap.
Malaysiakini dan Malaysian insider, kita beri amaran terakhir, jika kamu tidak hentikan semua 'sampah' ini, kami akan pergi dan 'bakar' kamu.
Jelas, mereka adalah pengkhianat kepada umat Islam.
Sempena Ramadan ini, kita pertahankan akidah umat, kita pertahankan maruah kita, kita beri mesej pada perhimpunan ini, kita sedia berperang dengan mereka jika mereka terus biadap dengan kita.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu YB Zulkifli Nordin
Kita berkumpul hari ini bukan untuk kepentingan diri kita, bukan untuk kepentingan mana-mana pihak tetapi demi agama kita, akidah kita.
Saya terkejut bila hari ini membaca mengenai rintihan seorang ketua pemuda ustaz Nasaruddin (Hassan) Tantawi merintih. Merintih bukan kerana beliau terpaksa berdepan dengan musuh-musuh Islam dikalangan al kafirun.
Merintih kerana dia terpaksa berdepan dengan pimpinan dia sendiri, ahli dia sendiri yang menentang dia untuk mempertahankan akidah umat Islam.
Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini, kalau mereka mengaku hendak memperjuangkan Islam pun, akhirnya menjadi pengkhianat kepada agama sendiri.
Inilah harga yang terpaksa kita bayar untuk mempertahankan akidah kita.
Ada yang mengatakan bahawa tidak ada bukti pihak gereja Kristian cuba memurtadkan orang Melayu.
Saya terlibat dengan kes murtad berbelas tahun dah, tuan-tuan masih ingat kes murtad Aisyah Bukhari, penglibatan gereja, penglibatan mubaligh Kristian dalam memurtadkan orang Melayu di negara ini sudah berlangsung begitu lama.
Pertama pada tahun 1987, paderi yang pertama dilantik, di gereja Petaling Jaya, namanya Jamaluddin Osman, dikristiankan, bermula dengan apa yang berlaku di gereja Damansara Utama, memberi bantuan kepada beliau, menolong beliau, mendidik beliau akhirnya Jamaluddin osman menjadi paderi Melayu pertama ditabalkan di gereja Petaling Jaya dengan nama Father Joshua Jamaluddin.
Sampai hari ini, masih ada, dan kita tidak boleh bertindak terhadapnya, dan kita lihat bagaimana polis mengambil tindakan menahan beliau di bawah ISA, tapi kita lihat bagaimana pihak gereja dengan beberapa NGO termasuk Majlis Peguam yang hari ini di dokong oleh segelintir pimpinan PAS membantah dan mencabar kes berkenaan di mahkamah.
Hari ini Father Joshua Jamaluddin, hidung macam kita, warna kulit macam kita, pakai songkok, pakai baju Melayu, tapi dok mengkristiankan anak-anak Melayu.
Tahun 1997, Nor Aisyah Bukhari sendiri dikristiankan di gereja di Rasah Negeri Sembilan. Saya terlibat secara langsung dengan kes itu.
Keluarganya mendapat maklumat dia di gereja itu, pergi hendak menyelamatkannya, sekali lagi kafir bersatu dan menghalang keluarga dari mengambil Nor Aisyah Bukhari.
Bulan Ramadan 1997, hari pertama, sedang ayah Nor Aisyah, Haji Bukhari mengimamkan solat terawih, kumpulan Kristian melancarkan operasi menculik Nor Aisyah dari rumah dia.
Bawa lagi ke Singapura, menyeberang tanpa passport, terus terbang ke Australia, sampai hari ini tetap kafir dan berada di sana.
Tahun 1998, secara terbuka dengan penuh biadap kerana tidak ada tindakan dari kita, makin lama makim melampau, makin kurang ajar, gereja Church of our Lady Fatimah, Brickfield secara terang-terang memurtadkan seorang gadis Melayu Azlina Jalani, yang akhirnya meletus menjadi kes Lina Joy.
Gereja itu masih ada di situ, orang-orang yang terlibat mengkristiankan Lina Joy masih ada di situ. Lina Joy masih ada dengan kita di Subang Jaya.
Melihat kedayusan dan kebaculan orang Melayu, mereka makin melampau, apa yang berlaku di DUMC, adalah hanya tip of the iceberg, kita dah ada bukti jelas bahawa memang ada cubaan mendakyah orang Melayu.
Aktiviti ini sudah berlangsung lama, hanya kerana ada salah seorang dari mereka, di buka pintu hati oleh Allah memberikan maklumat terhadap kegiatan-kegiatan yang berlaku.
Kita sudah ada bukti-buktinya, dan insyallah pihak JAIS akan mengeluarkan laporan lengkap tentang dakyah yang dibuat.
Baru-baru ini, beberapa orang umat Islam yang sensitif telah pergi ke kawasan seperti tumpuan awam, jumpa risalah Kristian, berbundle-bundle, ditinggalkan di tempat strategic, untuk mudah orang ambil.
Saya pernah tanya budak-budak kecil apa komik ini, mereka jawab, komik kartun, dalam tu ada 76 perkataan Allah yang disalahgunakan.
Di gunakan bahasa dan gambar yang anak-anak kita akan tertarik, mereka makin biadap, makin kurang ajar.
Kita tidak ada masalah dengan orang Kristian tapi kita ada masalah dengan mereka yang cuba menentang kita.
Perlembagaan Persekutuan jelas menetapkan agama negara ini adalah agama Islam. Malahan diletakkan Islam sampai ke peringkat tidak boleh disentuh.
Sebab itu isu ini bukan isu politik, ia tidak ada kena mengena dengan UMNO atau PAS, ia ada kena mengena dengan orang Islam.
Ini isu kita, yakinlah jika kita tidak berbuat apa-apa hari ini, lima tahun ke depan, 10 tahun ke depan, kita semua akan bayar harga yang mahal terhadap semua ini.
Sebab itu saudara-saudara, di bulan Ramadan ini, di mana umat Islan dulu sanggup berperang Badar untuk mempertahankan akidah, marilah kita bersama-sama ketepikan sentimen politik.
Kita satu Tuhan, satu nabi, satu kitab, satu kiblat kenapa kita tidak boleh jadi sat

Tuesday, August 9, 2011

KAFIRLAH JAWABNYA JIKA MENYOKONG ORANG KAFIR MEMURTADKAN ORANG ISLAM

 
ADAKAH MB SELANGOR (PKR) - KHALID IBRAHIM DAN  
AHLI PARLIMEN SHAH ALAM (PAS) - KHALID SAMAD
MENYOKONG ORANG MELAYU ISLAM MURTAD 
DAN MENGANUT AGAMA SEPERTI INI?

Atau sehingga orang Melayu/Islam 
dah jadi macamni baru nak sedar
Benjamin Celaka

Geram rasa di hati bila membaca berita pembangkang yang menafikan perkara sebenar insiden JAIS dan polis yang membuat serbuan ke sebuah gereja di Damansara yang lalu atas araha Datuk Dr Hassan Ali.

Bertambah geram bila Melayu sendiri turut mencemuh dan mempersoalkan rasionalnya serbuan oleh JAIS tersebut. MB Selangor Khalid Ibrahim (PKR) dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (PAS) dua orang pemimpin Melayu beragama Islam turut mencemuh institusi penguatkuasa agama negeri mereka sendiri - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kerana politik kepentingan agama sanggup digadaikan.

Apakah MB Selangor Khalid Ibrahim (PKR) dan Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) bersetuju pihak gereja Kristian memurtadkan orang Islam?. Nampak gaya dari serangan mereka kepada JAIS dan Datuk Dr Hasan Ali sudah terang dan nyata bahawa kedua pemimpin PKR dan PAS diatas sudah jatuh kafir kerana bersubahat atau bersetuju Kristian memurtadkan orang Islam.

Sebagai orang Islam yang bertanggungjawab, aku sebarkan  Klik di sini untuk ke link  penjelasan lengkap peristiwa serbuan JAIS ke gereja yang didakwa memurtadkan oramg Melayu/Islam yang di siarkan dalam blog GAP.

Jika jiwa kita sebagai penganut Islam sejati, kita tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan JAIS dan peranan Dr Hasan Ali. Bukan ada tindakan kekerasan atau diluar batasan yang telah dilakukan oleh JAIS. Hanya pemeriksaan mengejut setelah mendapat maklumat yang mencukupi.

Tidak ada secebis pun papan pintu gereja tersopak malah JAIS mematuhi permintaan salah seorang kakitangan gereja agar tidak masuk terus waktu itu kerana mengganggu majlis. Itukah yang dikatakan serbuan dengan kekerasan. Perlu dingatkan bahawa tidak ada tempat yang tidak boleh dimasuki oleh penguatkuasa yang diwartakan seperti polis bagi menyiasat, menahan atau mencegah jenayah atau apa-apa juga yang melanggar undang-undang.

Ada peruntukan undang-undang bahawa mana-mana pegawai polis boleh memasuki premis atau bangunan tanpa waran jika dia mengesyaki bahawa seseorang yang melakukan kesalahan yang boleh ditangkap tanpa waran sedang berada atau berlindung atau cuba lari di bangunan tersebut. Dengan suci hati  pegawai polis itu berpendapat bahawa dengan tindakannya untuk mendapatkan waran terlebih dahulu untuk memasuki bangunan atau premis akan memberikan peluang orang yang disyaki akan melepaskan diri, maka mana-mana pegawai polis boleh memecah masuk premis atau bangunan tersebut tanpa waran dalam usahanya untuk menjalankan tangkapan.

Itulah sebabnya JAIS pergi menyiasat bersama sepasukan  Polis. Namun demikian tidak adapun kekerasan yang telah berlaku. Kemasukan JAIS dan Polis ke dalam premis pun setelah dibenarkan oleh pihak gereja setelah cuba menyembunyikan bukti dan saksi. Sepatutnya JAIS dan Polis mendapatkan waran geledah terlebih dahulu dan mengepong seluruh kawasan gereja dan seterusnya menggeledah seluruh gereja termasuk pejabat bagi mencari bukti kegiatan mereka selama ini. Tetapi jika JAIS mengikut prosidur ini sudah tentu segala bukti dan saksi akan hilang kerana ianya memakan masa.

Tetapi itulah yang sebenarnya langkah tindakan yang diambil oleh JAIS. Tidak mahu menjadikannya sebagai satu perkara yang nampak seolah-olah tidak boleh diselesaikan. JAIS sedia maklum bahawa tempat ibadat seperti masjid, gereja, rumah berhala, tokong dsbnya adalah premis yang sensitif.  Tetapi pihak gereja bertindak 'menegak benang basah'. Tambah menjadi gempar apabila dua pemimpin Melayu Islam yang menjadi tunggangan DAP melalak membela pihak gereja/Kristian.

Kepada Datuk Dr Hassan Ali, walaupun aku tidak menyokong Parti PAS, tetapi sebagai seorang Islam aku menyanjungmu sebagai wira Islam kerana bertindak berani menegakkan syiar Islam walaupun akan menggadaikan jawatan lumayan dalam politik.

Kali ini aku berdo'a agar Datuk Dr Hassan Ali tidak 'U turn' atau mengundur atau beralah. Membujur lalu melintang patah. Tidak ada kompromi dalam mempertahankan Islam. Hatta dengan nyawa sekalipun.




Monday, August 8, 2011

BANTUAN KRISTIAN HANYA SEKADAR ALASAN MEGKRISTIANKAN MELAYU/ISLAM

Adakah yang demikian itu hanya setakat memberikan bantuan. Bukankah itu perbuatan memurtadkan orang Islam

Berhubung dengan isu serbuan JAIS ke atas sebuah gereja yang dipercayai memurtadkan orang Islam, timbul berbagai pandangan pro dan kontra. Bagi pihak pembangkang, ini adalah peluang baik untuk membakar semangat perkauman keagamaan. Manakala yang berkepentingan pula, inilah masanya untuk menjatuhkan lawan masing-masing.

Pada realitinya ada pihak tertentu mengambil peluang menangguk di air keroh. UMNO dan PAS bertelagah dalam bidang politik di mana isu agama ikut terseret sama. Pembangkang terutama Cina rasis mengambil kesempatan melagakan dua pihak ini agar pertelagahan terus berpanjangan. Lebih memudahkan mereka, adalah kehadiran ketua pembangkang yang mempunyai masalah moral. Dengan keadaannya yang begitu tertekan, dia menggunakan Cina rasis dan kumpulan anti Melayu/Islam & Bumiputera sebagai talian hayat perjuangan politik dan perbicaraan mahkamah.

Dalam masa kekalutan inilah gerakan kristian mengambil peluang bagi mengembangkan agama kristian di kalangan umat Islam di Negara ini. Dalam keadaan aman tenteram dan kerjasama yang baik antara Melayu/Islam / Cina /India dan lain-lain kaum, perbuatan mengkafirkan orang Islam yang bertentangan dengan perlembagaan akan mudah di kesan dan diselesaikan atas kemuafakatan antara kaum dan agama.

Namun demikian, dalam keadaan sekarang, tindakan pihak berkuasa agama Islam negeri terhadap gejala mengkristiankan orang Islam tidak lagi dilihat betul mengikut undang-undang malah akan dicapkan sebagai menyekat hak kebebasan manusia.

Apakah logiknya memberi bantuan kepada orang Islam yang kononnya miskin, dzaif dan memerlukan pertolongan dengan membuat upacara di dalam gereja?. Lebih dari itu penerima bantuan tersebut diberikan pula kitab injil dalam bahasa Melayu. Apakah maknanya itu?.

Terdapat dakwaan mengatakan bahawa orang Islam yang hadir diupacara tersebut adalah orang miskin yang sangat memerlukan bantuan tetapi telah keciciran dari menerima bantuan dibawah program bantuan kerajaan dan jabatan agama Islam.

Kerajaan telah mengeluarkan berjuta ringgit setiap tahun bagi memberikan bantuan kepada yang memerlukan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal, Skim Bantuan Felcra dan Pembangunan Luar Bandar (PPRT) dan berbagai bantuan lagi. Berpuluh ribu sudah menerimanya. Manakala kerajaan dan agensi-agensi yang berkenaan tidak pernah menutup pintu untuk memberi bantuan seterusnya.

Yang menjadi persoalan adakah yang hadir untuk menerima bantuan kristian tersebut adalah dari kalangan mereka yang memang benar-benar memerlukan bantuan?. Atau mereka telah tertarik dengan skim bantuan lumayan dari pihak gereja atau lain-lain pertubuhan agama.

Namapun bantuan. Jika penerimanya mahukan kemewahan (rumah besar, kereta besar, pendapatan bulanan yang tinggi) maka bantuan tidak lagi relevan dengan mereka.

Adakah penerima bantuan dari kerajaan atau dari agensi yang berkenaan harus menyamai pendapatan seorang kerani, guru atau pengurus?. Jika demikian apa akan jadi andai kata semua Melayu/Islam & Bumiputera rakyat Malaysia tidak mahu bekerja dan memohon bantuan yang mewah dari kerajaan. Jika tidak diberikan maka mereka semua akan masuk agama kristian. Mampukah Kristian memenuhi kehendak rakyat tersebut?.

Janganlah mudah menuduh pihak kerajaan tidak mengambil berat soal kebajikan rakyat hingga ada yang sanggup masuk kristian kerana tidak diberikan bantuan. Rakyat Malaysia ada lebih kurang 27 juta nyawa. Berapa peratuskah diantaranya yang termasuk dalam ketogori miskin tegar yang melayakkan mereka menerima bantuan penuh dari kerajaan?.

Dikecualikan kepada mereka yang tua, sakit atau hilang upaya, adakah yang termasuk dalam miskin tegar dan mendapat bantuan tadi akan kekal miskin tegar selama-lamanya. Inilah yang menjadi persoalannya. Saya tinggal di luar bandar di mana dikatakan tahap kemiskinan begitu tinggi. Tetapi ada bermacam-macam insentif yang diberikan oleh kerajaan melalui agensi-agensi yang berkenaan. Bantuan ternakan lembu kerbau, kambing, ayam itik, ikan, pertanian tanaman, produk makanan, bantuan modal samada dalam bentuk percuma atau pinjaman mudah dan lain-lain. Bukan setakat bantuan metarial bahkan latihan teknikal dan tunjuk ajar. Apakah bantuan kerajaan ini belum lagi mencukupi untuk membantu rakyat miskin tegar keluar dari garis kemiskinan?.

Memang diakui bahawa tidak ada benda yang sempurna di dunia ini. Termasuklah juga petugas-petugas agensi kerajaan yang berkenaan. Kerajaan menyedari situasi ini. Sebab itulah di wujudkan Biro Pengaduan Awam, Biro Bantuan Guaman, SPRM, Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat, wakil rakyat, ketua kampong,  malah badan-badan politik yang pro kerajaan pun ada mewujudkan pusat pengaduan awam masing-masing bagi memberi perkhidmatan kepada anggota masyarakat yang memerlukan.

Pernahkan permohonan anda ditolak sehingga anda sanggup menggadaikan agama untuk meminta bantuan?. Atau sememangnya anda sudah terpengaruh dengan dakwah kafir yang bertentangan dengan agama Islam. Sahaja memberi alasan kononnya mendekati gereja kerana memohon bantuan tapi pada realitinya anda sedang menagih kemewahan seperti yang dijanjikan oleh pendakwah kristian. Jika demikian maka JAIS berhak menyerbu gereja berkenaan kerana perbuatan pendakwah kristian memujuk atau mendakwah orang Melayu/Islam menjadi murtad adalah salah disisi undang-undang. Termaktub dalam perlembagaan bahawa agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada penganut Islam di MALAYSIA.

Sunday, August 7, 2011

DATUK DR HASSAN ALI BERJUANG DITEMPAT YANG SALAH

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali.

Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali. Pada satu ketika dulu, aku tidak akan melepaskan peluang mendengar ceramahnya beliau samada di TV, radio malah beliau pernah menjadi penceramah jemputan di jabatan tempat aku bertugas. Ceramah motivasinya sungguh mantap dan ilmiah. Masa itu aku sungguh kagum dengan dirinya serta beberapa penceramah motivasi yang lain seperti Dr Fadhilah Kamsah. Begitu juga dengan beberapa penceramah agama seperti Datuk Harun Din, Datuk Ismail Kamus, Allahyarham Datuk Ishak Baharum (Mufti Selangor), Nazamudin Taib (Bekas Imam Besar Masjid Negara), Dr Mohd Asri dan beberapa tokoh lagi.

Tetapi sebahagian dari mereka jugalah yang telah memudarkan dan memesongkan aku dari terus mengiktiraf kecemerlangan akedemik dan dan ketokohan mereka. Kenapa?. Kerana mereka telah memurahkan pengetahuan dan kecemerlangan dalam agama dan motivasi mereka dengan menyamakan tarafkan diri mereka dengan ahli politik. Apakah yang mereka boleh lakukan apabila mereka menceburkan diri dalam politik terutamanya menyokong politik pembangkang?.

Mereka perlu faham bahawa rakyat dan orang ramai terutamanya Melayu/Islam kagum dengan mereka kerana pengetahuan agama dan pengetahuan motivasi mereka. Bukan atas kapasiti siasah politik mereka. Semua rakyat beragama uang beragama Islam dari berbagai lapisan masyarakat serta pandangan politik menyanjung tokoh-tokoh berkenaan bukan atas status mereka sebagai ahli politik tetapi sebagai seorang individu yang memimpin dari segi keagamaan dan sahsiah diri.

Dengan tidak meletakkan ahli agama dalam barisan kabinet, kerajaan BN yang diketuai oleh UMNO (Organisasi politik Melayu/Islam)  yang memerintah negara ini sejak dari merdeka lebih 53 tahun yang lalu masih menegakkan Islam sebagai agama resmi di negara ini. Beribu-ribu masjid dan surau, institusi pendidikan agama dan pusat tahfiz telah dibina. Kerajaan UMNO/BN juga menubuhkan Universiti Islam, Perbankan Islam, pajak gadai Islam,  kewangan Islam, penerapan nilai-nilai Islam dan pelbagai lagi. Semua program kerajaan ini memerlukan pakar-pakar Islam dibidang masing-masing bagi mengisi dan menggerakkannya.

Tetapi sayangnya ini dipandang remeh oleh mereka. Apa sudah jadi dengan tokoh-tokoh berkenaan. Mereka, bila sudah popular, terus termakan pujukan pembangkang PAS/PKR lalu mereka menjadi ahli politik penyokong pembangkang terutamanya PAS dan PKR. Kononnya mereka ada lebih ruang dan peluang bersama pembangkang terutamanya PAS untuk merealisasikan cita-cita bagi menjadikan negara ini sebagai negara Islam sepenuhnya.

Apakah mereka tidak tahu atau tidak faham bahawa perlembagaan Malaysia tidak membenarkan perlaksanaan hukum Islam sepenuhnya di negara ini. Ini bukan atas kehendak pemerintah kerajaan UMNO tetapi yang termaktub dalam perlembagaan. Amat mustahil sekali ketokohan seperti mereka tidak memahami situasi ini. Malah merekalah antara pemimpin masyarakat yang sering memberi ceramah atas topik ini kepada masyarakat agar memahami senario politik dan perlembagaan negara ini. Aku menjadi saksi kerana aku sering hadir di kuliah mereka satu waktu dulu dimana mereka adalah manusia rasional pada masa itu.

Sudah terantuk baru tengadah. Belumpun satu negara diberi mandat untuk memerintah: hanya sebuah negeri sahaja iaitu Selangor telah membuktikan bahawa PAS tidak berupaya merealisasikan apa yang perjuangkan. Kita ketepikan dulu negeri Kelantan kerana di negeri berkenaan majoritinya adalah Melayu/Islam. Itu pun mereka (PAS) masih lagi berpaut dan menagih undi dari kafir. Jika tidak sudah tentu beberapa jenis patung Budha terbesar di Asia tidak dibina di Kelantan.

Adakah mereka sudah buta untuk melihat dan mengerti betapa sukarnya menjadikan negara ini melaksanakan hukum Islam sepenuhnya?. Isunya bukan boleh ke tak boleh mengikut hukum Islam tetapi sekatan perlembagaan. Ianya diluar kontek kuasa kerajaan yang memerintah. Jika Melayu Islam boleh mendapat undi majoriti 2/3 di Parlimen maka pada masa itu bolehlah dibentang usul untuk menjadikan negara ini negara Islam sepenuhnya dengan pindaan perlembagaan yang sedia ada.

Dalam situasi sekarang, jangankan nak dapat majoriti 2/3 dan menjadikan negara ini negara Islam sepenuhnya malah PAS sendiri sudah dicucuk hidung oleh parti rasis Cina DAP dalam Pakatan Rakyat. Buktinya?..lihatlah apa yang terjadi kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali.

Serbuan oleh JAIS bersama polis ke sebuah gereja atas arahan Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali adalah kerana mendapat maklumat bahawa ada orang Melayu/Islam akan dimurtadkan disana. Namun operasi ini  telah mendatangkan kemarahan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor sendiri iaitu Khalid Samad dan lebih memalukan apabila MB yang merupakan seorang Melayu/Islam tunduk memohon maaf kepada Kristian. MB Melayu/Islam memohon maaf kepada kafir yang memurtadkan orang Islam?. Inikah yang dilaungkan oleh PAS bahawa mereka berjuang untuk menegakkan negara Islam dan mengkafirkan UMNO?.

Pada satu waktu dulu, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali pernah dimalukan dalam situasi yang hampir sama apabila beliau mengarahkah sebuan dibuat terhadap premis perniagaan yang menjual arak secara terbuka. Namun Pihak DAP yang diketuai oleh Ronnie Liu menuntut Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali memohon maaf dan mengarahkan supaya arak yang dirampas dipulangkan kembali kepada premis yang berkenaan.

Jadi sudah sampai masanya Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali serta tokoh Islam lain kembali ke fungsi asal mereka seperti dulu. Iaitu tidak menyebelahi atau menyokong mana-mana parti politik. Tetapi lebih kepada membentuk peribadi dan keimanan yang baik bagi umat Islam di Malaysia. Dimana ceramah Perdana mereka di siarkan di TV arus Perdana dan Ceramah ditapak-tapak ceramah sering mendapat sambutan luarbiasa yang dihadiri oleh semua lapisan masyarakat dan fahaman politik.                   

Saturday, August 6, 2011

ANTENA UNTUK CURI WIFI DAN HACK PASSWORD

Maklumat dari mykmu.net. Bahawa telah ada satu alat (antena) yang boleh digunakan untuk menarik atau mencuri sebarang perkhidmatan wifi dan untuk hack password klik disini untuk ke link bagi  maklumat penuh
WIFI ADAPTER PALING KUAT DAN STABIL TARIK SIGNAL 
  • **PROMOSI RAYA** 
  • RM179 (FREE POS)
************************************
  • = FIRST IN MALAYSIA !!!!! 
  • = CUBA GOOGLE KALAU X PERCAYA!!!! 
  • = BELUM ADA ORANG MENJUAL PRODUK TERHEBAT INI!!!!
  • = JADILAH ORANG PERTAMA YANG MENCUBANYA!!!!!
  • = TAIWAN MADE SINMAX 600WG
  • = (1200WM&AMP,36DBI)
  • = WIFI HIGH gain POWER 802,11 b/g USB WITH ANTENNA USB WIRELESS ADAPTER
IKLAN YANG DISIARKAN

Penyedia perkhidmatan wifi seperti tmnet patut melakukan sesuatu. Tidak adil jika wifi tmnet yang saya langgan 1 meg dengan bayaran RM110.00 sebulan dicuri gunapakai. Sudahlah slow hanya antara 380kbs ke 520kbs sahaja yang dapat diterima (kononnya disebabkan dikawasan luar bandar masih menggunakan kabel telefon biasa bukan fibre optic).

Jika digunakan ramai orang tanpa pengetahuan tuan punya maka bertambah slowlah penerimaan kita sebagai tuan punya wifi. Jika alat-alat tersebut betul-betul canggih seperti yang di iklankan, maka sudah tentu pelanggan yang membayara ibarat kata "tuan makan kuah, pencuri makan isi".

Ianya bertambah bahaya kerana data kita senang dicerobohi. Ini bermakna hak peribadi di internet kita mudah dicerobohi. Tidak adil langsung dan tidak menjamin keselamatan. Mungkinkah hacker yang menggunakan alat ini dapat menyelinap masuk dalam internet banking pelanggan?.

TELEKOM DAN TMNET PERLU JELASKAN PERKARA INI KEPADA PELANGGAN TMNET. PIHAK TELEKOM DAN TMNET PERLU MELAKUKAN SESUATU. BEGITU JUGA DENGAN SKMM ATAU MIMOS. PERLU DIAMBIL TINDAKAN DAN DISELESAIKAN DENGAN SEBERAPA SEGERA DALAM MASA TERDEKAT INI BAGI MEMBERI KEYAKINAN DAN KESELAMATAN TERUTAMANYA DATA PERIBADI DAN INTERNET BANKING KEPADA PELANGGAN.

Tuesday, August 2, 2011

NUKILAN WAN MOTOR: PMRAM TELAH DIHARAMKAN DI MESIR

Senario sebenar pergolakan penuntut Malaysia di Mesir hingga menyebabkan PMRAM diharamkan di Mesir. Mak Bapak hantar suruh belajar tetapi buat perangai yang tak sangkut paut dengan pelajaran. Dah jadi kalut macamni baru kelamkabut. Yang jadi dalangnya PAS dan Pembangkang. Sibuk dengan BERSIH dan sebagainya. Tak habis-habis buat kerja yang merugikan orang Melayu dan Islam. Semua perkara dipolitikkan. Sampaikan budak nak belajarpun dipolitikkan. Sekarang siapa yang rugi?.Ambiga yang mendalangi BERSIH tak rugi apa-apa. Anak Melayu/Islamlah yang rugi. Nak tahu lebih lanjut sila klik ke link berikut:- Nukilan Wan Motor: PMRAM telah diharamkan di MESIR