Total Pageviews

Sunday, September 4, 2011

PAS SASAR 60 KERUSI SAHAJA TAPI BERCITA-CITA MEMERINTAH NEGARA

Petikan dari :

http://www.freemalaysiakini.com/?p=6286

PAS sasar 60 kerusi parlimen pada PRU-13

PAS mensasarkan untuk menang di 60 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang, kata presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini

pas muktamar 130610 abdul hadi awangHarakahdaily memetik beliau berkata, sasaran parti itu adalah untuk merampas sekurang-kurangnya 25 daripada 75 kerusi yang dimiliki oleh Umno sekarang.

“Kita yakin, jika kita mendapat 60 kerusi, sokongan seluruh masyarakat negara akan berpaling kepada PAS dan Pakatan dari Umno dan BN sekarang,” katanya di hadapan kira-kira 500 anak perantauan Terengganu, sempena majlis perjumpaan Aidilfitri di Dewan Datuk Wan Mutalib, Komplek PAS Kuala Terengganu.

“Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini di samping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi parlimen,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, pemimpin PAS berjaya menjadi menteri besar di tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak namun Perak tumbang apabila tiga ADUN Pakatan berpaling tadah dan menyokong BN.

AZLANBagaimanapun di peringkat parlimen, kedudukan PAS sebagai parti terbesar pakatan pembangkang sebelum pilihan raya Mac 2008, berakhir dengan kedudukan tercorot. PKR memboloti kerusi terbanyak iaitu 31 berbanding DAP – 28 dan PAS hanya 23 kerusi.

Namun pengaruh PAS dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh apabila PKR hilang tujuh kerusi apabila ahli parlimen berpaling tadah serta gagal mempertahankan Hulu Selangor pada pilihan raya kecil manakala PAS berjaya merampas kerusi Kuala Terengganu daripada gengaman BN.

Justeru, pada pilihan raya umum akan datang PAS dan Umno akan berentap untuk mendapatkan sokongan dan undi dari penduduk Melayu dan Islam.

Bagi Abdul Hadi, PAS perlu berusaha lebih keras bagi mendapatkan sokongan pengundi Islam dan Melayu sebagai teras.

NONE“Kalau nak undi Islam kena fahami hati budi Melayu melalui pendekatan dakwah, budi perkerti dan pujukan… saya yakin mereka boleh berubah.

“Perlu ambil masa, sabar… pujuk mereka… perkenalkan Islam melalui contoh yang baik. Misalnya bila tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang boleh dibeli, orang bukan Islam beri sokongan kepada kita,” kata Abdul Hadi yang dipetik Harakahdaily.

PAS TIDAK SEDAR YANG MEREKA SEDANG
MENEBUK LUBANG DI KAPAL MEREKA SENDIRI
YANG AKAN IKUT TENGGELAM ADALAH 
BANGSA MELAYU/ISLAM DI MALAYSIA
******************************************************
ULASAN
Hj Hadi berucap seolah-olah DAP dan kafir tu bodoh sangat dalam siasah politik. Malah dia ingat orang kafir tu bodoh sangat hingga dengan cara tunjuk baik sahaja orang kafir akan masuk Islam atau berjinak dengan Islam.

Mereka (orang kafir) mempunyai cita-cita dan tektik tersendiri. Mereka bukan sebodoh dan sesenang itu  untuk diekploitasikan oleh kita. Majoriti bangsa mereka berpelajaran tinggi dan tidak buta sejarah. Bangsa mereka tidak mendapat berita hanya memalui ceramah politik tetapi mereka mendapat sumber berita dari akhbar, internet dan penganilisis politik. Bangsa mereka tidak boleh digula-gulakan dengan hanya janji syurga neraka sahaja. Bangsa mereka adalah bangsa yang mahu melihat kenyataan didepan mata. Bangsa mereka adalah bangsa kebendaan yang hanya akan menerimanya jika mereka mendapat apa yang dikehendaki pada masa yang nyata.

Bangsa mereka bertamadun lebih dulu dari Islam. Jika tidak, sudah pasti mereka tidak akan servive di malaysia dan di seluruh dunia. Inilah situasi sebenarnya yang sepatutnya orang PAS kena fikir habis-habis. Jangan ingat kita sudah cukup pandai menakluki pemikiran dan siasah mereka.

Dibimbangi bahawa kita sahaja berperasan sudah cukup cerdik dan pandai sedangkan pihak kafir memandang bahawa dengan menggula-gulakan PAS, nampaknya cita-cita mereka untuk menguasai Melayu hampir tercapai. Mereka gunakan kelemahan kita yang terlalu menerima dan sering berperasangka baik untuk kepentingan kerakusan tamak haloba mereka.

Kita lihat sahaja betapa lemahnya percaturan Melayu dalam PAS. Cita-cita nak menubuhkan negara Islam hingga mengkafirkan UMNO yang menjadi tulang belakang Melayu/Islam di negara ini. Tetapi PAS hanya mensasarkan hanya 60 kerusi iaitu hanya lebih sedikit dari 1/4 dari keseluruhan 222 kerusi parlimen. Tujuan PAS adalah merampas 25 kerusi yang memang sudah di pegang oleh UMNO (orang melayu). Jadi apa matlamat PAS sebenarnya?. Sasaran majoriti kerusi untuk memerintah jauh sekali (hanya 60 kerusi sahaja). 

Mudah cakap, nampaknya PAS mahu mensabotaj undi melayu terhadap UMNO dengan menyokong pembangkang bagi memusnahkan kuasa Melayu di bumi Melayu ini. Nampaknya PAS seolah-olah mahu "BERSAMA BERPUTIH MATA" asalkan dapat mejatuhkan UMNO. Biar PAS dan UMNO berkubur asalkan UMNO tidak memerintah. Biarkan kafir mengambil alih kuasa politik dinegara ini. Begitukah kehendak PAS?. Cerdikkah pemimpin parti Islam semacam ini?.

Dalam keadaan dimana kuasa politik Melayu yang berpecah sekarang, nampaknya PAS hanya menolong parti bukan Melayu untuk berkuasa walaupun mereka (bukan melayu) sebenarnya hanya merupakan 1/3 sahaja dari penduduk negara ini. Jika Melayu mahu terus selamat dan berkuasa di negara ini, orang Melayu "mesti dan perlu memenangkan UMNO" dan menolak PAS.

Sekali sahaja parti bukan Melayu dapat memerintah, maka sudah pasti mereka akan menggubal undang-undang yang akan menghapuskan atau menghadkan hak Melayu dan seterusnya akan membuat polisi dimana parti berasaskan Melayu/Islam tidak lagi akan mampu untuk menang di PRU seterusnya. Sepertimana yang mereka telah lakukannya di Singapura. PAS perlu ingat bahawa Islam kuat di negara ini keranan politik orang melayu masih kuat ditangan UMNO. Jika UMNO kalah, PAS akan turut kalah dan syiar Islam turut lemah seperti lemahnya politik Melayu.

Melayu dan Islam di malaysia seperti aur dengan tebing. Jika melayu tidak kuat maka syiar Islam juga ikut lemah dan begitulah sebaliknya. Kita tidak boleh mengharap kafir menerima kita sebegitu sahaja. Mereka juga ada agenda untuk meluaskan skop agama mereka. Lihat sahaja insiden sebuah gereja DUMC yang memurtadkan orang Islam. Itu yang hanya kita tahu dan sedar sahaja. 

Dengan perbuatan PAS seolah-olah mensabotaj undi Melayu untuk berkuasa ini, bolehkah ianya dianggap PAS telah berjaya mentarbiahkan kafir supaya memahami Islam. Atau yang sebenarnya Kafir yang telah berjaya mentarbiah atau memesongkan pemikiran PAS supaya mempercayai dan bekerjasama dengan kafir lebih dari mempercayai dan bekerjasama dengan parti sesaudara, sebangsa dan seagama iaitu UMNO.

Strategi menghapuskan kuasa melayu oleh orang kafir telah terbukti berjaya di Singapura. Kafir berjaya di Singapura adalah juga dengan pertolongan orang Melayu sendiri. Mungkinkah perkara ini akan berlaku di Malaysia?.


RAKYAT KELANTAN PERLU MENUKAR KERAJAAN UNTUK KEMAJUAN

 
Beginilah lengangnya jalan di KL mewakili negeri maju
di pantai barat setiap kali tibanya musim perayaan. Tidakkah 
rakyat Kelantan mengimpikan suasana kemajuan ini?.

 
Kesesakan berjam-jam yang menyiksakan rakyat kelantan


Aku tak mahu menghina negeriku sendiri. Malah aku juga tidak mahu menghina kerajaan PAS Kelantan atau Datuk Nik Aziz.

Pengalaman aku hampir 3 jam terperangkap dalam perjalanan yang hanya berjarak 10 km balik ke Kelantan mengikuti rombonhan perkahwinan saudaraku di Paloh Rawa di daerah Machang kelantan mendorong aku menulis disini. Aku dimaklumkan bahawa scenario ini berlaku saban tahun..dan tahun..dan tahun……

Aku sungguh bangga dengan pencapaian anak-anak Kelantan di perantauan. Mereka telah menjadi ahli korporat dan peniaga yang berjaya. Ramai juga yang sedang memegang jawatan penting dalam jabatan kerajaan dan GLC. Malah ramai juga yang dapat menandingi bangsa lain dalam memegang jawatan penting dalam syarikat swasta antarabangsa. Dan sudah tetunya ramai yang sedang bekerja dan menjadi buruh mahir dalam berbagai bidang hingga mereka mampu menghantar wang untuk membina rumah mewah di kelantan dan mampu memiliki kereta untuk balik ke Kelantan.

Namun yang sedihnya, sebahagian dari mereka inilah juga, kerana ada kemampuan,  sering balik balik ke Kelantan lalu menyemaikan bibit kebencian rakyat (orang melayu kelantan) terhadap kerajaan BN pimpinan UMNO. Kerajaan dimana tempat mereka mencari rezeki hingga mampu menghantar wang ke Kelantan untuk membina rumah besar, menanggung keluarga dan mampu memiliki kenderaaan mewah sendiri.

Kerana terlalu melampau menanamkan sifat kebencian ini, lalu ianya telah membuahkan pertelagahan peribadi antara penyokong PAS dan UMNO yang semuanya terdiri dari keturunan bangsa Melayu/Islam. Seterusnya pertelgahan ini melarat sehingga tidak dapat menerima pembangunan atau kerjasama antara Pas dan UMNO melainkan jika kerjasama itu akan menguntungkan pengaruh politik mereka sahaja.

Anak yang masih dalam jagaan keluarga.. siapakah yang sepatutnya memberikan saraan atau sebagainya?. Tentulah ibubapanya. Tetapi jika seorang anak yang meminta wang dari bapanya tetapi dalam masa yang sama berbantahan atau menderhaka kepada ibubapanya, maka apakah perbuatan tersebut akan melembutkan hati sibapa untuk memberi lebih dari yang di minta?.

Itulah senarionya yang berlaku antara PAS dan UMNO di Kelantan. PAS amat memerlukan bantuan pembiayaan kerajaan pusat untuk menggerakkan pembangunan negeri yang dibawah pemerintahannya. Walaupun kerajaan negeri mempunyai sumber kewangan sendiri seperti hasil balak, cukai tanah dan cukai dibawah kerajaan tempatan namun ianya tidak mencukupi untuk pembangunan secara menyeluruh lebih-lebih lagi jika ianya digunakan untuk kempen politik sepanjang tahun.

Senario inilah yang telah menyeksakan rakyat Kelantan. Dalam tanggungjawabnya sebagai sebuah kerajaan persekutuan, kerajaan Kelantan telah diberikan bantuan setakat yang diperlukan dan seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan bagi pembangunan infrastruktur dan sebagainya. Dalam masa yang sama juga rakyat Kelantan juga sedang menerima batuan kebajikan kerajaan pusat seperti bantuan rumah PPRT, bantuan bulanan kebajikan masyarakat, Amanah Ikhtiar, Pinjaman TEKUN, melalui jabatan Haiwan, Perikanan, Felcra, Felda dan pelbagai agensi lagi. Semua ini tidak akan wujud dan tidak akan mampu dilaksanakan jika kerajaan pusat lemah, tidak cekap, rasuah, kroni sepertimana pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang termasuk PAS.

Sehingga akhirnya kerajaan Kelantan tidak mampun untuk mengadakan atau membesarkan jalan-jalan di Kelantan bagi menampung kenderaaan “ORANG” Kelantan yang kaya raya di KL, di lembah Kelang atau dipantai rarat yang dibawah pemerintahan kerajaan BN balik ke Kelantan pada hari lebaran atau cuti panjang.

Pembinaan Lebuh Raya dan menaik taraf atau melebarkan jalan persekutuan  adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan. Ini adalah pasti. Tetapi kerjasama kerajaan negeri dalam tebusguna dan pengambilan tanah dan lain-lain kerjasama politik perlulah diambil kira dalam setiap projek mega yang melibatkan belanjawan berbilion ringgit. Ianya bukan hanya setakat membina lebuhraya tetapi keberhasilan dari pembinaan tersebut. Ianya bukannya satu pembinaan hanya bagi memudahkan “ORANG” Kelantan balik beraya setahun sekali tetapi perancangannya adalah untuk pembangunan infrastruktur ekonomi bagi memenuhi keperluan semangat para peniaga dan usahawan “ORANG” Kelantan yang amat terkenal itu.

Kita tidak mahu insiden dimana kerajaan pembangkang di Pulau Pinang bertindak akan menyaman syarikat pembinaan dan kerajaan persekutuan semasa kerja-kerja jalan keretapi berkembar sedang dijalankan walaupun perkara tersebut boleh diselesaikan dimeja rundingan jika ada persamaan kefahanm politiknya antara kerajaan pusat dan negeri.

Seksanya rakyat Kelantan yang berkenderaan berjam-jam terperangkap dalam kenderaan di musim perayaan baru-baru ini dan dimasa-masa yang lalu sepatutnya menyedarkan rakyat Kelantan dimana sudah sampai masanya Kerajaan kelantan pimpinan PAS sekarang ditukar. Atau sekurang-kurangnya penyokong PAS perlu mendesak agar PAS bekerjasama dengan UMNO demi untuk kemajuan bangsa Melayu yang menjadi bangsa majority di Kelantan. 

Perlukah para professional dan pengusaha “ORANG” Kelantan berhijrah jika Kelantan sediri memberikan cukup tempat kepada mereka?. Sudah sampai masanya diterbalikan scenario balik kampong ini dimana semasa musim cuti perayaan,beribu-ribu kenderaan bergerak keluar dari Kelantan bagi menunjukkan betapa majunya Kelantan hingga berjaya menarik rakyat dari luar kelantan bekerja di Kelantan.

Semoga Melayu tidak merempat di tanah tumpah darah sendiri.

Monday, August 29, 2011

ISU MENGHINA PEJUANG: MAT SABU BERTAMBAH SOMBONG DAN BONGKAK


INI PETIKAN DARI HARAKAH DAILY.NET.


Untuk pembohongan dan putar alam yang penuh sila klik linknya dibawah ini:-
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5152--komunis-utusan-bohong-md-sabu-akan-saman

Komunis: Utusan bohong, Md Sabu akan saman
Bashir Ishak   
KANGAR, 29 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.
(Mohamad Sabu dalam sidang medianya di Komplek PAS Perlis hari ini)

"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.

Mohamad Sabu berkata, beliau mengambil masa untuk menjawab isu itu kerana ingin mengenalpasti apa yang beliau katakan dengan tepat dalam ceramah itu.

"Saya tidak katapun Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas membaca laporan akhbar Umno itu baru saya tahu nama mereka," jelas Mohamad Sabu yang juga membuat sidang media khas di sini hari ini mengenainya.

Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu.

"Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya," kata Mohamad.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ni dia ulasan aku. Jika nak saman akupun aku reda kerana jika aku telah berjuang dan sanggup mati mempertahankan negara/agama/bangsa, apalah sangat dengan Mat Sabu.

Sebelum Mat sabu spin petikan video ceramahnya maka aku turunkan disini link ucapannya di youtube yang di upload oleh bloger pisau.net:-
Inilah dia Mat sabu yang disanjung oleh Melayu/Islam dalam PAS hingga melantik dia jadi Timbalan Presiden PAS. Mustahil seorang yang waras akan lupa 100% apa yang dia cakap hanya dalam beberapa hari yang lepas melainkan dia adala pelupa, penyanyuk atau dah sampai ke tahap akan jadi gila.

Jikalau setakat Utusan sampaikan berita bertulis sahaja mungkin boleh dipertikikan. Tetapi ada rakaman "live video" pun masih nak spin lagi dan berani pula mengugut nak saman Utusan. Arahkanlah peguam engkau terus saman Utusan tu jikalau apa yang engkau cakap dalam videotu bukan engkau yang cakap atau telah dipalsukan.

Wahai Mat Sabu... aku nak maklumkan kepada engkau bahawa pemberita utusan dan rakyat Malaysia bukannya beruk yang tak faham apa yang engkau cakap dalam videotu. Malah jika engkau tak sebut satu persatu nama samada anggota polis Bukit Kepong yang terkorban atau nama pengganas samada Mohamad Indera atau sebarang nama Cina pengganas, rakyat Malaysia sangat faham dan tahu apa yang engkau maksudkan.

ENGKAU MEMANG BERMAKSUD DENGAN MENGATAKAN BAHAWA ANGGOTA POLIS YANG TERKORBAN DALAM SERANGAN PENGGANAS CINA KOMUNIS KE ATAS BALAI POLIS BUKIT KEPANG BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN SEBENAR KERANA ENGKAU MENGANGGAP BAHAWA MEREKA ADALAH POLIS PENJAJAH  KERANA IANYA BERLAKU 5 TAHUN SEBELUM MERDEKA. SEBALIKNYA ENGKAU TELAH MENG"HERO"KAN PENGGANAS KOMUNIS YANG TELAH MEMBUNUH BERIBU ORANG MELAYU/ISLAM SEJAK DARI ZAMAN SELEPAS JEPUN MENYERAH KALAH. PENJAJAH BRITISH TIDAK MENJADIKAN DASAR MEREKA MEMBUNUH MELAYU/ISLAM DAN TIDAK BERHASRAT MENGHAPUSKAN ISLAM WALAUPUN PADA MASA ITU TELAH BERLAKU TUNTUTAN KEMERDEKAAN OLEH ORANG MELAYU/ISLAM TERHADAP BRITISH MELALUI PENUBUHAN UMNO PADA TAHU 1946 LAGI. POLIS BUKIT KEPONG ADALAH SEBAHAGIAN DARI ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN YANG BERJUANG BAGI PIHAK BRITISH BAGI MEMPERTAHANKAN RAKYAT TERUTAMANYA UMAT MELAYU/ISLAM DARI TERUS MENJADI MANGSA KEZALIMAN PENGGANAS CINA KOMUNIS. JIKA BENAR PENGGANAS CINA KOMUNIS PEJUANG KEMERDEKAAN, MENGAPA SEBAIK SAHAJA JEPUN MENYERAH KALAH, SEMASA 14 HARI MEREKA MENGISI KEKOSONGAN KERAJAAN PIHAK BERKUASA BRITISH, MEREKA (PENGGANAS CINA KOMUNIS) TELAH MENGUTIP DAN MENAHAN ALIM ULAMAK, GURU2 AGAMA, USTAZ2 DAN SESIAPA SAHAJA YANG DIANGGAP PEMIMPIN AGAMA ISLAM LALU MEMBAWA MEREKA KE TEMPAT YANG TIDAK DIKETAHUI LALU MEMBUNUH MEREKA. AKHIRNYA MEREKA MATI TIDAK BERKUBUR. DIKATAKAN BAHAWA LEBIH RAMAI ORANG MELAYU/ISLAM YANG DIANGGAP MEREKA SEBAGAI PEMIMPIN AGAMA (LEBIH KURANG 3,000 ORANG) TELAH TERBUNUH ATAU DIBUNUH DISELURUH NEGARA OLEH PENGGANAS CINA KOMUNIS DALAM MASA 14 HARI BERBANDING 3 TAHUN JEPUN MEMERINTAH TANAH MELAYU. INIKAH YANG DIDAKWA OLEH MAT SABU BAHAWA PENGGANAS KOMUNIS ADALAH PEJUANG KEMERDEKAAN SEBENAR. DAN AKHIRNYA.. ADAKAH PENGGANAS CINA KOMUNIS YANG TELAH MEMERDEKAKAN TANAH MELAYU (MALAYSIA) ATAU TANAH MELAYU (MALAYSIA) TELAH MENDAPAT  KEMERDEKAAN KERANA ATAS DAYA USAHA PEMIMPIN MELAYU IAITU DATUK ONN JAAFAR DAN TUNKU ABDULRAHMAN. MAT SABU MEMANG BUTA SEJARAH KERANA DIA TIDAK TAHU BAHAWA SALAH SATU SYARAT UNTUK TANAH MELAYU DIBERIKAN KEMERDEKAAN ADALAH BAHAWA KITA MAMPU MENJAGA KESELAMATAN SEMUA RAKYAT BERBILANG KAUM DINEGARA INI. SIAPAKAH YANG DIHARAPKAN UNTUK MENJAGA KESELAMATAN SEMUA KAUM ITU?. IANYA SUDAH TENTULAH PASUKAN KESELAMATAN YANG TERDIRI DARI POLIS DAN TENTERA YANG DIHINA OLEH MAT SABU.  DAN JIKA BENAR CINA PENGGANAS KOMUNIS ADALAH PEJUANG KEMERDEKAAN, MENGAPA MEREKA HANYA MELETAKKAN PERJUANGAN BERSENJATA MEREKA  DINEGARA INI HANYA PADA AKHIR TAHUN 1989 SEDANGKAN KITA TELAH MERDEKA PADA 31 OGOS 1957 LAGI. ITU PUN HANYA SETELAH MEREKA (CINA PENGGANAS KOMUNIS) TIDAK MAMPU DAN TIDAK BERUPAYA LAGI MENERUSKANNYA.

MAT SABU ADALAH MUSH NEGARA YANG SEBENAR!!!!!!

Sunday, August 28, 2011

YB DATO' SHAMSUL MEMBUAT LAWATAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN HARIRAYA

Ucapan ringkas YB Dato' Shamsul di rumah Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK Kg Belum Baru. Keikhlasan beliau terserlah dimana beliau tidak mahu lawatan beliau pada kali ini dibuat dalam majlis yang rasmi. Mana-mana ibu-ibu tunggal dan yang memerlukan, jika mereka reka mampu, mereka dijemput datang untuk menerima sumbangan darinya di rumah Ketua Kampung. Beliau seterusnya melakukan lawatan sendiri dari rumah ke rumah bagi penduduk yang tidak mampu dan tidak berupaya dan juga yang sakit bagi  menyampaikan bantuan hariraya sambil meninjau keperluan dan masalah yang patut diberikan atau diselesaikan.

 
 
 
Sebahagian dari gambar yang sempat dirakamkan dalam lawatan 
penyerahan bantuan hariraya kepada ibu tunggal, warga emas 
dan penduduk yang sakit serta yang yang memerlukan bantuan 
di Kampung belum baru
 
Pada 27 Ogos 2011 sekitar jam 0500 petang, Ahli Parlimen Lenggong, YB Dato’ Shamsul Bin Hj Nasarah tiba di Kg Belum Baru dengan di iringi oleh Tn Hj Idris Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Lenggong dan En Ghazali Bin Hj Mohamed Penyelia KEMAS DUN Kenering.

Lawatan beliau ini tidak ada dalam senarai program aktiviti kampong. Dato’ Shamsul membuat lawatan biasa secara mengejut bagi menyampaikan sumbangan hariraya dan lawatan peribadi kepada ibu-ibu tunggal, penduduk kampong yang sakit dan OKU.

Apabila ditanya mengapa tidak dimaklumkan lebih awal akan lawatan bagi menyampaikan sumbangan hariraya tersebut. Beliau menerangkan bahawa lawatan beliau seperti ini adalah satu kelaziman baginya sepertimana yang dilakukan dari masa kesemasa dalam tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Lenggong untuk mendapatkan maklumat dan mengambil berat akan keadaan dan masalah rakyat dalam kawasannya.

Kebetulan lawatannya pada kali ini adalah dalam bulan puasa dan hampir pula dengan hari lebaran lalu beliau mengambil kesempatan ini menyampaikan sumbangan hariraya untuk ibu-ibu tunggal, penduduk miskin, penduduk kampong yang sakit dan OKU dengan harapan membantu mereka menyambut hari lebaran dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran tanpa mengira pendirian politik dan sebagainya. Penyampaian sumbangan hariraya ini di laksanakan bersama dengan KEMAS Lenggong. Seramai 30 orang individu pelbagai kategori telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh  YB Dato' Shamsul di Kampung Belum Baru.

YB Dato' Shamsul seterusnya berlepas ke Kg Malau dan kampung-kampung lain dalam Mukim Kenering bagi maksud yang sama sebaik sahaja lawatan di Kampung Belum Baru selesai.

Terima kasih YB Dato' Shamsul  dan KEMAS Lenggong.

Friday, August 26, 2011

KERANA TERLAMPAU MENJADI PEMBOHONG, MEMFITNAH DALAM BERPOLITIK MAT SABU MUNGKIN AKAN JADI GILA.

Berita dari Utusan Malaysia klik link berikut :-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


 
Allahyarham2 anggota polis dalam video ini adalah antara 25 orang anggota  yang telah terkorban dalam sejarah hitam serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong yang bermula jam 0500 petang pada 23 Fabruari 1950. Dan seperti biasa, mereka yang seangkatan atau sehaluan dengan Mat Sabu memberi komen bahawa sewaktu balai tersebut diserang, kononnya pertahanan balai dapat dikalahkan dengan mudah kerana mereka sedang mabuk. Logikkah khabar yang tidak berwibawa ini. Bangang sungguh yang membuar cerita fitnah ini. Lebih 200 orang pengganas mengepung sebuah balai polis yang terpencil dengan keanggotaan dan keluarga mereka lebih sedikit 25 orang mempertahankan balai yang serba kurang, tiada alat perhubungan yang baik serta sukar mendapat bantuan. Jangankan menembak dengan senjatapi, malah jikalau komunis tersebut baling dengan batu sebiji seorang  pun polis boleh kalah. Tetapi anggota polis tersebut telah berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir. Jika tidak masakan mereka terbunuh. Haramjadah sungguh individu yang memberi komen yang hina sedemikian. Jika pun benar terdapat seorang dua yang mabuk, apakah komunis langsung tidak berhati perut dan belas ehsan sehingga sanggup membunuh termasuk ahli keluarga dan yang tercedera?. Pengganas komunis yang macam inikah yang didakwa Mat sabu adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar?. Apakah perasaan waris mereka yang hidup sehingga ke hari ini. Aku syorkan supaya semua waris mangsa tregedi Bukit Kepong bersatu dan menyaman Mat Sabu kerana menghina dan menjatuhkan maruah Ibubapa, datuk nenek serta seudara-mara mereka yang gugur di Balai Polis kepong tersebut.

Bila aku membaca Mat Sabu mendakwa  bahawa pengganas komunislah pejuang sebenar jika dibandingkan dengan 25 anggota polis yang mati diserang oleh Pengganas tersebut maka serta merta timbul satu pertanyaan;  apakah Mat Sabu masih waras lagi?. Maklumlah dari muda sampai ke tua asyik cari idea untuk temberang  dan memaki hamun sahaja. Aku ingat dia ni sudah kantoi apabila berbohong yang dia dilanggar trak polis semasa perhimpunan  bersih "BERSIH" tempoh hari. Dia tak boleh lagi nak spin cerita tersebut kerana ada video yang membuktikannya. Dari rakaman video tersebut, didapati bahawa kecederaan lututnya adalah akibat motosikal yang dibuncingnya terbabas terjatuh di kaki lima jalan kerana penunggang m/sikal yang dia buncing itu buat pusingan "u" kecemasan dalam usaha melarikan diri untuk mengelak dari ditangkap polis.  Mulanya dia kata dirempoh oleh trak polis, kemudian dengan L/Rover polis dan akhir sekali dengan kereta waja polis. Berbohong macamnipun ramai orang boleh percaya?.

Aku adalah salah seorang yang  hampir terbunuh angkara pengganas komunis dengan ini mengistiharkan bahawa Mat Sabu adalah musuh aku didunia dan akhirat. Dia juga adalah musuh  masyarakat Melayu/Islam di negara ini. Mat Sabu adalah musuh dan seteru kepada bekas-bekas pejuang agama, bangsa dan negara. Mat Sabu adalah musuh kemerdekaan.

Sanggup dia menghina 25 orang anggota dan keluarga polis yang mati di Balai Polis Bukit Kepong akibat serangan pengganas komunis sebagai bukan pejuang. Mat Sabu menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan walaupun pengganas komunis telah membunuh beribu Imam dan pemimpin Islam Melayu semasa komunis bintang tiga mengganas selama 14 hari sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dahulu (sebelum British mengambil alih kembali Tanah Melayu). Mat Sabu sama tarafnya dengan Muhammad Indera kerana menjadi barua kafir DAP/komunis iaitu menjadi pembelot kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Kemaruknya dengan kuasa sehingga sanggup menggadai maruah bangsa dan agama.

Apa agaknya takrif perjuangan dimata Mat Sabu. Apakah berzina dengan bini orang, membunuh orang, memaki hamun orang, menyokong fahaman komunis dan berbohong itu adalah "perjuangan" mengikut kefahamannya?.

Allahyarhan Datuk Onn Jaafar dan Allahyarhan Tunku Abdul Rahman yang banyak berjasa tentang kebangkitan dan kemerdekaan Tanah Melayu, didakwanya bukan pejuang kemerdekaan sebenar?. Mat Sabu ni sangat terperasan bahawa dia adalah pejuang sebenar. Sedarkah dia bahawa perjuangannya yang  berlatar belakangkan orang yang pernah ditangkap khalwat dengan bini orang di bilik 121 hotel Perdana Kota Baru, yang kantoi berbohong dia dilanggar trak polis, terkenal dengan sikap suka memaki hamun/menghina orang diceramah dan orang yang suka memberikan gelaran yang tidak baik dan menghina kepada orang yang tidak disukainya (seperti Al juburi kepada Anwar Ibrahim) macamlah diatu manusia yang baik sangat.

Kononnya dia nak mengubah sejarah. Dia ingat sesenang dia terlepas dari hukuman khalwat dengan bini orang kerana adanya saksi telah mengubah sejarah dengan cara menjadi saksi bohong memutarkan cerita sewaktu memberikan keterangan. Tak mengapalah dia terlepas didunia ini.. Jika berzina dengan bini orang, maka bagi orang yang telah berkahwin, hukum hududnya didunia adalah direjam sampai mati. Selagi hukuman tersebut tidak dilaksanakan selagi itulah dia menaggung dosa sehingga ke akhirat.

Fahaman komunis adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Fahaman komunis adalah musuh Islam mutlak. Sesiapa yang menyokong atau mengiktiraf fahaman komunis adalah musuh Islam dan individu tersebut adalah kafir harbi dan murtad.

Komunis tidak percaya kepada kewujudan Allah yang maha esa. Teori komunis adalah semua benda yang wujud di alam semesta ini adalah terjadi dengan hukum alam sendiri. Dunia ini berevolusi sendiri tanpa ada penciptanya. Kononnya makhluk yang hidup dan yang kaku dan segala benda yang kita nampak dan rasai (termasuk diri kita) adala  terbentuk dan terhasil dari tindak balas kimia, biologi dan berbagai istilah sains yang lain. Komunis menganggap Agama hanyalah candu kepada manusia. MAT SABU MENYOKONG SERTA  MENGIKTIRAF GOLONGAN MANUSIA YANG BERFAHAMAN MACAM INI?. ADAKAH DIA ISLAM?.

Manakala Pengganas komunis pula adalah puak yang mengganas di Tanah Melayu (Malaysia). Pengganas komunis dan penyokongnya pula adalah dari kelompok manusia yang "majoritinya" berbangsa Cina berfahaman komunis yang zalim dan membunuh umat Melayu/Islam terutamanya Pak-Pak Imam dan pemimpin agama Islam semasa darurat dahulu. KELOMPOK MANUSIA KEFAHAMAN MACAM INIKAH YANG DIKATAKAN BAHAWA PEJUANG KEMERDEKAAN YANG SEBENAR OLEH MAT SABU?.



 



Monday, August 22, 2011

DR ASRI BERCAKAP DIMASA YANG SALAH DAN MEMIHAK KEPADA YNG BUKAN HAK

 Sila klik di alamat link berikut untu mendengar ceramah Dr Asri
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1752608953860&oid=153417568055988&comments

Bila mendengar ceramah Dr Asri Bekas Mufti Perlis aku teringatkan pakar-pakar agama dan motivasi yang aku pernah ketengahkan sajung satu waktu dulu iaitu Dr Hassan Ali, Datuk Ismail Kamus, Datuk Harun Din, Nazamudin Taib dll. Mereka ini semuanya terror bab agama dan motivasi. Akhirnya apa sudah jadi dengan mereka. Jadi basi. Bukan kerana ilmu mereka makin terhakis tetapi kerana mereka terperasan bahawa mereka kini sudah layak masuk politik atau mencampuri urustadbir pemerintah. Jika kerajaan menegur mereka nanti akan dituduh kerajaan tidak mahu laksanakan Islam atau sebagainya. Akhirnya mereka masuk pembangkang atau menyokong pembangkang.

Bagaimana jika sebahagian besar rakyat memberikan pendangan?.

Aku tidah mahu berbahas menggunakan nas-nas hadis atau ayat-ayat Qur'an dengan Dr Asri. Aku tahu dengan pengetahuan agama aku yang cetek ini aku tidak berdaya membahaskan hujah keagamaannya. Sudah tentu aku tidak akan berupaya menandingi seorang yang pernah mengetuai fakulti pengajian Islam di USM dan pernah memegangb jawatan Mufti Perlis.

Dalam hal ini aku hanya mahu menyatakan pendirianku bahawa dalam video (Link seperti di atas) Datuk Dr Asri telah bercakap dimasa yang salah dan memihak kepada yang bukan hak. Sebagai seorang Islam dan sudah hidup lama didunia ini aku rasakan ada keganjilan tetang isi ceramahnya yang menarik perhatianku. Aku merasa sedih dan kecewa. Dr Asri yang beberapa ketika terdahulu adalah seorang cendikiawan Islam yang aku amat kagumi kini sudah berubah wajah.

Pertamanya beliau mempersoalkan ke manakah wang zakat sehingga membuat beberapa orang Islam sanggup masuk ke gereja memohon atau menerima bantuan dari paderi. Datuk Asri tidak sedarkah bahawa kutipan zakat kita bukan semewah pendapatan negeri vatican di Eropah yang menabung wang hanya untuk menyebarkan agama Kristian ke seluruh dunia. Datuk Asri tidak tahukah bahawa memang wang zakat telah dan sedang dibelanjakan tetapi bukan dalam keadaan bermewahan. Berapa ramai orang Melayu/Islam sekaya Datuk Kwok atau Ananda Krishnan yang mampu menyumbang berbilion ringgit untuk zakat?. Kebanyakannya Melayyu/Islam bekerja dengan kerajaan dengan gaji yang cukup makan sahaja. Malah ramai Melayu/Islam yang bekerja dengan kafir meNjadi kakitangan yang didsikriminasikan gaji dan pangkat mereka. Juga berpendapatan rendah cukup makan sahaja. Bagaimana nak bayar zakat dalam kadar yang banyak?. Setakat bayar zakat fitrah itu bolehlah.

Keduanya menjustifikasikan bahawa orang islam boleh menerima sumbangan orang kafir sebagaimana juga orang kafir menerima pemberian orang Islam. Memanglah tidak salah menerima pemberian orang kafir atau sesiapa sahaja asalkan ianya tidak bersyarat. Apakah Datuk Asri mahu membenarkan bahawa, oleh kerana mereka tidak mendapat sumbangan bantuan dari zakat, maka Melayu/Islam tersebut bolehlah masuk ke gereja, berjumpa Paderi, diberikan bible berbahasa Melayu dan dikenakan syarat bahawa jika mahu bantuan yang lebih, bertukarlah ke agama Kristian. Macamtuke?. Atau Dr Asri terlepas pandang bahawa Melayu/Islam yang hadir ke gereja tersebut bukan orang susah tetapi mahu mencari kemewahan.

Ketiganya mempersoalkan apa rasionalnya melarang orang bukan Islam masuk ke masjid sedangkan orang kafir tidak melarang orang Islam masuk ke rumah ibadat mereka. Dalam hal ini apakah Dr Asri telah menutup mata dan telinganya dari mendengar atau melihat apakah perbuatan sabotaj bukan Islam terhadap Melayu/Islam di negara ini. Tidakkah Dr Asri tidak pernah mendengar bahawa Karpal Singh pernah mencabar langkah mayat dia dulu jika mahu menjadikan negara ini negara Islam. Apakah Dr Asri tidak pernah mendengar bahawa kepala babi pernah dibaling ke dalam masjid. Apakah Datuk Asri tidak pernah mendengar bantahan orang kafir mengkritik tentang laungan azan. Tidakkah Dr Asri tahu bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh kafir telah mengharamkan bacaan Qur'an dan Takzirah subuh dimasjid kononnya ianya mengganggu ketenteraman umat kafir. Apakah mereka masuk ke masjid hingga ke dewan sembahyang itu ikhlas.

Bencinya mereka kepada Islam, sampaikan tulisan Jawi 
yang menyerupai tulisan Arab ayat Qur'an pun mahu 
di hapuskan oleh kafir dari tertera papantanda nama jalan.

Bencinya mereka kepada Islam, sampaikan tulisan Jawi yang merupakan tulisan arab menyerupai tulisan ayat Qur'an pun mahu di hapuskan oleh kafir. Tetapi mereka rela pula masuk ke Dewan Sembahyang memberi takzirah. Orang melayu masuk gereja menadah tangan memohon bantuan, tetapi kafir masuk masjid bagi takzirah dan menyampaikan bantuan kepada orang Islam. Sucikah niat mereka atau hanya membantu kerana mereka ada rancangan yang lebih jauh lagi?.

Sudahlah organisasi kafir yang kaya raya menggunakan pelbagai tipu muslihat untuk mendakwah orang Islam masuk ke agama mereka, kini seorang pakar agama Islam pula seolah-olah membela perbuatan orang kafir tersebut. Mereka telah berjaya meresap ke dalam parti pembangkang majoriti Melayu dengan mempengaruhi Melayu/Islam dalam pembangkang menyokong mereka. Kini guru agama pun sanggup berdakwah menyebelahi perbuatan orang kafir yang melaksanakan muslihatnya mengkafirkan Melayu/Islam.

Sya terfikir juga, jika kafir memerintah negara ini, adakah Dr Asri masih berpeluang berceramah agama sana sini  dengan bebas seperti sekarang?. Sebagai perbandingan, pada masa ini walaupun rumah yang kita miliki kecil tetapi kita masih mempunyai rumah dan tanah. Kut nanti bila kafir memerintah, rumah buruk pun kita tak dapat miliki.

Jabatan Agama Islam Selangor dan kakitangan serta polis membuat pemeriksaan di DUMC kerana mendapat maklumat bahawa orang Melayu/Islam akan dimurtadkan (satu perbuatan yang menyalahi undang-undang negara ini mengikut perlembagaan). Mereka bukan melarang orang melayu/Islam berjumpa dengan kawan-kawan kafir mereka atau menghalang orang Islam menerima bantuan orang kafir. Musykil juga aku bahawa jika Dr Asri tidak memahaminya. 

Meludah ke langit biasanya akan jatuh ke muka sendiri.



APA SANGKUT PAUT ISU DAN KES DAHULU DENGAN PERBICARAAN LIWAT SEKARANG

Dahulu kawan baik tetapi mengapa sekarang tak mengaku kenal dengan Datuk Eskay. 
Mengapa tidak sapinakan Datuk Eskay menjadi saksi alibinya. Adalah juga meritnya.

Tak faham aku apa kaitannya hal pemecatan dia dari Tim. PM oleh Tun Dr Mahathir, kes Liwat 1998 serta kes salah guna kuasa yang menyebabkan dia dipenjarakan 9 tahun dengan perbicaraan kesnya meliwat Saiful Bukhari yang dihadapinya sekarang. Mentang-mentanglah dia membuat pilihan membela diri dari kandang tertuduh yang mana pendakwa tidak boleh menyoal balas, maka dia merapu membawa isu yang tidak sangkut paut dengan kes yang dibicarakan. Kononnya untuk menarik simpati masyarakat bahawa dia menjadi mangsa konspirasi.

Dia membela diri dengan menuduh orang lain?. Apakah yang demikian itu dikatakan membela diri mengikut prosiding mahkamahkah itu?. Jika dia yakin dan disertakan dengan bukti, samanlah pihak yang berkenaan yang dikatakan sengaja mengadakan perkara yang tidak benar dan menginiaya dirinya. Mengapa kes meliwat Saiful Bikhari dikaitkan dengan perkara lain yang belum tahu betul atau tidaknya.

Sepatutnya dia memberikan alibi atau sebarang hujah mengapa air maninya berada dalam dubur Saiful. Alibi untuk menafikan dia berada di kondo semasa kejadian liwat berlaku. Alibi mengapa gambar dia sampai di kondo tempat kejadian meliwat di rakam di cctv. Mana boleh kaitkan perkara yang tidak berkaitan. Mana ada merit pembelaan dengan cara demikian melainkan menyambung perbuatan memfitnah. Sampai dalam mahkamah pun masih nak memfitnah.

Aku tidak faham mengapa mahkamah memberi peluang kepadanya mengalih perhatian sehingga sejauh itu lari dari tajuknya. Tetapi aku percaya dan yakin akan intergriti hakim dan mahkamah. Semoga Allah mendedahkan perkara yang benar dan menolong orang yang benar-benar teriniaya. Insyaallah.