Total Pageviews
Thursday, April 26, 2012
Wednesday, April 25, 2012
Friday, March 30, 2012
PENULIS MALAYSIAKINI YANG TIDAK RASIONAL
Setinggi-tinggi simpati kita semua di atas pemergian seorang pemuda Cheah Kok Leong. Kematian akan datang menemui sesiapa juga. Tak kira yang tua, yang muda, kanak-kanak, bayi. Dan sebab kematian juga datang dalam pelbagai sebab. Kita bersimpati kepada keluarga yang kehilangan seorang keluarga yang di kasihi. Tidak ada ibubapa yang penyayang yang tidak bersedih dengan pemergian anak yang dikasihi.
Tetapi bila membaca komen/berita dalam Malaysiakini >klik disini< semacam ada sesuatu yang mahu diperbesarkan walaupun tidak ada pengesahan dari pakar. Apakah penulis atau pihak Malaysiakini sudah membuat penyelidikan?.
Beberapa ratus kilometer radius sekeliling dari Bukit Merah tempat dimana dikatakan punca ibu Cheah Kok Leong terkena sinaran radio aktif semasa mengandung Mendiang Cheah, terdapat berpuluh ribu lagi manusia dari bayi hingga ke paling tua sedang merana akibat kecacatan genetik dan saraf. Apakah yang berpuluh ribu itu juga mahu dikaitkan dengan kilang rare earth di Bukit merah?.
Saya membuat kesimpulan bahawa penulis telah bersikap double standard dan melampau dengan membuat rumusan sedemikian. Apakah kecacatan genetik semestinya berpunca dari sinaran radio aktif sahaja dan kecacatan genetik hanya terdapat di Bukit Merah sahaja?. Jika deimikian saya terpaksalah menerima rumusan penulis dalam Malaysiakini ini.
Tetapi jika hanya kerana serkap jarang atau hanya membuat kesimpulan bersandarkan andaian sahaja tanpa di sahkan oleh penyelidik dan pemeriksaan pakar, saya rasa penulis adalah seorang prejudis, pelampau dan kerjanya hanya mencari peluang untuk menghubung kaitkan sesuatu kejadian dengan niat untuk memburuk-burukkan kerajaan sahaja.
Saya cadangkan penulis cubalah buat lawatan menyelidik sambil menderma kebahagian rawatan kecacatan genetik/saraf di hospital kerajaan dan swasta diseluruh negara. Daripada meracau mencari kesalahan orang, alangkah baiknya masa dan kemampuann yang ada itu digunakan untuk membantu beribu-ribu orang sedang menerima rawatan disana kerana berpunca dari kecacatan genetik dan saraf. Mereka semuanya tinggal jauh dari Bukit Merah.
Tidakkah penulis Malaysiakini bersedia untuk menghubungkaitkan rokok dengan pengidap kancer paru-paru, penyakit TB dan penyakit masalah pernafasan. Perokok dan orang yang selalu menyedut asap rokok walaupn bukan perokok memang sudah disahkan oleh pakar. Ianya boleh dikatakan "penularan wabak" kerana ramai manusia diseluruh dunia terlibat. Ini lebih tinggi darjah kebaikannya daripada membuat kesimpulan yang tak tahu hujung pangkalnya.

Tuesday, March 27, 2012
DEMONTRASI MEMBANTAH DAN MENGUTUK ANWAR IBRAHIM KERANA BERSEKONGKOL DENGAN YAHUDI
Dizaman sains dan teknologi masakini rasanya jika mahu membantah atau menunjukkan perasaan, maka tak perlulah sampai ke tahap berguling dan tidur di atas jalanraya menghalang kereta sultan. Juga tak payahlah sampai ke tahap kena sedut gas pemedih mata atau mandi air kimia FRU. Atau memanjat tiang bendera bagi menurunkan gambar pemimpin negara.
Demikianlah disiplin tinggi yang di tunjukkan oleh Ahli Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Hulu Perak di perkarangan Dewan Persidangan Gerik pada 25 Mac 2012 jam 5.45 petang hingga jam 5.45 petang. Demonstrasi ini dijalankan sebaik sahaja mereka selesai mesyuarat agong pertama Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Hulu Perak. Mereka mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah perbuatan Anwar Anwar Ibrahim yang didakwa mereka telah bersekongkol dengan Yahudi iaitu dengan cara menerima dana dari NGO Yahudi bagi gerakan menjahanamkan ketenteraman dinegara ini.
Mereka juga mendesak KDN menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim kerana dianggap mensabotaj negara Malaysia apabila menerima bantuan asing yang merupakan NGO Yahudi/Israel, sebuah negara pengganas dan tidak mempunyai perhubungan diplomatik dengan negara Malaysia.
Jika puak-puak pro pembangkang mendakwa zaman sekarang orang semua sudah cerdik dan tak boleh ditipu oleh kerajaan/UMNO/BN, maka dakwaan sedemikian juga memberi makna bahawa majoriti rakyat Malaysia juga tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Justifikasinya jika pihak lain membantah dan mengutuk Anwar Ibrahim, itu menunjukkan bahawa pihak yang tidak menyokong Anwar Ibrahim dan penyokong kerajaan juga tidak boleh ditipu dengan penipuan, auta, putar belit dan pidato bohong Anwar Ibrahim.
Jika benar mahu menegakkan keadilan di Malaysia mengapa perlu meminta dana dari Yahudi. Bayaran baliknya tentulah mahal. Bukan boleh dibayar dengan wang ringgit lagi tetapi dengan menghulur kedaulatan negara untuk dijajah sekali lagi. Kita akan menjadi hamba kepada pihak yang sedang memusnahkan Islam. Itukah yang dimahukan oleh rakyat Malaysia?. Atau lebih tepat lagi penyokong tegar Anwar Ibrahim?.
Lagi gambar-gambar suasana di lokasi
demonstrasi yang sempat dirakamkan
Friday, January 6, 2012
PATUTKAH PENYOKONG ANWAR DIBENARKAN BERHIMPUN?
MANUSIA MACAM INKAH YANG MAHU DI BELA SEHINGGA SANGGUP BERGADAI NYAWA?.
Mengikut berita Malaysiakini >klik disini untuk berita Malaysiakini<
Azmin Ali - PKR mendakwa polis telah membenarkan mereka berkumpul secara aman di medan letak kereta berhapiran mahkamah dimana keputusan perbicaraan Anwar yang berlanjutan 3 tahun dan berpuluh kali tangguh akan di umumkan di mahkamah Jalan Duta tersebut pada 9 Januari nanti. Mereka menjangkakan 100,00 kehadiran bagi menyokong mereka ( Penyokong Anwar Ibrahim).
Satu persoalan.. jika benarlah penyokong Anwar akan hadir 100,000 orang, manakala keputusannya adalah didapati Anwar bersalah meliwat Saiful Bukhari, siapakah agaknya yang akan dapat mententeramkan kumpulan yang seramai itu. Selama ini pun kita telah melihat akan keengganan mereka mematuhi undang-undang walupun Anwar hanya masih dalam perbicaraan.
Yang lebih merisaukan, bahawa beberapa NGO berhaluan kanan yang menyokong kerajaan turut sama diberi kebenaran oleh pihak polis untuk berkumpul di masjid Jalan Duta yang letaknya 300 meter dari mahkamah. Perkasa, Pekida dan Permas dan NGO tidak cakap besar. Mereka menyatakan bahawa ahli mereka yang akan hadir hanya dalam linkungan 2,000 orang sahaja dan akan bersolat di masjid tersebut.
Insiden yang pertama dijangkakan adalah jika penyokong PKR turut mahu bersembahyang di masjid yang sama. Masjid adalah untuk semua umat Islam. Penyokong PKR berhak bersembahyang disana walaupun mereka tahu perjuangan mereka adalah menyokong Anwar yang menghadapi tuduhan Liwat dan turut diiringi dengan video sex. Isu menghalang mereka (PKR) bersembahyang atau bertembung dengan Perkasa dan NGO dimasjid hanya akan menjadi modal mereka untuk menjustifikasikan perbuatan mereka mencetuskan huru hara dan pergaduhan.
Nampaknya pihak polis akan menjadi kambing hitam sekali lagi.
Jika Anwar di putuskan tidak bersalah, mungkin suasana tidaklah sehangat mana walaupun dijangkakan terkeluar juga tuduhan dan ejekan terhadap kerajaan dan pemimpinnya. Ini pun sudah cukup untuk menaikkan darah Perkasa dan NGO penyokong kerajaan.
Tetapi andaikata Anwar didapati bersalah, apa agaknya reaksi yang kita boleh jangkakan dari penyokong Anwar. Tentu sekali mereka tidak akan mendiamkan diri. Jika sekarang pun mereka sudah jatuhkan hukuman Anwar tidak bersalah dan disertai dengan perbuatan Anwar menghasut rakyat tanpa henti, kita sudah pasti dapat membuat kesimpulan bahawa suasana tentu akan lebih panas.
Apakah tindak balas yang mungkin akan dilakukan oleh Perkasa dan NGO penyokong kerajaan?. Walaupun kehadiran mereka bolehlah dikatakan bagi “mengimbangi” kehadiran penyokong Anwar, tetapi jikalau darah “sudah menyirap” maka ianya sukar untuk dibendung. Perbezaan besar atau kecil kehadiran penyokong sudah tidak mempunyai makna lagi. Hanya rusuhan yang menanti.
Kita hanya mendo’akan agar lebih ramai rakyat Malaysia yang waras tidak mengambil bahagian atau menyertai kumpulan penyokong Anwar. Ianya hanya sebuah perbicaraan seorang individu yang menghadapi tuduhan kes meliwat. Mengapa mahu digadaikan keamanan dan kesejahteraan semata-mata mahu mempertahankan seorang yang lalai atau tidak tahu menjaga diri.
Jika mahu dikatakan bahawa Anwar seorang pemimpin yang produktif: semenjak dia ditendang keluar oleh Tun Dr Mahathir dari kabinet, Malaysia masih tetap membangun dan sejahtera walaupun Anwar tidak berada dalam kerajaan. Ini menunjukkan Anwar tidak memberi sebarang impak dalam pembangunan Malaysia. Tetapi hakikatnya dia sentiasa ke luar Negara bagi memburuk-burukkan Negara sendiri. Kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih dalam kempen balas bagi memulihkan raputasi Malaysia di luar Negara akibat dari perbuatan Anwar ini.
Orang macam inikah yang mahu di sokong oleh rakyat Malaysia?.
Monday, December 19, 2011
Sunday, December 18, 2011
MENGAPA ANWAR TAKUT BERSUMPAH?
> klik di sini <
Tersangatlah hairannya dengan telatah Anwar Ibrahim ni. Ada-ada sahaja tuduhannya kepada pihak lain. Sedangkan jika dia ada bukti mengapa tidak dipanjangkan terus kepada SPRM atau sekurang-kurangnya memberikan bukti melalui dokumen dan saksi. Apa lagi yang boleh Tun Dr mahathit lakukan menafikan tuduhan Anwar tersebut melainkan mencabar Anwar bersumpah terlebih dahulu.
Kehidupan kita sebagai menusia di dunia ini tidak dapat lari dari bersumpah. Akad kita dalam Rukun Islam adalah merupakan sumpah kita sebagai seorang Islam. Niat kita dalam melakukan inbadat kita juga merupakan sumpah kita.
Manakala dalam kehidupan duniawipun kita sentiasa dikehendaki mengangkat sumpah samada dihadapan majestrit, pesuruhjaya sumpah dan sebagainya. Jadi apa masalahnya jika Tun Dr Mahathir mencabar Anwar bersumpah bagi membuktikan dakwaannya adalah benar. Mengapa spin ke tajuk lain.
Jika ada berlaku rasuah atau penelewengan, maka sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, Anwar perlu melapurkan kepada SPRM. Mengapa di war-war sahaja. Nampak benar yang tuduhannya kepada Tun Dr Mahathir tidak berasas melainkan untuk memburuk-burukkan peribadi orang. Nak dikatakan fitnah, Tun Dr Mahatihr ada peluang untuk menjelaskan dan mempertahankan diri. Jadi langkah pertama Tun Dr mahthir adalah mencabar Anwar bersumpah sambil menjunjung Al Quran. Apakah Anwar berani menyahut cabaran Tun Dr Mahathir tersebut bagi memperkukuhkan asas tuduhannya?.
Jika spin ke tajuk dan alasan lain, itu menunjukkan bahawa Anwar hanya berbohong. Seingat saya, masa krisis kewangan dulu Tun Dr Mahathir beria-ia menolak pinjaman IMF. Beliau juga yang menetapkan kadar pertukaran wang asing RM3.80 bagi setiap dollar Amerika bagi menggagalkan perbuatan penyangak wang antara bangsa (george soros) untuk menjatuhkan nilai mata wang Malaysia yang boleh menyebabkan Malaysia jadi muflis dan jadi hamba IMF. JikaTun Dr Mahathir menolak dengan terang dan jelas, masakan dia menulis surat untuk memohon pula. Tuduhan Anwar tu tak logik langsung. Hanya orang yg fanatik dan tak berdaya berfikir dengan waras sahaja yang akan percaya tuduhan Anwar tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)