Total Pageviews

Saturday, April 28, 2012

BETAPA ZALIMNYA PERUSUH TERHADAP POLIS YANG MENJAGA KESELAMATAN

 MANUSIA PUAKA DAN CELAKA

Lihat dan saksikan dengan mata hati yang terbuka. Terkorbankah atau cacat seumur hidupkaH anggota polis berkenaan. Mungkin dia ada anak bini atau ibubapa yang telah tua untuk dijaga dan disara. Mungkin dia ada anak kecil yang memerlukan seorang ayah untuk menyera kehidupan masa depannya nanti. Tetapi lihatlah video berikut. Sila klik  di link berikut >BETAPA ZALIMNYA PERUSUH TERHADAP POLIS YANG MENJAGA KESELAMATAN < Inilah hasil hasutan AMBIGA, MAT SABU, ANWAR IBRAHIM dan pemimpin pembangkang yang lain.

Tolak pemimpin kotor macani di PRU akan datang.

Friday, April 27, 2012

Dr MiM: LIVE UPDATE! SUASANA TERKINI DI DATARAN MERDEKA!

Dr MiM: LIVE UPDATE! SUASANA TERKINI DI DATARAN MERDEKA!

APA PUNYA BANGANG THE MALAYSIAN INSIDER INI

Apakah mereka ini memberikan keyakinan kepada semua rakyat untuk menyokong mereka. Seorangtu kata langkah mayat dia dulu jika mahu jadikan negara ini negara Islan. Yang seorang itu pula sebuk dengan perlaksaan hukum hudud hingga sampai 22 tahu memerintahpun masih tidak mampu melaksanakannya. Yang seorang itu pula dengan fatwanya yang melangkaui kewarasan manusia.


Adakah majoriti umat Melayu/Islam boleh menerima konsep LGBT " lesbian, gay, bisexual, and transgender yang diperjuangkan oleh Ambiga?. Bukankah perbuatan tersebut mempermainkan hukum Islam?.


Malas aku nak baca sampai habis isu yang dibawa dalam berita yang tertera dalam malaysian Insider > ini < Maksudnya tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk mempertikaikan kredibaliti dan "kekecualian" Pengurusi dan Naib Pengurusi SPR. Jika memegang satu jawatan dalam kerajaan adakah menjadi satu syarat bahawa mereka tidak boleh menjadi ahli mana-mana parti politk.

Puak-puakpembangkang ini terlalu takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Ramai kakitangan Pejabat Daerah, PPD, RISDA, MARA menyokong atau menjadi ahli parti pembangkang. Mengapa dipertikaikan Pengurusi dan naib pengerusi SPR sahaja?. Selagi dia bekerja mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Parlimen dan perlembagaan, bermakna dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Mengapa dipertikaikan sokongan politiknya. Nak kena panggil Alien jadi Pengerusi SPR baru boleh dipercayai?. Yang aku kata puak-puak pembangkangni cara berfikirnya bangang adalah kerana mungkin mereka berfikir dengan otak cacat.

Mengapa mereka tak cemuh SPR tak adil kerana SPR mengumumkan kemenangan kepada pembangkang di negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Jangan disebut Peraklah. 11 bulan memerintah, habis semua jadi carca marba. Bila kuasa berpusing balik ke BN, bekas Menteri Besar mereka jadi gila talak (Gila Pangkat MB hingga ke hari ini).

Pembangkang ini terlampau terperasan sangat kononnya menyangka majoriti rakyat menyokong mereka. BN telah menang majoriti itu bermakna rakyat masih memilih BN kerana terbukti BN cekap memerintah di Putrajaya. Pembangkang hanya baru tercari-cari dan mencuba. Baru pegang beberapa buah negeri dah jadi kecoh dan kelamkabut. Janji dan manefesto Pilihan Raya tak ditunaikan. Mulut berjanji tetapi macam lidah biawak. Cakap lain buat lain.

Rakyat Malaysia bukan monyet atau binatang. Mereka memerhati dan berfikir. Akhirnya mata pena mereka memilih siapa yang layak memerintah kerajaan Malaysia.

Jangan salahkan SPR jika pembangkang kalah teruk di PRU akan datang. Salahkan diri sendiri kerana agenda pembangkang tidak akan menjamin keamanan dan kemakmuran negara. Pembangkanglah yang mulakan isu rasis denga mempersoalkan hak orang Melayu, agama Islam . Kemudian bila orang melayu mengeluarkan suara mempertahankan hak dikatakan rasis pula.

Kepada etnik Cina yang ghairah sangat melobi untuk menguasai politik di malysia perlu ingat bahawa kekayaan dan gedung perniagaan yang besar-besar tidak akan menjadi makna sama sekali jika huru hara terjadi. Negara akan menjadi miskin. Pekerjaan dan peluang perniagaan akan menjadi negatif. Masa itu tauke tah kemana kemewahan hidup tah kemana. Kemajuan kita akan tertinggal 30/40 ke belakang.




Friday, March 30, 2012

PENULIS MALAYSIAKINI YANG TIDAK RASIONAL

Setinggi-tinggi simpati kita semua di atas pemergian seorang pemuda Cheah Kok Leong. Kematian akan datang menemui sesiapa juga. Tak kira yang tua, yang muda, kanak-kanak, bayi. Dan sebab kematian juga datang dalam pelbagai sebab. Kita bersimpati kepada keluarga yang kehilangan seorang keluarga yang di kasihi. Tidak ada ibubapa yang penyayang yang tidak bersedih dengan pemergian anak yang dikasihi.

Tetapi bila membaca komen/berita dalam Malaysiakini >klik disini< semacam ada sesuatu yang mahu diperbesarkan walaupun tidak ada pengesahan dari pakar. Apakah penulis atau pihak Malaysiakini sudah membuat penyelidikan?.

Beberapa ratus kilometer radius sekeliling dari Bukit Merah tempat dimana dikatakan punca ibu Cheah Kok Leong terkena sinaran radio aktif semasa mengandung Mendiang Cheah, terdapat berpuluh ribu lagi manusia dari bayi hingga ke paling tua sedang merana akibat kecacatan genetik dan saraf. Apakah yang berpuluh ribu itu juga mahu dikaitkan dengan kilang rare earth di Bukit merah?.

Saya membuat kesimpulan bahawa penulis telah bersikap double standard dan melampau dengan membuat rumusan sedemikian. Apakah kecacatan genetik semestinya berpunca dari sinaran radio aktif sahaja dan kecacatan genetik hanya terdapat di Bukit Merah sahaja?. Jika deimikian saya terpaksalah menerima rumusan penulis dalam Malaysiakini ini.

Tetapi jika hanya kerana serkap jarang atau hanya membuat kesimpulan bersandarkan andaian sahaja tanpa di sahkan oleh penyelidik dan pemeriksaan pakar, saya rasa penulis adalah seorang prejudis, pelampau dan kerjanya hanya mencari peluang untuk menghubung kaitkan sesuatu kejadian dengan niat untuk memburuk-burukkan kerajaan sahaja.

Saya cadangkan penulis cubalah buat lawatan menyelidik sambil menderma kebahagian rawatan kecacatan genetik/saraf di hospital kerajaan dan swasta diseluruh negara. Daripada meracau mencari kesalahan orang, alangkah baiknya masa dan kemampuann yang ada itu digunakan untuk membantu beribu-ribu orang sedang menerima rawatan disana kerana berpunca dari kecacatan genetik dan saraf. Mereka semuanya tinggal jauh dari Bukit Merah.

Tidakkah penulis Malaysiakini bersedia untuk menghubungkaitkan rokok dengan pengidap kancer paru-paru, penyakit TB dan penyakit masalah pernafasan. Perokok dan orang yang selalu menyedut asap rokok walaupn bukan perokok memang sudah disahkan oleh pakar. Ianya boleh dikatakan "penularan wabak" kerana ramai manusia diseluruh dunia terlibat. Ini lebih tinggi darjah kebaikannya daripada membuat kesimpulan yang tak tahu hujung pangkalnya.


Tuesday, March 27, 2012

DEMONTRASI MEMBANTAH DAN MENGUTUK ANWAR IBRAHIM KERANA BERSEKONGKOL DENGAN YAHUDI


Dizaman sains dan teknologi masakini rasanya jika mahu membantah atau menunjukkan perasaan, maka tak perlulah sampai ke tahap berguling dan tidur di atas jalanraya menghalang kereta sultan. Juga tak payahlah sampai ke tahap kena sedut gas pemedih mata atau mandi air kimia FRU. Atau memanjat tiang bendera bagi menurunkan gambar pemimpin negara.

Demikianlah disiplin tinggi yang di tunjukkan oleh Ahli Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Hulu Perak di perkarangan Dewan Persidangan Gerik pada 25 Mac 2012 jam 5.45 petang hingga jam 5.45 petang. Demonstrasi ini dijalankan sebaik sahaja mereka selesai mesyuarat agong pertama Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Hulu Perak. Mereka mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah perbuatan Anwar Anwar Ibrahim yang didakwa mereka telah bersekongkol dengan Yahudi iaitu dengan cara menerima dana dari NGO Yahudi bagi gerakan menjahanamkan ketenteraman dinegara ini.

Mereka juga mendesak KDN menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim kerana dianggap mensabotaj negara Malaysia apabila menerima bantuan asing yang merupakan NGO Yahudi/Israel, sebuah negara pengganas dan tidak mempunyai perhubungan diplomatik dengan negara Malaysia.

Jika puak-puak pro pembangkang mendakwa zaman sekarang orang semua sudah cerdik dan tak boleh ditipu oleh kerajaan/UMNO/BN, maka dakwaan sedemikian juga memberi makna bahawa majoriti rakyat Malaysia juga tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Justifikasinya jika pihak lain membantah dan mengutuk Anwar Ibrahim, itu menunjukkan bahawa pihak yang tidak menyokong Anwar Ibrahim dan penyokong kerajaan juga tidak boleh ditipu dengan penipuan, auta, putar belit dan pidato bohong Anwar Ibrahim.

Jika benar mahu menegakkan keadilan di Malaysia mengapa perlu meminta dana dari Yahudi. Bayaran baliknya tentulah mahal. Bukan boleh dibayar dengan wang ringgit lagi tetapi dengan menghulur kedaulatan negara untuk dijajah sekali lagi. Kita akan menjadi hamba kepada pihak yang sedang memusnahkan Islam. Itukah yang dimahukan oleh rakyat Malaysia?. Atau lebih tepat lagi penyokong tegar Anwar Ibrahim?.

 Lagi gambar-gambar suasana di lokasi
demonstrasi yang sempat dirakamkan