Total Pageviews

Friday, September 28, 2012

MAJLIS GERAKAN MEMBAJA 2012 RISDA HULU PERAK

PROGRAM MAJLIS GERAKAN MEMBAJA 2012 PERINGKAT GERIK SELATAN DAERAH HULU PERAK DI KAMPUNG AIR BETANG ULU KENDERONG, GERIK PERAK PADA 27 SEPT 2012.
"Bob" sering diberikan tugas menjadi pengacara majlis

Pegawai Risda Daerah En Abdul Rashid Bin Nafis
sedang menyampaikan amanat dan ucapan perasmian

 
Sebahagian dari peserta pekebun kecil dari Ulu Kenderong
dan Kg Belum Baru tekun mendengar  ucapan PRD

En Abu Bakar Bin Alias- PPR Gerik Selatan sedang 
Memberi beberapa panduan dan peraturan membaja 
dengan betu

En Abu Bakar - PPR Gerik Selatan meneruskan 
taklimatnya dengan memberi penerangan jenis baja2 
yang sesuai denganperingkat umur anak getah dan 
tujuan pembajaan ketika itu


En Abu Bakar Bin Alias- PPR Gerik Selatan

Berpengalaman berpuluh tahun dalam perkhidmatan 
RISDA, Pegawai PRD turut memberi tunjuk ajar 
cara yang betul menabur baja.

Bagi membawa maksud kepimpinan melalui teladan.


En Badrul, Ketua Stesyen Gerik Selatan juga turut 
membuat demonstrasi menabur baja dengan betul.

 
Latihan tunjuk ajar dan demontrasi membaja dilakukan
agar pekebun kecil dapat menimba ilmu dan munafaat 
dengan secukupnya.


Pemaju Masyarakat Risda (PMR) Gerik Selatan 
Tn Hj Yaacob mempraktikkan cara menabur 
baja seperti yang ditunjuk ajar oleh Pegawai 
RISDA yang disebutkan.


Tidak ketinggalan juga peserta wanita.

PRD sambil bersantai selepas membuat praktikal 
di kebun sempat menjawab beberapa soalan dari 
seorang peserta wanita yang ingin mendapat 
maklumat lanjut dari segi pembajaan.

Sesungguhnya gerakan yang dijalankan oleh RISDA ini adalah sangat berguna dalam menyedarkan masyarakat pekebun kecil terhadap pentingnya pengurusan ladang terutamanya amalan pembajaan pokok. 

Terima kasih kepada pihak berkuasa RISDA terutamanya RISDA Daerah Gerik, Hulu Perak.

Tuesday, September 25, 2012

PROGRAM MAJLIS GERAKAN MEMBAJA 2012 RISDA DAERAH HULU PERAK


MAJLIS GERAKAN MEMBAJA 2012
PERINGKAT RISDA STESYEN GERIK SELATAN
DAERAH HULU PERAK GERIK DI TAPAK
PERKELAHAN REKREASI LATA LAWIN
Pada 25 Sept 2012 dari jam 0900
 pagi hingga jam 0130 tengahhari

Ucapan perasmian En  Aris Yahya Pen PRD

Pada 25 Sept 2012, Jam 0900 pagi Pejabat RISDA Gerik telah melaksanakan satu lagi MAJLIS GERAKAN MEMBAJA 2012 bertempat di Tapak perkelahan Lata lawin.

Diantara Pegawai Kanan RISDA Gerik dan jemputan Khas yang hadir adalah seperti berikut:-

1.       Pen Pegawai Risda Daerah (PRD) En Aris Yahya – Mewakili PRD merasmikan program.
2.       En Badrul – Ketua Stesyen Gerik Selatan
3.       En Abdul malik Bin Othman – Pengurus Ladang FGV Lawin Tengah.
4.       En Nik Lah – Penolong Pengurus FGV Lawin Tengah.

Seramai 40 orang pekebun kecil terdiri dari pekebun kecil Kampung Lawin dan beberapa orang pekebun kecil dari kampong Belum Baru turut hadir mengikuti program ini.

Program ini dilaksanakan bagi gerak tubi menyedarkan pekebun kecil peri mustahaknya membaja dan melaksanakan pembajaan getah muda dan getah matang dengan betul. Ianya bagi mencapai matlamat meningkat sasaran purata pengeluaran. Program ini dilaksanakan dari masa ke semasa sebagai menyambut saranan PM bagi meningkatkan kesedaran pekebun kecil betapa pentingnya pembajaan bagi meningkatkan hasil/pendapatan pekebun kecil.

Diantara Pegawai RISDA dan jemputan yang sempat memberikan ceramah dan taklimat adalah seperti berikut:-

1.       Pen Pegawai Risda Daerah (PRD) En Aris Yahya
2.       En Badrul – Ketua Stesyen Gerik Selatan
3.       En Nik Lah – Penolong Pengurus FGV Lawin Tengah.
4.       En Abu Bakar Alias - PPR Gerik Selata
5.       En Khairil - PPR Gerik Utara

Hasil daripada taklimat, penerangan dan latihan amali, pekebun kecil yang hadir telah mendapat beberapa maklumat penting yang mungkin selama ini terabai atau tidak disedari oelh pekebun kecil semasa mengushakan kebun.

Antaranya:-

1.       Pembajaan hendaklah dilakukan selepas 100 hari daun gugur.
2.       Kawasan serapan baja adalah di hujung julai canopy pokok.
3.       Bagi pokok muda baru tanam, tabor lebih kurang 1 kaki jejari keliling pokok.
4.       Bagi pokok matang, baja hendaklah di tabur di tengah lorong atau di antara 2 pokok.    
5.       Bagi pengeluaran hasil susu getah, gunakan baja RISDA no 4 yang mengandungi NPK tetapi kurang MG.
6.       Bagi getah yang baru di tanam, gerakan membaja hanya dimulakan 2 bulan selepas ditanam dengan taburan 100 gram setiap pokok dengan baja RISDA no 1.
7.       Bagi getah matang, setiap pokok memerlukan 1 kg baja setahun dengan baja RISDA no 4.

Walaupun dalam keadaan cuaca yang kurang baik, iaitu mendung dan hujan renyai-renyai, semua peserta dan pegawai telah keluar ke ladang getah muda (kepunyaan FGV Lawin tengah) dan kebun getah matang berhampiran (kepunyaan penduduk) bagi melaksanakan latihan praktikal.

Beberapa keping gambar yang di paparkan  menggambarkan suasana program yang berjalan.

Bukan sahaja ilmu yang diberikan oleh pihak berkuasa RISDA Daerah malah para peserta/pekebun kecil dijamu pula dengan makan tengah hari pada jam 01.00 tengah hari. Begitulah seriusnya pihak kerajaan dan RISDA dalam usaha meningkatkan kesedaran para pekebun kecil dalam usaha menambahkan kuantiti dan kualiti hasil.

Program selesai jam 01.30.

Terima kasih kepada pihak berkuasa RISDA terutamanya Pejabat RISDA Daerah Gerik Hulu Perak.

Berikut adalah beberapa gambar peristiwa yang sempat dirakamkan semasa program berjalan:-


 Bob  sebagai pengacara

 En Badrul - Ketua Stesyen Gerik Selatan

 En Nik Lah atau nama glamournya "Pak Nik" -
Penolong Pengurus FGV Lawin Tengah

 En Bakar -  PPR Gerik Selatan

 En Khairil - PPR Gerik Utara


















Wednesday, September 19, 2012

RAJA BUKAN ISLAM PUN TAHU HORMAT MASJID

Bandingkan dua sinario berikut :-
Seorang bakal Raja di sebuah negara yang kuat didunia yang mana moyangnya dulu adalah penjajah negara ini pun tahu menghormati masjid dengan mengikuti semua prosidur yang ditetapkan untuk masuk ke dalam masjid. Antaranya jangan memakai kasut dan yang perempuan kena bertudung.


Tetapi malangnya,di malaysia pula, hanya baru jadi ECXO, ahli pembangakang DAP yang anti islam dah tunjuk kurang ajar dengan memasuki masjid dan berjalan kesana kemari dalam masjid tanpa membuka kasut dan tidak bertudung. Perbuatan ini direstui oleh pemimpin pembangkang Melayu/Islam. Inikah dia sahabat Parti PAS dalam PR. Bukankah PAS mendakwa dia memperjuangkan islam yang sebenar tetapi berkawan dengan kafir yang tidak menghormati Islam. Apa akan jadi agaknya kepada agama islam jika mereka memerintah Malaysia nanti.

Sebagai bukti lihatlah short video clip  di link berikut :-.
http://eddyjugaks.blogspot.com/2012/08/lahanat-video-teresakok-hina-islam-dan.htmlKAFIR SAHABAT PAS HINA MASJID

PROGRAM "LEARNING DAY" RISDA DAERAH HULU PERAK





Program "LEARNING DAY" RISDA Hulu Perak bagi Stesen Gerik Selatan bersama dengan Stesen Gerik Utara.

Tarikh: 19 Sept 2012
Masa : Jam 09.30 pagi hingga jam 12.30 t.hari
Tempat: Kampung Belum Baru - Di Kebun Getah En Zahari Bin Mat Taib.

Program kali ini diketuai oleh Ketua Stesen Gerik Selatan En Badrul bersama dengan 14 pegawai RISDA dari Stesen Gerik Selatan dan Gerik Utara. Turut serta dalam program ini adalah PMR Mukim Kenering - En Mohd Nor dan En Zahari (Tuan Kebun)

Tajuk-Tajuk Khas bagi program "Learning Day" kali ini adalah:
1. Cantasan Dahan Dan Cantasan Terkawal - Taklimat oleh En Hazlan.
2. Penyakit Akar - Taklimat oleh En Hanif.

Objektif: Menambah baik perkhidmatan dan meningkatkan lagi tahap profesionalisme dikalangan Pegawai RISDA dalam usaha meningkatkan lagi produk dan hasil pekebun kecil bagi setiap hektar.

Gambar-gambar menarik semasa taklimat dan praktikal:-






Saturday, September 1, 2012

BUKTI PERANCANGAN TUN MAHATHIR ADALAH BETUL




Masa era Tun Dr Mahathir jadi PM, punyalah marahnya Pembangkang (PAS/DAP) kepadanya. Segala perancangan pembangunan Tun Mahathtir ditentang habis-habisan. Dijadikan modal politik kononnya Tun membazir dengan projek mega yang merugikan rakyat. Salah satu yang jadi isunya adalah PLUS dari Bukit Kayu Hitan ke Johor Baru.

Tetapi kini pembangkang tidak berani menyentuh pembinaan PLUS lagi. Jika adapun hanya mahu menghapuskan TOL jika mereka dapat memerintah. Itu pun dalam nada yang tercekik seperti leher burung unta telan batu.

Pada PLUS telah jadi tiga "lane" sebelah dari KL ke Slim River dan dari KL ke Air Kroh (betulkan saya jika saya silap). Terbaru PLUS akan dijadikan 4 lane sebelah pula. Kita nak dengar ahli pembangkang yang mengutuk itu yang masih belum mati lagi segera buat komen bodoh mereka dalam hal ini. Apakah kali ini mereka akan tuduh Dato' Seri Mohd Najib pula membazir?.

Begitulah pembangkang. Selamanya hanya pandai mengkritik. Pada mereka semua yang kerajaan buat adalah tidak betul dari dahulu sampai sekarang.

Tetapi sebahagian rakyat penyokong pembangkang ni jika  nak dikatakan bodoh, ada yang berpangkat tinggi dan ahli perniagaan yang berjaya. Tetapi selagi mereka menyokong pembangkang selagi itulah otak mereka jadi kecil akibat di saikokan oleh pemimpin pembangkang.

Jika mereka buka sedikit minda mereka tentu mereka menyedari bahawa kejayaan perniagaan dan pangkat besar mereka adalah hasil dari asas kemanjuan dan pembangunan PM, Menteri, MP dan ADUN kerajaan BN yang mereka kutuk selama ini.

Cr. LUKMAN MOIDIN: Surat dan soalan terbuka untuk Dato Haron Din

Cr. LUKMAN MOIDIN: Surat dan soalan terbuka untuk Dato Haron Din

Tuesday, August 14, 2012

Majlis Ceramah / Dialog / Jamuan GAP Dan Majlis Berbuka Puasa RISDA Bersama YB Dan Kariah Kg Belum Baru

Pada 14 Ogos 2012, satu program aktiviti kemasyarakan:-
Majlis Ceramah / Dialog / Jamuan GAP Dan Majlis Berbuka Puasa RISDA Bersama YB Dan Kariah Kg Belum Baru
sempena bulan Ramadan anjuran RISDA Daerah Gerik telah diadakan di Masjid Nur Al-Huda, Kampung Belum Baru, Gerik Perak yang bermula dari jam 06.00 petang.

Aturcara program adalah seperti berikut:-


-  Penyampaian sumbangan kepada dua orang fakir miskin

-  Tazkirah Oleh Ustaz Mohd Fazli Bin Hj Mohamed

-  Ucapan Pegawai RISDA Daerah

-  Ucapan ADUN Kenering

-  Majlis berbuka puasa

-  Sembahyang Maghrib berjemaah

-  Majlis dialog

-  Sembahyang Isyak dan Tarawikh berjemaah

-  Moreh



     Antara yang hadir dalam program ini ialah:-

  
-  YB Dato’ Hj Mohd Tarmizi Bin Hj Idris - ADUN Kenering

-  En Abdul Rashid Bin Nafis             - Pegawai Risda Daerah

-  En Badrul Bin  Abd Wahab            - Ketua Stesyen RISDA Gerik Selatan

-  Tn Hj Mat Narun Bin Hj Mohamed - Pengerusi JKKK/Ketua Kg Belum Baru
-  Pegawai-pegawai dan kakitangan RISDA Gerik, AJK Masjid, Pegawai Masjid dan penduduk Kampung Belum Baru. 
                                                                                                                                     
Penyampaian sumbangan kepada dua orang warga emas

Pegawai Risda Daerah menyampaikan sendiri sumbangan wang dan bungkusan makanan di rumah dua  orang penerima seperti berikut:-

1.     Pn Jeriah Bt Awang Prang

 
 Rumah Jariah Bt Awang Prang
 
 
Penyampaian sumbangan oleh Pegawai 
Risda Daerah kepada Pn Jariah  

      2.     Pn Miah Bt Haron

 
Rumah Pn Miah Bt Haron yg didiami bersama
dengan anak, menantu dan 2 orang cucunya
 
Penyampaian sumbangan oleh Pegawai 
Risda Daerah kepada Pn Miah

Tazkirah Oleh Ustaz Mohd Fazli Bin Hj Mohamed 
Menyeru agar semua ahli kariah mengambil kesempatan melipat gandakan amalan di beberapa hari terakhir bulan Ramadham ini bagi mendapatkan keredaan dan paha berganda yang dianugerahkan oleh Allah di bulan yang mulia ini.

Ucapan Pegawai RISDA Daerah
-       Pegawai Risda Daerah (PRD) En Abdul Rashid Bin Nafis Menerangkan bahawa sumbangan bantuan kepada orang miskin dan perbelanjaan majlis berbuka puasa dan more di masjid Nur Al Huda Kg Belum Baru ini adalah hasil dari kutipan wang peribadi dari pegawai dan kakitangan RISDA Daerah dengan hasrat untuk mendapat pahala di bulan yang mulia ini. Mengucap ribuan terima kasih kerana memberikan kerjasama memasak untuk jamuan berbuka puasa dan moreh di Masjid Nur Al Huda Kg Belum Baru. Mengalu-alukan kehadiran YB Dato’ ADUN Kenering dan lain-lain jemputan. Demi untuk menambah baik khidmat RISDA, beliau sanggup menerima sebarang kritikan dari pekebun kecil kerana itulah sahaja salah satu cara terbaik mendapatkan maklumbalas menilai kejayaan atau kelemahan perkhimatan RISDA terhadap Pekebun Kecil.

     Ucapan YDH Toh Shahbandar Hulu YB Dato’ Hj Mohd Tarmizi Bin Hj Idris 
     Menyeru agar mempraktikkan amalan seperti yang disampaikan dalam Takzirah oleh Ustaz Fadzli. Kagum dengan cara pendekatan PRD (Pegawai Risda Daerah) dalam usaha menambah baik perkhidmatan pihak RISDA untuk membantu pekebun kecil menambahkan hasil keluaran getah pekebun kecil. 

      Majlis dialog 
      Selepas solat Maghrib dan sementara menunggu waktu solat Isyak dan Tarawikh, satu majlis dialog telah diadakan antara pekebun kecil yang hadir dengan pihak RISDA dan YB Dato’ ADUN Kenering. Antara soalan dan masalah yang dikemuka oleh pekebun kecil kepada PRD dan ADUN Kenering adalah seperti berikut:- 

      -   Kelewatan penyampaian bantuan  anak benih setelah kebun untuk tanam semula sudah dibersihkan yang menyebabkan pekebun kecil terpaksa melakukan kerja berganda kerana kebun dinaiki semak semula disebabkan kelewatan anak benih tersebut. 

      -  Terdapat anak benih klon yang tidak bermutu bercampur aduk dengan benih yang disampai kepada pekebun kecil untuk di tanam semula.
  
      -  Meminta YB Dato’ ADUN Kenering dan pihak berkuasa RISDA memberikan perhatian serius mengatasi masalah kejatuhan harga getah yang begitu mendadak sehingga ke tahap  RM3.90 sekilo. Kejatuhan harga getah ini boleh menimbulkah kegelisahan rakyat (pekebun kecil)

      -  Meminta pihak RISDA membaik pulih jalan TSB di Hulu Bertam yang kini mengalami kerosakn yang serius.

Rumusan dan penyelesaian dari majlis dialog tersut adalah seperti berikut:- 

      PRD memohon bantuan sokongan dari YB Dato’ ADUN Kenering bagi mendapatkan satu tapak semaian RISDA di Jalan Gerik Kupang bagi menampung keperluan jutaan anak benih getah di Hulu Perak. Tapak benih semaian ini juga membantu memberi kemudahan untuk pihak RISDA menentukan anak benih yang bermutu sahaja yang disemai dan disampaikan kepada pekebun kecil.- 

        YB Dato’ ADUN Kenering member sokongan penuh dan meminta PRD segera membuat perbincangan dan membuat permohonan di pejabat Tanah Gerik.

      PRD mengesyorkan agar diusahakan dibuat iaitu pihak RISDA membuat pembelian getah sendiri bagi membantu menstabilkan harga getah.

      PRD meminta kakitangannya segera membuat kertas kerja untuk membaik pulih jalan yang rosak untuk di kemukakan kepada pihak atasan dengan kadar segera. 

      Ulasan:

Sesungguhnya program yang dijalankan amat berguna sekali kepada penduduk kampong Belum Baru yang 95% adalah merupakan pekebun kecil. Penduduk Kampung Belum Baru mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato’ ADUN Kenering, PRD, Pegawai dan kakitangan RISDA, Pemaju Masyarakat RISDA dari kawasan Gerik Selatan dan semua jemputan yang hadir.