Total Pageviews

Tuesday, April 30, 2013

LAWATAN DATO' HJ MOHD TARMIZI BIN HJ IDRIS KE PEKAN SEHARI SELASA KG BELUM BARU

Pada 30 April 2013, lebih kurang jam 5.00 petang, Calon BN bagi DUN Kenering Toh Shahbandar Hulu Dato Hj Mohd Tarmizi Bin Idris turun padang melawat Pekan Hari Selasa Kampung Belum Baru bagi beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di Pekan Hari tersebut.

Beliau diringi oleh Tn Hj Abdul Latif yang merupakan Ketua PDM Belum Baru. Pak Tok (Panggilan mesra kepada beliau) adalah tidak asing lagi bagi rakyat di DUN Kenering beliau adalah bekas ADUN Kenering yang lalu yang memang terkenal dikalangan rakyat atas sifat beliau yang sangat perihatin dengan kehendak rakyat. Beliau telah disambut mesra oleh semua golongan peniaga dan pengunjung di Pekan Sehari tersebut.

Seterusnya beliau berhenti minum petang dan beramah mesra dengan petugas jentera parti di Bilik Gerakan yang kebetulan terletak dalam kawasan Pekan sehari. Minum petang disediakan oleh wanita "jalinan Rakyat".
 
Beliau seterunya membuat lawatan menziarah isteri kepada Tn Hj Mohd Najib - Ketua Cawangan Kg Belum. Pn Hjh Melah Bt Hj Mohamed sakit akibat komplikasi kencing manis yang serius sejak beberapa tahun yang lalu.

Beliau beredar dari tapak Pekan sehari lebih kurang jam 6 petang.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan semasa lawatan beliau:-
 
 
 
Menziarahi isteri kepada Tn Hj Mohd Najib - Ketua Cawangan Kg Belum. 
Pn Hjh Melah Bt Hj Mohamed yang sakit akibat komplikasi kencing manis 
yang serius sejak beberapa tahun yang lalu.

DATUK NIK AZIZ PUN MEMERLUKAN KEMEWAHAN HIDUP JUGA


Zuhudnya Tuan Guru Nik Aziz. Dia sering melebelkan pemimpin UMNO/BN semuanya rasuah, zalim kepada rakyat, menolak Islam, mengumpul harta, duniawi dan suka buat fitnah. Memang diakui bahawa tiada pemimpin dalam UMNO lebih-lebih lagi BN yang begitu zuhud hingga melupakan kemewahan dunia. Tetapi taklah semuanya berkepentingan diri. Jika semua mereka bersikap sedemikian, maka negara kita dah lama lingkup. Maklumlah semua pemimpin UMNO/BN rasuah, zalim kepada rakyat, menolak Islam, mengumpul harta, duniawi dan suka buat fitnah. Tetapi UMNO/BN tahu bahawa setiap manusia tidak kira dalam politik apa atau status agama tetap  tidak dapat lari dari bernafsu. Hanya undang-undang sahaja yang boleh mengawal. Itupun bukan semuanya dapat dibendung.

Tetapi rupa-rupanya, Datuk Nik Aziz sendiri pun bukan seperti yang digambarkan. Dia juga manusia biasa yang mempunyai kepentingan dan memerlukan kemewahan.

Maknanya apa yang dikhabarkan tidaklah serupa dengan yang nyata:-

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130429/dn_12/Nik-Aziz-milik-tanah-bernilai-lebih-RM10-juta



 

Jika demikianlah "zuhudnya" Datuk Nik Aziz hanya kerana makan dengan tangan dan nasi bungkus, apakah Datuk Pa (seperti dalam gambar dibawah ini) yang merupakan calon BN di Jeli juga tidak "sezuhud" Datuk Nik Aziz?. Tetapi Datuk Pa tak terdengar pula memiliki harta sebanyak kepunyaan Datuk Nik Aziz. Walaupun Datuk Pa bukan guru agama tetapi dia masih tahu membezakan yang hak dengan yang bathil.




Saturday, October 27, 2012

APALAH MALANGNYA NASIB MELAYU.. KAYA PUN TAK BOLEH KERANA AKAN DIMARAHI OLEH ORANG MELAYU

 
Masjid A-Bukhari Alor Star Kedah
 


Semalam Panglima  ke Alor Star melawat saudara sakit. Sebelum samaai ke rumahnya rombongan Panglima tersesat jalan. Rupa-rupanya Allah mahu menunjukkan sesuatu. Kami berhenti di sebuah kompleks yang amat mengkagumkan. Dimana sebuah masjid yang dinamakam " MASJID AL-BUKHARI  " tersergam indah dalam satu kawasan dengan Al-Bukhari International University - AIU.

Benarlah seperti yang disuarakan oleh Dato' Ibrahim Ali dalam Utusan Malaysia > BACA DI SINI< yang mempersoalkan seorang Ahli Parlimen penyokong kerajaan yang mempertikaikan kekayaan Syed Mohkhtar Al Bukhari.

Apalah salahnya Melayu seperti Syed Mokhtar ini kaya. Dengan kekayaannya, beliau tidak membazirkan begitu sahaja. Renungkan juga "YAYASAN AL BUKHARI".  Juga masjid-masjid yang di binanya. Beliau banyak menyumbang kepada perkara-perkara yang baik dan bagus untuk bumiputera/Melayu/Islam. Semuanya adalah bagi meninggiklan lagi syiar Islam di negara ini. Beliau juga merupakan sebagai salah seorang Melayu yang memegang sebahagian ekuiti kekayaan Melayu/Bumiputera di negara ini. Itu pun tidak sampai 10% dari pemilikan bukan bumiputera.

Apakah Robert Kuok dan Ananda Krishnan yang memiliki berkali ganda kekayaan Syed Mokhtar sanggup membuat kebajikan yang sama dengan apa yang Syed Mokhtar telah lakukan terhadap Islam?. Apakah mahu menafikan hak orang Melayu untuk turut menikmati kekayaan di negara Melayu/Islam di Malaysia ini?.

Sudahlah bangsa lain mendiskirminasikan kaum Melayu dalam perniagaan/ekonomi, malah Melayu sendiri turut juga didengki dan diririhati kaumnya sendiri.

Monday, October 15, 2012

AGAMA DAN POLITIK PERLU DIPISAHKAN - TPM SINGAPURA

Agama dan politik perlu dipisahkan - TPM Singapura

SINGAPURA 15 Okt. - Kerajaan Singapura menegaskan tentang keperluan untuk mengekalkan garisan pemisah jelas antara agama dan politik di republik ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Datuk Nik Aziz yang bersalaman dengan menteri kanan Singapura keturunan kafir Cina rasis laknatullah Lee Kuan Yew hingga memberikan isyarat "tumb up" yang memberi makana bahawa musuh Islam itu adalah terbaik. Maknanya apa yang dilakukan oleh bekas pemimpin no 1 Singapura itu adalah sangat baik. Rumusannya jika pihak Singapura berkata bahawa Agama dan politik patut di pisahkan, maka itu adalah amat baik juga bagi parti PAS.
Nik Aziz sepatutnya mentarbiahkan Lee Kuan Yew dan Timbalan Perdana Menteri Singapura bahawa apa yang di perkatakan itu tidak benar. "Politik suku, agama suku tidak benar"("politik lain agama lain adalah tidak benar").
Nik Aziz pernah mengulas bahawa nabi Muhammad SAW juga menggunakan politik dalam mengembangkan Islam. Tetapi apakah dia berani menyanggah apa yang di ucapkan oleh  Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean yang juga Menteri Dalam Negeri Singapura itu?.
Kita mahu mendengar ulasan pencacai PAS dan pembangkang dalam hal isu ini. Saranan pemimpin kerajaan UMNO agar jangan menggunakan agama untuk kepentingan politik telah menyebabkan Tun Dr Mahathir dan lain-lain pemimpin  UMNO dan ahli/penyokong UMNO dituduh kafir.

Sekarang sekutu kuat PAS di luar negara (Singapura melalui DAP di Malaysia dan PAP di Singapura) sudah menyuarakan pendirian yang sama dengan apa yang diperkatakan oleh pemimpin UMNO/BN.

Jangan hanya pandai mengeluarkan fatwa yang menyebabkan umat Islam berpecah.


Sunday, October 14, 2012

SINDIKET SABOTAJ ROSAKKAN KERETA DI LEBUHRAYA







Banyak kali sudah isu yang melibatkan sindiket menipu pengguna kenderaan dalam tuntutan insuran, bayaran tow truckdan charge membaik pulih kenderaan yang melampau didedahkan oleh berbagai pihak. Namun kesnya bukan bertambah kurang tetapi nampaknya makin bertambah parah. Yang berterusan menjadi mangsanya adalah pemilik kenderaan.

Di Lebuhraya, tidak ada bengkel tepi jalan untuk memberi perkhidmatan segera kepada kenderaan yang mengalami kerosakan.

Kesempatan inilah yang digunakan oleh sindikit. Agen pakar merosakkan kereta sentiasa berada dihentian terutamanya R&R yang menjadi tumpuan seperti di Tapah.

Sindiket ini akan mencari mangsanya dari kalangan orang yang berkeluarga kerana mereka mempunyai banyak masa untuk sabotaj. Maklumlah, bila ramai anak-anak maka banyaklah ragamnya sehingga terpaksa mengambil masa yang lama melayan mereka di R&R. Masa inilah yang digunakan oleh sendiket. Tambahan pula mereka yang berkeluarga inilah yang paling terdesak memerlukan perkhidmatan segera kerana menghadapi masalah dengan ragam anak-anak.

Sabotaj yang paling popular adalah melonggarkan screw pengikat tayar, membocorkan radiator, bocorkan cable minyak brake dan memutuskan tali kipas.

Bila kenderaan tadi bergerak meneruskan perjalanan, maka agen sendiket tadi akan mengekori kenderaan yang disabotaj. Sehinggalah kenderaan tersebut terpaksa berhenti di tepi jalan kerana tidak dapat meneruskan perjalanan atau terlibat dalam kemalangan seperti terbabas atau sebagainya. Kepada sindiket ini, nyawa manusia tidak berharga lagi. Janji mereka dapat pelanggan untuk claim insuran, upah tunda kenderaan dan boleh sembelih harga upah membaik pulih dibengkel kroni mereka.

Maka disinilah mulanya pemilik kenderaan akan menghadapi bencana. Mulanya kena bayar charge tunda yang mahal dengan berbagai alasan.  Bila sampai ke bengkel sindiket, tiba-tiba sahaja pemilik kenderaan dimaklumkan bahawa kerosakan keretanya begitu serius hingga terpaksa dibaiki secara besar-besaran.

Nasihat saya, walau apapun terjadi, jangan guna khidmat tow truck "segera" yang tiba-tiba muncul beberapa minit setelah kita menghadapai masalah kerana kemungkinan besar mereka adalah dalang sendiket.

Minta bantuan PLUS dan pastikan kita ada senarai bengkel yang bertauliah. Jangan biarkan tow truck menentukan bengkel untuk membaikinya tetapi kita yang tentukan sendiri. Jangan tandatangan apa2 persetujuan melantik agen insuran atau sebarang dokumen persetujuan membaikpulih.