Total Pageviews

Monday, June 13, 2011

TUN DR MAHATHIR TIDAK MELARANG HUKUM HUDUD DIKELANTAN


PAS mendakwa bahawa mereka tidak dapat laksanakan hukuman Hudud di Kelantan kerana di beri amaran oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi dari apa yang difahami dari surat daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Nik Aziz bertarikh 15 July 1994 jelas menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir bukan melarang Datuk Nik Aziz dari melaksanakan Hukum Hudud tetapi menegaskan bahawa hukuman yang hendak dilaksanakan bukan Hukum Hudud Islam yang sebenar mengikut syariat Islam  tetapi Hukum Hudud yang diolah oleh PAS. Hukum Hudud tersebut didapati tidak ada keadilan antara penguatkuasaannya terhadap orang Islam dan terhadap bukan Islam. Ketidakadilan inilah yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir yang dipandang serius oleh kerajaan pusat. Pada pendapat beliau jika Hukum Hudud PAS terus dilaksanakan, maka akan terjadi huru hara. Huru hara inilah yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir yang menjadi tanggungjawab kerajaan pusat.

Dimana keadilannya jika seorang lelaki kafir dan seorang perempuan Islam berzina, hanya perempuan Islam sahaja yang di hukum. Manakala lelaki bukan Islam di lepaskan. Begitu juga perempuan yang menjadi mangsa rogol bila mengandung akan dihukum kerana berzina manakala perogol tidak dapat di hukum kerana tidak ada 4 saksi lelaki yang tidak fasik.


*********************************************************************


Sila baca kandungan penuh surat tersebut yang dipetik dari blog :-

http://panglima-harimau.blogspot.com/2011/06/wajib-baca-surat-tun-m-kepada-nik-aziz.html


PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Wednesday, June 8, 2011

KURANG PERUMAHAN MAMPU MILIK MENYUMBANG KE ARAH PENINGKATAN JENAYAH - KP PULAU PINANG


GEORGE TOWN: The lack of affordable and low cost housing in Penang contributes to crime in the state, said Penang police chief Datuk Wira Ayub Yaakob.
He said land was being reclaimed and hills being cut only to build more luxury houses and condominiums with no affordable house schemes for the lower income earners.
He said that the current low cost flats were too small with no proper playing areas for children and youth.
 Untuk berita sepenuhnya click di sini

******************************************************************************
Sebagai seorang Ketua Polis negeri, Datuk Wira Ayub Yaakob bertanggungjawab mengekang segala ancaman keselamatan di negeri di bawah tanggungjawabnya. Beliau bukan orang politik dan sudah tentu apa yang diluahkannya adalah berasaskan analisa keselamatan. Jika indek jenayah naik di negeri dimana beliau menjadi ketua polis, sedikit sebanyak akan mencabar kewibawaannya sebagai Ketua Keselamatan tertinggi negeri. Dan komennya tentang kurangnya pembinaan rumah mampu milik kepada golongan berpedapatan rendah oleh kerajaan pulau pinang perlu dianggap satu nasihat berguna kepada kerajaan yang memerintah. Di Pulau Pinang tentulah terhadap kerajaan negeri pemerintahan DAP yang di ketuai oleh Ketua Menteri rasis Lim Guang Eng.

Apakah ucapan seperti ini di anggap berbaur politik?. Bagi sebuah kerajaan yang bersikap liberal dan rasional, tentulah maklumat sedemikian dapat membantu kerajaan membuat polisi dan mengubah dasar pembangunan untuk rakyat secara keseluruhan. Bukankah pilihanraya itu sendiri adalah untuk memilh kerajaan untuk memerintah bagi kepentingan rakyat dan negara/negeri?.

Sebagai rakyat yang memerhati, nampaknya Lim Guang Eng tidak memikirkan rakyat yang berpendapatan  rendah dan kurang mampu. Dia tahu rakyat yang sedemikian adalah majoritinya orang Melayu. Lim Guang Eng tidak memerlukan Melayu di Pulau Pinang. Dia sedang merancang satu bentuk operasi menghalau Melayu dari Pulau Pinang.

Dengan membina rumah teres mewah,banglow mewah dan kondo mewah, tidak mungkin majoriti rakyat Melayu di Pulau Pinang malah majoriti Melayu di Malaysia mampu membelinya. Lim Guang Eng tidak menghalau Melayu keluar dari Pulau Pinang secara nyata. Tetapi perancangan dengan teliti berkat dari nasihat PAP Singapura yang merupakan abang politik kepada DAP di Malaysia

Jika adapun rumah yang golongan Melayu mampu beli adalah rumah flat seperti sarang merpati yang sempit dan kurang kemudahan rekreasi. Dibina sebagai agenda penghapusan etnik iaitu memberikan satu tekanan sosial terhadap golongan Melayu yang kurang mampu membeli rumah yang selesa dan mahal. Dimanakah keselesaannya rumah yang dibina dengan bilik yang sempit dan tidak cukup untuk menampung keluarga besar. Akhirnya anak-anak muda yang menjadi generasi pelapis mula mencari jalan keluar dengan menyumbang kepada peningkatan indek jenayah yang memeningkan kepala Datuk Ketua Polis. Dan bila sesudah tidak tertahan lagi dengan tekanan kehidupan dan sosial yang menjerihkan, akhirnya orang Melayu akan beransur keluar dari Pulau Pinang seperti mana penghijrahan Melayu kelaur dari Singapura.

Apakah dengan menebus guna hak milik Melayu di Pulau Pinang atas nama keperluan pembangunan dan kemudiannya membina komplek perniagaan dan kediaman mahal yang tidak mampu dibeli dan dimiliki oleh orang Melayu, maka itu tidak dianggap menghalau orang melayu secara sitematik?. Kemudiannya rumah-rumah mewah dan komplek perniagaan akan dipenuhi oleh orang kaya keturunan Cina samada Cina tempatan atau Cina dari luar negeri Pulau pinang dan juga Cina dari luar negara. Akhirnya mereka ini akan mendapat kerakyatan dan menjadi majoriti di Pulau Pinang. Maka jadilah Pulau Pinang "Singapore The 2nd" di semenanjung Tanah Melayu.

Inilah dia sebuah kerajaan negeri dan sebuah parti politik rasis Cina yang berniat menghancurkan Bangsa Melayu dan Agama Islam. Yang anihnya DAP ini mendapat sokongan dan kerjasama erat dari Parti PAS. Parti yang kononnya memperjuangkan Agama Islam di mana di malaysia ini orang melayu adalah 100% penganut agama Islam.

INI BUKTINYA BAHAWA PEMBUKTIAN LAIN BOLEH DIGUNA UNTUK PEMBUKTIAN KES ZINA (ROGOL DAN LIWAT) DALAM ISLAM


 
Nah ini dia penjelasan yang munasabah. Penjelasan yang tidak mempunyai agenda politik tetapi semata-mata menerangkan bahawa Islam tidak zalim. Islam itu adil. Islam sentiasa meletakkan yang hak ditempatnya. Tontonlah video ini dan dengar huraian Ustaz Kazim dalam bab zina, hudud, liwat, saksi, Qarinah-pembuktian DNA, sumpah. gambar/video dan lain-lain.

Kepada yang masih membuta tuli membela Anwar, sila sangkal hujah Ustaz Kazim ini. Jangan nanti anda bersubahat menyembunyikan dan menyokong perbuatan zina dan liwat. Berdosa besar sesiapa yang berzina dan meliwat serta yang menolong dan bersubahat membantu atau melindungi penzina dan peliwat juga kepada mereka yang berbohong bagi menutupi perbuatan zina dan liwat.

Tuesday, June 7, 2011

PEMANDANGAN DI JETI AWAM PULAU BANDING

Jeti Awam di Pulau Banding. Di ufuk sanalah terletaknya Kg Belum Lama di Lembah Belum. Di sanalah tempat kelahiran keturunan Panglima Lembah Belum. Kini Penglima Lembah Belum generasi baru berdiri gagah berjuang untuk mempertahan hak Melayu/Islam di Bumi Melayu ini.
                                      
                                      Malam Itu Gerhana Gangsa Itu Waja
                                                  Laksamana Satria Panglima Besi
                                      Islam Itu Agama Melayu Itu Bangsa
                                                  Panglima Pertahan Sampai Mati


Ikrar dari Panglima Lembah Belum


Monday, June 6, 2011

PEMILIHAN AJK QARI'AH MASJID SECARA PENGUNDIAN BOLEH MEMECAH BELAHKAN PERPADUAN UMAT ISLAM

Masjid, adalah rumah Allah tempat umat Islam beribadah, bukannya tempat berpolitik


Exco Agama di Pulau Pinang yang menghadiri majlis yang menu utamanya adalah babi. Wakil Islam macam inikah yang kita harapkan untuk mempertahankan Islam di Pulau Pinang.

********************************************************************

Kerajaan DAP P. Pinang tetap teruskan p/raya masjid

Utusan On Line

06/06/2011 6:54pm

GEORGETOWN 6 Jun - Kerajaan negeri pimpinan DAP telah memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim berkata, kaedah pemilihan yang diperkenalkan itu adalah persetujuan bersama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Tidak dapat tanduk, telinga di pulas. Begitulah andaian yang boleh diberikan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap kempen Cina Rasis untuk menghapuskan identity dan syi’ar Islam. Seperti doktorin komunis dan juga penjajah barat, untuk mengawal atau memusnahkan kuasa dan perpaduan Melayu, mereka perlu membuat pendekatan melalui agama Islam. Selagi Islam kukuh dikalangan umat Melayu di Negara ini, maka selagi itulah kuasa dominan Melayu tetap kuat dan utuh di tangan Melayu. Dan selagi itulah kafir harbi tidak dapat dapat menukarkan negara ini menjadi negara mereka (Kafir harbi).

Hanya Melayu dalam PAS dan PKR sahaja yang tidak menyedari kempen perang saraf yang dilancarkan oleh musuh Islam ini selama ini. Jika mereka sedar terhadap ancaman terhadap Islam ini, sudah tentu mereka tidak akan berpelukan dengan DAP Cina rasisyang memang memerangi dan memusuhi Islam.

Apakah DAP telah menyama tarafkan Islam yang suci dengan pertubuhan politik. Tahukah mereka (DAP Cina rasis) bahawa Islam yang wujud lebih 1400 tahun yang lalu adalah sebuah agama yang diturunkan oleh Allah untuk semua umat manusia secara total. Bermakna tidak ada pilihan lain selain dari wajib mematuhinya.
Dengan mengadakan pemilihan AJK Qari’an masjid menggunakan kaedah pengundian ini ianya telah meletakkan agam Islam seperti sebuah pertubuhan atau organisasi plotik dan social yang lain. Juga meletakkannya kedudukan agama Islam sama tarafnya dengan pertubuhan agama Buddha, Hindu dan Kristian dan lain-lain agama ciptaan manusia.

Bencana awal yang bakal menimpa terhadap umat Islam jika sistem ini di teruskan adalah perpecahan dikalangan umat Islam bermula diperingkat Qari’ah nasjid lagi. Bila di sebut sahaja pilihan melalui pengundian, bermakna mesti ada sekurang-kurangnya dua pihak/puak yang bertanding. Ini adalah peringkat pertama perpecahan.  Bagi memastikan diri mereka dikenali dan di pilih, calon akan berkempen dengan batuan dari kem penyokong masing-masing. Dalam kempen ini tentu sahaja akan timbul perbuatan riak iaitu menonjolkan kebaikan dan jasa diri masing-masing. Juga akan diiringi perbuatan memfitnah dan memburuk-burukkan pihak lawan bagi melemahkan kredibaliti pihak lawan di mata jemaah (pengundi).

Berkhidmat untuk perjuangan meninggikan syi’ar Islam yang pada asasnya adalah sukarela bagi mendapat keredaan dari kerana Allah semata-mata kini telah menjadi hal duniawi dan berkepintangan diri. Adakah ini baik untuk islam?.

Pengundian ini akhirnya akan menyebabkan Qari’ah berpecah dan menjadi berpuak-puak dan bermusuhan sepanjang masa. Dengan hasutan dan hujah-hujah semasa berkempan, tentu sahaja akan timbul perasaan sakit hati, dengki dan perasaan tidak puas hati terhadap lawan. Maka ini akan dituruti dengan perasaan tidak dapat menerima keputusan kekalahan dari pihak yang kalah terhadap yang menang. Begitu juga akan timbul perasaan ingin membalas dendam serta perbuatan diskriminasi dari pihak yang menang terhadap yang kalah. Bukankah ini malapetaka terhadap perpaduan Islam?.

Memang diakui mengikut sejarah bahawa cara pemilihan melalui undian ini pernah dilaksanakan di zaman sahabat nabi dahulu. Tetapi ianya dilaksanakan dalam suasana yang berbeza. Pada masa tersebut tidak ada perebutan politik antara pihak Islam dengan bukan Islam. Tidak ada menteri atau ketua menteri bukan Islam yang tak tahu hukum Islam yang mencaturkan pemerintahan Islam. Pada masa tersebut juga tidak ada pemimpin kafir mengaku dirinya setaraf dengan Khalifah Omar Abdul Aziz melainkan telah memeluk islam terlebih dahulu.

Kepada Malik Kassim sebagai seorang Exco Agama yang berkhidmat di negeri yang ditadbir oleh kafir harbi, jika benar dirinya adalah pihak yang metadbir kepentingan Islam negeri, maka beliau perlu memberi nasihat kepada kerajaan negeri tersebut. Bukannya ikut serta menghina dan menjatuhkan maruah hingga sanggup menghadiri majlis yang mengutamakan menu daging babi. Inikah contoh kelonggaran dan pembaharuan yang ingin diterapkan dalam Islam hingga terdorong untuk mempraktikkan pemilihan AJK Qari’ah masjid dijalankan secara undian di Pulau Pinang?.



Friday, May 27, 2011

KERANA UNDI PAS SANGGUP MENGGADAIKAN ISLAM



Tokong Duduk Buddha yang tertinggi di Asia Tenggara di Tumpat
Kelantan yang dibina dengan kelulusan kerajaan PAS Kelantan

Wahai penyokong PAS dan penyokong Melayu/Islam PKR dan semua orang Melayu/Islam terdiri dari semua golongan parti politik dan tidak berpolitik. Sesungguhnya Nik Aziz pernah mengkafirkan orang Melayu/Islam dalam UMNO dengan berkata bahawa tak perlu masuk agama lain untuk jadi kafir. Bersahabat dengan kafir pun dah jadi kafir (bersahabat dengan MCA/MIC/GERAKAN). Tetapi bagaimanakah pendirian PAS sekarang?.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan sekelian!. Bacalah luahan hati seorang pemuda dari keluarga tegar PAS yang mana seluruh keluarga termasuk dirinya adalah ahli PAS tulin di kelantan. Kasihan kepada dia. Cita-citanya hanyalah perjuangan utamanya adalah Islam. Tetapi betapa kesal dan cemasnya beliau atas tindak tanduk Nik Aziz dan kerajaan negeri Kelantan. Kerana terlalu kemaruk mendapatkan undi kaum Siam dan Cina di kelantan, maka Nik Aziz dan kerajaan negeri telah meluluskan dan memberi sumbangan bagi pembinaan sebuah patung Buddha yang terbesar di Asia Tenggara. Bacalah luahan hati pemuda PAS ini seperti berikut.

Mengapa dengan kafir harbi bukan sahaja sanggup berkawan bahkan meluluskan permohonan masyarakat Buddha untuk membina sebuah tokong paling besardi Asia tenggara didalam negeri Melayu/Islam yang didakwa oleh PAS sebagai serambi Mekah.

Sila baca sepenuhnya artikal yang di tulisoleh pemuda tersebut.


Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.   Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.   Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.   Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.   Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.   Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.   Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.   Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.   Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;   1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan. 2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.   Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.   Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.   Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.   Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.   Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.   Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat.   Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.   Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.   Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.   Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas. Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.   Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.   Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.   Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!   Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.   Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.   Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.   Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.   Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.   Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.   Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.   Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.   Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama.   Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah Pas Kelantan.   Saya benci apabila Pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP? DAP adalah anak kepada parti PPP Singapura.   Buktinya?   SEJARAH... Belajarlah sejarah.   Lagi buktinya?   Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.   YA ALLAH sesungguhnya aku kelu.   Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku. Satukanlah mereka Ya Allah.   Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu.   Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan?   Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam.   Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam.   Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.     ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...   Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR... Bertindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat.   Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah...   Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir... Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.   Hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT

SEBARKAN

Thursday, May 26, 2011

NIK NAZMI, NGA DAN NGEH IKUT BOS PKR JADI PAK NUJUM PUTAR ALAM


PKR communications director Nik Nazmi Nik Ahmad
Bercakap tapi tak tahu apa yang dicakapkannya
The Malaysian Insider – Thu, May 26, 2011

Pakatan MPs say subsidy cuts timed for snap polls

By Clara Chooi

KUALA LUMPUR, May 26 — Several opposition lawmakers today shrugged off the government’s decision to postpone fuel and gas subsidy cuts as a political decision timed for the coming general election.
They reminded Malaysians that the cuts were inevitable as the government had already complained of a burgeoning subsidy bill, which is expected to double from RM10.32 billion to RM20.58 billion this year.
PKR communications director Nik Nazmi Nik Ahmad scoffed at yesterday’s Cabinet decision to postpone the cuts, saying it was “typical BN (Barisan Nasional) propaganda”.
“Elections must be very near, then. They have done this so many times. They play good cop, bad cop... first they say the government desperately needs to cut subsidies. Then, Cabinet meets and decides to relent, saying they will not impose cuts,” he told The Malaysian Insider.
He predicted that once elections are called and should BN stay in power, the government would immediately slash subsidies according to plan.
DAP leaders Nga Kor Ming and Datuk Ngeh Koo Ham agreed with Nik Nazmi, pointing out that the country was struggling under the burden of its national debt and a budget deficit.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Ulasan panglimalembahbelum

Nik Nazmi kata kerajaan tak jadi menaikkan harga minyak adalah merupakan satu propaganda. Yang dia buat ulasan sepeti dalam berita di atas bukan propagandakah.. PR oh PR..Spin jangan tak spin.

Tak malu kah pemimpin pembangkang bercakap sumpama di tepi longkang busuk macamni?. Jika naikkan harga petrol dikatanya kerajaan akan menyusahkan dan tak perihatin terhadap rakyat. Bila kerajaan ambil keputusan tidak naikkan harga petrol dikatakan pula keputusan tersebut dibuat setelah mendapat tekanan dari pembangkang. Macammana ni? Kononnya ditekan pembangkang tapi bertukar pula kemudiannya jadi propaganda pula. Itupun PR pembangkang yang kata.  Tak cukup dengan itu di tokok pula dengan andaian kononnya ianya sebagai petunjuk pilhanraya sudah dekat.

Hai manusia lidah biawak..kerajaan menangguh kenaikan minyak setelah berbincang dengan pakar-pakar, NGO, mesyuarat cabinet dan juga setelah mendapat maklumat dari semua pihak dan lapisan masyarakat. Tidak memberi apa-apa  kesan kepada kerajaan pun jika mengabaikan desakan PR kerana mereka sendiripun tak tahu apa yang mereka cakap. Tak payahlah buat andaian kerana kerajaan mesti membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya apabila sudah sampai tempohnya seperti termaktub dalam perlembagaan. Apakah jikalau pembangkang tak desak maka PM  membuat keputusan tidak akan mengadakan PRU walaupun telah tamat tempoh. Apakah tujuan pilihanraya setiap 5 tahun itu?. Memilih kerajaan yang cekap untuk memerintah. Sebelum cukup 5 tahun PM bila-bila masa boleh memohon kepada DYMM untuk membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihanraya.


Dan sebagai pihak yang memerintah, tentulah dia akan membubarkan parlimen dan mengadakan PRU semasa pemerintahannya berada di puncak populariti dikalangan majoriti rakyat. Dalam situasi ini pembangkang tiada pilihan kerana mereka bukan penentu dasar dan pengurusan kerajaan. Dimana-mana dalam dunia ini jika disebut demokrasi, itulah jalan ceritanya. Yang PR bertenun nasib tu apa pasal?. Jika dalam PRU nanti BN menang itu bermakna majority rakyat masih memilih BN untuk memerintah dan majority rakyat juga tak percaya PR boleh memerintah dengan baik. PR hanya pandai menuduh kerajaan kroni, konspirasi, rasuah, tidak cekap dan pemimpin korup tetapi sebaliknya, belumpun pegang kerajaan persekutuan, mereka dah banyak buat hal di Pulau Pinang, Selangor dan kelantan malah di Kedah juga. Rakyat memerhati dan akan menghukum di PRU nanti.

Jikalau ekonomi teruk dan kerajaan menanggung hutang yang banyak, itu bermakna kerajaan berada dalam situasi yang tak bagus untuk membubarkan Parlimen. Nik Nazmi pula berkata bahawa pengumuman tiada kenaikan minyak menunjukkan PRU dah dekat. Manakala Nga dan Ngeh pula kata kerajaan sedang dilanda masalah kegawatan hutang Negara dan masalah difisit Negara. Takkan PM nak adakan PRU masa terdekat jika dia tahu bahawa kerajaan BN ada masalah. Tempoh mandat BN masih lama lgi.

Inipun sudah menunjukkan bahawa PR hanya berandaian dan pendapat mereka tidak bersepadu pun. Macammana pula nak bersatu memerintah. Hal macamni pun dah berlainan pendapat. Betapa bahlolnya puak-puak PR ni. Nik Nazmi kata lain, manakala Nga dan Ngeh kata lain. Tetapi kononnya bersetuju pendapat antara satu sama lain.