Total Pageviews

Friday, January 6, 2012

PATUTKAH PENYOKONG ANWAR DIBENARKAN BERHIMPUN?

MANUSIA MACAM INKAH YANG MAHU DI BELA SEHINGGA SANGGUP BERGADAI NYAWA?.

 Mengikut berita Malaysiakini  >klik disini untuk berita Malaysiakini<

Azmin Ali - PKR mendakwa polis telah membenarkan mereka berkumpul secara aman di medan letak kereta berhapiran mahkamah dimana keputusan perbicaraan Anwar yang berlanjutan 3 tahun dan berpuluh kali tangguh akan di umumkan di mahkamah Jalan Duta tersebut pada 9 Januari nanti. Mereka menjangkakan 100,00 kehadiran bagi menyokong mereka ( Penyokong Anwar Ibrahim).

Satu persoalan.. jika benarlah penyokong Anwar akan hadir 100,000 orang, manakala keputusannya adalah didapati Anwar bersalah meliwat Saiful Bukhari, siapakah agaknya yang akan dapat mententeramkan kumpulan yang seramai itu. Selama ini pun kita telah melihat akan keengganan mereka mematuhi undang-undang  walupun Anwar hanya masih dalam perbicaraan.

Yang lebih merisaukan, bahawa beberapa NGO berhaluan kanan yang menyokong kerajaan turut sama diberi kebenaran oleh pihak polis untuk berkumpul di masjid Jalan Duta yang letaknya 300 meter dari mahkamah.  Perkasa, Pekida dan Permas dan NGO tidak cakap besar. Mereka menyatakan bahawa ahli mereka yang akan hadir hanya dalam linkungan 2,000 orang sahaja dan akan bersolat di masjid tersebut.

Insiden yang pertama dijangkakan adalah jika penyokong PKR turut mahu bersembahyang di masjid yang sama. Masjid adalah untuk semua umat Islam. Penyokong PKR berhak bersembahyang  disana walaupun mereka tahu perjuangan mereka adalah menyokong Anwar yang menghadapi tuduhan Liwat dan turut diiringi dengan video sex.  Isu menghalang mereka (PKR) bersembahyang atau bertembung dengan Perkasa dan NGO dimasjid hanya akan menjadi modal mereka untuk menjustifikasikan perbuatan mereka mencetuskan huru hara dan pergaduhan.

Nampaknya pihak polis akan menjadi kambing hitam sekali lagi.

Jika Anwar di putuskan tidak bersalah, mungkin suasana tidaklah sehangat mana walaupun dijangkakan terkeluar juga tuduhan dan ejekan terhadap kerajaan dan pemimpinnya. Ini pun sudah cukup untuk menaikkan darah Perkasa dan NGO penyokong kerajaan.

Tetapi andaikata Anwar didapati bersalah, apa agaknya reaksi yang kita boleh jangkakan dari penyokong Anwar. Tentu sekali mereka tidak akan mendiamkan diri. Jika sekarang pun mereka sudah jatuhkan hukuman Anwar tidak bersalah dan disertai dengan perbuatan Anwar menghasut rakyat tanpa henti, kita sudah pasti dapat membuat kesimpulan bahawa suasana tentu akan lebih panas.

Apakah tindak balas yang mungkin akan dilakukan oleh Perkasa dan NGO penyokong kerajaan?. Walaupun kehadiran mereka bolehlah dikatakan bagi “mengimbangi”  kehadiran penyokong Anwar, tetapi jikalau darah “sudah menyirap” maka ianya  sukar untuk dibendung. Perbezaan besar atau kecil kehadiran penyokong sudah tidak mempunyai makna lagi. Hanya rusuhan yang menanti.

Kita hanya mendo’akan agar lebih ramai rakyat Malaysia yang waras  tidak mengambil  bahagian atau menyertai kumpulan penyokong Anwar.  Ianya hanya sebuah perbicaraan seorang individu yang menghadapi tuduhan kes meliwat. Mengapa mahu digadaikan keamanan dan kesejahteraan semata-mata mahu mempertahankan seorang yang lalai atau tidak tahu menjaga diri.

Jika mahu dikatakan bahawa Anwar seorang pemimpin yang produktif:  semenjak dia ditendang keluar oleh Tun Dr Mahathir dari kabinet, Malaysia masih tetap membangun dan sejahtera walaupun Anwar tidak berada dalam kerajaan. Ini menunjukkan Anwar tidak memberi sebarang impak  dalam pembangunan Malaysia. Tetapi hakikatnya dia sentiasa ke luar Negara bagi memburuk-burukkan Negara sendiri. Kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih dalam kempen balas bagi memulihkan raputasi Malaysia di luar Negara akibat dari perbuatan Anwar ini.

Orang macam inikah yang mahu di sokong oleh rakyat Malaysia?.