Bekas polis, bekas tentera, bekas AC, bekas homeguard dan orang lama yang pernah melalui kesengsaraan di zaman komunis berkumpul di hadapan IPD Gerik secara aman selepas laporan polis selesai dibuat oleh 24 orang daripada mereka.
Yang gagah bersinseng lengan
Yang buta datang berpimpin
Yang capek datang bertongkat
Yang lumpuh datang berusung
Itulah gambaran yan dapat diberikan betapa marahnya bekas polis, bekas tentera, bekas AC, bekas homeguard dan orang lama yang pernah melalui kesengsaraan di zaman komunis. Mereka berusaha datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik Perak bagi menunjukkan kemarahan mereka kepada Mat Sabu. Pada 7 Sept 2011, jam lebih kurang 3.00 petang, seramai 35 orang bekas polis dan tentera serta bekas AC, homeguard dan orang kampong telah berkumpul dihadapan IPD Gerik bagi menunjukkan kemarahan mereka diatas sikap kurang ajar Mat Sabu. Seterusnya mereka beramai-ramai membuat lapuran polis terhadap Mat Sabu yang telah menghina perjuangan anggota polis dan orang awam yang terkorban semasa serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong. Sebanyak 24 lapuran polis telah dibuat. Mereka mendesak KDN mengambil tindakan tegas ke atas Mat Sabu kerana penghinaa tersebut yang dianggap mereka terlalu menghina dan tidak boleh dimaafkan.
Perbuatan kurang ajar Mat Sabu yang menghina anggota Polis dan homeguard yang terkorban diserang komunis pada tahun 1950 di Bukit Kepong dahulu amat pedih melukakan hati mereka. Mat Sabu telah menghina mereka dengan mengatakan bahawa mereka adalah bukan pejuang sebenar sebaliknya polis penjajah. Mat Sabu telah mengangkat Mat Indera dan 200 pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.
Mat Sabu memang buta hati perut. Mahu bercakap hal sejarah tetapi tidak tahu sejarah. Sememangnya pada masa itu Tanah Melayu di bawah naungan British yang mentadbir Tanah Melayu. Tetapi Mat Sabu buta sejarah bahawa pada masa itu Persekutuan Tanah Melayu sudah dibentuk. Maknanya ianya sebuah negara orang Melayu atau negara rakyat Tanah Melayu. British tidak menjatuhkan takhta Raja-Raja Melayu, sebaliknya British mengiktiraf hak orang Melayu sebagai peribumi negara ini dan mengiktiraf agama Islam secara resmi.
Tentera dan polis Melayu pada masa itu berjuang mempertahankan hak orang Melayu, agama Islam, raja-raja Melayu dan rakyat yang berlindung di Tanah Melayu. Mereka bertugas menjaga keamanan dari perompak, penyamun, pembunuh, penipu, pencuri, perogol, penjahat dan berbagai jenayah lagi.
Tidak timbul isu bahawa mereka adalah polis penjajah. Jika ada sesiapa yang menyerang atau menghalang mereka (Polis Melayu/Islam) menjalankan tugas mereka maka sudah tentulah mereka yang menyerang itu adalah penjahat. Lebih-lebih lagi yang menyerang itu adalah dari golongan yang anti agama Islam iaitu komunis.
Mat Sabu mengiktiraf komunis yang menolak fahaman agama dan kejam sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar?.
Jika pergerakan pengganas komuni benar-benar memperjuangkan kemerdekaan, mengapa pengganas komunis masih meneruskan gerakan pengganas mereka sehingga ke tahun 1989. Itu pun setelah mereka tidak berdaya lagi lalu meletakkan pergerakan senjata mereka iaitu selepas 39 tahun selepas kejadian serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dimana kita sudah merdeka pada tahun 1957 lagi.

Mereka (Pengganas komunis) telah membunuh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada 7 Jun 1974 iaitu setelah 17 tahun Tanah Melayu/Malaysia merdeka. Adakah Tun Abdul Rahman Hashim itu Ketua Polis Negara penjajah pada masa itu?. Pada 13 Nov 1975 Pengganas komunis juga turut membunuh
Komunis akan menyerang dan membunuh sesiapa sahaja yang mempertahankan keamanan dan keselamatan negara. Mereka tidak mengambil kira bangsa, agama dan pangkat dan kedudukan seseorang itu serta masa atau situasi pada masa itu. Siapa sahaja yang menentang perjuangan mereka untuk mengkomuniskan negara ini akan dibunuh jika mendapat peluang. Adakah pengganas komunis pejuang kemerdekaan sebenar?.
Mat Sabu memang jenis manusia yang bengap. Seorang pemimpin yang kononnya sangat gah dalam pembangkang ( Jawatan no. 2 tertinggi dalam PAS ) tetapi tidak sedar atau tidak tahu atau terlalu bodoh untuk mengetahui bahawa komunis hanya meletakkan "perjuangan bersenjata" sahaja pada tahun 1989. Mereka bukan melupuskan perjuangan ideology komunisme mereka. Kader-kader mereka tentu masih berkeliaran disekeliling kita. Menunggu masa untuk mengambil kesempatan di atas kealpaan kita.
Pengganas komunis sangat menunggu-nunggu dan mengalu-alukan individu yang boleh bekerjasama dan simpati dengan perjuangan mereka seperti Mat Sabu ini. Samalah seperti mereka telah mendapat kerjasama dari Mat Indera ketika pengganas komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong dahulu.
Perbuatan Mat Sabu menyokong pengganas komunis adalah satu langkah kemenangan perang saraf mereka. Maka perbuatan Mat sabu ini boleh dianggap menderhaka kepada Negara. Mat Sabu telah menghina beribu-ribu para pejuang Melayu yang telah menemui ajal di tangan pengganas komunis. Jika kita bersetuju dengan saranan Mat Sabu tersebut bermakna kita telah mensia-siakan perjuangan pahlawan terdahulu yang berjuang dan bergadai nyawa untuk keamanan negara yang kita nikmati hingga kini.
Para bekas polis/tentera, AC, homeguard dan penduduk kemudiannya bersurai dengan aman setelah laporan polis selesai dibuat sejam kemudian.
No comments:
Post a Comment