Total Pageviews

Tuesday, September 20, 2011

GEJALA KANAK-KANAK DAN REMAJA BAWAH UMUR MENUNGGANG M/SIKAL- JIKA BERLAKU KEMALANGAN, GANTI RUGI SIAPA MAHU TANGGUNG

GEJALA KANAK-KANAK DAN REMAJA BAWAH UMUR MENUNGGANG M/SIKAL- JIKA BERLAKU KEMALANGAN, GANTI RUGI SIAPA MAHU TANGGUNG


ADIK MOHD FATHUDDIN BIN MOHD AMIN
BERSAMA IBUNYA NURZALIDA BT AHMAD
DATANG KE KLINIK UNTUK RAWATAN SUSULAN
DARI KG HULU KENDERONG GERIK PERAK.
SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBAYAR
GANTIRUGI KECERAAN DAN KERUGIAN KELUARGA
UNTUK RAWATAN DAN PERBELANJAAN SAMPINGAN

Sedang aku menunggu giliran untuk berjumpa doctor di sebuah klinik, terpandang aku seorang ibu muda memimpin anaknya yang berumur lebih kurang 5 tahun. Aku bertanya mengapa lengan kananya memakai anduh dan terdapat kesan luka dikepala. Dengan perasaan agak kesal dia memaklumkan bahawa anaknya dilanggar dihadapan rumah oleh sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang remaja berumur 14 tahun pada petang hariraya pertama baru-baru ini.  Orang lain bergembira dengan suasana hariraya, dia sekeluarga cemas menghadapai anaknya yang bertarung dengan maut di ICU hospital Ipoh. Rumahnya terletak dalam sebuah perkampungan tradisional Melayu dipinggir bandar Gerik, Perak.

Dia datang ke klinik tersebut untuk membersihkan luka dan kesan jahitan di lengan kanannya yang patah dua. Tanpa ditanya dia yang agak geram menerangkan selepas dilanggar, anaknya terpaksa di masukkan ICU hospital Ipoh selama 2 hari kerana koma dan disyaki berlaku pendarahan dalam kepala. Selama dua hari yang mencemaskan hingga mereka begitu tertekan kerana merasakan akan kehilangan terus anak kesayangan mereka. Berat mata memandang berat lagi nahu memikul.

Seterusnya dia menerangkan bahawa pihaknya tidak dapat membuat urusan meminta ganti rugi insuran pihak ke tiga kerana remaja yang melanggar anaknya bawah umur. Manakala keluarga remaja tersebut pula hanya merupakan seorang pekebun kecil. Dia mendapat tahu keluarga (ibubapa) remaja tersebut telah disaman dengan pelbagai tuduhan oleh pihak polis kerana membenarkan seorang ramaja bawah umur menunggang motosikal yang sudah tentunya tidak ada perlindungan insuran, lesen memandu dan lain-lain.

Aku hanya berdaya menunjukkan simpati sahaja dan kemudiannya aku bersandar dikerusi sambil menunggu giliran dipanggil menemui doktor.

Dalam pada itu aku terfikir betapa perbuatan ibubapa di kampong aku yang berdekatan juga tidak mengambil berat hal ini dengan membenarkan anak-anak  mereka yang dibawah umur memandu motosikal. Ada yang berusia 8 tahun yang mana kaki pun belum dapat memijak tanah semasa motosikal berhenti. Jika mahu menghidupkan enjik tongkat dulu baru menerjah enconya. Terpaksa cari ketulan kayu atau tanah sedikit tinggi di sebelahnya untuk mula menunggang atau berhenti. Bagaimana agaknya jika berlaku kecemasan.

Bukan setakat bawah umur sahaja, malah dibawa pula pembonceng sesama usia atau yang lebih kecil lagi hingga tiga orang sekali. Walaupun kelajuan tidak mencecah 60/70kmj tetapi dalam keadaan jalan yang sempit, sangat hampir dengan rumah kediaman dan sering kedapatan kanak-kanak kecil berkeliaran, cara mereka menunggang adalah amat bahaya. Remaja dan kanak-kanak ini biasanya menunggang agak laju berbanding dengan orang dewasa .

Kita tahu bahawa remaja dan kanak-kanak yang menunggang tersebut hanya berseronok tanpa dapat berfikit betapa ancaman kemalangan yang mungkin akan mencederakan dirinya atau orang lain terutamanya kanak-kanak kecil. Juga besar kemungkinan akan berlaku perlanggaran dengan motosikal dan kereta yang lain.

Sering juga kedapatan dimana remaja bawah umur ini turut terlibat dengan perlumbaan haram secara kecilan atau untuk seronok-seronok di jalan-jalan dalam kampung. Perbuatan mereka ini memberi ancaman bahaya kepada orang lain kerana mereka melakukannya didalam kampong yang jalannya adalah sempit.

Tanpa memikirkan risikonya, kebanyakan ibubapa remaja berkenaan mengambil jalan mudah dengan membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal. Mereka tidak  memikirkan bahaya ancaman terhadap orang lain dan terhadap anak mereka juga. Jika kita menegur atau memberi nasihat, maka kita pula akan menjadi musuh dan dianggap tidak boleh berlebih kurang sesama sekampung.

Contoh kemalangan yang telah menimpa kanak-kanak seperti diatas adalah satu insiden dimana sesuatu patut dilakukan. Apakah ibubapa remaja berkenaan mampu membayar ganti rugi jika jumlahnya mencapai puluhan ribu atau ratusan ribu ringgit. Ini memandangkan perlindungan insuran sudah tentu tidak ada untuk tuntutan pihak ketiga.

Apakah tidak ada sesautu tindakan yang patut dilakukan?. Jika mengharapkan kerjasama ibubapa jauh sekali. Malah ada yang merasa bangga dengan kebolehan anak mereka menunggang motosikal walaupun baru berumur 8 tahun. Ada pula yang memberi alasan memudahkan mereka meminta anak-anak ke kedai runcit membeli keperluan dapur dan rokok. Malah ada juga memberikan alasan bila anak dah masuk sekolah menengah nanti, mereka telah mahir menunggang motosikal sendiri ke sekolah. 

Yang menjadi mangsanya adalah mereka yang dilanggar (ibubapa dan anak-anak) oleh penunggang bawah umur. Jika kemalangan tersebut hingga membawa maut satu hal. Mahu membuat tuntutan ganti rugi kepada siapa?. Ibubapa remaja yang terlibat pula adalah orang yang tidak kaya atau orang yang tidak berapa ada harta kalau pun tidak miskin. Jika kita membawa perkara tersebut agar diketengahkan kita pula akan jadi musuh walupun kita dan ahli keluarga adalah sebenarnya mangsa. Mereka hanya sedar jika keluarga mereka yang terlibat sebagai mangsa.

No comments: