Semasa aku mengikuti posting seorang friend Mohd Busra Long, salah satu comment yang menarik perhatian aku adalah comment dari seorang yang menamakan dirinya Akhbar Aman. Selain dari komennya sendiri dia linkkan satu alamat blog seperti berikut:- http://garamlada.blogspot.com/2011/04/11-fakta-logik-pelakon-video-lucah-itu.html. Aku tidak mahu menilai tahap pengetahuan hujah komennya tapi aku ingin mempersoalkan satu persatu agar kita semua dapat menilai sendri setakat mana kefahaman mereka yang tidak mempercayai video lucah yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim. Ulasan panglimalembahbelum adalah dalam warna biru
ULASAN BALAS BLOGER
http://panglimalembahbelum.blogspot.com
GARAMLADA
tegas, pedas, prihatin dan istiqamah
PANGLIMALEMBAHBELUM
BERPIJAK DI ALAM NYATA
Thursday, April 28, 2011
11 fakta logik pelakon video lucah itu bukan Anwar Ibrahim
panglimalembahbelum
16 Mei 2011
11 fakta untuk menyanggah pendapat yang mengatakan bahawa video tersebut bukan Anwar Ibrahim pelakunnya
Lagi sekali dikeluarkan ke khalayak ramai melalui youtube apa yang dikatakan bahagian ke 2 video seks Anwar Ibrahim. Maka ramailah yang menonton, mengulas dan membuat analisis masing –masing. Aku bukanlah pengikut parti Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim bukan pemimpin parti aku. Aku tidak ambik hal sangat apa yang Anwar Ibrahim lakukan secara peribadinya. Itu dia punya hak dan dia punya hal macam orang lain juga.
Ulasan panglimalembahbelum
Setuju dia bukan pengikut parti Anwar Ibrahim PKR tetapi dia adalah bloger penyokong parti PAS yang menyokong Anwar Ibrahim kerana dalam satu Pakatan Rakyat.
Namun demikian aku yang turut mengikuti isu video ini sejak dari awal, seperti juga orang lain, aku tetap mengatakan bahawa orang dalam video itu bukan Anwar Ibrahim. Aku ada fakta sendiri yang cukup mudah dan simple. Aku kuat mengatakan bahawa video itu adalah hanya semata-mata untuk menghalang kemaraan Anwar Ibrahim dalam memimpin Pakatan Rakyat buat membelasah UMNO/BN dalam PRU ke 13 dan seterusnya nanti. Jika Anwar Ibrahim tidak dimatikan karektornya mahupun nyawanya mungkin, atau jika Anwar tidak digilakan, UMNO bakal mampus tidak berapa lama lagi. Maka itu bagi puak-puak jahat itu, daripada UMNO yang mampus maka lebih baik Anwar Ibrahim! Ini aku sangat yakin!
Ulasan panglimalembahbelum
“ Aku ada fakta sendiri yang cukup mudah dan simple” (katanya). Ayat penulisannya sudah cukup untuk memberi penilaian bahawa kamu adalah seorang yang taksub dan sangat berdendam kasumat terhadap UMNO/BN. Kononnya sangat simple hujahnya tetapi sehingga menjadi 11 alasan yang lemah dan dangkal.
Aku mempunyai alasan kukuh bahawa orang dalam video itu bukan Anwar Ibrahim.
- Pertuduhan video seks Anwar Ibrahim yang disebar secara umum dan terbuka ini ‘dengan kebenaran pihak berkuasa berkenaan’, bukan sekali-kali mengikut kaedah Islam dan hukum syarak. Maka itu, pertuduhan secara terbuka ini adalah satu usaha meruntuhkan maruah seorang yang beriman. Jelas mengikut hukum Islam, ini adalah fitnah. Aku tidak rela terlibat sama dengan Datuk-datuk Tolol dan kuncu-kuncu UMNO dalam membuat fitnah besar ini. Aku tidak mahu turut membatalkan kesahan aku mengikut hukum syarak bagi menjadi saksi sepanjang hayat aku. Aku hanya akan percaya itu Anwar Ibrahim jika Datuk-datuk Tolol itu kemukakan 4 orang saksi yang beriman untuk Anwar Ibrahim dibicara di mahkamah syariah. Jika tidak jangan kata itu Anwar Ibrahim. Fitnah paling jahat!
Ulasan panglimalembahbelum
Mana ada orang dalam dunia ini bila berzina atau merogol atau meliwat, menjemput orang ramai melihat dia melakukan persetubuhan zina, rogol dan liwatnya. Ada peruntukan dalam Agama mengatakan bahawa pembuktian boleh juga juga menggunakan kaedah “QARINAH” menggunakan pembuktian lain selain dari 4 orang saksi yang mustahil untuk dikemukakan–RUJUK KEPADA KETERANGAN DR MOHD ASRI-BEKAS MUFTI PERLIS - Apa apa kelulusan tertinggi pengajian Islam kamu dibandingkan dengan Dr Mohd Asri?.
- Jika kes video lucah itu dibicarakan di mahkamah sivil pula dan keputusan perbicaraan memutuskan itu adalah Anwar Ibrahim, aku tetap tidak mempercayainya. Alasan? Alasan aku adalah berdasarkan pengalaman lalu yang membabitkan manusia bernama Anwar Ibrahim ini, mahkamah di Malaysia tidak pernah memberi keyakinan kepada aku (sama ada rasa di hati nurani aku mahupun difikiran logic) untuk merasai Anwar Ibrahim bersalah. Dari kes apa yang didakwa liwat Azizan hingga kepada kes liwat Syaifool, aku yang sering mengikut berita perbicaraan dapat fikirkan dan merasakan banyak yang tidak betul telah dilakukan oleh sama ada Peguam Negara yang dah mati mahupun Peguam Negara yang masih hidup kini. Keputusan hakim mahkamah juga terlalu amat lemah dari aspek keadilan buat manusia bernama Anwar Ibrahim! Aku hanya boleh menerima Anwar bersalah jika aku merasakan mahkamah telah benar-benar berintegriti dan memberi keadilan sepenuhnya kepada yang tertuduh yang bernama Anwar Ibrahim itu. Sehingga ke tahap ini aku tidak merasai begitu sama ada di hati nurani aku mahupun difikiran rasional ini.
Ulasan panglimalembahbelum
Jikalau semua orang kamu sudah tidak percaya, siapa lagi dalam dunia ini yang kamu nak percaya?. Bahawa kamu menulis inipun kamu berharap orang akan percaya tulisan dan pendapat kamu. Dengan cercaan tanpa bukti dan berasas hanya ikut sedap mulut sahaja, apakah kamu berharap orang akan percaya kepada dakwaan kamu atau akan memilih untuk mempercayai perbicaraan di mahkamah yang dijalankan mengikut prosidur iaitu ada hakim, pendakwa, peguambela, saksi, bukti, soalbalas dan boleh diikuti ulasannya di radio, tv, surat khabar, internet dan bermacam lagi. Sebenarnya kamulah tidak rasional.
- Seterusnya aku yakin itu bukan Anwar Ibrahim kerana orang-orang yang paling rapat dengan Anwar Ibrahim seperti Wan Azizah dan Nurul Izzah mengatakan secara tegas dan konsisten bahawa itu bukan Anwar Ibrahim. Siapakah orang lain yang boleh menafikan keupayaan mereka mengenali Anwar Ibrahim. Kita jangan melampau dan terlampau. Tambah lagi kawan-kawan Anwar Ibrahim yang rapat dengan Anwar seperti Johari Abdul dan Chegu Bard pun mengatakan itu bukan Anwar Ibrahim. Mengikut cerita Johari Abdul, Shuib Lazim salah seorang Datuk T pun tidak yakin itu Anwar Ibrahim. Kalau mereka yang rapat dan kenal Anwar Ibrahim mengatakan itu bukan Anwar Ibrahim, siapakah kita untuk dengan yakinnya mengatakan itu Anwar Ibrahim? Sekali lagi jangan melampau dan terlampau untuk aibkan maruah orang lain.
Ulasan panglimalembahbelum
Beginilah jadinya jikalau terlalu taksub. Kamu faham tak perumpaan “bersaksikan lutut”. Menggunakan anak beranak, saudara mara, sahabat rapat menjadi saksi. Isteri yang sayang pada suami atau terpaksa sayang kerana dah terpaksa jika ditanya dia adakah suaminya buat jahat di luar. Apa jawapan yang akan dapat dari isterinya?. Menggunakan isteri atau saudara rapat yang ada kepentingan untu menjadi saksi?. Kamu sudah tahu jawapannya tanpa bertanya pun.
- Aku juga yakin orang dalam video itu bukan Anwar Ibrahim kerana rakaman video itu telah menggunakan alat rakaman yang terlalu koman dan hitam putih. Dalam dunia yang penuh dengan alat-alat rakaman yang canggih ini, bukankah dengan menggunakan alat yang lebih canggih untuk merakam gambar dengan terang dan warna-warni, akan lebih mudah untuk mengenali itu Anwar Ibrahim dan meyakinkan orang ramai? Apakah bodohnya merakam gambar musuh politik untuk didedahkan kepada khalayak, dengan hanya menggunakan alat rakaman yang tidak berkualiti? Tidakkah itu mesti dengan tujuan dan perancangan yang tertentu? Bagi aku rakaman video ini hanya untuk khalayak bercakap dan konfius berpanjangan sehingga PRU ke 13 nanti bahawa itu Anwar Ibrahim. Maka public opinion terhadap akhlaq Anwar Ibrahim telah berjaya dibentuk berdasarkan umpatan dan fitnah yang melata dalam negara. Satu bentuk pembunuhan karektor yang keji. Jika tidak disekat fitnah seumpama ini, bala boleh menimpa! Dan lagi adalah tidak logic dalam pelbagai alat rakaman canggih bersepah, Datuk T yang kaya raya yang boleh menggunakan kereta mewah, masakan tidak mampu membeli alat rakaman yang canggih, telah merakam musuh utama Eskay dan UMNO yang paling berbahaya, dengan hanya menggunakan alat rakaman bertaraf lebih teruk daripada rakaman perlakuan tidak senonoh budak-budak sekolah sesama mereka, yang memberi gambar yang tidak pasti dan tidak jelas muka Anwar Ibrahim. Atas alasan ini aku percaya ini memang perancangan jahat dan tidak percaya itu adalah Anwar Ibrahim kerana bikinan video yang sepatut begitu mudah untuk meyakinkan orang ramai, kelihatannya penuh dengan persoalan.
Ulasan panglimalembahbelum
Kamu hanya membuat andaian kamu. Adakah kamu telah membuat penyelidikan bagaimana camera infra red atau night google atau night vision berfungsi dan setakat mana keupayaannya mengambil gambar dalam gelap?. Secara kasarnya kamera untuk ambil gambar dalam gelap tidak cukup kuat untuk mengambil gambar warna kerana tidak cukup cahaya. Cuba kamu keluar pada waktu malam gelap. Kamu hanya akan nampak dua warna sahaja iaitu hitam dan putih melainkan ada cahaya yang menyuluhya. Dia hanya menggunakan sedikit lantunan punca cahaya. Jadi tidak praktikallah untuk mengambil gambar warna dalam gelap menggunakan kamera video berwarna. Manakala kamera yang mengguna pengesan haba ada warna tapi bukan menunjukkan figure hanya sekadar merakam bahagian2 yg mengeluarkan haba samada benda hidup ataun objek panas. Aku tahu secara asas kerana pernah belajar sikit2. Tapi tuduhan melulu macam kamu lebih kepada andaian sendiri sahaja. Perlu juga diingat bahawa perakam gambar tersebut mestilah kecil dan mampat untuk melindunginya dari dikesan. Kebanyakan alat penglihatan malam hanya ada dalam dua vision iaitu warna kelabu atau hijau.
- Aku yakin itu bukan Anwar Ibrahim kerana cara PDRM membuat pengumuman sangat mengelirukan. Dua hari sebelum PRN Sarawak, KPN yang pengsan itu telah mengumumkan video itu tulin. Dengan pengumuman itu tanggapan sesetengah khalayak bahawa itu adalah Anwar Ibrahim kerana seolah-olah itulah pandangan yang mahu dibentuk. Sedangkan bukti sahih orang dalam video itu sebagai Anwar Ibrahim bukan dengan mengesahkan bahawa video itu tulin atau tidak. Tidak ada kena mengena ketulinan video itu dengan orang di dalam video yang kelabu hitam putih itu sebagai Anwar Ibrahim. Baru-baru ini pula TKPN yang baru dilantik mengumumkan bahawa PDRM akan mengumumkan siapakah orang di dalam video itu apabila tiba masa yang sesuai. Bilakah sebenarnya masa yang sesuai itu? Aku yakin dan pasti dalam bersibuk Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat berkempen dalam PRU ke 13 nanti, akan terpacul pengumuman siapakah orang yang dalam video itu. Nama orang yang akan disebut itu sangat mudah untuk dijangka. Sekali lagi melalui cara PDRM bertindak ini, aku yakin orang yang berlakon lucah dalam video itu bukan Anwar Ibrahim. Kalau ini kes jenayah serius demi bangsa, negara dan agama, aku yakin PDRM tidak mengambil langkah lama untuk membuang masa dengan menunggu masa yang sesuai, serta tidak akan teragak-agak untuk membuat pengesahan pelakon video lucah itu. Ini semua hanyalah strategi ’musuh’ Anwar Ibrahim mahu melumpuhkan gerakan politik Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Ulasan panglimalembahbelum
Kamu sebenarnya langsung tak ada latar belakang pengetahuan undang-undang. Kamu ingat bila seseorang itu menikam orang maka hakim boleh terus jatuh hukum bersalah?. Seseorang itu tidak akan didapati bersalah selagi tidak dibicarakan dengan adil di mahkamah. Polis menembak orang sebelum didakwa?. Ada klausa dalam undang-undang bilamana seseorang boleh melepaskan tembakan terhadap orang lain bukan sahaja oleh polis malah orang awam juga. Sedikit contoh sahaja kerana ini bukan kelas undang-undang. Untuk mempertahankan diri, nyawa, harta benda, liwat, rogol, culik, khianat dengan menggunakan api letupan dan juga menderhaka kepada yang dipertuan agong. Serangan yang boleh menyebabkan cedera parah bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi kepada orang lain juga. Panjang nak ulasni. Kamu pergi belajar undang-undanglah. Kamu berhak membuat andaian bermacam-macam tetapi biarlah logik. Tim KPN hanya mengumumkan bahawa video itu tulin dari segi rakamannya. Maknanya tidak diedit, disuperimpose atau telah diganggu dengan teknik-teknik tertentu. Tentang pengecaman wajah pelakunnya (orang dah tahupun Anwar) pihak polis tidak boleh umumkan secara khusus (walaupun polis dah cam) kerana melibatkan kesaksian dan perbicaraan di mahkamah. Hanya perkataan ”video lucah yang dikatakan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim” yang di ucapkan oleh Tim KPN bagi maksud untuk menerangkan apakah kes yang sedang di siasat dan sedang laksanakan pada masa itu. Boleh jadi bukan Anwar pelakunnya (manalah tahu jika bernasib baik) walaupun berjuta mata yang telah melihatnya di video. Itulah gunanya siasatan polis. Bukannya menuduh atau menafikan secara membabi buta. Tim KPN tak kata pun ia telah mengesahkan pelakunnya adalah Anwar Ibrahim. Faham betul-betul.
- Aku yakin pelakon lucah itu bukan Anwar Ibrahim kerana kalau rakaman video itu berlaku di salah sebuah hotel di Lembah Kelang, apa kejadahnya ada tulisan Siam yang memberi alamat sebuah jalan di Siam? Apa kena mengenanya video lucah yang didakwa Anwar Ibrahim itu dengan tulisan dan nama jalan di Siam? Takkanlah nak proses video yang hanya ’sekeping’ itu terpaksa dihantar ke Siam! Dengar katanya 1Malaysia ini canggih belaka, semua ada! Kalau itu tulisan Cina atau India yang memberi tahu jalan Chow Kit atau Bukit Bintang agak munasabah dan logik juga. Ini tulisan dan nama jalan di Siam! Satu dapatan yang cukup mengelirukan, maka itu bukan Anwar Ibrahim yang sebenarnya..
Ulasan panglimalembahbelum
Haloo brother..seperti yang kamu katakan, sekarang ini zaman sains dan teknologi. Mengapa haritu Anwar lari ke kedutaan Turki? Kerana tindakan berjaga-jaga kononnya takut diapa-apakan oleh kerajaan. Punyalah prejudisnya. Dato Eskay ambil langkah berjaga-jagalahtu tapi itu cara dia. Jikalau Dato’ Eskay berniat mendedahkan keburukan Anwar, dia kena ambil dua tiga langkah kehadapan. Nanti sia-sia sahaja dia masuk jail. Apa yang boleh Anwar putar sehingga kes liwatnya tertangguh sehingga 55 kali mengambil masa 3 tahu belum selesai lagi. Anwar banyak duit dan bijak dengan caranya tersendiri. Dato’ Eskay tu bukan bodoh. Jika dia bodoh tentu dia tak akan berani usik Anwar. Sudah tentu dah buat back up sebagai langkah perlindungan sekiranya perlu. Langkah terbaik adalah pasang kaki di Thailand kerana sukar bagi pihak Malaysia untuk berurusan di sana. Dia memang serah kpd polis tu video asal. Copynya mungkin ada ditangan ejennya di Thailand. Dia dan ejennya tak perlu bertemu. Mereka berhubung di alam maya. Jikalau dalam keadaan nyata pun kena pakai password ’mokhtar’, tentulah Dato Eskay ada lebih dahsyat passwordnya demi untuk keselamatan dari ancaman Anwar. Anwar boleh ugut Dato’ Eskay tetapi hasilnya nanti tidak boleh dijangka.
- Aku yakin pelakon lucah itu bukan Anwar Ibrahim kerana katanya (aku tak menonton ye!) tiada kedengaran suara dalam rakaman itu. Salah satu bukti penting untuk membuktikan itu Anwar Ibrahim telah tidak ada, bagaimana mahu mengatakan itu Anwar! Kan lebih baik untuk Eskay membuktikan itu Anwar Ibrahim, rakamkan sekali suara Anwar dalam video itu! Bodoh untuk mengena Anwar Ibrahim supaya rakyat yakin terus dan tanpa boleh pertikai lagi, tidak merakam sekali suara Anwar Ibrahim. Mengapa suara tidak kedengaran? Maka sah itu bukan Anwar Ibrahim.
Ulasan panglimalembahbelum
Nampak sangat kamu ni bercakap berbelit-belit lebih kurang dengan orang yang kamu bela. Kamu mendakwa tidak pernah menonton video ini (kononnya) ayat kamu seperti diatas (Anwar Ibrahim kerana katanya (aku tak menonton ye!) tiada kedengaran suara dalam rakaman itu) . Tetapi bergantang alasan kamu kononnya pelakun dalam video tu bukan Anwar. Orang boleh terimake alasan kamu ni????? kamu tak menontonnya tapi kamu boleh kata buka. kamu ni termasuk dalam golongan "blin supporter"..pengikut membabi buta. Hasilnya inilah dia soalan dan ulasan merapu yang datang dari angan-angan kamu kerana terlalu taksub. Ini rakaman macam cctv. Yang dipasang dikedai-kedai dan gedung perniagaan dsbnya. Mana ada rakam suara. Bukan senang nak sembunyikan kamera untuk rakaman sulit. Kalau nak semuanya lebih baik minta Anwar berlakun dalam blue film senang cerita. Itu pun orang taksub seperti kamu ni takkan percaya. Sewa alat rakaman studio film dari Yusof Haslam, Sediakan satu bilik yang cukup lengkap lampunya dan pasang 4/5 kamera film atau video. Lantik seorang pengarah dan beberapa jurukamera film atau video yang pernah dapat hadiah oskar untuk merakam film lucah tersohor yang dilakunkan oleh seorang yang teriniaya kerana telah dipaksa berlakun dalam film atau video tersebut. Pelakun itu pula pada mulanya tidak bernafsu kerana dipaksa sedemikian rupa tetapi nafsunya datang kembali walaupun dalam terpaksa bila melihatkan kejelitaan dan seksinya pelacur wanita berkenaan.
Aku cukup yakin pelakon itu bukan Anwar Ibrahim kerana, Eskay kata dia terjumpa kamera rakaman itu. Dia terjumpa sewaktu mahu mencari jam omega. Habis siapakah yang merakamnya? PDRM wajar mencari orang yang membuat rakaman itu dan tanya dia atau mereka, siapakah orang yang dirakam itu, kenalkah dia dengan orang yang dirakam dan mengapa membuat rakaman? Kenapa sehingga ke hari ini PDRM masih belum menyiasat, menahan serta mendedahkan identiti orang atau pekerja hotel yang pandai-pandai membuat rakaman yang mengelirukan itu? PDRM begitu mudah menahan orang yang merakam Nasya Aziz dahulu, mengapa pula begitu payah untuk mencari orang yang membuat rakaman video lucah ini? Ini membuktikan pelakon yang didakwa Anwar Ibrahim itu bukan Anwar Ibrahim tapi orang yang mirip Anwar Ibrahim. Nampaknya sangat berisiko berada di hotel-hotel di Malaysia, mungkin dalam bilik penginapan terdapat alat rakaman hitam putih yang sedang merakam penghuni bilik hotel itu.
Aku cukup yakin pelakon itu bukan Anwar Ibrahim kerana, Eskay kata dia terjumpa kamera rakaman itu. Dia terjumpa sewaktu mahu mencari jam omega. Habis siapakah yang merakamnya? PDRM wajar mencari orang yang membuat rakaman itu dan tanya dia atau mereka, siapakah orang yang dirakam itu, kenalkah dia dengan orang yang dirakam dan mengapa membuat rakaman? Kenapa sehingga ke hari ini PDRM masih belum menyiasat, menahan serta mendedahkan identiti orang atau pekerja hotel yang pandai-pandai membuat rakaman yang mengelirukan itu? PDRM begitu mudah menahan orang yang merakam Nasya Aziz dahulu, mengapa pula begitu payah untuk mencari orang yang membuat rakaman video lucah ini? Ini membuktikan pelakon yang didakwa Anwar Ibrahim itu bukan Anwar Ibrahim tapi orang yang mirip Anwar Ibrahim. Nampaknya sangat berisiko berada di hotel-hotel di Malaysia, mungkin dalam bilik penginapan terdapat alat rakaman hitam putih yang sedang merakam penghuni bilik hotel itu.
Ulasan panglimalembahbelum
Yang memasang perakam curi video Nasya Aziz tu tak pro langsung. Hanya pandai pasang tetapi lebih teruk dari amatur. Mana ada dalam dunia ni orang bijak nak cari susah tak tentu pasal. Jika dia mengaku kata dia pasang, bodohlah dia. Itu hanya alibi dia. Tapi jam omega yang hilangtu macammana boleh berada di tangan polis sekarang. Bukankah Dato Eskay yang serahkan kepada polis. Dato Eskay kata jam itu di ambil dibilik yang dikatakan tempat lakunan video dirakamkan. Tidak boleh simpan barang curi woo!!!...salah disisi undang-undang. Kalau terjumpa kena serah kepada polis. Siapalah agaknya tuan punya jam tersebut. Jam tu mahal dan ada nombor siri berdaftar. Hanya ada dua sahaja yang ada jam itu di Malaysia. Siapa dua orang itu ya?. . Mungkin dia dah membuat pengakuan kepada polis. Apa kamu tahu polis dah siasat atau tidak Dato Eskay?. Kamutu bukan hakim, peguam negara, menteri keselamatan dalam negeri KPN atau sebaginya. Baru sikit aje pengumuman di buat penyokong fanatik macam kamu ni dah jadi macam cacing kepanasan. Keselamatan negara perlu dijaga. Jangan kerana Anwar seorang satu negara jadi lumpuh. Tunggulah siasatan polis selesai. Polis buat siasatan bukan macam kamu buat rumusan hanya dengan mendengar cerita orang.
- Aku tidak yakin langsung pelakon video itu Anwar Ibrahim kerana yang mendedahkan video seks itu adalah ’musuh-musuh’ Anwar Ibrahim. Logiknya musuh mana mahu menceritakan baiknya akan musuhnya. Kalau Abdullah Mat Zin yang mendedahkannya percaya juga aku. Ini Rahim Tamby! Adakah lagi orang di Malaysia ini yang percayakan dia ni? Malang sungguh orang itu!
Ulasan panglimalembahbelum
Mana ada sahabat karib atau adik beradik yang perhubungan peribadinya sangat akrab yang sanggup nak menyusahkan atau nak menginiaya orang yang disayangi atau sahabat rapatnya. Dato Eskay tu dulu kawan yang sangat rapat dengan Anwar. Datuk Nala Kurapan kata Dato Eskay lebih rapat dengan Anwar dibandingkan dirinya dengan Anwar. Tentu ada hal tertentu yang menyebabkan sahabat rapat menjadi tidak setia kepada Anwar. Mengapa? Nanti akan diumumkan oleh Dato Eskay. Konspirasi Dato Eskay? Ya boleh jadi tetapi dia sertakan dengan bukti..video dan sumpah mubahalahnya baru-baru ini. Mengapa Anwar tidak mahu bersumpah. Oh ya baru saya ingat. Dalam satu perhimpunan Anwar mendakwa bahawa SUMPAH MUBAHALAH HANYA BOLEH DILAKUKAN OLEH ORANG YANG TIDAK MELAKUKAN DOSA BESAR. Jadi itulah sebabnya dia tak mahu melakukan sumpah mubahalah. Dia dah mengaku mengapa pula kamu yang nafikan?.
- Aku tidak percaya pelakon video itu Anwar Ibrahim kerana Umi Habisdah kata masih ada 18 video seks Anwar Ibrahim! Kalau nak menuduhpun biarlah munasabah dan patut padan! Itu taraf Anwar Ibrahim yang sakit tulang belakang ada 18 video seks, aku tak tahulah 1Malaysia APCO yang lain, mungkin 27, 39 kot video seks sorang-sorang!? Mengalahkan pelakon porno apa pemimpin Malaysia ni? Dengan kerja Anwar Ibrahim yang begitu cemerlang sewaktu dalam UMNO dan Pakatan Rakyat dan dalam keadaan sakit tulang belakang akibat dibelasah oleh Rahim Nor, dakwaan Makcik Umi Habisdah dan kuncu-kuncu UMNO tak logik langsung! Aku tak percaya itu Anwar Ibrahim, bukan Anwar Ibrahim!
Ulasan panglimalembahbelum
Itulah soalan yang sama bermain difikiran rakyat Malaysia. Boleh jadi selama ini kamu dan kami dan juga rakyat Malaysia adakan sudah jadi mangsa tipu Anwar disebalik kealimannya. Masa dalam jail dulu bila keluar dari jail untuk ke hospital ngalahkan orang patah seribu sendah. Nampak teruk betul..sampai tak boleh berjalan. Tetapi semasa perjumpaan dgn keluarga sewaktu lawatan nampak sihat sahaja. Buka penghadang tengkuk pun boleh buat sendiri. Bila keluar penjara 6 tahu kemudian jadi segar bugar. Bukankah Wan Azizah kata semasa Anwar dipenjara dulu dia diberi racun arsenic. Tak juga mati lalu disuntik pula dengan virus HIV supaya Anwar kena AIDS. Ni sudah berapa tahun berlalu, tak pula nampak Anwar macam dah kena AIDS. Jadi lebih baik kita tunggu keputusan siasatan polis dan keputusan mahkamah. Kerana kamu sendiri pun masih was was.
- Aku tidak percaya itu Anwar Ibrahim kerana setiap dakwaan terhadap Anwar dipertikaikan ramai orang sama ada yang suka atau yang tidak sokong Anwar Ibrahim. Dan pertikaian orang ramai logik dan munasabah baik difikir mengikut sudut agama mahupun oleh akal rasional dan logik. Tidak seperti contohnya dakwaan terhadap Rahim Tamby Chik dahulu, terus orang ramai rasa yakin dan percaya. Ada seorang dua cuba pertikai dakwaan terhadap Rahim Tamby Chik pun tetap tidak boleh diterima oleh akal yang rasional orang ramai. Sangat meyakinkan.
Ulasan panglimalembahbelum
Hanya orang-orang yang taksub sahaja yang tak percaya seperti kamu. Orang yang waras dan berfikiran terbuka, mereka akan berfikir dan menganalisa secara waras. Mereka akan mengkaji dan meneliti bukti2, saksi dan ulasan-ualasa yang pro dan dan kontra. Bukannya sepanjang masa menafikan. Asal sahaja kerajaan bertindak itu adalah konspirasi, penginiayaan. Kami percaya bahawa yang berlakun video sek tersebut adalah Anwar Ibrahim. Tetapi kami masih menunggu sisatan lanjut kerana semua kemungkinan boleh berlaku. Mungkin benar atau mungkin tidak. Tetapi buat masa ini daripada tayangan video, sumpah mubahalah dan kesanggupan Dato Eskay untuk ujian pengesanan pembohongan, maka andaian kami bahawa pelakun video itu adalah Anwar Ibrahim. Mungkin kami sebagai pihak yang rasional boleh menimbangkan kembali andaian kami sekiranya Anwar Ibrahim sanggup bersumpah mubahalah dan sanggup menghadapi ujian pengesanan pembohongan. Berhubung dengan kes Rahim tambi Chik tu, seperti sekatang juga, kami menerima apa keputusan penyiasatan polis, peguam Negara dan keputusan mahkamah. Jikalau semua orang dah tak percaya kepada system perundangan/kehakiman kita, maka lebih baik kita bagi senjatapi sorang satu kepada 27 juta rakyat Malaysia, kemudian kita tembak antara satu sama lain walaupun berselisih pendapat. Macamtu?.
Demikian antara fakta bahawa aku mengatakan pelakon video lucah itu bukan Anwar Ibrahim. Maka itu marilah kita berhenti membuat fitnah yang boleh mengaibkan maruah orang lain. Kepada para pemimpin utama UMNO di atas terutama Najib Razak cukuplah mendengar cakap isteri, kita suami adalah pemimpin rumah tangga dan terbaik sebagai pemimpin negara, cukuplah bernyawa atas fitnah aib terhadap Anwar Ibrahim. Arahkan segera mereka yang membuat fitnah itu hentikan kerja yang mampu mengundang bala bencana besar buat penduduk negara.
Ulasan panglimalembahbelum
Itulah serba sedikit ulasan aku sebagai satu fakta untuk menangkis fakta dan hujah lemah dari bloger GARAMLADA. Hujahnya terlalu emosi dan tidak berpijak di bumi nyata. Saya juga merayu kepada kamu marilah sama-sama kita mencari kebenaran tanpa prajudis kemana-mana pihak samada kepada Anwar Ibrahim atau Kepada Dato Seri najib PM kita. Bukalah sedikit minda kamu agar dapat berfikir dialam nyata. Dan kita juga sama-sama meminta kepada Dato Seri Anwar Ibrahim berhenti dari terus memfitnah Dato Seri Najib terlibat dengan pembunuhan Al Tantuya yang semata-mata adalah fitnah tanpa diiringi dengan bukti dan saksi.
Berpolitiklah secara sihat dan waras. UMNO mampu untuk terus hidup tanpa menggunakan politik fitnah, samseng, jahat, rasuah dan zalim kerana rakyat Malaysia semakin matang dan cerdik berpolitik. Berlumba-lumbalah berpolitik untuk menaikan taraf hidup dan ilmu rakyat, bukan tak habis-habis dengan politik celah kelangkang dan lubang dubur yang kotor, tidak senonoh dan memualkan. Dengan politik begini UMNO akan lebih cepat ke lubang kubur untuk menjawab soalan mungkar nangkir nanti! Bersediakah UMNO dan para pemimpinnya untuk itu, sebelum sampai ke Mahkamah Maha Agong di Padang Mahsyar nanti? Astaghfirullah...
Ulasan panglimalembahbelum
Sama-samalah kita muhasabah diri agar tidak hanya pandai menuduh melulu kepada orang lain sahaja. Orang lain pun ada mulut mata dan telinga dan otak untuk berfikir. Kita tunggulah keputusan siasatan polis. Dan kita tunggu hingga berakhirnya episod tangguh dan dalih perbicaraan yang akan bermula pada 6 Jun 2011 nanti. Jika Dato Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman kita kena lah terima. Jika Dato Eskay bersalah dan dijatuh hukum pun kita kena terima. Jika keduanya didapati bersalah diatas peranan masing-masing pun kita kena terima. Jika keduanya dilepaskan kerana tidak bersalah kita sama-sama terima juga. Janganlah menggunakan ayat Qur’an, hadis dan menjual nama ulamak muktabar untuk kepentingan diri. Jangan memalukan diri dengan lari ke dutaan asing kononnya di ancam. Jangan lah melakukan perbuatan yang bermaksud memburukkan kerajaan dan pemimpin seolah-olah kerajaan terlalulah amatnya zalim sehingga kamu langsung tak diberi peluang untuk mengkritik seperti dalam posting kamu ini. Kerana itulah sebenarnya fitnah yang amat besar dosanya.
Ya Allah ya tuhanku, berikanlah petunjuk supaya yang benar tetap benar dan yang bersalah menerima hukumannya..amin.
No comments:
Post a Comment