Total Pageviews

Wednesday, May 18, 2011

TUNTUT POLIS DEDAH PELAKUN VIDEO SEX

Dedah segera demi kredibiliti polis - utusan on line


KUALA LUMPUR 17 Mei - Kredibiliti pihak polis akan terus terjejas jika masih teragak-agak untuk mendedahkan identiti pelaku dalam rakaman video seks sedangkan seseorang telah dikaitkan dengan skandal itu.
Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim berkata, polis akan dituduh mempunyai kepentingan politik jika terus bermain 'tarik tali' memandangkan video seks itu sudah menjadi isu nasional.

"Apa lagi polis nak tunggu? Siasatan sudah lengkap dan disahkan tulen oleh pakar antarabangsa, dedahkanlah siapa pelakunya. Rakyat bukan sekadar hendak tahu ketulenan video tapi lebih penting siapa pelakunya.

"Jangan sampai masyarakat melihat polis pun mengikut rentak tarian orang politik. Kalau bukan polis yang dedahkan pelaku, pihak mana lagi yang hendak diharapkan. Ini bukan lagi soal ada keperluan perundangan atau tidak.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

ULASAN PANGLIMALEMBAHBELUM

Sememangnya desakan agar pihak polis mendedahkan pelakun dalam video sex tersebut adalah berasas. Ianya telah menjadi topik besar samada penyokong UMNO/BN atau penyokong PR.  Namun persoalan pertamanya adalah atas tuduhan apa?. Jika niat Anwar untuk berlakun dan menyiarkan viseo lucah tersebut, maka dia memang melakukan kesalahan di bawah akta penyiaran bahan lucah. Tetapi hakikatnya adigan sex tersebut telah di rakam secara clandistine. Iaitu secara rahsia tanpa diketahui oleh pelakun2nya. Kemudianya penayangannya di media masa juga dibuat tanpa kerelaannya. Disini, dari segi undang-undangnya ianya telah memihak kepada Anwar.

Pihak polis hanya menyiasat demi untuk menghadapi sebarang kemungkinan pendakwaan dan pembuktian sekiranya diperlukan kerana tugas polis adalah menjalankan tugas dan berkecuali. Tentu sahaja polis akan mengambil tindakan andainya video tersebut mendedahkan satu perbuatan menyalahi undang-undang seperti rogol, lewat atau culik kerana sudah sahih ianya adalah satu kesalahan jenayah. Dalam aksi video lucah yang tidak direstui oleh tuan punya badan, pihak polis tidak boleh mengambil tindakan ke atasnya. Contohnya seperti pendedahan siaran video sepasang suami isteri sedang mengadakan hubungan sex. Jika ada pengedar, maka pengedar tersebutlah yang bersalah malah suami isteri tadi boleh mengambil tindakan saman malu.

Tetapi kita juga mesti mengambil kira bahawa Malaysia mempunyai Hal Ehwal Jabatan Agama Islam yang memantau salah laku perlanggaran undang-undang syari’ah. Adakah pihak polis telah mengenal pasti pelakun video sex tersebut. Soal penyebaran video lucah, ianya adalah kesalahan yang termasuk dalam undang-undang jenayah. Tetapi bagi seorang muslim melakukan hubungan sex tanpa berkahwin, ianya adalah kesalahan di bawah bidang kuasa undang-undang syari’ah dan mahkamah syari’ah. Sebagai penguat kuasa undang-undang, adalah menjadi tugas polis membantu jabatan dan agesi kerajaan yang lain dalam menguatkuasakan undang-undang dan keselamatan. Dalam hal ini polis boleh menyalurka maklumat video sex tersebut kepada penguatkuasa syari’ah untuk sisatan lanjut dan pendakwaan. 

Pada masa ini kononnya Anwar adalah mangsa manakala perakam dan pengedar video tersebut adalah pemangsa. Adalah tidak logic bagi polis mendedahkan pelakunnya walaupun semua sudah tahu bahawa yang melakukan adigan sex dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahin bersama pelacur Cina. Sebab itulah pengumuman polis hanya setakat “ Polis telah mengesahkan bahawa video sex yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim itu adalah tulin”. Video sahaja yang tulin tetapi peakunnya di KIV dulu. Setakat itulah dahulu yang pihak polis boleh umumkan walaupun pihak polis telah mengenal pasti pelakunnya sekali.  Pembuktian sipelakunnya adalah dalam fasa lain siasatan.

Dato T terutamanya Dato Eskay sudah sedia maklum bahawa dia akan berhadapan dengan tuduhan merakam dan menyebar video lucah malah bersedia menghadapi saman malu Anwar. Dan dia sudah bersedia menghadapinya termasuk menerima hukuman. Jika dia di dakwa maka itu adalah satu langkah kejayaan baginya untuk mendedahkan perilaku Anwar Ibrahim kerana dalam mahkamah. Pihak yang mendakwa perlu mendedahkan video tersebut sebagai bukti pendakwaan. Inilah yang ditungu-tungu oleh Dato Eskay.

Jika dilihat dalam scenario ini nampaknya Anwar Ibrahim boleh menyaman Dato Eskay keranan mendedahkan keaibannya. Tetapi beranikah Anwar?. Dia, Anwar juga terpaksa membuktikan pelakun dalam video itu adalah dirinya bagi menjastifikasikan tindakan samannya terhadap Dato Eskay. Ini juga sedang ditunggu-tunggu oelh Dato Eskay.

Seterusnya jika terbukti pelakun dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim, pintu mahkamah syari’ah pula sedia menantinya atas tuduhan melakukan persetubuhan haram (berzina). Tetapi mengikut hukum hudud dalam Islam, tuduhan zina terhadap seseorang hendaklah mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang tidak fasik. Dalam pusingan ini Anwar nampaknya menang mudah lagi. Dia tidak berzina didepan orang. Malah tidak dihadapan Dato Eskay sekalipun. Hanya didepan kamera tersembunyi. Jadi macammana boleh adakan 4 orang saksi?. Malah Anwar boleh meminta Dato’ Eskay dan kumpulan Dato T dikenakan tuduhan Qazaf  kerana menuduhnya berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi sebagaimana dalam tuntutannya terhadap Mohd Saiful dalam kes liwat yang dihadapinya.

Kadang-kadang rasa terhina diri bila memikirkan bahawa undang-undang hudud Islam boleh dipermainkan sedemikian rupa. Apakah seseorang Islam yang berzina kerana tidak ada 4 orang saksi lelaki yang tidak fasik yang menyaksikan penzinaan maka kesalahannya boleh terlepas begitu sahaja. Apatah lagi jika melibatkan wanita yang di rogol hingga mengandung atau seseorang telah di liwat..apakah adil melepaskan pesalah tersebut hanya kerana tidak ada 4 saksi. Malang sungguh jadi wanita. Sudahlah dirogol, kemudian mengandung pula?. Nampaknya dialah sahaja yang boleh didakwa kerana telah cukup bukti wanita tersebut telah bersetubuh secara haram hingga mengandung. Lelaki yang merogolnya pula boleh tersenyum setelah melepiaskan nafsunya. Silap haribulan dia akan mengulangi perbuatan yang sama terhadap wanita tersebut tanpa apa-apa tidakan kerana dia tahu wanita tersebut memang tidak akan dapat mengemukakan 4 orang saksi.

Mengikut hukum hudud, pembuktian seperti DNA, pembuktian forensic, gambar, tidak cukup 4 orang saksi lelaki yang tidak fasik  tidak boleh digunakan pakai untuk mendakwa seseorang yang bersalah di bawah hukum hudud. Tetapi mengikut Dr Mohd Asri, bekas mufti Perlis, pembuktian cara lain (QARINAH)  seperti yang disebutkan diatas boleh dilaksanakan tetapi hukumannya tidaklah boleh menggunakan kaedah hukuman hudud. Ini pun sudah mencukupi bagi membuktikan bahawa perempuan yang mengandung itu telah dirogol orang orang tertentu. Jadi tidaklah wanita berkenaan menanggung malu seumur hidup. Begitulah juga dalam kes liwat dan zina. Manakala siperogol, sipeliwat dan sipenzina tidaklah boleh sewenang-wenangnya mengulangi perbuatan terkutuk tersebut.

Kita sedang menunggu-nunggu respon dari Jabatan Agama Islam kerana perkara besar ini jikalau tidak dikendalikan dengan baik boleh menyebabkan perundangan Islam dan agama Islam dipandang hina oleh masyarakat bukan Islam. Sudahlah kita diasak dengan desakan menyamaratakan agam Islam dengan agama lain di Malaysia. Kini nampaknya perundangan Islam pula sedang diperlecehkan.

No comments: