Making Christianity the official religion?
Partying pastors or pastors doing the party do and vow to have a Christian as Malaysian Prime Minister?
The recent victory of racially charged attempt in Sarawak has brought forth a new confidence level for the Chinese Chauvinist DAP. Now that they have tasted blood, they are wanting more. This time, it is much much more.
It is believed that DAP Jelutong organised a feast which was attended by pastors who served in Sarawak, which include foreigners. An MP was said to have attended, along with some party workers. In attendance is also Chinese Chauvinist DAP ADUN from Sarawak. During the Sarawak State Election, the Al Kitab issue was one of the major sensitive point the DAP played over and over everywhere where they were campaigning. None other than Chinese Chauvinist DAP Secretary General Lim Guan Eng also blatantly questioning why Malay bible is not allowed in Semenanjung, with a provocative overtone.
Amongst the interesting moments that was said during the evening do was when the 35 pastors stood in a circle and said to have taken a vow to make Christian the official religion of the Federation of Malaysia and the Prime Minister also a Christian.
It is expected that 1,700 pastors would hold a special convention the whole day today in a hotel in Penang and there would be a special meeting at Khaw Sim Bee Road, Georgetown, tonight. Expected in the agenda is the flavour of pondering into having a Christian brother as the Prime Minister of Malaysia.
This translate to unseating the Malay Prime Minister, who represent majority of the population.
Chinese Chauvinist DAP controlled Penang is actively organising programs for the purpose of propaganda and these recently victorious comrades from Sarawak are brought in as their guests of honour. These developments are very dangerous and they are now ‘charging’ their politics with the cry of changing the Leadership from a Muslim to a Christian.
For the Chinese Chauvinist DAP to embark on a very sensitive approach of ‘changing’ the Prime Minister on the religious node for a political propaganda is definitely taking the strategy of their Chinese Chauvinist politics into a different and highly explosive level. This should be construed as nothing less than seditious, if not subversive.
The Malays are the majority. And almost all Malays are Muslim. The Chinese is a minority, with only 26% of the citizen. The Christians amongst the Chinese makes them a smaller minority for Malaysians. For these minority to be ambitious enough to have a vow of pledge to one day put a Christian as the Prime Minister and make Christianity the official religion of the Federation of Malaysia is a blatant demonstration of ‘minority playing the majority role’ and having a political aspiration with total disregard for the majority.
This confidence level is thought to be much higher as compared to the post May 1969 General Elections where victorious Chinese Chauvinists DAP trot around strategic places in Kuala Lumpur with brooms asking the Malays to “Balik kampung, tanam jagung!“. That sparked the bloody racial riot on the evening of 13 May 1969.
This is a new level of ‘minority playing the majority role’ politics, on top of the strategy of the ‘politics of hatred’ the Chinese Chauvinist DAP is playing. It is threading on very dangerous line indeed.
_________________________________________________________________
Hari ini 8 Mei 2011 di utusan online 5 tajuk berita utamanya adalah ulasan pihak yang arif menyentuh isu ini. Sila baca Utusan Malaysia untuk kandungan penuh ulasan.
BESUT 7 Mei – Kementerian Dalam Negeri memandang serius pendedahan mengenai pihak tertentu yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara selain melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.
KUALA LUMPUR 7 Mei - ''Jangan curah minyak ke dalam api jika mahu sentuh sensitiviti umat Islam dan Perlembagaan negara.''
KUALA LUMPUR 7 Mei - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada mana-mana pihak yang ingin menjadikan Kristian sebagai agama rasmi supaya tidak menyentuh perkara sensitif itu kerana boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.
KUALA LUMPUR 7 Mei - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendakwa memang wujud gerakan oleh pertubuhan agama lain untuk merampas kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
ULASAN PENULIS
Ulasan dari 4 orang tokoh diatas sudah cukup untuk menggambarkan betapa seriusnya isu ini. Perkasa telah membuat laporan polis diseluruh Negara. Tujuannya agar pihak kerajaan dan pihak berkuasa segera mengambil tindakan.
Isu ini tidak timbul dan menular begitu sahaja. Ianya bermula bila pihak yang kononnya memperjuangkan Islam, kerana terdesak untuk mendapat sokongan politik untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada sanggup bersekongkol dengan parti rasis DAP serta kumpulan pelampau yang lain.
Demi untuk mendapatkan undi, mereka menyokong perkataan “ALLAH” digunakan oleh agama lain dan di gereja. Pas sanggup masuk ke gereja dan memburuk-burukkan sesama Islam. PAS membenarkan wakil rakyat perempuan bukan Islam masuk ke member masjid memberi ceramah. PAS membenarkan wakil rakyat wanita berpakaian sukan yang ketat, tidak bertudung dan menjolok mata bersenam dan beraktiviti dalam kawasan masjid.
Manakala dalam ceramah-ceramah PAS pula, mereka telah menjemput dan membenarkan penceramah bukan Islam dari DAP dan PKR menggunakan dan membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an dan hadis yang kononnya untuk menunjukkan bahawa mereka juga sedang memperjuangkan agama Allah. Mereka mempermainkan ayat-ayat tersebut dengan pembacaan yang bercelaru melanggar hukum hakam tertib bacaan serta memesongkan pengertian ayat yang sebenar. Malah PAS juga sehinggakan sanggup meletakkan seorang pemimpim rasis DAP yang terang-terang menolak Islam sebagai seorang pemimpin yang disama tarafkan dengan khalifah Omar Alkhattab.
Dengan mendapat sokongan sebahagian dari majoriti Bumiputera/ Melayu/Islam dalam PAS dan PKR - DAP, sebuah parti yang sangat rasis telah berjaya memunipulasikan sokongan tersebut bagi kepentingan politik mereka. Dengan menggambarkan bahawa Bumiputer/Melayu/Islam dalam PAS/PKR sangat berteloransi dalam soal beragama maka mereka telah mengambil kesempatan dari kelemahan PAS tersebut. Mereka menyelitkan unsur-unsur propanganda kononnya Sebuah Parti yang memperjuangkan Islam sekalipun (PAS) tidak membantah akan tuntutan mereka agar kebebasan beragama sepenuhnya dilaksanakan di Malaysia. DAP dan pembangkang ini bukannya tidak sedar atau tidak tahu bahawa peruntukan perlembagaan Malaysia telah meletakkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Agama lain bebas melaksanakan aktiviti keagamaan masing-masing tetapi tidak boleh menyebarkan agama mereka dikalangan umat Islam. Jauh sekali memberi kedudukan agama lain sebagai agama rasmi di Malaysia.
Sentimen kegamaan telah di munipulasikan sepenuhnya oleh pihak pembangkang (DAP dan Parti Pembangkan lain di Sarawak) di beberapa pilihan raya yang lalu termasuk yang terbaru di Sarawak. Janji dan penjelasan mereka dalam berkempen lebih tertumpu kepada soal hak dan kebebasan beragama samarata antara Islam dan Bukan Islam kepada rakyat bagi meraihkan sokongan politik. Mereka telah berjaya menimbulkan satu presepsi kepada rakyat kononnya kerajaan sekarang yang berteraskan Islam telah mendiskriminasikan penyebaran dan hak agama lain di Malaysia. Isu bible berbahasa Melayu yang terpaksa dibendung oleh kerajaan telah diperbesar-besarkan oleh pembangkang seolah-olah kerajaan BN pimpinan UMNO mendiskriminasikan agama kristian.
Mengapa perlunya bible berbahasa Melayu. Orang Melayu adalah beragama Islam. Mengikut perlembagaan, agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Melayu/Islam. Bukankah mereka telah bermati-matian mempertahankan hak untuk bahasa ibunda masing-masing. Mengapa tidak diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja. Secara umumnya, bahasa Inggeris diutamakan di Malaysia dan sebahagian besar rakyat terutamanya yang buka Islam boleh menguasai bahasa Inggeris. Apakah perlunyanya bible diterjemahkan ke bahasa Malaysia jikalau semuanya boleh memahami atau dihuraikan oleh mubaligh mereka dalam bahasa Inggeris atau ke dalam bahasa ibunda masing-masing.
Majoriti orang melayu Islam di Malaysia tidak boleh bertutur, menulis dan membaca tulisan/bahasa Arab. Tetapi orang Islam di Malaysia tidak mendesak kerajaan agar Qur’an diterjemahkan ke Bahasa Malaysia untuk sebaran. Orang Islam diwajibkan membaca secara menghafal Qur’an berbahasa dan tulisan Arab dari ayat ke ayat. Kemudian diterjemahkan oleh tok guru. Kerajaan tidak pernah melarang tetapi menggalakkan Orang Melayu/Islam mempelajari bukan sahaja bahasa Arab malah mendalami ilmu Agama Islam.
PAS sebagai sebuah parti yang menggunakan nama Islam samada masih tidak sedar atau buat-buat tak sedar akan ancaman terhadap agama Islam di Malaysia ini. Mereka hanya menganggap ini adalah satu deraan kepada UMNO yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan BN. UMNO menghadapi satu tugas berat bagi menentukan pembangunan Negara berterusan. Dalam masa yang sama kerajaan juga harus menentukan supaya rakyatnya yang berbilang kaum dan agama dapat hidup aman dan damai.
Tekanan supaya kerajaan BN pimpinan UMNO memberi lebih banyak hak samarata antara Bumiputera/Agama Islam dengan kaum/agama lain bukan sahaja datang dari pembangkang malah dari parti komponen BN sendiri. Malah semacam ada kesepakatan dalam hal ini diantara penyokong bukan Melayu kedua-dua belah pihak. Dalam hal mempertahankan keistimewaan agama Islam ini, UMNO lebih terdesak lagi apabila parti PAS menunjukkan kebodohan dan kurang matangnya dengan cara menyerang UMNO menggunakan pendekatan yang digunakan oleh parti rasis DAP. PAS memang tahu tetapi buat-buat tak tahu bahawa tindakannya memusuhi UMNO samalah seperti membunuh perjuangan parti PAS sendiri iaitu Islam. Apakah PAS masih tidak sedar bahawa Jika Kaum Cina dan India tidak menyokong BN dan beralih menyokong pembangkang, mereka juga tidak akan menyokong PAS. Mereka hanya ‘MEMPERKUDAKAN DAN MENGKALDAIKAN’ PAS Demi untuk mencapai cita-cita mereka menjadikan Malaysia di bawah cengkaman mereka.
Siapakah pendokong Islam dalam PAS ?. Orang Melayu/Bumiputera beragama Islam. Dan siapa pula pendokong Islam dalam UMNO?. Jawapannya sama sahaja iaitu Orang Melayu/Bumiputera Islam. Dan siapakah yang mendokong syiar Islam di Malaysia?. Jawapannya adalah Melayu/Bumiputera Islam di Malaysia dari berbilang parti politik dan sokongan di Malaysia.
Kni nampaknya bayang-bayang perbalahan agama dan kaum sudah menjelma. Jikalau sudah sampai ke tahap ini, iaitu apabila amaran, pujukan dan nasihat kerajaan sudah tidak berkesan lagi, maka pihak berkuasa harus menggunakan pendekatan perlaksanaan bidang kuasa undang-undang yang sedia ada-ISA. Dalam beberapa insiden yang lampau, keberkesanan ISA dalam menghadapi ancaman keselamatan, perpaduan dan keagamaan tidak boleh dipertikaikan lagi. Bermula dari zaman darurat 1948 hingga 1960 dan terus hingga ke tahun 1989, ISA telah digunakan dengan begitu berkesan sekali sehingga dapat menghapuskan pergerakan bersenjata komunis di Malaysia. Kita juga harus ingat bahawa jika tidak kerana ISA Negara kita mungkin sudah hancur akibat kejadian 13 Mei 1969. Dalam ketaksuban dan melampau beragama, politik dan demokrasi tidak lagi dapat memainkan tindakan yang berkesan bagi membendung pelampau agama ini. Jika kita perhatikan dinegara Islam lain, dengan menggunakan alasan memperjuangkan agama, negara merekan menjadi bergolak sehingga pelampau sanggup meletupkan diri bagi membunuh samada seagama atau yang beragama lain. Jikalau sampai ke tahap ini bolehkah kebebasan dan demokrasi membendungnya?.
Secara sedar atau tidak, kerajaan dalam keadaan tertekan dan terdesak, dari masa kesemasa masih terus mengambil tindakan terhadap pelampau agama dan perkauman dan ancaman lain. Hasilnya adalah keamanan yang kita kecapi sekarang. Atas nama demokrasi, kebebasan bersuara dan hak kemanusiaan yang lain, kerajaan hanya menggunakan ISA ketahap yang paling minima. Buktinya kita lihat apa yang berlaku sekarang. Kita perhatikan keadaan semasa dimana kumpulan pendesak, pelampau, pemimpin kaum/agama dan pemimpin politik yang menggunakan isu-isu sensitif sehinggakan sampai ke tahap menghina raja pun tetapi masih tidak diambil tindakan melainkan yang dapat cukup pembuktian untuk pendakwaan di mahkamah. Kini tibalah masanya ISA perlu dilaksanakan sepenuhnya.
Semoga saudara seagama Islam sekelian sedar bahawa kita perlu bersatu agar islam kita nampak teguh di Malaysia. Kita tidak boleh menunggu hingga keadaan menjadi tidak terkawal. Keganasan hanya akan mengakibat kemusnahan kepada semua rakyat. Apakah kita mahu generasi kita hidup di dalam Negara yang kucar kacir di masa depan. Adakah kita mahu generasi masa depan kita ramai yang mengaggur dan ketiadaan kemudahan asas yang sempurna akibat dari kemusnahan Negara. Hanya bila kita bersatu dan teguh dibawah satu lambang kuasa Melayu/Islam, maka itulah sahaja kita akan dihormati dan mereka tidak akan meminta yang lebih dari sepatutnya.
No comments:
Post a Comment