GAMBAR DALAM SATU MAJLIS ANJURAN RISDA SEMASA MENYAMPAIKAN BANTUAN KERANA KEJATUHAN HARGA GETAH SECARA ONE OFF RM500.00 KEPADA PEKEBUN KECIL YANG DIADAKAN DI PERKARANGAN PEJABAT RISDA DAERAH GERIK, PERAK.
Jika tidak ada program bantuan tanam semula oleh pihak berkuasa RISDA, sebahagian besar dari pekebun kecil tidak mampu menanam semula dengan pelbagai input pertanian seperti yang diberi bantuan oleh pihak bekuasa RISDA. Terima kasih atas dedikasi semua pegawai RISDA Gerik semua peringkat (khasnya) dan kepada seluruh Pihak Berkuasa RISDA Malaysia (Amnya).
DELIMA PEKEBUN KECIL GETAH
Tertarik juga bila
mendengar perbahasan di Parlimen pagi ini – 15 Julai 2013.
Sebagai seorang pekebun
kecil, saya amat tertarik dengan isu yang dibawa oleh YB dari Sik Kedah. Beliau
mahu kepastian mengapa hanya tuan punya kebun sahaja diberi bantuan RM500.00 secara
one off sedangkan pekerja penoreh yang tidak ada kebun tidak diberikan bantuan.
Pada pendapat saya perkara pertama yang
diambil kira oleh kerajaan dalam memberikan bantuan ini adalah keluasan kebun 2
½ Hektar atau lebih kurang 6 ekar ke bawah.
Kerajaan adalah tepat
bila mengandaikan bahawa tuan punya kebun yang keluasan kebunnya 2 ½ hektar (6
ekar) adalah pekebun yang berpendapatan rendah dan terjejas teruk dengan kejatuhan harga getah sekarang. Purata yang memiliki keluasan kebun sebegini adalah pekebun bumiputera.
Sebagai tuan punya kebun
getah, banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa ditanggung. Antaranya adalah
seperti berikut:-
1. Mengusaha membersihkan hutan, mengadakan
infrastruktu mana yang terdaya dan menanam getah yang memakan masa 4 ½ hingga ke 8 tahun sebelum pokok itu matang
boleh ditoreh dan menerima hasil.
2. Tempoh penjagaan yang lama dan kerja-kerja/kos menggantikan
pokok yang mati akibat penyakit dan serangan binatang liar seperti babi, gajah,
monyet dll.
3. Membaja, meracun dan mencuci kebun. Jika tuan
punya kebun adalah individu yang telah berumur atau tidak berdaya terpaksa keluar
belanja tambahan mengupah pekerja melaksanaka kerja-kerja tersebut.
4. Pada asasnya
jika tanaman tersebut mendapat bantuan RISDA bantuan yang diberikan agak mencukupi secara asasnya dengan 6 kali
bayaran bantuan dan bantuan baja, racun dll dalam tempoh jangkaan 3 ke 4
tahun. Tetapi ini hanya untuk bantuan tanaman
sahaja. Bukan bantuan sara diri sepanjang tempoh penjagaan kebun sehingga boleh
ditoreh.
5.
Bila pokok getah sudah matang dan di toreh, tuan
punya kebun perlu juga mengeluarkan perbelanjaan membeli baja dan racun rumpai
dalam jarak masa 3 atau 4 bulan sekali. Jika menerima bantuan tanam semula
RISDA, ada sedikit bantuan kewangan yang diberikan baki dari input pertanian
yang diberikan setiap 6 bulan itu tetapi ianya jauh dari cukup untuk sara hidup
sepanjang tempoh pembesaran getah hingga matang untuk ditoreh.
6. Pengeluaran hasil pula tidak konsisten kerana
dalam tempoh setahun itu, pelbagai rintangan alam semulajadi datang melanda.
Musim tengkujuh, musim pokok meluruh daun, musim pokok berpucuk, kepanasan atau
kemarau yang melampau, ancaman binatang liar ke atas kulit pokok dan gangguan
jalan dalam kebun yang rosak atau licin.
Jika saya diberi peluang
untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh YB dari Sik di perbahasan dalam parlimen, maka jawapannya adalah seperti berikut:-
1. Tuan punya kebun getahlah yang berhak keatas
kebunnya. Bukannya penoreh.
2. Tuan punya Kebun getah seluar 2 ½ hektar (6
ekar) kebawah adalah dikira berpendapatan rendah lebih-lebih lagi bila harga
getah rendah dan kerja-kerja menorah dan mengeluarkan hasil tidak berjalan
dengan lancar.
3. Jika tuan punya kebun getah tidak berdaya menoreh
sendiri maka terpaksa mengupah (bukan menggaji) penoreh getah yang rela
melakukan kerja-kerja tersebut.
4. Jika mengupah pekerja penoreh getah, hasilnya di
bahagi 2 secara purata. Contohnya jika harga jualan untuk 6 hari kerja menoreh adalah
RM600.00, maka tuan punya kebun dapat RM300.00 dan penoreh dapat RM300.00 juga.
Tetapi tuan punya kebun perlu mengenepikan sebahagian dari pendapatan tersebut sebagai simpanan untuk
membeli baja, racun, penggalak susu dll input pertanian dan mengupah pekerja apabila sampai masanya nanti. Manakala
pekerja penoreh getah boleh enjoy 100% atas hasil jualan getah tanpa memikirkan
apa-apa risiko mendatang.
Itulah sebahagian dari senario
yang dihadapi oleh tuan punya kebun getah. Banyak lagi yang boleh diperincikan
disini tetapi akan memakan banyak ruang penulisan.
Jika diambil kira seperti
apa yang saya terangkan diatas, tuan punya kebun getah lebih miskin dari
penoreh kebun getahnya.
JIKA ADA CADANGAN UNTUK
MEMBERIKAN BANTUAN KEPADA PENOREH YANG TIDAK MEMPUNYAI KEBUN, SAYA JUGA
BERSETUJU DAN MEMBERI SOKONGAN SEPENUHNYA DENGAN ALASAN MEMBERI BANTUAN KEPADA "RAKYAT MISKIN". TETAPI BUKAN
MERAMPAS ATAU MENGECILKAN HAK TUAN PUNYA KEBUN GETAH ATAU MENJADIKAN KEBUN
GETAH TEMPAT PENOREH ITU BEKERJA SEBAGAI CAGARAN UNTUK PENOREH MENDAPAT
BANTUAN.
Manakala penoreh getah
sepatutnya perlu berterima kasih kepada tuan punya kebun getah kerana dengan
membawa sebilah pisau menoreh getah sahaja mereka sudah ada punca pendapatan yang melebihi
dari tuan punya kebun getah itu sendiri. Manaka tuan punya kebun getah
menghadapi bermacam risiko selagi kebun getah itu menjadi miliknya.
Tidak seperti pengurusan
estet, pengurusan pekebun kecil hanya semata-mata atas dasar kerelaan hati dan
saling bekerjasama antara tuan punya kebun dan penoreh. Hasil dibahagi dua dan
segala perbelanjaan pengurusan kebun ditanggung oleh tuan punya kebun.
Pada pendapat saya, selain dari Bantuan Tanam Semula dan Bantuan Insentif lain oleh pihak berkuasa RISDA, perkara yang paling berkesan membantu pekebun kecil dan penoreh yang tidak mempunyai kebun adalah berusaha menaikkan harga getah. Dengan harga getah yang ada sekarang, kesan keatas penurunan pendapatan pekebun kecil amat ketara sekali. Ini telah menjejaskan kesejahteraan penduduk.
Hanya sebagai pandangan untuk dikongsi bersama. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment