Total Pageviews

Wednesday, July 18, 2012

PROGRAM PEKEBUN KECIL BERSAMA RISDA DAN PROGRAM "GABEM" - GAGASAN BADAN EKONOMI MELAYU DI LENGGONG PERAK.



Pada 18 Julai 2012 bermula seawal jam 0800 bertempat di sebuah kedai kopi Kampong Chepor Lenggong, Pejabat Risda Hulu Perak telah menganjurkan satu program  “Pekebun Kecil Bersama Risda”. Program ini dianjurkan bertujuan merapatkan lagi perhubungan di antara Pekebun Kecil dengn Pihak Risda bagi memudahkan penyaluran maklumat dan komunikasi antara pekebun kecil dengan Risda.

Program di mulakan dengan acara “Santai Bersama Pekebun Kecil”. Sebelum ketibaan Pengerusi Risda Malaysia Tan Sri Abdul Rahim ke lokasi program. Para pekebun kecil dan penduduk, samada dalam perjalanan pergi atau balik dari menoreh getah atau pengunjung kedai kopi, mereka disediakan sarapan pagi sambil beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan Risda Hulu Perak.

Sebaik sahaja tiba, Tan Sri Rahim terlebih dahulu 
di sambut sekumpulan kanak-kanak Tabika yang 
kelihatan begitu ceria dapat bersalam dengan Tan Sri

 

Turut hadir dalam program tersebut adalah Pengarah Risda Negeri Perak Tn Hj Amran Bin Jaafar. Pegawai  Risda Daerah Hulu PerakEn Abdul Rashid Bin Nafis, Timbalan Pegawai Risda Hulu Perak Pn Nabsiah Bt Bahar serta pegawai dan kakitangan Risda Hulu Perak.



Wanita Kg Belum Baru bergambar bersama 
Timbalan Ketua Pegawai Risda Daerah Pn Nabsiah


Tan Sri Rahim mendenganr taklimat dan 
beramah mesra dengan Pegawai Risda Negeri

Tan Sri Rahim sedang menyampaikan ucapannya di Kg Chepor

Pada jam 11.00 Pengerusi Risda Malaysia- Tan Sri Abdul Rahim Tambi Chik tiba di program ini dan menyampaikan ucapan.
Tan Sri menyeru agar pekebun kecil mengeratkan lagi perhubungan yang sedia  terjalin antara pekebun kecil dengan pihak Risda.
Beliau juga menasihatkan kepada pekebun kecil  agar jangan terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang memburuk-burukkan kerajaan dari kepimpinnan terdahulu  hingga ke peringkat kepimpinan sekarang kerana setiap Perdana Menteri dari Allyarham Tunku Abd Rahman hinga ke era Dato Sri Najib sekrang, Risda dan kerajaan memang santiasa menjadi keutamaan untuk memajukan dan meningkatkan lagi pendapatan pekebun kecil.


PROGRAM PENERANGAN GABIM DI DEWAN MERDEKA LENGGONG

Pada tengah harinya, rombongan Tan Sri Rahim berlepas dari Kg Chepor dan tiba di Dewan Merdeka Lenggong pada jam 1200 bagi program penerangan berkaitan Gabim – Gagasan Badan Ekonomi Melayu. Program ini dirasmikan oleh YB Dato’ Shamsul Anuar Bin Hj Nasarah – Ahli Parlimen Langgong.




Turut hadir di Majlis tersebut adalah YDH Toh Shahbandar Hulu YB Tn Hj Mohd Tarmizi Bin Idris – ADUN Kenering dan YB Dato’ Hasbullah Bin Osman – ADUN Temengor.
Intipati ucapan Tan Sri Abdul Rahim Tambi Chik, Ucapan YB Dato’ Hasbullah dan ucapan Dato’ Shamsul Anuar Bin Hj Nasarah adalah:-

Menyeru supaya rakyat menolak pembangkang di PRU akan datang kerana perjuangan politik songsang pembangkang hanya mengecilkan peluang orang Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi dan kemajuan Negara.

Kerajaan masih berusaha dan memerlukan sokongan rakyat Melayu/Bumiputera untuk menaikkan pemegangan ekuiti Melayu/Bumiputera yang mana pada ini tidak seimbang berbanding majority penduduk walaupun ianya sudah meningkat dari 18% kepada 23% di era Dato’ Sri Najib. Melayu/Bumiputera merupakan 67% rakyat Negara ini sebaliknya hanya baru mencapai 23% pegangan ekuiti dari sasaran 30%.

Pembangkang Melayu terutamanya PAS sudah lari dari perjuangan menegakkan agama Islam sebaliknya menukar kepada Negara Kebajikan akibat tekanan dari rakan dalam pakatan rakyat (bukan melayu). Mereka tidak mampu untuk memajukan Negara ini sebaliknya hanya menjadi alat kepada parti pembangkang bukan Melayu untuk memusnahkan pembangunan orang Melayu.

No comments: