Total Pageviews

Thursday, July 12, 2012

TUNJUK PERASAAN MEMPROTES HASRAT "ANAK" MAHU BUAT PERHIMPUNAN OREN BERBUNG ISU SAHAM FELDA FGVSB

Tunjuk perasaan memprotes hasrat "ANAK" Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan oleh wakil-wakil 3 gabungan FELDA dalam Mukim Kenering




Jika tidak silap hampir 300 ribu orang jadi peneroka Felda hingga sekarang. Berbagai keistimewaan telah diberikan kepada peneroka. tetapi masih ada segelintir peneroka yang masih tak berpuas hati. Macam kata pepatah: Itik kehausan di kolam, ayam kelaparan di kepok padi. Masuklah ke rancangan mana-mana FELDA. Sudah terang dan nyata bahawa FELDA adalah satu contoh komuniti yang berjaya. Rumah-rumah kayu pada masa dulu kini merupakan banglow atau sekurang-kurang rumah sederhana lengkap dengan semua kemudahan asas. Pemberian saham dan berbagai bantuan merupakan "durian runtuh" dari pihak kerajaan dan pengurusan. Rasanya jika mahu lebih belilah saham dari durian runtuh itu. Mengapa mahu menuntut lebih sedangkan apa yang diberikan tidak memerlukan pengorbanan balas. Hanya percuma semata-mata. Tidak ada apa2-apa yang kurang. melainkan "RASA TAMAK HALOBA" sahaja merasuk diri. Bukan ramaipun. hanya segelintir sahaja. Peneroka tak puas hati ke atau ada pihak lain tidak puas hati?.

1 comment:

zahari1950 said...

Jika kita teliti apa yang dikecohkanh Mazlan Alimin dengan Persatuan "ANAK"nya dan membandingkan dengan penerimaan majoriti peneroka terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dan pengurusan FELDA, maka didapati ada percanggahan yang amat besar.

Mustahil majoriti peneroka yang menerima pemberian kerajaan adalah dari kalangan mereka yang bodoh manakala hanya pengikut Mazlan dan Ahli "ANAK" sahaja yang cerdik dan bijak.

Dari apa yang diterangkan oleh En Shukri Hadi-Timbalan Pengerusi JKKR Felda Lawin Selatan secara logiknya, majoriti peneroka sedar dan tahu taraf dan jumlah sebenar yang mereka terima dari kerajaan dan pengurusan FELDA. Masakan Mazlan Alimin dan ahli "ANAK" sahaja yang merasai kerugian.

En Shukri menerangkan lagi mereka bimbang dengan perbuatan "ANAK" ini akan menjejaskan usaha kerajaan untuk menambah keuntungan kenaikan saham kerana ianya akan mempengaruhi pasaran saham FGVSB.

Ini akan merugikan peneroka sendiri. Berpunca dari itu sehingga ini sudah 10 laporan polis telah dibuat oleh beberapa ahli peneroka Felda-Felda di Hulu Perak kerana tidak puas hati terhadap "ANAK".

Orang lain juga tahu mengira untung rugi. Perbezaan besarnya adalah bergantung kepada perasaan tamak haloba dan atas dasar membangkang dalam politik. Asalkan kerajaan buat..semuanya tak betul walaupun majoriti menerimanya.

Berikut adalah antara beberapa pemberian, hadiah dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan pengurusan FELDA yang diterangkan oleh En Shukri Hadi secara spontan yang membuktikann bahawa peneroka tahu dan sedar dan menerima apa yang telah, sedang akan dilaksanakan:-

Saham:

- RM800.00 modal saham diberi percuma.

- Peneroka melalui Yayasan peneroka masih memiliki 20% keuntungan saham FGVSB yang akan diagihkan kepada seluruh peneroka walaupun saham individu telah dijual.Yang membantahpun menerima akan menerima keuntungan juga (baiknya FELDA....)

Lain-lainkeistyimewaan:-

- Kemudahan pinjaman perumahan
- Duit Raya
- Insentif usaha lebih
- Tabung pendidikan
- Khairat kematian RM10,000...

DALAM ISU FGVSB.. tidak ada tanah peneroka yang terlibat samada menjadi bahan gadaian atau syarat tertentu. Ia adalah milik mutlak peneroka tertakluk dibawah perjanjian dahulu semasa menerima menjadi peneroka FELDA.

En Shukri seterusnya menerangkan bahawa bab agihan saham ini tidaklah boleh kita buat perbandinagn dengan GLC yang lain kerana keuntungan mereka tinggi dan kakitangan mereka tidak seramai peneroka FELDA (317 rancangan melibatkan hampir 300,000 peneroka.

Saham yang mula dilancarkan pada April lalu dengan harga RM4.55 kini telah meningkat RM5.50 dan terus meningkat.

Menyindir dengan sinis, En Shukri Hadi bertanya kepada peneroka yang tak berpuas hati ini, jika semuanya tak betul mengapa menerima secara terpilih pula.

Kecoh pasal saham tetapi menerima durian runtuh(maksudnya setiap keluarga diberikan RM15,000.00 dalam tiga bayaran iaitu intesif kepada ketua keluarga RM5,000.00, kepada isteri RM5,000.00 dan kepada anak ahli RM5,000.00) En Syukri mencabar mereka jika mahu menolak, jangan tolak separuh-separuh. Tolak semuanya.

Jika kita duduk semeja dengan peneroka yang tahu berterima kasih ini maka kita akan dapati bahawa kekecohan yang berlaku dalam FELDA sekarang lebih menjurus kepada hasutan pembangkang iaitu "SEMUA YANG KERAJAAN BUAT adalah salah dan tak betul".

Moto mereka (Pembangkang): Ambil Sahaja Apa yang Diberikan. Dengar Sahaja Apa Yang Dicakapkan. Bila mengundi Pangkahlah Pihak pembangkang.