KETERANGAN RINGKAS
KAMPUNG BELUM BARU DAN KAITANNYA DENGAN LEMBAH BELUM (KAMPUNG BELUM LAMA)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepda semua rakyat
Malaysia dan juga kepada semua pelancung samada dari dalam atau luar Negara Malaysia.
Walaupun saya telah memuatkan sedikit penerangan
perihal latar belakang kampung Belum Baru dalam posting saya yang lalu, namun saya dapati masih ramai lagi
yang masih kabur tentang asal usul Kampung Belum Baru dan kaitannya dengan
Lembah Belum.
Saya tidak menafikan memang wujud kekeliruan
sebahagian besar rakyat Malaysia lebih-lebih lagi pelancung tentang Kampung
Belum Baru dan kaitannya dengan Lembah Belum. Ramai yang bertanya saya jarak
antara Banding dengan Kampung Belum Baru. Juga lokasi Kampung Belum Baru dan
lokasi Lembah Belum. Jauhnya Kampung Belum Baru ke Lembah Belum. Bagaimana mahu
ke Kampung Belum Baru dan berbagai soalan lagi.
Oleh itu secara ringkas sekali lagi saya paparkan
disini sedikit penerangan tentang asal usul kampung Belum Baru dan kaitannya
dengan Lembah Belum.
LOKASI LEMBAH BELUM
LOKASI LEMBAH BELUM
Lembah Belum terletak dalam satu kawasan hutan
belantara yang bersempadan dengan Thailang di sebelah Utara, bersempadan dengan
Kelantan disebelah timur dan timur lalut
manakala jambatan Banding di Tasik Empangan Temengor di Selatan dan jalanraya timur barat di tenggara. Itulah lebih kurang
kedudukan Lembah Belum mengikut kefahaman saya.
Lembah Belum ini dipetakan oleh pihak British dahulu
bersempena dengan nama sebuah anak sungai berhampiran sempadan Perak, Thailand dan Kelantan
iaitu iaitu “Sungai Belum”. Nama “Belum” pula diambil dari nama sejenis spesisi
belalang besar yang kuat suaranya yang dipercayai hanya wujud di Lembah Belum
sahaja iaitu belalang “Belom”. Kononnya belalang ini dinamakan “Belom” kerana
jeritan suaranyanya yang kuat berbunyi “belom!! belom!! belom!!’ tinggi ditas
pokok rotan manau dan pokok yang tinggi di Lembah Belum. Saya sendiri tidak
pernah melihat belalang ini.
Jauhnya antara Bandar Gerik (Bandar terdekat) ke “Banding” iaitu kawasan yang di wartakan
sebagai Taman Negeri Perak - Royal Belum bagi kawasan Lembah Belum lebih kurang 50 km. Kita
boleh memandu kesana dengan selesa melalui jalanraya berturap tetapi perlu
berhati-hati kerana jalannya mempunya beberapa selekoh tajam dan pendakian bukit yang
agak curam. Jalan raya ini dikenali dengan nama JRTB (Jalan Raya Timur Barat
yang menghubungkan pantai barat (Ipoh, Pulau Pinang ke pantai Timur).
ASAL USUL LEMBAH BELUM
ASAL USUL LEMBAH BELUM
Seperti yang saya nyatakan diatas bahawa Lembah Belum
adalah satu kawasan yang diambil sempena dengan nama sebuah sungai di Hulu Sungai
Perak atau bolehlah dikatakan salah satu punca air sungai Perak.
Sebenarnya walaupun Lembah Belum terletak dalam hutan
belantara, namun telah wujud satu penempatan orang Melayu keturunan Patani disana.
Tidak dapat dipastikan bila orang Patani membuka penempatan “Belum” ini. Tetapi
dalam pengembaraan EW Birch ke Lembah Belum pada tahun 1909, beliau ada
menceritakan bahawa seorang pengembara Balgium yang bernama Bagelo telah sampai
ke lembah Belum berpuluh tahun lebih dahulu dari beliau. Mengikut bancian EW
Birch bahawa pada tahun 1909 sudah ada 205 orang penduduk di penempatan Belum
ini.
Dalam kata lain bolehlah dibuat kesimpulan bahawa
penempatan Belum telah wujud sekurang-kurang
pada tahun 1850’an lagi. Wallahua’alam.
LOKASI KAMPUNG BELUM BARU
LOKASI KAMPUNG BELUM BARU
Kampung Belum Baru adalah sebuah penempatan yang
dibuka oleh British pada tahun 1953. Terletak betul-betul dipetengahan
perjalanan antara pekan Lenggong dan Gerik. Kampung Belum Baru terletak dalam
Mukim Kenering berhampirang pekan kecil Lawin atau Kampung Lawin.
Tidak timbul langsung bahawa Kampun Belum Baru terletak
dalam hutan di Lembah Belum. Jika seseorang itu mahu ke Lembah Belum dari
Kampung Belum Baru, mereka hendaklah berkenderaaan dari Kampung Belum Baru
lebih kurang 27 km ke Bandar Gerik terlebih dahulu dan serusnya menyambung perjalanan dari pekan
Gerik ke Banding lebih kurang 50 km lagi. Dari Banding menaiki bot lebih kurang 45 minit ke 1jam 30 ke Sungai Kejar. Untuk masuk ke kawasan ini pelawat atau pelancung dikehendaki memohon pas lawatan dari Perbadanan Pelancungan Negeri Perak kerana kawasan tersebut adalah kawasan terkawal. Malahan orang Kampung Belum Baru sendiri yang merupakan waris asal Kampung atau penempatan di Belum Lama dalam Lembah Belum pun tidak terkecuali dari memenuhi syarat-syarat ini.
ASAL USUL KAMPUNG BELUM BARU.
ASAL USUL KAMPUNG BELUM BARU.
Seperti yang diterangkan diatas tadi, kampung Belum
Baru dibuka oleh British pada tahun 1953 sebagai satu penempatan semula penduduk
“penempatan Belum” (selepas ini akan disebut Kampung Belum Lama).
Pihak pentadbir British yang memerintah Malaya atau Tanah Melayu pada masa itu terpaksa memindahkan penduduk “Kampung Belum Lama”
ke penempatan baru di Kampung Belum Baru disebabkan ancaman pengganas kominis
di Lembah Belum bermula dari tahun 1948 apabila darurat disitiharkan di Tanah Melayu.
Pihak tentera British dengan lain-lain pasukan
bersenjata telah menawan Kampung Belum Lama dari cengkaman pengganas komunis pada
bulan March 1952. Seterusnya, bagi mengelakkan komunis kembali bertapat dan
memaksa penduduk mengikut telunjuk mereka,
maka kerajaan Britis membuat keputusan memindah penduduk kampung ini ke
satu penempatan baru yang bebas dari angkara pengganas komunis.
Dalam keadaaan kelamkabut, British hanya bejaya
mengumpulkan 250 orang dari penduduk Kampung Belum Lama berjalan kaki selama
seminggu melalui hutan negeri perak, sedikit kawasan Thailand dan seterusnya ke
Jeli di Kelantan. Penduduk yang lain ada yang lari ke Thailand atau lari
terlebih dahulu ke Gerik dan Kelantan sebelum British “menawan Kampung Belum
Lama”.
Penduduk Kg Belum Lama yang dibawa pindah oleh British
berhenti di Jeli selama seminggu. Kemudiannya mereka diangkut dengan truck ke
Pengkalan Cepa Kelantan. Di pengkalan Cepa mereka tinggal selama sebulan
sebelum diangkut denga kapalterbang ke Taipin Perak. Dari Taiping Perak mereka
sekali lagi diangkut dengan Truck ke penempatan sementara Kg Gerik di Gerik
Perak.
Semasa di Gerik Perak inilah pihak British baru mula
mencari kawasan untuk penempatan semula penduduk Kampung Belum Lama.
Setelah membuat tinjauan dibeberapa kawasan diseluruh
negeri Perak, akhirnya ketua penduduk Kg Belum Lama bersetuju untuk ditempatkan
di Kampung Belum Baru sekarang. Sebahagian dari kawasan kampung ini dahulunya
adalah kepunyaan beberapa penduduk disekitar Kg Malau, Lawin, Kg Sawa dan Lenggong.
Pihak British menebus guna kawasan ini untuk dijadikan penempatan bekas
penduduk Kg Belum Lama.
NAMA ASAL TAPAK ATAU KAWASAN KAMPUNG BELUM BARU INI ADALAH PADANG PURU ATAU
BENDANG PURU. OLEH KERANA KETUA PEMINDAHAN DAN BEKAS PENDUDUK KAMPUNG BELUM
LAMA MAHU KEKALKAN NAMA “BELUM” IAITU KAMPUNG ASAL MEREKA YANG DITINGGALKAN DI
PENDALAMAN HUTAN BELUM MAKA MEREKA MEMILIH NAMA “KAMPUNG BELUM BARU” BAGI
PENEMPATAN BARU MEREKA INI DAN IANYA KEKAL HINGGA SEKARANG.
Sejak dipindahkan di penempatan baru ini, budaya,
sosial dan cara hidup penduduk Kampung Belum Baru adalah sama dengan masyarakat
setempat. Tidak timbul langsung bahawa
ada orang asli tinggal di kampung Belum Baru seperti yang disangkakan oleh ramai
pelancung dan pelawat yang mahu ke Lembah Belum. Ianya adalah 100% orang melayu
yang pada asalnya adalah keturunan Patani. Namun kini bagi generasi kedua dan
ketiga, tidak timbul lagi perihal keturunan Patani in kerana ramai yang telah
berkahwin campur dengan seluruh penduduk Malaysia bahkan ada yang dari Sabah
dan Sarawak.
Mungkin penerangan saya ini tidak berapa lengkap atau
menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Sebarang kelemahan adalah tidak
disengajakan dan saya memohon maaf. Niat saya tidak lain dan tidak bukan hanya
semata-mata menerangkan perkara yang sebenar tentang Lembah Belum (Taman Negeri Perak “Royal
Belum”) dan kaitannya dengan Kampung Belum Baru.
Ramai penduduk kampung Belum Baru mempunyai tanah bergeran
yang sah di Kampung Belum Lama. Juga terdapat 11 tanah perkuburan tempat
ibubapa dan waris-waris penduduk kampung Belum Baru dikebumikan di Kampung
Belum Lama.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut bolehlah
hubungi:-
Zahari Mat Taib : Tel - 012-3765406 atau
Hj Mat Narun (Ketua Kampung @ Pengerusi JKKKK) : Tel – 0135398838
Assalamualaikum
ZAHARI MATA TAIB - ADMIN
No comments:
Post a Comment