Total Pageviews

Tuesday, April 30, 2013

LAWATAN DATO' HJ MOHD TARMIZI BIN HJ IDRIS KE PEKAN SEHARI SELASA KG BELUM BARU

Pada 30 April 2013, lebih kurang jam 5.00 petang, Calon BN bagi DUN Kenering Toh Shahbandar Hulu Dato Hj Mohd Tarmizi Bin Idris turun padang melawat Pekan Hari Selasa Kampung Belum Baru bagi beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di Pekan Hari tersebut.

Beliau diringi oleh Tn Hj Abdul Latif yang merupakan Ketua PDM Belum Baru. Pak Tok (Panggilan mesra kepada beliau) adalah tidak asing lagi bagi rakyat di DUN Kenering beliau adalah bekas ADUN Kenering yang lalu yang memang terkenal dikalangan rakyat atas sifat beliau yang sangat perihatin dengan kehendak rakyat. Beliau telah disambut mesra oleh semua golongan peniaga dan pengunjung di Pekan Sehari tersebut.

Seterusnya beliau berhenti minum petang dan beramah mesra dengan petugas jentera parti di Bilik Gerakan yang kebetulan terletak dalam kawasan Pekan sehari. Minum petang disediakan oleh wanita "jalinan Rakyat".
 
Beliau seterunya membuat lawatan menziarah isteri kepada Tn Hj Mohd Najib - Ketua Cawangan Kg Belum. Pn Hjh Melah Bt Hj Mohamed sakit akibat komplikasi kencing manis yang serius sejak beberapa tahun yang lalu.

Beliau beredar dari tapak Pekan sehari lebih kurang jam 6 petang.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan semasa lawatan beliau:-
 
 
 
Menziarahi isteri kepada Tn Hj Mohd Najib - Ketua Cawangan Kg Belum. 
Pn Hjh Melah Bt Hj Mohamed yang sakit akibat komplikasi kencing manis 
yang serius sejak beberapa tahun yang lalu.

No comments: