Total Pageviews

Tuesday, April 30, 2013

DATUK NIK AZIZ PUN MEMERLUKAN KEMEWAHAN HIDUP JUGA


Zuhudnya Tuan Guru Nik Aziz. Dia sering melebelkan pemimpin UMNO/BN semuanya rasuah, zalim kepada rakyat, menolak Islam, mengumpul harta, duniawi dan suka buat fitnah. Memang diakui bahawa tiada pemimpin dalam UMNO lebih-lebih lagi BN yang begitu zuhud hingga melupakan kemewahan dunia. Tetapi taklah semuanya berkepentingan diri. Jika semua mereka bersikap sedemikian, maka negara kita dah lama lingkup. Maklumlah semua pemimpin UMNO/BN rasuah, zalim kepada rakyat, menolak Islam, mengumpul harta, duniawi dan suka buat fitnah. Tetapi UMNO/BN tahu bahawa setiap manusia tidak kira dalam politik apa atau status agama tetap  tidak dapat lari dari bernafsu. Hanya undang-undang sahaja yang boleh mengawal. Itupun bukan semuanya dapat dibendung.

Tetapi rupa-rupanya, Datuk Nik Aziz sendiri pun bukan seperti yang digambarkan. Dia juga manusia biasa yang mempunyai kepentingan dan memerlukan kemewahan.

Maknanya apa yang dikhabarkan tidaklah serupa dengan yang nyata:-

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130429/dn_12/Nik-Aziz-milik-tanah-bernilai-lebih-RM10-juta



 

Jika demikianlah "zuhudnya" Datuk Nik Aziz hanya kerana makan dengan tangan dan nasi bungkus, apakah Datuk Pa (seperti dalam gambar dibawah ini) yang merupakan calon BN di Jeli juga tidak "sezuhud" Datuk Nik Aziz?. Tetapi Datuk Pa tak terdengar pula memiliki harta sebanyak kepunyaan Datuk Nik Aziz. Walaupun Datuk Pa bukan guru agama tetapi dia masih tahu membezakan yang hak dengan yang bathil.




No comments: