Total Pageviews

Tuesday, September 25, 2012

PROGRAM MAJLIS GERAKAN MEMBAJA 2012 RISDA DAERAH HULU PERAK


MAJLIS GERAKAN MEMBAJA 2012
PERINGKAT RISDA STESYEN GERIK SELATAN
DAERAH HULU PERAK GERIK DI TAPAK
PERKELAHAN REKREASI LATA LAWIN
Pada 25 Sept 2012 dari jam 0900
 pagi hingga jam 0130 tengahhari

Ucapan perasmian En  Aris Yahya Pen PRD

Pada 25 Sept 2012, Jam 0900 pagi Pejabat RISDA Gerik telah melaksanakan satu lagi MAJLIS GERAKAN MEMBAJA 2012 bertempat di Tapak perkelahan Lata lawin.

Diantara Pegawai Kanan RISDA Gerik dan jemputan Khas yang hadir adalah seperti berikut:-

1.       Pen Pegawai Risda Daerah (PRD) En Aris Yahya – Mewakili PRD merasmikan program.
2.       En Badrul – Ketua Stesyen Gerik Selatan
3.       En Abdul malik Bin Othman – Pengurus Ladang FGV Lawin Tengah.
4.       En Nik Lah – Penolong Pengurus FGV Lawin Tengah.

Seramai 40 orang pekebun kecil terdiri dari pekebun kecil Kampung Lawin dan beberapa orang pekebun kecil dari kampong Belum Baru turut hadir mengikuti program ini.

Program ini dilaksanakan bagi gerak tubi menyedarkan pekebun kecil peri mustahaknya membaja dan melaksanakan pembajaan getah muda dan getah matang dengan betul. Ianya bagi mencapai matlamat meningkat sasaran purata pengeluaran. Program ini dilaksanakan dari masa ke semasa sebagai menyambut saranan PM bagi meningkatkan kesedaran pekebun kecil betapa pentingnya pembajaan bagi meningkatkan hasil/pendapatan pekebun kecil.

Diantara Pegawai RISDA dan jemputan yang sempat memberikan ceramah dan taklimat adalah seperti berikut:-

1.       Pen Pegawai Risda Daerah (PRD) En Aris Yahya
2.       En Badrul – Ketua Stesyen Gerik Selatan
3.       En Nik Lah – Penolong Pengurus FGV Lawin Tengah.
4.       En Abu Bakar Alias - PPR Gerik Selata
5.       En Khairil - PPR Gerik Utara

Hasil daripada taklimat, penerangan dan latihan amali, pekebun kecil yang hadir telah mendapat beberapa maklumat penting yang mungkin selama ini terabai atau tidak disedari oelh pekebun kecil semasa mengushakan kebun.

Antaranya:-

1.       Pembajaan hendaklah dilakukan selepas 100 hari daun gugur.
2.       Kawasan serapan baja adalah di hujung julai canopy pokok.
3.       Bagi pokok muda baru tanam, tabor lebih kurang 1 kaki jejari keliling pokok.
4.       Bagi pokok matang, baja hendaklah di tabur di tengah lorong atau di antara 2 pokok.    
5.       Bagi pengeluaran hasil susu getah, gunakan baja RISDA no 4 yang mengandungi NPK tetapi kurang MG.
6.       Bagi getah yang baru di tanam, gerakan membaja hanya dimulakan 2 bulan selepas ditanam dengan taburan 100 gram setiap pokok dengan baja RISDA no 1.
7.       Bagi getah matang, setiap pokok memerlukan 1 kg baja setahun dengan baja RISDA no 4.

Walaupun dalam keadaan cuaca yang kurang baik, iaitu mendung dan hujan renyai-renyai, semua peserta dan pegawai telah keluar ke ladang getah muda (kepunyaan FGV Lawin tengah) dan kebun getah matang berhampiran (kepunyaan penduduk) bagi melaksanakan latihan praktikal.

Beberapa keping gambar yang di paparkan  menggambarkan suasana program yang berjalan.

Bukan sahaja ilmu yang diberikan oleh pihak berkuasa RISDA Daerah malah para peserta/pekebun kecil dijamu pula dengan makan tengah hari pada jam 01.00 tengah hari. Begitulah seriusnya pihak kerajaan dan RISDA dalam usaha meningkatkan kesedaran para pekebun kecil dalam usaha menambahkan kuantiti dan kualiti hasil.

Program selesai jam 01.30.

Terima kasih kepada pihak berkuasa RISDA terutamanya Pejabat RISDA Daerah Gerik Hulu Perak.

Berikut adalah beberapa gambar peristiwa yang sempat dirakamkan semasa program berjalan:-


 Bob  sebagai pengacara

 En Badrul - Ketua Stesyen Gerik Selatan

 En Nik Lah atau nama glamournya "Pak Nik" -
Penolong Pengurus FGV Lawin Tengah

 En Bakar -  PPR Gerik Selatan

 En Khairil - PPR Gerik Utara


















No comments: