Total Pageviews

Sunday, October 14, 2012

SINDIKET SABOTAJ ROSAKKAN KERETA DI LEBUHRAYA







Banyak kali sudah isu yang melibatkan sindiket menipu pengguna kenderaan dalam tuntutan insuran, bayaran tow truckdan charge membaik pulih kenderaan yang melampau didedahkan oleh berbagai pihak. Namun kesnya bukan bertambah kurang tetapi nampaknya makin bertambah parah. Yang berterusan menjadi mangsanya adalah pemilik kenderaan.

Di Lebuhraya, tidak ada bengkel tepi jalan untuk memberi perkhidmatan segera kepada kenderaan yang mengalami kerosakan.

Kesempatan inilah yang digunakan oleh sindikit. Agen pakar merosakkan kereta sentiasa berada dihentian terutamanya R&R yang menjadi tumpuan seperti di Tapah.

Sindiket ini akan mencari mangsanya dari kalangan orang yang berkeluarga kerana mereka mempunyai banyak masa untuk sabotaj. Maklumlah, bila ramai anak-anak maka banyaklah ragamnya sehingga terpaksa mengambil masa yang lama melayan mereka di R&R. Masa inilah yang digunakan oleh sendiket. Tambahan pula mereka yang berkeluarga inilah yang paling terdesak memerlukan perkhidmatan segera kerana menghadapi masalah dengan ragam anak-anak.

Sabotaj yang paling popular adalah melonggarkan screw pengikat tayar, membocorkan radiator, bocorkan cable minyak brake dan memutuskan tali kipas.

Bila kenderaan tadi bergerak meneruskan perjalanan, maka agen sendiket tadi akan mengekori kenderaan yang disabotaj. Sehinggalah kenderaan tersebut terpaksa berhenti di tepi jalan kerana tidak dapat meneruskan perjalanan atau terlibat dalam kemalangan seperti terbabas atau sebagainya. Kepada sindiket ini, nyawa manusia tidak berharga lagi. Janji mereka dapat pelanggan untuk claim insuran, upah tunda kenderaan dan boleh sembelih harga upah membaik pulih dibengkel kroni mereka.

Maka disinilah mulanya pemilik kenderaan akan menghadapi bencana. Mulanya kena bayar charge tunda yang mahal dengan berbagai alasan.  Bila sampai ke bengkel sindiket, tiba-tiba sahaja pemilik kenderaan dimaklumkan bahawa kerosakan keretanya begitu serius hingga terpaksa dibaiki secara besar-besaran.

Nasihat saya, walau apapun terjadi, jangan guna khidmat tow truck "segera" yang tiba-tiba muncul beberapa minit setelah kita menghadapai masalah kerana kemungkinan besar mereka adalah dalang sendiket.

Minta bantuan PLUS dan pastikan kita ada senarai bengkel yang bertauliah. Jangan biarkan tow truck menentukan bengkel untuk membaikinya tetapi kita yang tentukan sendiri. Jangan tandatangan apa2 persetujuan melantik agen insuran atau sebarang dokumen persetujuan membaikpulih.

No comments: