Masjid A-Bukhari Alor Star Kedah
Semalam Panglima ke Alor Star melawat saudara sakit. Sebelum samaai ke rumahnya rombongan Panglima tersesat jalan. Rupa-rupanya Allah mahu menunjukkan sesuatu. Kami berhenti di sebuah kompleks yang amat mengkagumkan. Dimana sebuah masjid yang dinamakam " MASJID AL-BUKHARI " tersergam indah dalam satu kawasan dengan Al-Bukhari International University - AIU.
Benarlah seperti yang disuarakan oleh Dato' Ibrahim Ali dalam Utusan Malaysia > BACA DI SINI< yang mempersoalkan seorang Ahli Parlimen penyokong kerajaan yang mempertikaikan kekayaan Syed Mohkhtar Al Bukhari.
Apalah salahnya Melayu seperti Syed Mokhtar ini kaya. Dengan kekayaannya, beliau tidak membazirkan begitu sahaja. Renungkan juga "YAYASAN AL BUKHARI". Juga masjid-masjid yang di binanya. Beliau banyak menyumbang kepada perkara-perkara yang baik dan bagus untuk bumiputera/Melayu/Islam. Semuanya adalah bagi meninggiklan lagi syiar Islam di negara ini. Beliau juga merupakan sebagai salah seorang Melayu yang memegang sebahagian ekuiti kekayaan Melayu/Bumiputera di negara ini. Itu pun tidak sampai 10% dari pemilikan bukan bumiputera.
Apakah Robert Kuok dan Ananda Krishnan yang memiliki berkali ganda kekayaan Syed Mokhtar sanggup membuat kebajikan yang sama dengan apa yang Syed Mokhtar telah lakukan terhadap Islam?. Apakah mahu menafikan hak orang Melayu untuk turut menikmati kekayaan di negara Melayu/Islam di Malaysia ini?.
Sudahlah bangsa lain mendiskirminasikan kaum Melayu dalam perniagaan/ekonomi, malah Melayu sendiri turut juga didengki dan diririhati kaumnya sendiri.
No comments:
Post a Comment