Total Pageviews

Saturday, October 6, 2012

GEREJA BUKAN TEMPAT MEMURTADKAN ORANG ISLAM

 Gereja bukan tempat politik > baca di sini <

Sokongan100% atas kenyataan  Bishop Gereja Lutheran Evangelical, Rt. Rev. Dr. Solomon Rajah. Namun pihak yang terlibat juga patut mengambil kira perbuatan pihak gereja dengan sokongan ahli politik tertentu yang menjalankan gerakan "MEMURTADKAN ISLAM DI GEREJA" seperti yang berlaku di gereja DMUC di Damasata Utama dan di Pulau Pinang sedikit masa lalu. Orang Melayu Islam yang menjadi suara majoriti dan penentu politik di Malaysia tidak suka dan mengikut perlembagaan pun memang tidak boleh pihak bukan Islam memurtad atau menjalankan gerakan menyebarkan agama lain terhadap penganut agama Islam.

Malaysia tidak akan jadi aman dan akan porak peranda sekiranya puak-puak ekstrim bukan melayu masih juga menyentuh soal dasar perlembagaan ini. Bukankah semua pihak semua bersetuju semasa menerima kemerdekaan dulu?.

Rakyat Malaysia yang bukan Melayu dan Bumiputera harus ingat bahawa jika kepentingan Melayu/Islam/Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan lain-lain tidak dipersetujui semasa kemerdekaan dulu, maka kemerdekaan Malaysia dan Perlembagaan Malaysia sudah tentu bukan seperti sekarang yang memberikan banyak teloransi terhadap kaum dan agama lain selain dari Merlayu/Islam/ Bumiputera.

Hanya Btritish menjadi penyelamat dengan memberikan kemerdekaan seperti sekarang kerana mereka sendiri takut kehilangan harta benda mereka di Tanah Melayu jika terus menekan orang melayu/Islam dan menyamakan taraf dan kerakyatan mereka dengan kaum pendatang.

Kaum Cina dan India juga patut berterima kasih dengan perlembagaan yang sedia ada kerana, perlembagaan inilah yang menyelamatkan mereka dari dari menjadi rakyat kelas 2 dinegara ini.

Kaum pendatang harus mengkaji sejarah bahawa kaum Melayu di Malaysia dan bangsa Indonesia adalah serumpun. Semasa Indonesia menentang Belanda dulu, ramai pejuang dari Tanah Melayu ke Indonesia membantu  bangsa serumpun menyahkan Belanda dari bumi Indonesia. Dengan harapan bila Belanda sudah kalah dan Indonesia merdeka, maka bangsa serumpun ini akan menghalau pula British dari Tanah Melayu. Dalam kata lain Tanah melayu dan Indonesia akan menjadi sebuah negara.

British telah nampak senirio ini lalu cepat-cepat memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu dengan syarat-syarat seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Apakah kaum Cina dan India tidak terfikir bahawa tidak akan ada Sekolah Cina dan India yang akan di iktiraf oleh kerajaan jika Tanah Melayu bergabung dengan Indonesia. Kita lihat sahaja sekarang. Hanya ada satu bahasa kebangsaan dan sekolah kebangsaan di Indonesia. Malah nama orang Cina di Indonesia pun di "Indonesiakan" oleh pihak pemerintah di sana.

Rumusannya, kaum Cina dan India serta penganut agama lain selain dari Islam janganlah cuba bermain api. Cukupkla dengan apa yang melayu/Islam telah berikan. Tidak ada satupun hak kamu dirampas atau hilang hak milik denga mematuhi perlembagaan yang sedia ada. Jangan terlalu melampau kerana setakat ini Melayu masih lagi berteloransi. Sejarah telah membuktikan bahawa jika berlaku huru hara, ianya tidak akan terjadi sepertimana di Palastine atau Syria atau di Tunisia.






No comments: