Total Pageviews
Saturday, September 1, 2012
BUKTI PERANCANGAN TUN MAHATHIR ADALAH BETUL
Masa era Tun Dr Mahathir jadi PM, punyalah marahnya Pembangkang (PAS/DAP) kepadanya. Segala perancangan pembangunan Tun Mahathtir ditentang habis-habisan. Dijadikan modal politik kononnya Tun membazir dengan projek mega yang merugikan rakyat. Salah satu yang jadi isunya adalah PLUS dari Bukit Kayu Hitan ke Johor Baru.
Tetapi kini pembangkang tidak berani menyentuh pembinaan PLUS lagi. Jika adapun hanya mahu menghapuskan TOL jika mereka dapat memerintah. Itu pun dalam nada yang tercekik seperti leher burung unta telan batu.
Pada PLUS telah jadi tiga "lane" sebelah dari KL ke Slim River dan dari KL ke Air Kroh (betulkan saya jika saya silap). Terbaru PLUS akan dijadikan 4 lane sebelah pula. Kita nak dengar ahli pembangkang yang mengutuk itu yang masih belum mati lagi segera buat komen bodoh mereka dalam hal ini. Apakah kali ini mereka akan tuduh Dato' Seri Mohd Najib pula membazir?.
Begitulah pembangkang. Selamanya hanya pandai mengkritik. Pada mereka semua yang kerajaan buat adalah tidak betul dari dahulu sampai sekarang.
Tetapi sebahagian rakyat penyokong pembangkang ni jika nak dikatakan bodoh, ada yang berpangkat tinggi dan ahli perniagaan yang berjaya. Tetapi selagi mereka menyokong pembangkang selagi itulah otak mereka jadi kecil akibat di saikokan oleh pemimpin pembangkang.
Jika mereka buka sedikit minda mereka tentu mereka menyedari bahawa kejayaan perniagaan dan pangkat besar mereka adalah hasil dari asas kemanjuan dan pembangunan PM, Menteri, MP dan ADUN kerajaan BN yang mereka kutuk selama ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment