Total Pageviews

Sunday, August 18, 2013

DISCRIMINASI ASTRO TERHADAP BAHASA MELAYU

Saya adalah pelanggan tetap ASTRO family pacage yang termasuk channel rencana dan channel sport. Antara saluran yang saya amat minati adalah saluran rencana iaitu dari channel 511 hingga rencana 575 dan saluran sukan dari channel 801 hingga 834.

Saya dapati bahawa dalam channel 571 (Discovery Channel HD), pihak penyiaran ASTRO telah tidak berlaku adil dan telah mendiskriminasikan BAHASA MELAYU dalam subtitlenya. Setahu saya perkara ini sudah lama berlaku semenjak saya melanggan ATRO BYON beberapa bulan yang lalu. Puda mulanya saya menyangkakan ianya tidak disengajakan atau menghadapi masalah teknikal. Tetapi nampaknya ASTRO sengaja membiarkan perkara itu berterusan dan sengaja menganak tirikan Bahasa Melayu dengan hanya mengadakan satu sahaja pilihan subtitle iaitu yang berbahasa Cina. Buktinya sila lihat gambar yang saya sertakan yang saya rakamkan semasa  channel 571 (Discovery Channel HD) disiarkan antara jama 2100 hingga jam 2200 pada 18 Ogos 2013.

ASTRO perlu ingat bahawa ASTRO adalah produk Malaysia dan diberi kuasa monopoli TV satelite oleh kerajaan Malaysia yang bahasa kebangsannya adalah Bahasa Melayu. Di Thailand, semua film atau rencana dialih bahasakan ke bahasa Thai sebagai mengagungkan bahasa Thai di negara orang Thai. Tetapi di Malaysia nampaknya pengendali ASTRO lupa bahawa lesen monopoli mereka diberikan dengan ehsan kerajaan Malaysia sebaliknya besar kepala dengan tidak mengutamakan Bahasa Melayu.

Saya bukanlah anti bahasa Inggeri dan saya juga boleh berbahasa Inggeris walaupun tidaklah sebijak pakar bahasa Inggeris. Tetapi di Malaysia, setiap rakyat Malaysia mesti menghormati Bahasa Melayu yang menjadi tunjang Bahasa Kebangsaan Malaysia. Lebih-lebih lagi media letronik "TV Satelite" yang diberi lesen oleh kerajaan sehingga mendapat taraf "monopoli" kerana ianya boleh mempengaruhi orang ramai.

Semoga kerajaan memberi perhatian serius atas perkara ini kerana setiap perkara besar bermula dari perkara yang kecil.

No comments: