Total Pageviews

Tuesday, July 30, 2013

INILAH AKIBATNYA KERAJAAN TERLALU MENGIKUT TELUNJUK PEMBANGKANG HAPUSKAN ISA


Insiden seperti inikah yang kita sebagai rakyat Malaysia inginkan?

 Perbuatan menghina dan mempersendakan agama islam ini sudah melampau. Jika orang Melayu bangkit bertindak balas samada dengan penulisan menghasut atau menunjukkan keganasan dengan menjadikan isu ini sebagai satu sebab untuk mempertahankan diri, sudah tentu ianya akan menghuru-harakan negara. Tetapi samapai bila orang melayu Islam boleh bersabar?.

Orang Cina dan etnik bukan islam yang lain harus faham bahawa, mereka dapat menikmati kekayaan dan hidup senang lenang sekarang adalah hasil dari sikap teloransi orang melayu/Islam. Tetapi budak-budak Cina ini tidak faham. Mereka ingat  segala kemewahan dan keamanan yang wujud sekarang diperolehi dengan mudah dan percuma.

Mereka tambah besar kepala kerana terdapat kalangan orang Melayu/Islam dalam pembangkang yang terlalu kemarukkan kuasa politik sampai tidak sedar akan risiko yang dihadapi oleh melayu/Islam dinegara ini dengan perbuatan mereka mengeksploitasikan politk keagamaan hingga menyebabkan bukan islam tidak lagi menghormati agama islam dan hak orang melayu lagi.

ISA tidak akan dimansuhkan dengan hanya desakan dari Cina dan India rasis. Tetapi ahli politik Melayu/Islam dalam pembangkang sendiri yang menyokong ISA dihapuskan kononnya menyekat hak kebebasan rakyat. Tetapi mereka lupa bahawa perbuatan mereka itu umpama bersubahat dengan orang kafir melepaskan harimau dalam kurungan untuk membaham orang Melayu/Islam sendiri.

Ingatan TPM Kita  >BACA DISINI<  umpama "menyiram air di daun keladi". Jika penghina ini ditangkap dan dihukum sekalipun, ianya sudah pasti bukan hukuman bunuh atau penjara yang lama. Itu tidak jadi hal. Akan wujud pula penghina yang lain. Ianya kan berterusan hingga akhirnya akan memusnahkan keharmonian dan keamanan negara.

Telah terbukti sejak sejak sekian lama bahawa hanya ISA sahaja yang dapat membendungnya.


No comments: