Saya telah mengalami masalah blog saya yang tak boleh di login sejak 2 hari lalu. Manakala posting dan link saya di fb menjadi celaru bila satu freind's posting membawa satu mesej yang bila di click ikut arahannya, fb kita akan dipenuhi dengan posting tersebut dan berjangkit kpd seluruh fb freind kita. Bila saya padamkan satu persatu, rupa-rupanya saya memadamkan seluruh older posts saya. Tetapi ianya tidak menganggu dan memadam apa posting yg di safekan di wall saya. Saya telah membuat aduan ke 100 tmnet tetapi tidak dijawab dengan jelas. Kononnya mungkin ada penyelenggaraan. Jika hari ini masih tak berfungsi pihak pengendali internet di Tmnet meminta saya membuat aduan semula. Hari ini alhamdulillah… blog saya dan mungkin juga mungkin blog para pejuang sekelian telah pulih.
Andaian saya ada kemungkinan pakar IT pembangkang cuba mensabotaj posting-posting bloger penyokong UMNO/BN/kerajaan. Bukti-bukti yang saban hari didedahkan menyebabkan "boss" mereka terus tertekan. Dari pendedahan video sek, mencarut pandi kutti oleh Anwar serta lain-lain isu, nampaknya pro pembangkang ketandusan idea untuk counter isu-isu yang diketengahkan oleh bloger pro UMNO/BN/ Kerajaan yang semakin nyata dan diterima masyarakat serta sukar dibendung.
Kemungkinan juga pihak kerajaan cuba membendung sementara “Perbicaraan” di internet kerana bimbang 13 Mei 1969 akan berulang sempena dengan tarikh 13 Mei 2011. Sebagai bloger dan perayau internet penyokong kerajaan, saya bersetuju dengan tindakan kerajaan tersebut. Di harapkan Suruhanjaya komunikasi multi media (SKMM) bersikap adil dan memandang serius dalam hal ini. Bertepuk sebelah tanngan tak akan berbunyi. Berkelahi mesti lah ada regunya.
Diperhatikan bahawa hanya kerana Utusan Malaysia (UM) membawa berita "Pihak Kristian akan berjuang untuk jadikan Agama Kristian dijadika agama resmi dan bukan Islam boleh jadi perdana menteri, UM telah diberi amaran agar tidak memperbesarkan isu tersebut. Tetapi apakah rationalnya tindakan tidak diambil terhadap media pembangkang dan penganjur pihak kristian yang menganjurkan pertemuan tersebut. Mereka seolah-olah dibela dan seterusnya diberi peluang membuat penjelasan kononnya mereka tidak pernah berikrar sedemikian. Tetapi saksi dah mula timbul. Bagaimana?. UM masih bersalah?. Apakah Malaysian Insider, harakah, roket, akhbar berbahasa Cina dan Tamil yang membawa isu sensitif dan perkauman yang lebih serius lagi telah memiliki imuniti dari tindakan SKMM dan KDN. Kalau nak tutup mulut, tutuplah mulut semua orang. Raja/Datuk tukang fitnah, Anwar Ibrahim perlu terlebih dahulu didiamkan sebelum para bloger pro UMNO/BN/Kerajaan di kehendaki mendiamkan diri.
Anwar masih dalam perbicaraan kes terdahulu bermula 2008 hingga kini telah masuk tahun ke tiga dengan 55 kali tangguh. Kini dia terlibat pula dengan siasatan kes terbarunya berhubung video sek yang dikatakan "bermiripkan dia". Apakah dia juga ada memiliki imuniti tindakan undang-undang yang lain. Tidakkah cacian, celaan, hinaan, fitnah diceramah jalanan serta di internet oleh Anwar Ibrahim yang mengaitkan PM, pemimpim-pemimpin, kerajaan, parti komponan BN/UMNO dan yang bersangkutan kes perbicaraannya itu adalah subjudis (menghina mahkamah)?.
No comments:
Post a Comment