Total Pageviews

Wednesday, May 11, 2011

PERJUANGKAN ISLAM TAPI BERSEKONGKOL DENGAN DAP

PAS maintains Islam Malaysia’s official religion

The Malaysian Insider – Wed, May 11, 2011

PAS maintains Islam Malaysia’s official religion

By Asrul Hadi Abdullah Sani
KUALA LUMPUR, May 11 — PAS has maintained Islam is Malaysia’s official religion, in a brewing debate that began about constitutional guarantees to ensure the country’s prime minister is a Muslim.
The country’s dominant Malay-Muslim majority have always led the government under Umno since independence in 1957, but Bar Council constitutional law committee chief Syahredzan Johan told The Malaysian Insider yesterday that the Federal Constitution has never described Islam as the country’s “official religion”, fuelling the debate.
PAS vice president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man told The Malaysian Insider that as Islam is the religion of the Federation, it becomes the country’s official religion by default.
“Federation means the states that form the federation, and when Islam is the religion of the Federation then it means that Islam is the official religion for the states that form the Federation.
“In other words, since Islam is the religion of the Federation then automatically it becomes the country’s official religion including Sabah and Sarawak,” he said.
Opinion is divided on Syahredzan’s comments where he said, “In terms of the Federal Constitution, there’s only one religion for the federation, no official or unofficial. The Constitution is clear on this. Islam is not the official religion.”

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
  
 

Gambar di rakamkan pada 6 Mei 2011
(PAS CAWANGAN KG GELOK LENGGONG)
Betapa pengikut bawahan begitu bersunguh-sunguh menyokong perjuangan Parti untuk mempertahankan Islam. Mereka menentang UMNO habis-habisan walaupun saudara sesama Islam yang mereka dakwa kononnya menolak Islam. Pemimpin mereka pula bersekongkol dengan DAP yang memang kafir Syari'e. 






Apalah "bengap"nya PAS ni. Apakah dah jadi macamni pun masih tidak mendapat pengajaran lagi?. Apakah masih tidak sedar bahawa "RASIS DAP" sekarang ini sedang mengepalai propaganda untuk menghaspuskan dominan Melayu/Islam di Malaysia. PAS yang dilamun angan-angan berandaian bahawa komplot pembangkang yang mana PAS juga ikut serta sekarang hanya ditujukan untuk menjatuhkan kuasa UMNO sahaja. PAS beranggapan kononnya apabila BN yang dikepalai UMNO tumbang, mereka boleh menggantikan UMNO. Jika itulah perjuangan PAS untuk menegakkan Islam di Malaysia, betapa malangnya nasib Melayu/Islam di Malaysia akan datang.

Melayu/Islam berantakan sesama  Melayu/Islam. Parti rasis DAP sedang mengumpul kekuatan dengan mengembeling tenaga mengumpulkan semua suara bukan Melayu bagi menyebelahi mereka memadu tenaga dalam pilihanraya. Dengan mengapi-apikan kononnya UMNO mendiskriminasikan Agama dan etnik lain, maka sudah tentu penyokong Cina dalam MCA dan penyokong pembangkang bukan Islam dalam parti pembangkang lain akan menganggap parti rasid DAP hero mereka. Parti Rasis DAP juga bijak mengekploitasikan suara majoriti Melayu agar berpecah. Bagi menunjukkan mereka amat berteloransi, mereka sanggup membaca ayat suci Al-Qur'an, memuji pemerintahan Islam, menunjukkan bahawa hati mereka sudah tertarik dengan Islam hingga sanggup memasuki masjid berceramah, menjemput wakil rakyat PAS masuk berceramah di gereja. Apakah PAS masih tidak sedar mereka sedang di "brain wash" dan ditipu sebegitu rupa?.  Jika mereka benar-benar sudah tertarik dengan Islam, mengapa beria-ia supaya  Injil (Al-Kitab) di terjemahkan ke Bahasa Melayu. Mengapa mereka membuat perjumpaan bagi mendesak agar agama Christian dijadikan Agama rasmi di Malaysia. Jikalau mereka (kafir) mengatakan Islam tu baik. mengapa tidak mahu menganut agama Islam sahaja. Keturunan asal mereka pun bukan beragama Christian tetapi kebanyakannya Budha, Hindu dan golongan yang tidak beragama. Perkara asas macamni pun masih tidak dapat membuka minda  pemimpin dan penyokong PAS dan Melayu/Islam dalam pembangkang betapa bahayanya kedudukan Melayu/Islam di Malaysia sekarang.

Sedang  mereka kononnya memuji kebaikan Islam, mereka juga dengan secara halus menafikan keagongan Islam di negara ini. Burung kakatua (parrot belaan DAP) seorang peguam Melayu/Islam ahli Bar Counsel telah mengeluarkan kenyataan bodoh bahawa agama Islam bukan agama rasmi Malaysia. Apakan ini semua masih tidak dapat menyedarkan PAS lagi  bahawa mereka sekarang sedang berpelukan dengan musuh yang akan membunuh mereka.

Dengan himpunan sokongan suara majoriti bukan Melayu dan dengan mencampurkan sebahagian dari sekumpulan serpihan suara Melayu, sudah tentu mereka mempunyai kekuatan yang mampat untuk memerintah Malaysia. Jika sudah sampai ketahap ini, bahawa sanya "Nasib Melayu ibarat nasi sudah menjadi bubur".

Dengan hanya satu calitan pen di kertas undi, Malaysia boleh bertukar menjadi neraka bagi orang Islam dalam sekelip mata. Buktinya?..kita lihat dan perhatikan apa yang sudah terjadi dengan Melayu di Pulau Pinang, di Selangor bahkan dikawasan yang dimenangi oleh wakil Parlimen atau ADUN pembangkang kafir. Itu baru sahaja mereka memerintah negeri yang tidak berkuasa menggubal perlembagaan. Jika mereka memegang tampuk pemerintahan persekutuan, mana-mana undang-undang negeri yang bertentangan dengan kerjaan persekutuan akan dipinda. Sudah tentu ianya menjadi mudah kerana pada masa itu semua tampuk pemerintahan persekutuan dan negeri adalah dari kelompok yang sama. Adakah anda yakin bahawa penggubalan undang-undang tersebut akan memberi kelebihan kepada Melayu/Islam/Bumiputera?.

Penyokong-penyokong PAS di peringkat bawahan saban hari di gembar gemburkan dengan perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Islam sepenuhnya. Mereka tidak sedar bahawa mereka  sedang diseret oleh pemimpin mereka membantu kafir menghapuskan dominan Melayu/Islam di Malaysia yang mana akhirnya mereka sendiri juga akan menjadi mangsa. Penceramah PAS masuk ke kampung-kampung Melayu dan memaki hamun UMNO/BN kononnya kafir dan tidak memperjuangkan Islam. Beranikah penceramah PAS ini memaki hamun dan melaknat Cina di Tambun, Di Ipoh, di Pulau Pinang, di Chow Kit atau di Bukit Bintang yang memang sahih kafir dan tak pernah mengucap dua kalimah syahadah.

PAS masuk kekampung-kampung dimana majoritinya orang Melayu yang sudahpun beragama Islam, menyeru orang Islam berjuang ke jalan Allah dengan mengikut PAS. Selama ini pun, tanpa PAS menjadi jaguh, masjid tetap juga penuh dengan makmum. Apakah perbuatan YDP PAS di satu kasawan di Hulu Perak yang menghantar penyokong/pekerja "mensedekahkan" kain pelikat dan batik murahan disertai kertas propaganda semasa makmum bersembahyang Tarawikh di bula Ramadhan yang lalu menunjukkan ianya perjuangan berlandaskan Islam?. Penduduk yang dikatakan kurang Iman dan Islamnya sedang bersembahyang Tarawikh. Manakala wira Islam PAS yang kononnya sangat lah Islamnya sedang bertebaran diatas jalanraya dan lorong-long masjid menyampaikan "sedekah" yang diselitkan dengan dakyah. Tak sembahyang Tarawikhkah wahai pejuang islam?. Jangan persoal sunat ke tak sunat. Ini soal prinsip perjuangan mana yang lebih Islamnya?.

No comments: