Gambar hanya sekadar hiasan
PETIKAN DARI HARIAN METRO ON LINE 15 MEI 2011
(Sila baca ulasan di bawah)
KUALA LUMPUR: “Walaupun anak saya bersalah atau terbabit dalam jenayah, tidak perlu sampai ditembak mati kerana dia masih remaja. Lebih menghairankan, kenapa ada kesan luka dan lebam pada muka serta badannya selain tangan kanan patah,” kata Sa ........................................... 42, ibu kepada Mohd ............................... yang ditembak mati polis dalam kejadian berbalas tembakan di Cyber Valley, Dengkil, malam kelmarin.
Menurutnya, keluarga turut tidak dimaklumkan polis mengenai kejadian Johari ditembak dan hanya diberitahu oleh rakannya melalui anak sulung, jam 3.30 pagi semalam.
“Susulan berita yang kami dapat, anak terus bergegas ke Hospital Serdang untuk mengesahkannya dan ternyata Mohd................ mati ditembak.
“Pada siangnya, saya ke hospital untuk membuat pengecaman dan terperanjat mendapati ada kesan lebam pada muka dan badan anak, selain tangan kanannya terkulai dipercayai patah.
“Bagaimana perkara ini boleh berlaku... jika polis berjaya menahan Mohd..............., kenapa perlu menembaknya... saya harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini lebih lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
S........... berkata, dia tidak berpuas hati dengan cara polis menangani kes berkenaan menyebabkan mereka kehilangan seorang lagi ahli keluarga.
Katanya, Mohd................ anak ketiga daripada tujuh beradik serta tidak bersekolah sejak kematian ayahnya pada 2009.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
ULASAN
Innalillah hiwainna ilaihirrajiun..
Dengan sedihnya saya sampaikan ucapan takziah simpati saya di atas kematian anak Pn S....................... ................... Apa lagi perkataan yang baik untuk saya sampaikan simpati saya melainkan hanya dengan do’a agar puan bersabar sepenuhnya.
Saya tidak menafikan bahawa saya juga akan marah kepada polis jikalau mereka menembak anak saya tanpa sebab atau bersebab sekalipun. Wang tidak akan mampu untuk menandingi betapa berharga seorang insan lebih-lebih lagi yang dilahirkan oleh kita.
Disebalik itu saya juga amat bersedih kerana pihak polis telah dipersalahkan sebelum siasatan dijalankan sepenuhnya. Apakah ianya mengulangi sejarah yang berlaku di Shah Alam dimana seorang remaja ditembak polis ditengah malam kerana disyaki penjenayah berat apabila tidak berhenti bila dicabar oleh polis. Satu negara di canangkan oleh pembangkang. Seolah-olah segerombolan polis sedang lepas bebas menembak sesuka hati kepada orang ramai.
Apa bezanya antara di hebohkan di akhbar mengadu hal atau membawa seorang peguam berjumpa dengan pihak polis meminta meminta keterangan penuh mengapa tragedy sedemikian menimpa anaknya. Jika ada sesuatu yang tak kena, buat laporan polis dan peguam yang mengiringi boleh membantu dari segi perundangan. Jika di hebohkan diakhbar sekalipun, yang untungnya pendakyah pembangkang. Mereka tidak akan memberi bantuan selain mesansasikan insiden ini demi untuk “political milage” mereka sahaja.
Apakah sebelum menyalahkan pihak polis, tidak adakah tanda-tanda awal yang menunjukkan bahawa anaknya sedang menghadapi masalah social, akhlak dan penjagaan. Jika terdapat sedemikian, mengapa di peringkat awal tidak berurusan dengan pihak polis dan JKM atau jika terlibat dengan dadah pihak AADK (Agensi Anti dadah kebangsaan). Kita ada bermacam agensi yang ditubuhkan untuk mengawal selia sebarang masalah yang berpunca dari salah laku juvana, belia dan remaja.
Telah terbukti bahawa ramai remaja yang bermasalah, bila di kawal selia oleh agensi berkenaan, remaja berkenaan menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat, agama dan negara. Kita sememangnya memerlukan remaja dan belia yang hidup demi untuk warisan masa depan negara dan agama. Bukan dengan perbuatan membunuh mereka. Tetapi jika mereka mati dijalanan siapa yang hendak dipersalahkan. Budak seawal umur 12 tahun pun boleh menembak, menikam atau menggunakan objek untuk membunuh. Tetapi kita juga kena ingat bahawa mereka tetap remaja yang sepatutnya masih dalam perlindungan keluarga.
Ada undang-undang khas untuk melindungi mereka. Dalam undang-undang negara kita, tidak ada hukuman bunuh kepada remaja. Kitalah sebagai ibubapa menyebabkan mereka terbunuh di luar sana. Bukan polis atau pihak keselamatan yang lain. Pihak polis dan agensi yang lain ada tugas dan hanya melaksanakan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan. Ancaman tersebut boleh datang dari remaja yang mungkin hanya baru berusia 12 tahun.
Saya berharap dan berdo’a agar kes ini di beri perhatian penuh termasuk mendakwa mereka-mereka yang cuai atau terlebih kuasa agar ianya tidak menjadi satu isu nasional terutamanya menjadi modal pembangkang.
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment