Total Pageviews

Wednesday, May 25, 2011

SINGAPURA MERAMPAS MELUPUT DAN MENGHAPUSKAN HAK DAN IDENTITI MELAYU DI SINGAPURA

Stesen Keretapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar Singapura.

Bermati-matian kerajaan Singapura merampas, menghapus dan meluputkan identiti Melayu di Singapura

Utusan On Line 26 Mei 2011

 

Ketua stesen Tanjung Pagar, Bukit Timah sayu

SINGAPURA 25 Mei - Perasaan kakitangan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar dan Bukit Timah semakin sayu menjelang penyerahan kedua-dua stesen itu kepada kerajaan republik ini pada 1 Julai depan.
Paling merasainya sudah tentu ketua di kedua-dua stesen tersebut apabila kereta api terakhir akan bertolak pada pukul 11 malam 30 Jun ini dari Stesen Tanjung Pagar, membawa pergi segala apa yang dapat dipindahkan dan meninggalkan hanya kenangan.
Ketua Stesen Bukit Timah, Atan Ahmad, 46, berkata, dia ditugaskan di stesen tersebut sejak 1998 dan banyak memori dalam menguruskan stesen separa elektrik dengan tiga landasan tersebut.
"Penduduk yang tinggal berdekatan dengan stesen ada datang menemui saya sebaik sahaja berita stesen ini akan ditutup dan memberitahu yang mereka akan merindui pemandangan gerabak kereta api melalui kawasan ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di stesen tersebut dalam lawatan Eksplorasi Media KTMB Singapura, di sini hari ini.
Lawatan khas itu membawa kira-kira 40 pemberita ke Stesen KTMB Tanjung Pagar dan Bukit Timah serta depot kereta api dengan menggunakan troli yang biasanya digunakan untuk pemeriksaan landasan, penyelenggaraan dan pelbagai tujuan lain.
Berkuat kuasa 1 Julai, perkhidmatan kereta api ke stesen Tanjung Pagar dan Bukit Timah akan ditamatkan dengan KTMB mengakhiri perkhidmatan kereta api ke republik ini di Woodlands Train Checkpoint (WTCP). 

Sementara itu, Ketua Stesen Tanjung Pagar, Shamsul Bahri Sahri, 43, mengakui cukup sayu menjelang tarikh 1 Julai yang tinggal kira-kira sebulan sahaja lagi. 
Menurutnya, ini kerana dia akan meninggalkan stesen tersebut selepas 15 tahun berkhidmat di sini dan akan menggalas tugas baru sebagai pengawal trafik koc di Kuala Lumpur.
"Saya bukan jenis yang mudah menangis, tetapi apabila tumpah air mata saya menggambarkan betapa dalamnya kenangan dan nilai sentimental di sini," katanya.
Dia berharap kerajaan Singapura menunaikan janji untuk mengekalkan bangunan stesen kereta api Tanjung Pagar sebagai tapak warisan.
Pengurus KTMB Wilayah Tenggara, Tariq Umar Mohamed berkata, kereta api terakhir akan bertolak pada 11 malam dengan membawa 90 kakitangan KTMB yang bertugas di sini.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Ulasan Panglimalembahbelum

Bila membaca berita diatas…aku juga ikut merasa kesedihan yang teramat sangat sebagaimana yang dirasai dan diluahkan oleh ketua stesen tersebut. Namun kesedihan aku mungkin dalam situasi yang yang berlainan dari ketua stesen. Aku terkenang bahawa dulunya Singapura lansung tidak bersangkut paut dengan orang putih atau Cina atau India. Ianya adalah sebuah pulau di alam MELAYU yang dinamakan TEMASIK. Apakah ada sebarang perkataan TEMASIK ini menggambarkan negeri Cina atau negeri Orang Putih. Kemudian entah zaman bila ianya bertukar pula nama kepada Singapura. Sebuah pulau kepunyaan Melayu Asia Tenggara bertukar nama dari TEMASIK menjadi Singapura. Tak mengapalah kerana perkataan tersebut masih dalam bahasa Melayu Sunskrit “ Singa Dan Negeri”. Tetapi sejak orang putih dari Britain yang bernama Raffles kononnya menjumpai Singapura maka namanya bertukar pula menjadi nama orang putih “SINGAPORE”.  Raffles menjadi manusia yang kononnya baru menjumpai Singapura walaupun sudah ada penghuni asalnya iaitu orang Melayu. Mengapa diiktiraf bahawa Raffles menjumpai Singapura sedangkan manusia Melayu yang menjumpai, mendiami dan memilikinya jauh beratus tahun atau beribu tahun terdahulu dari Raffles.


Sir Thomas Stamford Raffles, founder of Singapore, 1819 

(Shit you Singapore  and Raffles......)

Apa makna ini?. Jadi orang Melayu yang memang sudah meneroka dan menghuni Singapura sejak dari dahulu kala diibaratkan macam binatang yang dijumpai bersama oleh orang putih di atas sebidang tanah pulau yang mereka namakan "Singapore". Begitukah maknanya?.

Sejarah Singapura bertukar tangan lagi pada tahun 1965 apabila bangsa rasis Cina diketuai oleh Lee Kuan Yew membawa keluar Singapura dari negara berteraskan Melayu iaitu Malaysia. Mereka menjajah menggunakan politik sumbang merampas hak Melayu. Tanah tumpah darah orang Melayu yang dirampas secara paksa dari orang Melayu menggunakan politik perkauman Cina. Kini Singapura @ Temasik telah bertukar menjadi sebuah negara republic kepunyaan Cina dengan nama “SINGAPORE” dan telah terlepas buat selama-lamanya dari kekuasaan Melayu.

Tidak cukup dengan itu, mereka menuntut pula kepulauan Batu Putih. Walaupun pulau Batu Putih yang merupakan kawasan traditional nelayan Melayu adalah lebih hampir ke pantai Johor  namun dengan tipu daya mereka yang banyak wang, kawasan tersebut kini menjadi milik mutlak Singapura.

Satu persatu hak Melayu terlepas ke tangan Cina rasis Singapura.

Dan akhir-akhir ini nampaknya penyakit merampas hak Melayu oleh Cina rasis masih lagi menular di Malaysia. Perancangan mereka menjadi bertambah mudah bila mendapat bantuan dari orang Melayu sendiri (Anwar Ibrahim@PKR dan dengan bantuan/sokongan PAS). Lihat sahaja apa sudah jadi di Pulau Pinang. Dan ianya sedang berlaku di Selangor. Di Perak nasib baik ada pembangkang Melayu yang berpaling tadah balik ke pangkuan Melayu sebelum ianya menajdi terlambat. Tetapi adakah ia akan kekal sedemikian jika Melayu masih menunjukkan kebodohan dengan berkelahi sesama sendiri dan kafir harbi laknat Cina mengambil kesempatan.

Apakah bangsa Melayu/Islam masih tidak insaf dan sedar lagi?.

No comments: