Total Pageviews

Tuesday, May 10, 2011

PEGUAM MELAYU ISLAM NAFIKAN ISLAM AGAMA RASMI MALAYSIA

Amat Mengejutkan Apabila Peguam Melayu Kata Islam Bukan Agama Rasmi..!!


KUALA LUMPUR, 10 Mei — Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.
 
Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama “rasmi” dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai “tanggapan salah yang bahaya”, yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.

Beliau merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan” dan menekankan bahawa perkataan “rasmi” tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

Syahredzan berkata, seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

Pakar: Malaysia tiada agama rasmi, Islam cuma agama persekutuan

May 10, 2011
Penganut agama Islam bersolat di Shah Alam
dalam gambar fail ini March 26, 2011.
Peguam mudani (Gambar di atas) mungkin lulus jadi peguan tetapi tak faham bahasa Melayu. Atau dia adalah burung kakaktua (Parrot) kepada DAP dan pembangkang. Jikalau dah ditakrifkan agama bagi persekutuan, itu bermakna agama Islam menjadi “Teraju Agama” di Malaysialah. Agama rasmilahtu. Nak dikatakan bangang nanti marah pula. Apa perlunya disebut “Agama Persekutuan” jika tidak mempunyai apa-apa makna atau ianya sama taraf dengan agama lain?. Rasmi itu hanya satu perkataan. Huraiannya itu yang membawa maksud yang sebenar. Takkan seorang peguam pun tak boleh nak tafsirkan ayat semudah itu.
 
Saya bagi satu contoh:      
_______________________________________________________________

Dalam satu ucapan perasmian PM membuat pengistiharan seperti berikut “DENGAN INI SAYA MENGISTIHARKAN HARI IBU SEBAGAI CUTI UMUM DI MALAYSIA”. Apakah PM ada menyebut perkataan rasmi. Tetapi pengistiharan itu telah menjadi rasmi kerana di istiharkan oleh seorang PM.
_______________________________________________________________

Semasa perbahasan di Parlimen ada terdapatke mana-mana wakil pembangkang berani mempertikaikan peruntukan pembangunan masjid dan aktiviti Islam yang lain?. Tentulah tidak kerana mereka tahu bahawa segala peruntukan untuk pembangunan Agama Islam adalah rasmi kerana tertakluk dibawah perlembagaan Persekutuan.

Walaupun hati mereka tak mahu atau amat benci dengan klausa perlembagaan yang sedia ada itu tetapi apa yang mereka boleh buat?. Itulah yang sedang dirancangkan oleh DAP dan pembangkang lain sekarang. Mereka tahu untuk menghapuskannya, mereka perlukan mengekploitkan bangsa Melayu itu sendiri kerana mereka adalah suara majoriti rakyat Malaysia. Dengan menunggang dan mengkaldaikan PAS dan Melayu dalam PKR, mereka berharap dapat menggunakan suara Melayu menukar kerajaan kepada mereka dengan majority melebihi 2/3. Seterusnya dengan kuasa majority yang ada, mereka berharap untuk menukarkan klausa-klausa tertentu dalam perlembagaan mengikut cita rasa mereka:  Menghapuskan Hak Istimewa Bumiputra, menghapuskan Agama Islam sebagai Agama Rasmi, menghadkan atau menghapuskan kuasa Raja-Raja adalah perkara utama yang perlu dilaksanakan sebaik sahaja mereka memegang pemerintahan.  Bahkan beberapa insiden di Selangor , Perak dan P.Pinang telah membuktikannya.

Kesinambungan keamanan di Malaysia hanya wujud jika Melayu sebagai penduduk majority negara ini memegang tampuk pemerintahan. Ini telah terbukti sejak lebih 6 dekad Malaysia merdeka. Islam Agama rasmi, hak keistimewaan Bumiputera, Kuasa Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rezab Melayu telah menjadi pemangkin kesetabilan politik, sosial dan ekonomi Negara Malaysia sehingga sekarang. Sebarang perubahan dalam klausa perlembagaan yang menghakis kepentingan Melayu/Bumiputera, ianya adalah seperti cuba merobohkan rumah yang sedia ada. Buruk akibatnya.

No comments: