Utusan On Line
Ahli MHP kutuk skandal video
ISTANBUL 24 Mei - Seramai 17 pemimpin cawangan Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) di Baskale, Van mengutuk skandal rakaman video lucah yang menyebabkan 10 pemimpin tertinggi parti itu meletakkan jawatan mereka.Ketua cawangan parti tersebut, Omer Bozkurt (gambar) berkata, mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti yang tidak pernah memberikan sokongan.
''Kami meletakkan jawatan kami kerana sudah hilang kepercayaan ke atas kepimpinan parti.
''Saya bersama 16 anggota lembaga eksekutif tempatan lain sudah memaklumkan keputusan kami kepada Lembaga Pilihan Raya Daerah semalam,'' katanya di sini semalam..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Nah itu dia…… beberapa Pemimpin parti di Turki meletak jawatan berikutan scandal yang hampir sama dengan yang berlaku kepada Ketua Pembangkang di Malaysia. Yang berbezanya para pemimpin gabungan pembangkang di Malaysia bermati-matian menyangkal pelakun dalam video tersebut adalah ketua pembangkang walaupun dah berjuta mata menyaksikannya. Malah di bela pula oleh ketua-ketua gabungan politik pembangkang tersebut. Yang terbukti benar didepan mata pun dikatakan tidak.
No comments:
Post a Comment