Total Pageviews

Wednesday, September 7, 2011

VIDEO BANTAHAN DAN LAPORAN POLIS TERHADAP MAT SABU DI IPD GERIK

Rakaman video Jam 0400 petang 7 Sept 2011 di hadapan IPD Gerik, Perak. Sekumpulan 35 orang bekas-bekas polis, tentera, AC, homegurd, RELA dan orang kampung yang pernah melalui dan mengalami penderitaan kekejaman pengganas komunis. Mereka berkumpul di hadapan IPD gerik setelah selesai membuat 24 laporan polis terhadap Mat Sabu yang didakwa mereka telah menghina pasokan keselamatan dengan mengangkat Mat Indera dan 200 orang yang menyerang Balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950 sebagai pejuang kemerdekaan sebenar dan melebelkan anggota pasokan polis yang terkorban adalah polis penjajah. Mereka mendakwa bahawa keamanan yang dikecapi sekarang adalah hasil dari pengorbanan pejuang yang terdahulu. Perbuatan Mat Sabu ini telah melukakan hati dan perasaan waris-waris mereka dan anggota pasokan keselamatan keseluruhannya.

Mereka meminta KDN bertindak tegas dengan mengheret Mat Sabu ke muka pengadilan kerana perbuatan menghasut yang membawa kegelisahan rakyat terutamanya bekas-bekas pasokan keselamatan, waris-waris kepada wira yang terkorban dan juga orang kampung yang pernah merasai seksanya di zaman darurat dan kekejaman pengganas komunis.

No comments: