Total Pageviews

Sunday, September 25, 2011

HUKUM HUDUD - SEDARKAH DATUK NIK AZIZ BAHAWA PERBALAHAN UMNO DAN PAS HANYA MEMENANGKAN KAFIR DI PRU

DATUK NIK AZIZ LEBIH MESRA DENGAN ORANG KAFIR 
BERBANDING DENGAN SAUDARA SESAMA ISLAM

SEBAGAI ORANG ISLAM KITA WAJIB MENERIMA 
HUKUMAN SEPERTI INI. TETAPI APAKAH ORANG
BUKAN ISLAM MAHU MENERIMANYA SEBAGAI 
UNDANG-UNDANG NEGARA MALAYSIA?.

Apakah Datuk Nik Aziz, MB Kelantan benar-benar tegas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Amat mustahil sekali seorang MB tidak dinasihatkan oleh Penasihat undang-undang negeri atau sebagainya akan rintangan yang akan dihadapai bagi melaksanakan hukum hudud tersebut.

Walaupun kerajaan negeri ada kuasa sendiri dalam menggubal undang-undang dalam bidang syariah, namun sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia, undang-undang negeri yag digubal mestilah tidak melangkaui undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Masih ada cara untuk melaksanakannya iaitu dengan kuasa undi 2/3 sokongan Ahli Dewan Rakyat apabila usul mengubah Perlembagaan Persekutuan mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam (Hudud) di bentangkan di Parlimen.

Namun kerajaan Persekutuan juga perlu mengambil kira aspek keselamatan andainya undang-undang tersebut dilaksanakan.

Apakah tujuan sebenar hudud mahu dilaksanakan?. Tentulah untuk menjadikan manusia lebih baik dan dengan demikian Negara menjadi bertambah aman dan maju.

Tetapi apakah tercapai tujuan tersebut andainya ianya hanya diterima atau dipatuhi oleh umat Islam sahaja. Sudah barang tentu rakyat Malaysia beragama lain membantahnya. Sedangkan bila  sudah menjadi undang-undang negara, semua lapisan rakyat perlu patuh dan akan menjalani hukum yang sama bila melakukan kesalahan.

Risikonya adalah kekacauan, perbalahan atau pemberontakan yang akan melanda negara. Masa itu hudud entah kemana, undang-undang yang sedia adapun entah kemana. Jika berlaku huruhara, undang-undang sudah tidak dihormati lagi. Masing-masing akan melepaskan tembakan dan berbununah.

Negara tidak akan selamat dengan hanya beretorik dan bercakap ikut sedap sendiri. Kita perlu melihat nya dalam skop yang lebih besar iaitu kepentingan negara. Islam tidak diiniaya dan dizalimi di negara ini. Malah kerajaan pusat masih ditangan pemimpin Islam dan Perlembagaan Malaysia masih menetapkan bahawa Agama Islam adalah agama rasmi di Negara ini. Maknyanya Agama Islam mempunyai  hak dan peruntukan dari segi perlembagaan untuk pembangunan Islam dinegara ini.

Perlu juga ditegaskan, walaupun tidak melaksanakan hukum hudud pun, undang-undang negara tidak memberi peluang penjenayah, perogol, penzina, pengedar dadah, perasuah dan lain-lain terlepas begitu sahaja sesuai dengan peritah Islam iaitu menghukum individu yang melakukan kesalahan.

Masalah yang timbul ialah pihak pembangkang terlalu mempolitikkan hal-hal keagamaan ke tahap melampau hingga meresahkan rakyat pelbagai etnik dan agama dinegara ini.
Dahulunya PAS bermasalah dengan semua parti yang tidak mahu melaksanakan hukum hudud iaitu BN dan DAP dan lain-lain. BN yang memerintah menjadi musuh utama manakala parti DAP pula bukan dalam menu persahabatan malah juga merupakan seteru mereka kerana sememangnya menolak Islam.

Tetapi kini PAS menjadi pak turut DAP. PAS juga kini bersekongkol  dengan PKR  yang bukan merupakan sebuah parti yang memperjuangkan Islam malah jika dari segi agama, sebenarnya ia menjatuhkan imej Islam kerana mempertahankan seorang pemimpinnya yang mempunyai masalah moral.

Tolong kemukakan satu negara Islam contoh didunia ini yang benar-benar menjalankan hudud 100% dan benar-benar aman. Hanya Arab Saudi sahaja yang belum huruhara. Itupun dengan jaminan Amerika Syarikat yang memberi sokongan senjata dan ketenteraan dengan bersyarat. Sebagai balasannya Arab Saudi menutp mulut dan mengilas siku ke belakang akan kezaliman Yahudi di Palastine, sebuah negara proksi Amerika di semenanjung Arab (Timur Tengah). Arab Saudi juga tidak melaksanakan hukum hudud sepenuhnya tetapi hanya yang terpilih sahaja. Lebih kurang dengan undang-undang jenayah biasa juga.

Sebenarnya niat Datuk Nik Aziz lebih kepada menjadi medium kepada kesinambungan dendam kasumat PAS terhadap UMNO sejak dahulu. Ianya berpunca dari seorang pemimpinnya yang kalah dalam pemilihan jawatan UMNO kemudian keluar dari UMNO dan menubuhkan PAS (Pergolakan dari tahun 1951 hingga 1952).

Kerana perbuatan PAS bersekonogkol dengan parti kafir (DAP), maka semangat setiakawan dan menghormati Islam semakin luntur dikalangan etnik dan agama lain dinegara ini. Malah ke mata dunia sekalipun. Satu masa dahulu Karpal Singh sudah tentu gugup untuk berkata “LANGKAH MAYAT KAMI DAHULU JIKA MAHU MENJADIKAN NEGARA INI NEGARA ISLAM” tetpi kini dia telah berani memberi amaran kepada PAS agar tidak melaksanakan hukum hudud. Siapakah yang membuatkan Karpal begitu berani menyanggah Islam?. Datuk Nik Aziz dan parti PAS lah. Punyalah takut mereka kepada DAP hingga sampai sekarang terus menerus menyalahkan UMNO.

Datu Seri Najib, PM Malaysia menjelaskan bahawa sebagai orang Islam dan UMNO sebagai parti yang mendokong Islam, mengakui bahawa hukum hudud adalah hukum tuhan yang perlu umat Islam patuhinya. Cuma diperjelaskan bahawa perlaksanakannya. Pada masa ini dan dengan situasi negara ini, ianya belum sesuai atau belum sampai masanyan untuk dilaksanakan. Tetapi sebaliknya dengan rakusnya PAS mengkafirkan UMNO yang dianggap tidak mahu melaksanakan hukum hudud.

PAS sepatutnya mengembeling tenaga bersama UMNO bagi mempromosikan akan kebaikan Islam dimata masyarakat majmuk dinegara ini. Bukannya memaksa orang menerima hukum hudud. Adakah Islam itu hanya hukum hudud semata-mata?. Sebaliknya UMNO yang menerajui kerajaan persekutuan sentiasa meletakkan perjuangan Islam secara lebih sistematik dan bertamaddun. Kita mengambil contoh iaitu langkah kerajaan memperkenalkan 'perbankan Islam'. Kini ramai dikalangan bukan Islam menggunakan perbankan Islam kerana ianya tidak berlandaskan riba sebaliknya berasaskan keuntungan perniagaan dan konsep menang-menang.

Jika kita mengambil kira perjuangan PAS menegakkan Islam, sudah tentu etnik bukan Islam tidak akan merasa kagum dan selesa dengan Islam. Petamanya kita lihat negeri yang dibawah kerajaan PAS mundur, tidak cekap pengurusan, kurang kemudahan asas, tidak banyak peluang pekerjaan dan perniagaan, lebih tinggi nisbah jenayah berbanding dengan negeri lain dan berbagai lagi. Berapa buah masjid yang PAS telah bangunkan sepanjang 21 tahun PAS memerintah Kelantan. Jika ada sedikit sebanyak pembangunan pun adalah hasil usaha dan bantuan kerajaan pusat tetapi kreditnya pergi kepada PAS.

Perbuatan Datuk Nik Aziz memperbesar-besarkan isu hudud ini hanya mengundang risiko yang tidak baik bagi umat Islam di Malaysia. Mungkin di Kelantan, oleh kerana majoritinya rakyatnya etik Melayu/Islam, menggula-gulakan Islam ini boleh diterima oleh rakyat Kelantan. Itupun jika rakyat Kelantan masih mahu terus menerus tertinggal dibelakang pembangunan. Bagi di negeri lain, sokongan etnik bukan melayu bukan menjurus ke arah PAS atau UMNO sebaliknya akan menguntungkan parti politik bukan Malyu/Islam.

Seterusnya jika UMNO kehilangan pengaruh, bukan parti UMNO dan PAS sahaja yang merana tetapi umat Melayu Islam di malaysialah yang akan kehilangan kuasa mentadbir. Apa yang Kelantan boleh lakukan?.

Ingatlah wahai saudara Melayu/Islam sekelian. Jika kita mahu Islam kuat dinegara ini, Melayu/Islam mesti mempunyai 148 kerusi daripada 222 (2/3) kerusi Ahli Dewan Rakyat di Parlimen. Kita bukan mahu merampas hak etnik/agama lain. Kita hanya mahu mereka mengiktiraf dan menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini. Kita tidak mahu mereka sewenang-wenangnya memurtadkan orang Melayu/Islam kerana itu bercanggah dengan perlembagaan.

Tetapi jika PAS bersekongkol dengan mereka, dimanakah matlamat sebenar perjuangan dan keutamaan PAS. Hendak melaksanakan hukum hudud yang belum tentu lagi dapat dilakasanakan atau mahu mengekalkan dominan Islam di negara ini terlebih dahulu?.

No comments: