Total Pageviews

Sunday, September 18, 2011

MB SEDIH AIDS DAN HIV MENINGKAT DIKELANTAN

Ada unsur lain selain dari masalah agama yang menyebabkan 
anak muda terlibat dengan dadah hingga menyebabkan 
AIDS dan HIV meningkat di Kelantan

Mudahnya hujah seorang Menteri Besar yang mengulas tentang fenomena peningkatan jumlah pesakit AIDS dan HIV di negeri Kelantan. Apa juga masalah yang wujud di Kelantan adalah disebabkan pihak lain. Bukannya disebabkan kelemahan kerajaan pimpinan PAS yang memerintah Kelantan. Hinggakan sekolah pondok pun dipersalah. Beliau membuat rumusan bahawa sepatutnya Kelantan tidak menghadapi masalah ini kerana Kelantan penuh dengan pondok-pondok (pusat pengajian agama) sehingga menjadi terkenal dengan serambi Mekah. klik disini 

Selama ini beliau hanya tahu membuat tuduhan terhadap kerajaan UMNO/BN sahaja bahawa penigkatan masalah sosial di negara ini adalah berpunca dari polisi UMNO yang tidak mengutamakan pendidikan dan agama Islam yang sebenar. Malah UMNO difatwakan kafir. Mana-mana orang Islam yang menyokong UMNO adalah kafir dan darah orang UMNO adala halal dan mati kerana memerangi UMNO adalah Sayhid (Amanah Haji Hadi).

Jika pihak pemimpin dan penyokong PAS membuka mata dan minda mereka keluar sedikit dari kepompong mereka selama ini, tentu mereka dapat melihat betapa besarnya sumbangan dan pengorbanan UMNO dalam menegakkan Islan di negara ini. Malah kekuatan Islam di negeri-negeri yang di bawah kekuasaan PAS pun adalah hasil dari lindungan/perihatin kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO. Buatlah bancian sendiri. Berapa banyak masjid yang telah didirikan oleh kerajaan PAS selama 21 tahun lebih memerintah Kelantan?.

Berpuluh ribu anak Kelantan, sebuah negeri yang dikuasai PAS kini samada bekerja di agensi kerajaan pusat seperi Jakim, Pusat Islam, Tabung Haji, Bank Islam Pajak Gadai Islam dan di beberapa lagi agensi kerajaan pusat yang ada sangkut paut dengan Islam. Beribu-ribu lagi penuntut dari Kelantan sedang belajar dipusat-pusat pengajian tinggi Islam seperti UIA, Kolej Islam, pusat Tahfiz dan beberapa pusat pengajian tinggai lain yang dibawah pentadbiran kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO.

Jika mahu dibandingkan sumbangan kerajaan negeri Kelantan dengan kerajaan pusat (BN/UMNO) dalam sumbangan terhadap pembangunan Islam adalah seperti langit dengan bumi. Kelantan hanya tahu beretorik dengan slogan, "membangun bersama Islam", "Pangkah PAS masuk syurga" dan berbagai lagi yang kosong dan tidak bermakna. Hanya merupakan slogan yang terletak dibibir mulut sahaja. Ianya tak lebih dari satu cara untuk menarik pengundi yang rata-ratanya telah termakan dengan dakwaan bahawa hanya parti PAS yang  Islam dan UMNO adalah parti kafir.

PAS sepatutnya sedar bahawa membentuk perangai manusia bukan seperti membentuk atau mengajar beruk memetik kelapa. Jika engkar di cemetikan dan jika patuh diberi minum dan makan secukupnya. Tetapi lehernya tetap dirantaikan. Apa maknanya di sini?. Bahawa jika sesuatu perwatakan itu dibentuk dalam paksaan maka kepatuhan tersebut tidak mengambarkan tingah laku yang sebenar.

Kehendak dan pemikiran manusia terutamanya golongan muda tidak statik dan pegun. Jiwa mereka sentiasa berkobar-kobar, agresif dan mencabar. Memberi pelajaran agama atau pendidikan agama sehingga ke Universiti Azhar sekalipun tidak menjanjikan semuanya akan menjadi baik. Bahawa semua perkara buruk tidak akan dilakukan oleh individu yang mendapat didikan tinggi dalam pelajaran dan agama Islam adalah karut.  Ianya hanya satu retorik semata-mata.

Para pemimpin PAS sepatutnya tidak merasa syok sendiri kononnya negeri yang majoriti rakyatnya adalah penyokong sebuah parti yang menggunakan nama Islam akan terlepas dari ancaman masalah sosial. Satu andaian yang cukup lemah dan tidak realiti. Jika kita merenung kemabali, sudah berapa banyak insiden dimana anak-anak yang menunutut di sekolah agama atau pusat pengajian tinggi agama dapati berzina hingga yang peprempuannya melahirkan anak. Terdapat juga ada pelajar mati, tercedera dan cacat seumur hidup kerana perbuatan ganas dan deraan dikalangan rakan sebaya di sekolah agama tersebut. 

Jika hanya pelajaran agama semata-mata yang dapat membentuk peribadi yang baik, mengapa masih terdapat juga yang murid-muridnya yang tidak patuh kepada ajaran Islam yang sebenar. Apakah pusat pengajian yang berasaskan agama tersebut umpamanya "SEKOLAH MENENGAH AGAMA" atau sebagainya tidak mengajar anak muridnya yang ganas-ganas tersebut tentang ajaran Islam yang sebenar?.

Manusia yang dilahirkan di muka bumi ini adalah manusia yang tidak memakan agama Islam tetapi menggunakan agama Islam sebagai satu cara untuk hidup yang diredai ASW. Walaupun seseorang individu Islam tersebut taat kepada ajaran Islam, tetapi sebagai manusia yang lemah kerana bernafsu, menusia tetap memerlukan pembangunan fizikal, pendapatan, tempat perlindungan dan keperluan untuk hidup yang lebih selesa agar terhindar dari terjebak dalam jenayah atau perbuatan mugkar yang lain. Malah kehidupan sempurna itulah yang dapat memberikan suasana aman dan tenteram bagi membolehkan umat Islam melaksanakan ibadah mereka dengan dengan lebih baik termasuk berkeupayaan membayar zakat yang tinggi dan menunaikan haji .

Jika negerinya kurang mampu membangun, maka negeri tersebut tidak akan dapat memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Walau sebanyak manapun pelajaran agama Islam diterapkan kepada seseorang individu, namun kehendak atau kerperluan individu yang terdesak kerana dihimpit kemiskinan akhirnya boleh mengatasi ajaran agama yang diterimanya.  Itulah sebabnya dalam Islam, jika mahu menjalankan hukum hudud sekalipun, jika seseorang pencuri itu mencuri kerana kelaparan maka dia tidak akan dijatuhkan hukum potong tangan sebaliknya perlu dibantu mengatasi kelaparan dirinya atau keluarganya.

Rumusannya, PAS sepatutnya tidak melebelkan UMNO sebagai sebuah parti kafir dengan tuduhan tidak mahu melaksanakan hukum  Islam. Mereka sendiri iaitu parti PAS yang medakwa lebih Islam pun tidak mampu untuk mecegah peningkatan jumlah pesakit AIDS dan HIV di negeri Kelantan. Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa PAS disebalik slogan penyedap mulutnya, PAS telah gagal  membuktikan bahawa jika menyokong PAS semuanya selamat.

Kepada UMNO, pembangunan modal insan dalam Islam bukan hanya tertumpu kepada fardhu 'ain sahaja. Malahan ianya merangkumi fardhu kifayah iaitu memajukan negara/negeri agar rakyat tidak terjebak dalam masalah sosial kerana tidak ada kerja, persekitaran yang pasif, tempat tinggal yang tidak sempurna dan kemudahan asas yang tidak cekap. 

Yang lebih malangnya, ramai ibubapa hanya asyik dengan berpolitik dan aktiviti agama terlampau untuk diri sendiri sahaja. Kebanyakan ibubapa juga terbawa-bawa dengan sindrom politik menyalahkan orang lain sehingga terlupa bahawa mereka sendiri ada keluarga dan anak-anak dirumah yang perlu diberi perhatian. Mereka bertanggungjawab menentukan agar anak-anak dan keluarga mereka tidak terjebak dengan masalah sosial yang menjurus kepada peningkatan jumlah pesakit AIDS dan HIV di negeri Kelantan.
 





No comments: