Total Pageviews

Sunday, September 4, 2011

RAKYAT KELANTAN PERLU MENUKAR KERAJAAN UNTUK KEMAJUAN

 
Beginilah lengangnya jalan di KL mewakili negeri maju
di pantai barat setiap kali tibanya musim perayaan. Tidakkah 
rakyat Kelantan mengimpikan suasana kemajuan ini?.

 
Kesesakan berjam-jam yang menyiksakan rakyat kelantan


Aku tak mahu menghina negeriku sendiri. Malah aku juga tidak mahu menghina kerajaan PAS Kelantan atau Datuk Nik Aziz.

Pengalaman aku hampir 3 jam terperangkap dalam perjalanan yang hanya berjarak 10 km balik ke Kelantan mengikuti rombonhan perkahwinan saudaraku di Paloh Rawa di daerah Machang kelantan mendorong aku menulis disini. Aku dimaklumkan bahawa scenario ini berlaku saban tahun..dan tahun..dan tahun……

Aku sungguh bangga dengan pencapaian anak-anak Kelantan di perantauan. Mereka telah menjadi ahli korporat dan peniaga yang berjaya. Ramai juga yang sedang memegang jawatan penting dalam jabatan kerajaan dan GLC. Malah ramai juga yang dapat menandingi bangsa lain dalam memegang jawatan penting dalam syarikat swasta antarabangsa. Dan sudah tetunya ramai yang sedang bekerja dan menjadi buruh mahir dalam berbagai bidang hingga mereka mampu menghantar wang untuk membina rumah mewah di kelantan dan mampu memiliki kereta untuk balik ke Kelantan.

Namun yang sedihnya, sebahagian dari mereka inilah juga, kerana ada kemampuan,  sering balik balik ke Kelantan lalu menyemaikan bibit kebencian rakyat (orang melayu kelantan) terhadap kerajaan BN pimpinan UMNO. Kerajaan dimana tempat mereka mencari rezeki hingga mampu menghantar wang ke Kelantan untuk membina rumah besar, menanggung keluarga dan mampu memiliki kenderaaan mewah sendiri.

Kerana terlalu melampau menanamkan sifat kebencian ini, lalu ianya telah membuahkan pertelagahan peribadi antara penyokong PAS dan UMNO yang semuanya terdiri dari keturunan bangsa Melayu/Islam. Seterusnya pertelgahan ini melarat sehingga tidak dapat menerima pembangunan atau kerjasama antara Pas dan UMNO melainkan jika kerjasama itu akan menguntungkan pengaruh politik mereka sahaja.

Anak yang masih dalam jagaan keluarga.. siapakah yang sepatutnya memberikan saraan atau sebagainya?. Tentulah ibubapanya. Tetapi jika seorang anak yang meminta wang dari bapanya tetapi dalam masa yang sama berbantahan atau menderhaka kepada ibubapanya, maka apakah perbuatan tersebut akan melembutkan hati sibapa untuk memberi lebih dari yang di minta?.

Itulah senarionya yang berlaku antara PAS dan UMNO di Kelantan. PAS amat memerlukan bantuan pembiayaan kerajaan pusat untuk menggerakkan pembangunan negeri yang dibawah pemerintahannya. Walaupun kerajaan negeri mempunyai sumber kewangan sendiri seperti hasil balak, cukai tanah dan cukai dibawah kerajaan tempatan namun ianya tidak mencukupi untuk pembangunan secara menyeluruh lebih-lebih lagi jika ianya digunakan untuk kempen politik sepanjang tahun.

Senario inilah yang telah menyeksakan rakyat Kelantan. Dalam tanggungjawabnya sebagai sebuah kerajaan persekutuan, kerajaan Kelantan telah diberikan bantuan setakat yang diperlukan dan seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan bagi pembangunan infrastruktur dan sebagainya. Dalam masa yang sama juga rakyat Kelantan juga sedang menerima batuan kebajikan kerajaan pusat seperti bantuan rumah PPRT, bantuan bulanan kebajikan masyarakat, Amanah Ikhtiar, Pinjaman TEKUN, melalui jabatan Haiwan, Perikanan, Felcra, Felda dan pelbagai agensi lagi. Semua ini tidak akan wujud dan tidak akan mampu dilaksanakan jika kerajaan pusat lemah, tidak cekap, rasuah, kroni sepertimana pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang termasuk PAS.

Sehingga akhirnya kerajaan Kelantan tidak mampun untuk mengadakan atau membesarkan jalan-jalan di Kelantan bagi menampung kenderaaan “ORANG” Kelantan yang kaya raya di KL, di lembah Kelang atau dipantai rarat yang dibawah pemerintahan kerajaan BN balik ke Kelantan pada hari lebaran atau cuti panjang.

Pembinaan Lebuh Raya dan menaik taraf atau melebarkan jalan persekutuan  adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan. Ini adalah pasti. Tetapi kerjasama kerajaan negeri dalam tebusguna dan pengambilan tanah dan lain-lain kerjasama politik perlulah diambil kira dalam setiap projek mega yang melibatkan belanjawan berbilion ringgit. Ianya bukan hanya setakat membina lebuhraya tetapi keberhasilan dari pembinaan tersebut. Ianya bukannya satu pembinaan hanya bagi memudahkan “ORANG” Kelantan balik beraya setahun sekali tetapi perancangannya adalah untuk pembangunan infrastruktur ekonomi bagi memenuhi keperluan semangat para peniaga dan usahawan “ORANG” Kelantan yang amat terkenal itu.

Kita tidak mahu insiden dimana kerajaan pembangkang di Pulau Pinang bertindak akan menyaman syarikat pembinaan dan kerajaan persekutuan semasa kerja-kerja jalan keretapi berkembar sedang dijalankan walaupun perkara tersebut boleh diselesaikan dimeja rundingan jika ada persamaan kefahanm politiknya antara kerajaan pusat dan negeri.

Seksanya rakyat Kelantan yang berkenderaan berjam-jam terperangkap dalam kenderaan di musim perayaan baru-baru ini dan dimasa-masa yang lalu sepatutnya menyedarkan rakyat Kelantan dimana sudah sampai masanya Kerajaan kelantan pimpinan PAS sekarang ditukar. Atau sekurang-kurangnya penyokong PAS perlu mendesak agar PAS bekerjasama dengan UMNO demi untuk kemajuan bangsa Melayu yang menjadi bangsa majority di Kelantan. 

Perlukah para professional dan pengusaha “ORANG” Kelantan berhijrah jika Kelantan sediri memberikan cukup tempat kepada mereka?. Sudah sampai masanya diterbalikan scenario balik kampong ini dimana semasa musim cuti perayaan,beribu-ribu kenderaan bergerak keluar dari Kelantan bagi menunjukkan betapa majunya Kelantan hingga berjaya menarik rakyat dari luar kelantan bekerja di Kelantan.

Semoga Melayu tidak merempat di tanah tumpah darah sendiri.

No comments: