Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
situasi di negara ini termasuk di Kelantan masih
belum kondusif untuk melaksanakan hukum hudud.
Bukan Tun Dr Mahathir atau Datuk Seri Najib yang berkata
"LANGKAH MAYAT KAMI DULU JIKA MAHU
MENJADIKAN NEGARA INI NEGARA ISLAM".
Tetapi Karpal Singh yang berkata
Nik Aziz tolak pandangan Asri
KOTA BHARU 21 Sept. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak pandangan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bahawa situasi di negara ini termasuk di Kelantan masih belum kondusif untuk melaksanakan hukum hudud.
Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan Pas Kelantan sudah menyiapkan asas kukuh untuk pelaksanaan hukum hudud berlandaskan konsep ubudiyah (kepatuhan), itqan (tekun) dan masuliyah (bertanggungjawab) dalam pentadbirannya. klik disini untuk seterusnya
Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan Pas Kelantan sudah menyiapkan asas kukuh untuk pelaksanaan hukum hudud berlandaskan konsep ubudiyah (kepatuhan), itqan (tekun) dan masuliyah (bertanggungjawab) dalam pentadbirannya. klik disini untuk seterusnya
Sebagai seorang yang bukan pakar dalam bidang agama penulis tidak berhajat untuk mengulas isu ini dari sudut keagamaan tentang perlaksanaan hukum hudud.
Penulis berpendapat bahawa hujah Datuk Dr Asri bukanlah menolak hukum hudud dari dilaksanakan di Kelantan malah di Malaysia sekalipun. Dr Asri sebenarnya bermaksud bahawa asas untuk melaksanakan hukum hudud belum lagi sempurna.
Sebagai contoh, bukankah menjadi satu kezaliman bila kita menjatuhkan hukum potong tangan kepada pencuri sedang perbuatan mencuri tersebut dilakukan kerana terdesak dimana dia atau keluarganya sedang kelaparan?.
Dakwaan Datuk Nik Aziz bahawa kerajaan Pas Kelantan sudah menyiapkan asas kukuh untuk pelaksanaan hukum hudud berlandaskan konsep ubudiyah (kepatuhan), itqan (tekun) dan masuliyah (bertanggungjawab) dalam pentadbirannya hanya dakwaan sebelah pihak sahaja. Ianya tidak merangkumi atau belum lagi menjadi budaya masyarakat negeri kelantan. Sebagai contoh adakah umat Islam di kelantan sudah begitu patuh dan taat kepada agama Islam sehingga jika mereka terlanjur berzina denga isteri orang, maka silelaki tadi sanggup membawa pedang dan menyerah diri kepada suami wanita tersebut minta ampun kerana telah berzina dengan isterinya?.
Berhubung denga kuliah agama, bantuan kebajikan dan sebagainya, ini bukan satu justifikasi bagi mengukur kesedaran rakyat terhadap kepatuhan kepada agama Islam.
Apakah dakwaan Datuk Nik Aziz bahawa "Kami buat bermacam-macam projek, Al-It'am (kupon beras percuma), Az-Ziwaj (bantuan perkahwinan), Ladang Rakyat, bantuan armalah (ibu tunggal) dan sebagainya sudah berjaya membasmi kemiskinan, kemelesetan, kemelaratan atau sudah memenuhi impian rakyat keseluruhan untuk mengecapi kemewahan. Jika benar mengapa beratus-ratus ribu rakyat Kelantan berhijrah keluar dari Kelantan untuk mendapatkan ilmu, pekerjaan, peluang perniagaan dan sebagainya sehingga sekarang?.
Bagaimanakah jika beratus ribu rakyat Kelantan tersebut menyerbu balik tinggal di Kelantan. Apakah Kelantan mampu menyediakan kemudahan asas, pekerjaan dan pendidikan sempurna kepada semuanya.
Bahkah adakah langkah-langkah penerapan nilai-nilai keislaman selama 21 tahun PAS memerintah di Kelantan telah berjaya mendidik masyrakat menjadi lebih berdisiplin dan berwibawa dalam agama berbanding dengan dari rakyat negeri lain?.
Kila lihat sahaja statistik terbaru menunjukkan bahawa Kelantan mencatatkan nisbah pengidap AIDS dan HIV paling tinggi sekali di Malaysia. Apakah ini mahu disalahkan kerana tidak dilaksanakan hukum hudud.
Datuk Nik Aziz hanya bercakap syok sendiri. Memang diketahui beliau merupaka seorang yang warak tetapi kita juga jangan lupa bahawa beliau dan keluarga beliau tidak termasuk dalam golongan yang dikatakan miskin tegar, yang melarat dan tidak pendidikan sempurna. Beliau hanya nampak tetapi tidak merasai bagaimana jika menjadi terlalu miskin dan terdesak.
Langkah kerajaan pusat menjatuhkan hukuman mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah sekalipun tidak dapat menyekat manusia dari terus melakukannya.
Walaupun majoriti rakyak Kelantan adalah orang Melayu beragama islam, tetapi kita juga jangan lupa bahawa terdapat beberapa peratus darinya adalah keturunan Cina/Thai yang beragama Buddha, India beragama Hindu dan lain-lain etnik yang bukan beragama Islam.
Pertanyaannya disini adakah hukum hudud yang dirancang tersebut akan dikuatkuasakan kepada keseluruhan lapisan agama/etnik?. Pernah satu ketika dahulu Datuk Nik Aziz berkata ianya hanya akan dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja. Apakah di zaman nabi Muhammad SAW dahulu, hukum hudud hanya dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja?.
Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa Orang Melayu adalah beragama Islam manakala lain-lain etnik bebas menganuti agama masing-masing selagi tidak menyebarkannya kepada penganut Islam.
Jika kita memperkatakan keadilan, maka sesuatu hukuman yang dijatuhkan perlulah adil kepada semua pihak samada terhadap orang Islam atau bukan Islam. Mengambil contoh seorang perempuan Islam yang berzina dengan lelaki bukan Islam, apakah lelaki bukan Islam tersebut juga akan dibicarakan mengikut hukum Islam dan dijatuhkan hukum hudud?.
Dari segi perlembagaan persekutuan, mana-mana orang bukan islam tidak boleh dibicarakan di mahkamah syariah (mahkamah Islam) kerana mereka bukan Islam. Tetapi dinegara berakyat majmuk seperti di Melaysia ini, pertembungan budaya, agama dan sosial tidak dapat dielakkan. Ianya seperti cuba memisahkan sekam dengan padi. Sudah tentu ada masanya orang Islam dan bukan Islam melakukan kesalahan secara bersama. Apakah kita hanya mahu orang Islam sahaja menerima hukum hudud dan orang bukan Islam terlepas begitu sahaja?. Adilkah hukuman yang sedemikian itu?.
Akhirnya penulis berharap semua pemimpin PAS terutamanya Datuk Nik Aziz supaya dapat membuat keputusan yang berpijak di bumi nyata. Semua orang Islam di Malaysia termasuk PM Datuk Seri Mohd Najib sedar bahawa menolak hukum hudud bermakna jatuh hukum kafir kepada orang Islam. Kita bukan mempertikaikan atau menolak hukum tersebut.
Bagi situasi semasa mungkin Datuk Mohd Asri dan sebahagian yang lain termasuk penulis berpendapat, untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia, kita juga "terpaksa" mengambil kira status perlembagaan Malaysia yang memberikan hak dan pilihan kepada bukan Melayu/Islam yang merupakan lebih kurang 37% warga negara Malaysia.
Bagi situasi semasa mungkin Datuk Mohd Asri dan sebahagian yang lain termasuk penulis berpendapat, untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia, kita juga "terpaksa" mengambil kira status perlembagaan Malaysia yang memberikan hak dan pilihan kepada bukan Melayu/Islam yang merupakan lebih kurang 37% warga negara Malaysia.
Bolehkah kuasa Melayu/Islam di Malaysia atau dengan sokongan sebahagian suara bukan Islam memperolehi majoriti 2/3 kerusi di parlimen bagi menggubal perlembagaan untuk menjadikan negara ini melaksanakan hukum Islam sepenuhnya. Bahkan kerana disregah oleh Karpal Singh (DAP), semangat berkobar-kobar PAS yang mahu melaksanakan hukum Islam sepenuhnya pun terbantut dan terpaksa menukar slogan kepada "negara berkebajikan". Inikan pula mahu melaksanakan hukum hudud.
Nampaknya PAS hanya berani menegur sesama Melayu sahaja tetapi kecut perut bila berhadapan dengan parti Kafir. Jika betul-betul mahu memperjuangkan Islam dan benar-benar mahu melaksanakan hukum hudud, PAS sepatutnya menyanggah kata-kata ugutan Karpal Singh terlebih dahulu "LANGKAH MAYAT KAMI DULU JIKA MAHU MENJADIKAN NEGARA INI NEGARA ISLAM". Bukan hanya beretorik dan berslogan bagi memancing undi di PRU ke 13 dengan tujuan mengekal kuasa PAS di Kelantan. Maksud yang lain habuk pun tarak.
No comments:
Post a Comment