Amat menarik juga bila membaca ulasan ulasan Tan Seri Harussani mufti negeri Perak diutusan Malaysia hari ini >baca disini<.
Sememangnya perlaksanaan hukum hudud harus diperincikan. Juga pihak yang mahu melaksanakannya tidak hanya beritorik. Dan sudah tentunya umat Islam wajib menyokong apabila undang-undang Allah mahu dilaksanakan.
Di sebalik itu semua ada sedikit kemusykilan. Apakah kita sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama perlu ada lebih dari satu undang-undang jenayah?. Satu undang-undang untuk rakyat Islam dan satu lagi undang-undang untuk rakyat bukan Islam.
Bukankah ini nampak ganjil di mata dunia?. Setiap hari umat Islam dan bukan Islam berselisih bahu bercampur gaul dan bersosial dalam satu masyarakat majmuk.
Mengambil contoh sebagai satu pandangan. Tiba-tiba tejadi kekecuhan dimana seorang pemuda bukan Islam ditangkap disebuah rumah kosong sedang melakukan persetubuhan haram dengan seorang perempuan Islam oleh 4 orang pencegah maksiat. Perempuan itu menerangkan bahawa dia telah diculik dan dipaksa dibawa ke situ oleh empat lelaki bukan Islam iaitu kawan kepada yang bersetubuh dengannya. Dia diugut akan dibunuh jika tidak mahu melayan lelaki tersebut. Manakala lelaki bukan Islam itu pula berkata bahawa perempuan itu mengikutnya secara sukarela dan tidak ada sesiapa yang memaksanya.
Dalam situasi macam ini, mahkamah mana yang akan digunakan untuk mengadili kes ini. Lelaki bukan Islam sudah tentu tidak mahu dibicarakan di mahkamah syariah kerana dia bukan Islam dan tidak tertakluk dalam undang-undang Islam.
Manakala perempuan Islam tadi pula tiada saksi untuk menjelaskan situasi sebenar sehingga ditangkap bersetubuh dengan lelaki bukan Islam. Tiba-tiba beberapa lelaki bukan Islam secara sukarela mahu memberi keterangan untuk memaklumkan bahawa perempuan Islam tersebut memang di culik dan dipaksa ke lokasi dimana dia ditangkap bersetubuh dengan lelaki bukan Islam.
Manakala 4 lelaki bukan Islam kawan kepada lelaki yang bersetubuh dengan perempuan itu tampil menjadi saksi bahawa memang permepuan tersebut bersetuju secara sukarela mengikut lelaki tersebut.
Dalam kes sebegini, beberapa persoalan akan timbul.
- Mahkamah mana mahu digunakan untuk membicarakan semacam ini?
- Apakah dakwaan wanita tersebut boleh diterima pakai atau terus menuduhnya di mahkama syariah.
- Apakah lelaki bukan Islam tersebut terlepas dari dakwaan merogol dan menculik?
- Jika mahu menuduhnya merogol dan mencolek dia ada 4 saksi bukan Islam yang menjadi saksi bahawa lelaki tersebut tidak bersalah.
- Jika mahu menuduh perempuan tersebut berzina di mahkamah syariah maka ada 4 saksi iaitu pegawai pencegah maksiat yang menyaksikan persetubuhan tersebut.
Saya membawa bayangan situasi seperti ini agar kita berfikir balik bahawa tidak mustahil iainya akan berlaku di negeri yang berbilang kaum dan agama ini.
Apa juga hukuman dan undang-undang yang mahu dilaksanakan perlulah adil kepada semua pihak samada Islam atau kepada bukan Islam. Jika dalam kes persetubuhan haram antara lelaki dan wanita berlainan agama, jika orang Islam kena 100 rotan maka orang kafir juga kena 100 rotan. Dan ianya perlu juga meliputi orang bukan Islam yang melakukan persetubuhan haram diantara mereka. Inilah baru dikatakan keadilan. Tidak ada diskriminasi dan juga untuk mengelakkan konspirasi dan sebagainya.
Tidak begitu mudah untuk melaksanakannya. Ianya tidak seperti kita membaca buku undang-undang dan terus mahu melaksanakan undang-undang tersebut. Tidak semestinya apa yang tertulis diatas kertas sama dengan situasi di dunia nyata. Banyak benda yang perlu diambil kira.
Berbalik kepada persoalan Tan Seri Harunsani bahawa "bila masanya" untuk melaksanakan hukum hudud. Saya rasa persolan tersebut patut dijawab oleh Tan Seri Harussani sendiri.
Pada saya selagi umat Islam masih mencari pekerjaan di bawah ketiak orang kafir, selagi orang kafir memandang rendah orang Islam, selagi Islam mudah ditipu dan dipermainkan, selagi Islam bercakaran sesama sendiri, selagi Islam tidak menunjukkan bahawa Islam itu adalah kemakmuran, selagi ekonomi tidak didominan Islam, selagi Islam tertinggal kebelakang dari segi sains dan teknologi dan pelajaran, maka selagi itulah orang kafir tidak dapat menerima bahawa Islam itu baik untuk mereka. Jika mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa Islam itu baik untuk mereka maka selagi itulah mereka tidak dapat menerima undang-undang Islam. Dan jika mereka tidak dapat menerima undang-undang Islam macam mana mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini.
Maka sebab itulah beberapa pemimpin Islam yang luas pandangannya, yang lebih rasional dan berpijak dibumi nyata, membuat rumusan bahawa mereka tidak menolak hukum Allah tetapi tentang hukum hudud, mereka memberi pandangan ianya belum sesuai untuk dilaksanakan dinegara ini pada masa ini kerana negara ini terdiri dari berbilang kaum dan agama. Semua warga negara Malaysia berhak mendapat keadilan yang sama rata.
No comments:
Post a Comment