Sehari dua ini berita kematian pemimpin Libya Muammar Gadafi menjadi tajuk utama perbincangan masyarakat dunia.
Kolonal Muammar Gadafi pada satu ketika begitu gah dimata masayarakat Islam kerana Allahyarham menjadi icon perjuangan Islam menentang barat atau lebih tepat lagi menentang Yahudi. Gahnya Muammar Gadafi hingga generasi baru Islam yang condong kearah sedikit redikal berebut-rebut menamakan cahaya mata lelaki mereka dengan nama Gadafi. Begitulah hebatnya nama Muammar Gadafi.
Tetapi jika benarlah berita yang tersebar bersama video yang dimuatkan dalam internet, maka icon pejuang dan pemimpin Islam tersebut di lihat telah mati dalam keadaan hina. Jenazah Allahyarham telah diseret sebegitu rupa tanpa berperi kemanusiaan langsung. Siapakah sebenarnya yang zalim. Adakah Muammar Gadafi atau penentangnna yang terdiri dari rakyat Libya sendiri?.
Sebenarnya kehidupan Muammar Gadafi penuh dengan perjuangan. Samada dia zalim atau tidak, hanya rakyatnya sendiri sahaja yang tahu dan merasainya. Namun sebagai pemimpin sebuah Negara Islam yang amat redikal menentang barat dan Yahudi, Muammar Gadafi telah mendapat raputasi buruk diseluruh dunia terutamanya dinegara barat.
Penulis tidak berhajat untuk berdebat adakah Muammar gadafi pejuang tulin Islam atau tidak. Hakikatnya Islam kini sedang di tindas oleh Yahudi. Samada pemimpin sesebuah Negara Islam itu zalim atau tidak, ianya tetap berada dalam senarai untuk dimusnahkan oleh barat dan yahudi. Mereka akan datang ke Negara Islam samada dalam bentuk rakan membantu, penasihat atau pengancam tetapi matlamatnya tetap sama iaitu untuk memusnahkan struktur kekuatan Islam.
Mereka telah Berjaya memusnahkan empayar Soviet Union musuh terbesar mereka. Mereka juga telah Berjaya meletakkan Iraq, Agfanistan, Tunisia, Mesir dan terbaru Libya ke dalam genggaman mereka. Menu mereka seterusnya adalah Syria dan Iran. Terbaru mereka sedang mengusik-usik Negara Yaman. Bagi Negara-negara Sub Sahara dan Afrika yang lain, mereka tidak berapa bimbang sangat kerana negara-negara di benua berkenaan sentiasa bergolak dan saling berantakan sesama sendiri.
Dan kepada Negara kita, jika setakat berslogan sahaja, tidak akan memberi sebarang impak dan ancaman kepada mereka. Jika Iraq yang merupakan sebuah Negara ketenteraan Islam yang kuat di timur tengah pun dengan senang dikalahkan oleh Barat dan Yahudi, setakat manalah carta kekuatan Negara kita dimata mereka.
Jadi sebagai umat Islam yang populasinya hanya lebih sedikit dari 50% penduduk dinegara ini, perpecahan sesama kita hanya akan mempercepatkan penguasaan barat dan Yahudi keatas Negara kita. Mereka tidak datang dalam bentuk ketenteraan tetapi menggunakan strategi memusnahkan dari dalaman. Iaitu menggunakan pertelagahan sesama Islam.
Hanya perpaduan sesama kita sahaja yang akan dapat mengekang kemaraan mereka. Selain dari itu pertahanan terbaik kita adalah kemajuan pencapaian teknologi, ekonomi, ilmu dunia dan akhirat serta jati diri kita. Sudah sampai masanya umat Islam segera merapatkan saf demi untuk survivel agama Islam di negara ini.
No comments:
Post a Comment