Para peserta program anak angkat sebuah universiti tempatan mengambil peluang merasai sendiri betapa kesusahan yang dihadapi pekebun kecil mengeluarkan hasil dan menjualnya kepada pembeli getah. Bukankah satu penginiayaan kepada pekebun kecil sekiranya harga dimanipulasikan demi politik kotor sesetengah pihak.
Kejatuhan harga getah begitu mendadak. Isteri aku selalu mentafsir naik turun harga getah melalui berita kaki dalam berita TV. Dia mendapati bahawa harga getah naik. Tetapi di pasaran tempatan harga getah merundum turun dengan ketaranya. Jika dalam masa sebulan dua yang lalu harga getah beku (getah buku) dijual dengan harga melebihi paras RM7.00 skg, tetapi pada hari ini harganya telah jatuh ke RM5.20 skg.
Perhatikan harga getah berikut sebagai rujukan betapa harga getah dimanipulasi oleh pihak tertentu:-
18/7/2011 – Rm7.25 skg
15/8/2011 – RM7.30 skg
15/9/2011 – RM7.45 skg
8/10/2011 – RM6.85 skg
4/11/2011 – RM5.58 skg
15/11/2011- RM5.20 skg
15/11/2011- RM5.20 skg
Pekebun kecil dan penoreh difahamkan bahawa harga getah meningkat kerana negara saingan Malaysia dalam industri pengeluaran getah seperti Vietnam dan Thailand sedang menghadapai bencana alam yang menyebabkan pengeluaran getah mereka terbantut.
Malah di Kawasan Hulu Perak pula, sekarang ini musim tengkujuh telah bermula. Rata-rata pekebun kecil dan penoreh mengeluh kerana tidak dapat menoreh seperti biasa kerana pokok getah basah. Ini secara langsung menjejaskan produktiviti pengeluaran. Dibandingkan dengan masa lalu, apabila produktiviti kurang, harga getah akan meningkat. Tetapi kini sebaliknya pula yang berlaku.
Jika diambil kira situasi diatas, maka sepatutnya pekebun kecil dan penoreh getah berterusan mendapat pulangan yang baik atau setidak-tidaknya kekal dengan harga RM7.00 skg bagi harga getah buku (getah buku) mereka. Pengeluaran getah kurang/terganggu manakala harganya pula jatuh mendadak. Tidakkah ini merupakan malang berganda kepada pekebun kecil dan penoreh getah?. Siapakah nanti yang menjadi sasaran kemarahan mereka?. Tentulah kerajaan BN.
Jika diperhatikan kebelakangan ini genderang PRU ke 13 agak rancak berbunyi baik dipihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Bagi pihak pembangkang, mereka telah pun mencanangkan PRU ke 13 ini secara berterusan selama 365 hari setahun.
Apakah ini puncanya harga getah jatuh?. Kita semua sedar bahawa ekonomi dan perniagaan di Malaysia dimonopoli oleh peniaga dan pengusaha kaum Cina. Merekalah sebenarnya yang menjadi penentu naik turun harga barang perniagaan. Merekalah yang menjadi orang tengah penjerut leher rakyat.
Apakah ini puncanya harga getah jatuh?. Kita semua sedar bahawa ekonomi dan perniagaan di Malaysia dimonopoli oleh peniaga dan pengusaha kaum Cina. Merekalah sebenarnya yang menjadi penentu naik turun harga barang perniagaan. Merekalah yang menjadi orang tengah penjerut leher rakyat.
Cina rasis sedar bahawa hampir 70% keluarah getah Negara adalah dari pekebun kecil. Sebahagian besar dari pekebun kecil tersebut adalah orang Melayu. Dengan memainkan isu menjatuhkan harga getah ini mereka berharap akan membangkitkan perasaan marah orang Melayu. Dan sudah tentulah sasaran kemarahan rakyat ini akan menghala kepada kerajaan UMNO/BN. Pembangkang berharap kemarahan rakyat yang berpunca dari harga getah ini akan diterjemahkan melalui kertas undi pada PRU ke 13 nanti. Yang jadi mangsanya adalah kerajaan UMNO/BN.
Pihak pembangkang mencanangkan keseluruh Negara bahawa ekonomi Negara dalam keadaan tenat. Di ceramah, di mesyuarat , di perjumpaan, di sidang DUN hingga ke Persidangan Dewan Rakyat, pihak pembangkang yang diketuai oleh Parti Cina rasis dan Ketua Pembangkang Melayu yang menjadi barua Cina rasis berterusan memainkan lagu “kejatuhan ekonomi Malaysia”. Kononnya PM Malaysia, Datuk Seri Najib salah urus ekonomi yang menyebabkan ekonomi Malaysia dalam keadaan tenat.
Kita berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu agar harga getah tidak terus jatuh. Kejatuhan harga getah adalah kejatuhan ekonomi sebahagian besar rakyat terutamanya orang Melayu yang merupakan majority pengundi. Orang yang lapar sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggadai maruah demi untuk hidup.
Kita tidak mahu kenangan lampau dimana harga getah pernah jatuh sehingga 30 sen sekati (600 gram). Kita juga tidak mahu pekebun kecil menjadi miskin tegar segera pada masa ini jika harganya jatuh hingga ketahap kurang dari RM2.00 skg. Kita tidak mahu kerana getah, kuasa politik Melayu tergadai. “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.
No comments:
Post a Comment