Klik di sini untuk berita dari Malaysiakini
Apalah yang tersimpan dalam kepala peguam-peguan dalam Majlis Peguam Malaysia ni. Mereka terperasan mereka bijak sangat semacam kepala mereka dah jadi "kepala besar" atau mereka ini memang sudah merasakan diri mereka "besar kepala" kerana tidak lagi di masukkan ke dalam ISA melalui ops lalang seperti dulu.
Mereka membantah kononnya kerajaan tidak membenarkan mereka berhimpun melalui "perhimpunan" yang telahpun mereka lakukan. Mereka ditangkap poliske?.
Akta perhimpunan di gubal di Parlimen. Akan dibincang, dibahas dan keputusannya samada akan diluluskan atau tidak adalah di Dewan Rakyat. Wakil rakyat (Ahli Parlimen) yang dipilih oleh rakyat yang akan memberi undi samada akta tersebut akan diluluskan atau tidak.
Siapa majlis peguam?. Mereka hanya sekelompok manusia yang ada kepentingan diri. Jika semuanya mahu dibantah diluar kotak sistem berpelembagaan, apa gunanya Dewan Rakyat, Dewan Negara, Ahli Parlimen dan Pilihanraya.
Apa akan jadi agaknya kepada keamanan di Malaysia apabila Orang Cina sedang menunjuk perasaan mahu permohonan etnik mereka di beri keutamaan manakala dalam masa yang sama etnik Melayu juga melancarkan tunjuk perasaan membantah permohonan etnik Cina tersebut dengan cara sama dan ditempat yang sama kononnya atas hak bersuara sepenuhnya.
Cara inikah Majlis Peguam mahukan?. Tolonglah Majlis Peguan. 1,000 orang yang berhimpun tersebut langsung tidak melambangkan suara majoriti rakyat Malaysia. Kerajaan tidak dapat dan tidak perlu mendengar dan melayan hanya daripada sekelumit manusia yang berkepentingan. Kerajaan perlu menjaga keselamatan dan keharmonian 27 juta rakyat Malaysia. Bukan hanya mendengar dari seribu suara sumbang. Untuk itu suara majoriti wakil rakyat di Parlimen adalah melambangkan suara majorIti rakyat, bukan suara Majlis Peguan Malaysia yang hanya mencari duit dan keuntungan hasil dari bayaran upah khidmat rakyat yang melanggar atau cuai mematuhi undang-undang dan perlembagaan.
Majlis Peguam yang diwakili oleh pelampau ini sebenarnya sudah mencium bau bahawa jika akta ini diluluskan nanti, peluang mereka untuk menghuru harakan negara menjadi tipis. Bukannya mereka tidak dibenarkan berhimpun tetapi perhimpunan tersebut akan dikawal selia agar tidak menyusahkan majoriti rakyat yang cintakan kedamaian dan keharmonian.
No comments:
Post a Comment